Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday 29 September 2014

EWAL JUARA AF 2014??

haaaa jangan terkejut..itu ramalan aku je....

eh eh..sejak bila pulak Naniey ambil kisah pasal AF nie..sebelum2 nie tak pernah layan pun.. 

alkisahnya semalam terasa boring sangat2.. semua channel Astro (ok tipu,bukan semua) aku tekan.. semua rancangan tak best... so aku layan lah budak2 AF nie menyanyi..menjerit..menari..melompat atas stage... 

Ramai yang cakap AF sekarang dah tak best... tapi aku tak peduli pun best ke tak, sebab tak layan sangat AF sekarang nie..betul2 last layan AF masa zaman Vince - Mawi yang jadi juara dulu... lepas dari tu perlahan2 jadi tak minat..mungkin peningkatan usia kot.. bila usia bertambah.. soal hiburan pun dah tolak tepi... hahaha.... 


Secara jujur dan ikhlas aku cakap hanya Ewal sahaja yang menyanyi best..nyanyiannya betul2 bersemangat... masa dia nyanyi je aku duk diam, fokus pada persembahannya...memang terasa kesungguhan beliau semasa menyanyi...kalau nak dibandingkan dengan yang lain nyanyi, ada je benda yang aku buat... pergi dapur la..pergi toilet la..paling kurang pun layan facebook di henfon... memang sedikit boring, langsung tak ada semangat..macam layan karaoke di redbox je..hehe... ... 

Sebab tu aku jangkakan yang Ewal akan jadi juara AF pada tahun nie.  kalau yang lain tak setuju tak apa..pendapat masing2 kan... tapi aku yakinlah, semua peserta sudah tunjukkan persembahan terbaik.. sebab tiada siapa pun yang mahu tersingkir kan... 

Okbai... 

THE MAZE RUNNER

Assalamualaikum...

Siapa dah tengok filem lakonan Dylan O'Brien iaitu The Maze Runner yang sedang ligat ditayangkan di pawagam2 di negara ini?? best tak?? cuba bagi pendpaat sikit....

Cuti hujung minggu semalam aku manfaatkan sepenuhnya dengan mengunjungi ke GSC Alamanda di Putrajaya untuk menonton filem ini. En. suami buat tempahan tiket melalui online, so tak adalah nak kena beratur untuk beli tiket...just aku je kena beratur sebab mulut gatal nak mengunyah pop corn kan.. adalah dalam 10 minit beratur..hehe...

Meh aku buat sinopsis sendiri...

Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan remaja terperangkap di suatu tempat yang terasing yang dikelilingi oleh dinding batu. Kehidupan mereka bergantung kepada bekalan makanan yang di hantar melalui lift rahsia...mereka telah terperangkap bertahun-tahun lamanya... setiap bulan akan ada orang baru di hantar ke tempat tersebut, sehinggalah kehadiran Thomas yang telah mengubah segala-galanya. Sifat ingin tahu Thomas telah berjaya membebaskan mereka dari dinding batu yang di gelar THE MAZE... sebelum bebas tu tentulah ada pelbagai halangan dan aksi yang mendebarkan..so  kalau nak tahu apa dan bagaimana aksi tu..silalah berkunjung ke pawagam berhampiran yaa.. akeke... 

Rating aku bagi : 2/5 (kejam tak??)

The Maze Runner adalah buku pertama dalam trilogi fiksi ilmiah dystopian dengan nama yang sama karangan James Dashner. Novel ini diterbitkan pada Oktober 2009 oleh Delacorte Press,Random House dan akan dibuat menjadi sebuah film di tahun 2014 ini oleh 20th Century Fox. The Maze Runner adalah jenis film Science Fiction, drama trailer misteri yang disutradarai oleh Wes Ball dan script oleh Noah Oppenheim dengan Desainer Creature Ken Barthelmey (telah menciptakan konsep desain untuk film ini).

****ak membantu langsung kan sinopsis aku nie..hahaha... malas weh nak menaip... xde idea nak mengulas...lagipun aku bukan mahir sangat nak mengulas filem neh..haha

Thursday 25 September 2014

LANGKAWI 2014!!!!!

