Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 23 May 2014

Mengarut Lagi...


Assalamualaikum semua...

Sejak dua menjak ni, mood untuk melayan blog agak ke laut... nak update entry malas.. nak blogwalk pun malas..apatah lagi nak tinggal komen di entry rakan-rakan blogger lain... kadang2 aku baca je entry yang aku rasa menarik..lepas baca berlalu macam tu je tanpa meninggalkan sebarang jejak..huh!!.. tetiba jadi silent reader...

Panda oh panda.. minggu ini memang hangat dengan panda... ramai yang mempertikaikan tindakan kerajaan membawa panda tersebut dari China ke negara ini dengan kos berjuta-juta ringgit..(kalau sampai billion aku tak tahu lah)... ramai yang cakap membazir.. kalau buat pembangunan untuk rakyat miskin lagi bagus kan.. aku pada mulanya tak setuju jugak..adalah komplen sikit2.... tinggi kot kos perbelanjaan untuk 2 ekor panda ini... tapi aku fikir positif je.. 

Kerajaan mesti ada alasan yang munasabah kenapa panda.. adakah panda itu akan memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda dalam masa setahun dua lagi?? mana kita tahu kan... sama juga masa Tun M nak buka putrajaya dulu..ramai yang menentang..ramai yang kata membazir..tapi sekarang tengoklah..putrajaya antara lokasi tumpuan pelancong.kan boleh mendatangkan keuntungan tu.. begitu jugalah dengan panda..harap2 panda ini mampu memberi keuntungan yang tinggilah pada kerajaan nanti yaaa...ok dah entry aku sebenar bukan pasal isu panda sebenarnya...kehkeh... 

Nak cerita pasal apa lagi?? Dyana Sofya...??Mintak maaf banyak2..aku memang malas dan tak suka nak komen berkenaan dengan politik.. sesiapa yang terlibat dengan politik bermatlamat hampir sama... untuk kepentingan diri dan parti semata-mata, sanggup memperkotak katikkan rakyat... 

Hah yeay...nak cerita tentang Piala Thomas.. sekarang sudah masuk peringkat separuh akhir... Malaysia dijangka berhadapan dengan Indonesia pada peringkat separuh akhir nanti setelah menumpaskan Denmark semalam.. sanggup berjaga sampai lewat malam semata-mata nak tengok pasukan Malaysia main sampai habis... Malaysia kini sudah punyai pelapis... Aku yakin mereka akan setanding dengan pemain bertaraf dunia yang lain sekiranya terus diberi pendedahan dalam perlawanan peringkat antarabangsa seperti ini.

Sekian terima kasih...

Mengarut je..haha 

7 comments:

  1. Biasalah tu.. mmg kdg2 mcm2 mood yg melanda. Relax je Naniey.. nnti oklah tu.. :)

    ReplyDelete
  2. Singgah petang di sini sambil klik Lactacyd untuk nanie..

    ReplyDelete
  3. cerita dyana sofya pun ada.. mai teluk intan..boleh jumpa dia..hehehe

    ReplyDelete
  4. Harap sangat malaysia dpt semua piala tu.. Malaysia Boleh...

    ReplyDelete
  5. ye, Ros pun sama.. mood dah ke laut.. huhu

    ReplyDelete
  6. Samalah Naniey, sejak beberapa mggu ni, k nrl pun banyak jadi silent reader je... huhu

    ReplyDelete
  7. fast few week rasa nak blogging tu memang ade, draft pun ada jer yang tak publish tapi time pulak yang tak de..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!