Assalamualaikum...

Agak2 dah basi tak kalau nak buat entry pasal bercuti ke Langkawi bersama keluarga suami di Langkawi masa cuti Hari Malaysia 16 September 2014 yang lepas.??? Biarlah kalau dah basi pun...nak bercerita jugak..hehe ..tapi jalan ceritanya ringkas jelah, malas nak hurai panjang2.....gambar pun tak banyak...(tak banyak sangat)) .....

Ini adalah kali ke-2 aku ke Langkawi... kali pertama pada tahun lepas bersama dengan suami dan kawan suami..dan kali ni bersama keluarga suami pulak. Klik sini untuk PERCUTIAN KE LANGKAWI 2013

HARI PERTAMA

Bertolak dari KL jam 3.00 petang... sampai rumah kakak ipar di Kangar lebih kurang jam 9.30 malam...

HARI KEDUA

Bertolak dari rumah ke jeti Kuala Perlis jam 9.00 pagi..sebab tiket feri jam 10.50 pagi....



Ini di Jeti Kuala Perlis....Cuti sekolah oittt..orang memang ramai..next time tak rela dah aku pergi masa cuti sekolah... 

Monday 22 September 2014

IKUT AMARAH MEMBAWA PADAH


di copy paste dari Facebook Nama Nama Islam


Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam stor simpanan kayu. Secara tidak sengaja, ular itu menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan perut ular terluka.

Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.
Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bahagian mulutnya.

Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.

Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.

Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.

Maka benarlah sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Bukanlah orang yang gagah perkasa itu orang yang boleh menumbangkan orang lain, tetapi orang yang gagah perkasa itu ialah orang yang mampu mengawal dirinya ketika marah." 
(HR Bukhari & Muslim)

Sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri.. ikutkan amarah memang membawa padah.. Masa marah memang tak sedar apa yang kita cakap..laju je setiap patah meluncur keluar... InsyaAllah akan lebih berhati2 dengan setiap pertuturan agar ada yang tidak terluka yang nanti turut memberi kesan buruk pada diri sendiri. 


Giveaway 2014 Mialiana.com

Assalamualaikum...


Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana
Aynora
SewaKeretaSabah
ProvideNetwork
TengkuButang
IeyzartdSyahieyr
FuzaMusa
YatiAdam
ZafirahZarrae
Cekelatmanih
DayangDeno
EngkuMuzahadin
PetakBunga
AinimRashihah
KaryaMahirah
Azhafizah
Zaidalifah
FatihahFazlin
FatinFarhanah
NiaEmkay
SyiraLokman



2. Wajib Like Fanpage Sponsor






















3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com

4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....

ALWAYS IN POSITIVE MODE!!!

Assalamualaikum....

Selamat pagi dan salam ceria... salam hari isnin dan juga salam memulakan kerja.. ada yang Monday blues tak sekarang??? aku dulu ada jugak penyakit ni, tapi sekarang dah kurang dah... dah makin tua dan dah makin menghargai dunia pekerjaan..tapi still juga liat nak bangun pagi..bukan hari isnin je tapi hari2.. 2 atau 3 kali snooze alarm, baru boleh bangun... akekeke... 

Wednesday 17 September 2014

5 Jenis Orang Yang Perlu Kamu Jauhi Di Pejabat


Assalamualaikum....

Dalam kehidupan seharian, kita kadang2 perlu ada sikap mementingkan diri sendiri supaya kehidupan kita lebih aman dan selesa. Memasuki alam pekerjaan menuntut kita untuk berhadapan dengan pelbagai karenah bos, pelanggan dan yang paling penting adalah rakan sekerja. Mempunyai rakan sekerja yang supportive.. berfikiran positif, rajin, kuat bekerja, kurang bergosip dan lain2 memang menjadi idaman semua orang. Namun begitu kalau dah nama manusia, mana ada yang sempurna... Kita bekerja bukan setakat sebulan dua, tapi kalau kena dengan gayanya mestilah nak bertahan lama. 

Ada banyak faktor yang boleh membantu kita untuk rasa seronok ditempat kerja seperti bos yang baik, suasana pejabat yang menyeronokkan dan yang paling penting rakan sekerja yang sekepala, barulah tak stress sangat nak bekerja. Tapi ada lima jenis rakan sekerja yang perlu kamu jauhi!

Si Busuk Hati
Haih. Hati-hati dalam memilih rakan sekerja. Ada dalam kalangan mereka yang busuk hati. Suka menjatuhkan orang lain demi kepentingan diri sendiri. Mereka yang busuk hati ini, sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu. Jika kamu ada dengar khabar angin tentang seseorang yang dikatakan hati busuk, kamu perhatikan tingkah lakunya dahulu sebelum mengiakan apa yang dikata orang. Boleh jadi ia cuma buah mulut atau mungkin juga benar.

WORDLESS WEDNESDAY

Assalamualaikum....


Cerita semalam... otw ke Padang Besar, Perlis.. singgah tepi jalan..bergambar di ladang tebu.. kat luar nampak ladang tebu..tapi dalam gambar nampak macam lalang je.. akeke....

okbaiiii....

CPUV Nuffnang : Jacob's Simple Pleasure dan RWG- Ice Age Adventure

Assalamualaikum...

Alhamdulilah rezeki bulan ogos dan september... ada 5 CPUV on-going.. 

Yang dalam petak merah tu, baru buat entry hari ini...

Terima kasi banyak2 pada nuffnang sebab murah hati...

Terima kasih juga pada...

Jacob's Simple Pleasure Contest (klik link)



dan 

RWG- Ice Age Adventure  (klik link)



sebab sudi nak melekat di blog neh...

Ok kawan2..apa tunggu lagi...mohon klik banyak2 yaaa... plis..pliss..plissss..haaa merayu tu..

Ok babai...

Terima kasih


Wednesday 10 September 2014

WORDLESS WEDNESDAY


Assalamualaikum.....


 event FIT MALAYSIA yang diadakan di Dataran Merdeka pada 7 September 2014, di rasmikan oleh YB. K.J....

TIP JADI IPAR DUAI TERBAIK

Assalamualaikum...

Semalam ada chatting dengan kawan lama.. kawan aku mengadu yang diarimas dengan kakak iparnya yang suka masuk campur dalam urusan keluarga dia, boleh diibaratkan "lebih sudu dari kuah"... kalau dia berbincang sesuatu perkara dengan adik beradik, kakak iparnya suka masuk campur, suka mengeluarkan pendapat sendiri. Lagaknya seolah2 seperti pakar motivasi profesional yang sedang membuat sesi kaunseling kepada pelanggan..hehe..macam dia tu perfect sangat..aku tergelak bila kawan cakap macam tu..nasib baik dalam chatting, so dia tak nampaklah aku tersengih2 ..hehe



Aku memang tak boleh nak tokok tambah lah..sekadar baca apa yang ditaip... aku cuma boleh cakap sabar je..think positif..apa yang baik ambik buat panduan hidup dan kalau apa yang dikatakan tidak boleh diterima, buat2 tak dengar je...kalau masing2 nak bertegas..kan jadi masam muka pulak kan.. aku pun tak boleh nak cakap banyak sebab aku pun ada kakak dan abang ipar... 


Tuesday 9 September 2014

GIVEAWAY SEPTEMBER BY KARYA MAHIRAH

Assalamualaikum
[Sila Tekan Banner Diatas Untuk Join]


GA September by Karya Mahirah dianjurkan oleh Karya Mahirah dan di sponsor oleh:




Yun Sing Irrayyan Dr.Nurashikin , Amy J Rara Farhana , Mind Meld(Irene) Dik An'sNurizan , Suhaida(Izzeyda) , Scha Nazri , Mommy Lina , Mimi Azirah , @henshinyourstyle

Apalagi tunggu..jomlah ramai2 join segmen ini.. SELAMAT BERJAYA!!

Babai

Mini GA September Cash RM300 by Emas Putih

Assalamualaikum..

Sayang-sayang sekalian...jom join GA dari cik Uzu kita neh... hadiah2 not bad.. mana tau kot2 ada rezeki..akekeke

 Mini GA September Cash RM300 by Emas Putih
[Siapa nak join sila tekan banner di atas]

Mini GA September Cash RM300 ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih ,  Anagurls , Aimisyafiqah , Julia , Dyba , Tarmizi Mizi , Angah Judin , Amir Zahari , Nisa Ahmad , Halim Brothers 

Ok..good luck yaa....

8 PINTU MURAH REZEKI

Assalamualaikum....

Siapa yang tak mahu kehidupannya mereka selalu dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah dan berkat..ditambah lagi dengan dunia sekarang,,segalanya perlukan duit..dah tak ada benda percuma dah sekarang nie... semua berbayar... masuk masjid je percuma... kalau ihklas bolehlah hulurkan derma untuk kegunaan menguruskan masjid... 

ihsan google.

SURAH Al-Waqiah...


Erti doa surah al-waqiah

“Ya Allah, bahawasanya kami memohon kepada-Mu dengan hak surat Waaqi’ah dan rahsia (yang terkandung) di dalamnya. Hendaknya Engkau memudahkan rezeki bagi kami sebagaimana Engkau memudahkannya kepada kebanyakan makhluk-Mu ya Allah, Tuhan semesta alam. Ya Allah, limpahkanlah rezeki dari langit dan bumi kepada kami, berilah kami rezeki kerana Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki. Ya Allah, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah rezeki itu, jika rezeki kami berada di bumi, maka keluarkanlah, jika rezeki kami tidak ada maka temukanlah, jika rezeki kami sulit maka mudahkanlah kepada kami, dan pindahkanlah rezeki itu ke tempat kami di mana kami berada, dengan karunia-Mu dan kemurahan-Mu serta kemuliaan-Mu dengan rahmat-Mu wahai sebaik-baik Penyayang dari para penyayang.”

Oh lupa..kebetulan buat entry tentang rezeki.. sesuatu yang aku tunggu2 dah pun tiba..hampir sebulan menunggu..tiap2 hari cek peti surat... dan semalam dah boleh senyum..bukak peti surat..cari punya cari adalah surat atas nama aku yang datangnya dari Nuffnang Sdn Bhd... yeayyy!!! cek dah sampai... walaupun tak banyak sangat tapi alhamdulilah..rezeki jugak kan... 


Ok.terima kasih!!babai!!!

Friday 5 September 2014

Pandai-pandailah bawa diri!!

Assalamualaikum....

Pernah dengan tak peribahasa " Masuk Kandang Kambing Mengembek, Masuk Kandang Kerbau Menguak" ?? Maksud yang diperolehi dari Dewan Bahasa Dan Pustaka adalah "Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan".. Maknanya kalau kita baru masuk ke sesuatu tempat.. ikutlah persekitaran tempat baru tu, jangan nak ikut kepala kita sendiri..jangan terlalu sangat nak tunjuk belang kita tu... nanti tak pasal2 dipulaukan orang.. 
Tetiba rindu nak keluar ber'event' dengan mereka... tapi dua orang yang kat tengah tu dah resign..haiyakkk!!!

MUHASABAH DIRI

Assalamualaikum....

Salam Jumaat Penghulu segala hari...

Amalan zikir untuk hari jumaat

Ya Allah..Ya Allah..Ya Allah.....

Betul kata orang, hidup umpama roda..kadang kita di atas..kadang kita di bawah... jangan kita terlalu mendabik dada bila kita berada di atas... cuba renung siapa diri kita sebelum ini, macamana keadaan kita sebelum ini...En. suami selalu berpesan, jangan terlalu selesa bila kita senang, jangan terlalu megah dengan apa yang kita miliki.. Allah s.w.t akan tarik bila-bila masa sahaja jika Dia berkeinginan...

Sekian tazkirah jumaat...

Thursday 4 September 2014

THE VERSATILE BLOG AWARD



Assalamualaikum

Sebelum balik kampung cuti merdeka minggu lepas, sempat jeling ke chat box.. ramai juga yang singgah walaupun blog ni kurang aktif.. terima kasih yaa kepada yang sudi melawat... InsyaAllah nanti Naniey buat kunjungan balas yaaa.. Bila jeling2 lagi terperasan ada rakan blogger iaitu cik Mellya tag sesuatu... aku pun bacalah apa yang di tag tu... ohhh rupa2nya The Versatile Blogger Award (TVBA)...!!! Terima kasih yaaa cik Mellya sudi anugerahkan award nie pada kita... versatile sangat kita neh..akekeke.... !!!


Syarat2 untuk TVBA adalah seperti berikut...

- Thanks to the person who give you this award
- Include a link to their blog
- Select 15 blogs you've discovered/followed regularly
- Nominate these 15 bloggers to this Versatile Blogger Award
- Tell the person 7 things about yourself 


7 perkara tentang diri ini yang serba kekurangan...

1. TAK SUKA PERKARA REMEH TEMEH




Aku tak tahu nak klasifikasikan perkara remeh ni macam mana..tapi aku akan rasa eeeeeeee pada seseorang yang banyak tanya..banyak soal.. nak beli itu ini pun kena tanya pendapat orang.. nak buat itu ini pun nak tanya orang... kalau benda itu tidak mendatangkan mudarat pada diri dan orang lain..just do it... buat keputusan sendiri je... 

2. JUJUR DAN SETIA PADA SEGALANYA
Ehem..ehem...yang ni kena angkat diri sikit.. memang tergolong dalam golongan jujur dan setia..bukan pada cinta hati sahaja..tapi pada semua benda... handfon...handbeg..baju .seluar..kasut.. selagi tak rosak aku guna... bila dah rosak baru beli yang baru..setia tak??..

3. EMOSI MUDAH TERLUKA..SGT SENSITIF..MUDAH MENANGIS


Ini memang sangat2 dekat dengan diri aku..pantang hati dicuit..mesti akan menangis... kekadang En. Suami pun malas nak melayan..hahaha... kadang2 tengok mak cik pak cik duk meniaga tepi jalan kecil2lan pun aku boleh teringat sampai ke rumah sebab kesian sangat2...

4. KURANG YAKIN DENGAN DIRI


Sifat ni dah lama bersemadi dalam diri..sejak dari kecik memang self-confident kurang sangat2... selalu rasa diri tak layak untuk itu..dan tak layak untuk ini... sampai kan nak tegur kawan2 lama (sekolah rendah) pun segan... yalah kita kat sekolah dulu tak pandai pon, nama tak pernah nak up.. kot bila kita tegur, orang xcam dan tak kenal kita.. ahh malu jer... 

5. SUKA MASAK

Ok.. cakap je nak makan apa.. ada bahan2 maka terhidanglah depan mata.. aku bukan pandai masak..tapi suka masak... sebelum masak tu mintak tolong en.google.. cari resepi2 yang menarik untuk di masak... nak cuba resepi baru tak boleh sombong dengan en.google ya...

6. TAK SUKA SHOPPING-MOPING


Perempuan tak suka shopping..wujudkah??hah aku lah tu... kalau pergi shopping complex mesti tuju ke kedai yang nak beli barang je... lepas dapat apa yang nak..terus tarik tangan suami balik rumah.. makan pun tak.. balik makan kat rumah...haha... kalau keluar dengan kawan2 pulak, aku lebih suka duduk di atas bangku di pasaraya semasa mereka sedang syok bershopping... 

7. KAKI TIDUR

Perangai zaman sekolah dah terbawa hingga sekarang... dulu2, balik sekolah.. dengan tak mandi..tak makan terus cari katil..tidur... dekat2 asar baru bangun..tu pun setelah ayah ketuk pintu macam penyamun..bergegar seluruh rumah..nasib baik tak runtuh... bila dah kerja ni terpaksa bangun awal pagi dan seharian tak tidur sebab kerja.. oleh sebab itu, aku memang tertunggu2 sangat kehadiran hujung minggu... aku boleh tidur puas2..sanggup tak nak keluar jalan2 bila suami ajak..semata2 nak tidur..hahaha... 

...gambar ihsan dr en.google

Aku ni memang suka langgar syarat..orang suruh tag kat kawan2 blogger lain..tapi aku selalu tak nak tag..tapi aku buka pada sesiapa yang terbaca TVBA di blog aku nie.. boleh buat dekat blog sendiri..and tag pada kawan2 anda yang lain..hehe

Tenkiyou

Wednesday 3 September 2014

JOM CANTIK DENGAN SEPHORA


Assalamualaikum

Bergaya bukan untuk menunjuk..mekap bukan untuk menarik perhatian..senyum bukan untuk menggoda... tetapi ianya sebagai aura positif supaya diri kita sentiasa bertenaga , bersemangat dan berkeyakinan dalam melakukan apa jua tugasan. Bagi Saya penampilan yang menyakinkan dapat memberikan sesuatu yang “extra” dalam diri dan tindakan saya. Saya tidak perlu untuk membelanjakan wang yang banyak untuk membeli pakaian yang berjenama ataupun pergi ke salun kecantikan untuk kelihatan menarik. Memadai dengan mengenakan pakaian yang saya rasa selesa dan kelihatan kemas serta sedikit palitan mekap yang nipis, ringkas dan sweet..haaa gitu....



Memang tidak dinafikan, penggunaan make up membuatkan wanita kelihatan lebih cantik daripada segi penampilan. Malah ramai yang turut mengatakan bahawa solekan mampu memberikan mereka keyakinan terutamanya ketika berada di luar rumah dan ketika dalam keadaan di mana perlu berurusan dengan orang lain. Selain daripada itu solekan yang dilakukan pada wajah seseorang jika dibuat dengan teknik yang betul dan penggunaan alat solek yang berkualiti pastinya akan menghasilkan solekan yang sangat cantik. Ini lantas dapat membantu menaikkan seri penampilan dan membuatkan persalinan anda kelihatan lebih bergaya.

Bila kita bercakap tentang produk alat solek pastinya jenama pertama yang mungkin kita akan terfikir ialah sudah pastinya Sephora. Malah bagi wanita bila sahaja mereka menjejakkan kaki ke dalam stor Sephora Malaysia mereka seakan-akan bertukar ke dalam karakter Augustus Gloop. Jika anda masih ingat itu adalah karakter seorang budak lelaki di dalam cerita ‘Willy Wonka and the Chocolate Factory’ yang pernah popular suatu ketika dahulu. Antara dialog karakter tersebut yang sangat sinonum dengan Augustus ialah ‘Saya mahu cuba semuanya!’ dan ini pasti apa yang selalu wanita fikirkan bila setiap kali masuk ke dalam Sephora.

Tidak kiralah sama ada anda adalah seorang yang sangat obsess dengan produk kecantikan atau tidak, anda tidak boleh menafikan yang Sephora adalah satu jenama yang sangat besar dalam industri kecantikan. Membeli produk jenama ini pastinya memberikan pengalaman yang sangat menarik buat kita. Ratusan produk yang ditawarkan sudah dan akan terus menjadi kegilaan ramai wanita.




Dengan rangkaian produk Sephora Malaysia yang cukup luas pastinya anda akan rambang mata! Malah apa yang lebih menarik ialah anda akan dapat memperoleh lebih banyak gaya solekan dengan Sephora. Ini turut memberikan kelebihan anda kerana penampilan anda pasti akan jauh lebih bergaya!




Kini anda tidak lagi perlu keluar untuk mendapatkan rangkaian produk terbaru Sephora Malaysia kerana boleh didapati secara online di ZALORA. ZALORA Malaysia menawarkan lebih daripada 800 produk terkini Sephora Malaysia online dengan harga yang cukup menakjubkan! Apa tunggu lagi? Jom layari website ZALORA sekarang.