Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 31 December 2013

LOVE MY WEEKEND!!...LOVE MY FAMILY!!!

Assalamualaikum...

Sebenarnya entry nie aku patut  post hari ahad malam isnin yang lepas... sebab tajuknya pun "weekend" kan.. so kalau hari nie bukan weekend.. dah weekday... tapi disebabkan tahap kemalasan yang tinggi untuk edit gambar dan letak watermark... aku simpan dulu entry nie... sampailah malam nie barulah tahap kerajinan tinggi sikit... maka terhasilah entry ini...


SELAMAT TAHUN BARU 2014

Assalamualaikum..

Selamat Tahun Baru 2014 ... semoga tahun baru ini





  •  lebih baik dari tahun2 yang sebelumnya... 
  • semoga lebih sukses.. 
  • semoga lebih tabah..
  •  semoga jadi isteri yang lebih menghormati suami.. 
  • lebih menjaga maruah suami..
  • lebih menjaga air muka suami... 
  • semoga lebih berupaya untuk menyenangkan ibu bapa dan keluarga... 
  • semoga menjadi seorang pekerja yang lebih ikhlas  ... 
  • lebih komited dan penuh berdisiplin... 
  • dan yang paling penting... syukur alhamdulilah sehingga kini masih lagi dibekalkan nyawa olehNya untuk merasai keindahan dunia...

SELAMAT TAHUN BARU 2014 SEMUA!!!!
  • btw Tahniah my lovely friend.. Nurul Syuhada dan suami atas kelahiran baby boi yang pertama hari ni.. esok baby ko dah setahun.. otai betul eh... baru je lahir dah cukup setahun.. akekeke..

Monday, 30 December 2013

Segmen Azam Blog 2014 by HBP

Assalamualaikum.....

Hari nie penuhkan masa dengan join segmen jelah eh... 


 http://pening-pala.blogspot.com/2013/12/segmen-azam-blog-2014.html



Segmen kali ini dinamakan Segmen Azam Blog 2014 by HBP.... 

alkisahnya cerita blog  di tahun 2013
Tahun 2013 aku memang xde terniat pon nak letakkan apa2 azam untuk blog neh.. sebab aku tulis blog sekadar suka2.. time ada idea nak menulis, aku buat entry..dah siap buat entry aku sign out... xde nak tambah followers, xde nak follow orang.. xde nak blogwalking..xde pon nak kasi pageview naik.. semua dibuat atas sekadar suka-suka.. semuanya untuk diri sendiri... 

Then dalam 2 bulan lepas... baru aku mula aktif tambah followers... baru nak blogwalk... baru nak bertegur dalam chatbox dgn blogger lain.. baru pandai tinggalkan backlink... syukur alhamdulilah dalam masa 2 bulan nie follower dah melebihi 100 orang.. memang tidak dijangka2...  sebelum ni blog aku memang langsung tiada followers yaa.. (((ZERO)))... walaupun dulu xberapa aktif berblogging tapi aku tetap daftar nuffnang.. tapi biasalah, tak aktif mana ada iklan nak singgah kan... then bila aku kerja keras sikit 2 3 bulan neh.. dapatlah hadiah 2 CPUV dari nuffnang... alhamdulilah... Blog pon dah banyak aku modify untuk kemudahan rakan blogger lain menjengah dan meninggalkan komen... 

Azam Blog 2014
  • akan memperuntukkan masa dengan blog sekurang2nya 1 atau 2 jam sehari.. walau sibuk macamana pon     tetap akan jenguk blog..akan lebih kerap blogwalk mengunjungi rakan2 lain.. sekarang nie malas sikit nak jalan2..akeke (( seminggu kadang2 langsung xdapat jengah blog))
  • akan post sekurang-kurangnya 2 entry dalam sehari..  ((sekarang nie seminggu pon 2 3 entry je))
  • Nak capai 1k follower by end of Disember 2014... (( sekarang baru 100 above))
  • Nak CPUV lebih banyak dari Nuffnang...  ((sekarang baru dapat 2))
  • Nak rajinkan diri bagi komen pada blog rakan2 lain..hehe..((sekarang malas sangat nak mengomen..just baca je entry lepas tu bukak entry blogger lain..rugi pulak rasanya)))

VirtualMalaysia.com Promotes VMY2014

Salam,

VirtualMalaysia.com dengan baik hatinya, nak bagi hadiah banyak untuk promote diorang punya website yang juga merupakan website yang boleh dirujuk/dipercayai untuk tourist/travel sempena Visit Malaysia 2014! Jom usha Hadiah dulu ye! Jumlah hadiah adalah 26 dan Pemenang yang terpilih seramai 26 orang!


1. VM merchandise (T-shirt/Payung/Mug) + RM10 mobile top up = 3x


2. Payung Virtual Malaysia = 3x

3. T-Shirt Virtual Malaysia = 3x

4. Mug Virtual Malaysia = 3x

5. Long Chiffon Skirt (Yellow) = 1x

6. Long Chiffon Skirt (Blue) = 1x

7. Long Chiffon Skirt (Red) = 1x

8. 5 keping Voucher 10% Cupcake Lily Cafe = 10x

9.  Shawl (Handmade by Salju) = 1x

Jom tengok gambar-gambar hadiah, kalau bagi list je, xde la excited sangat kan? Hehehe 









Okay tak hadiah? Ni baru first give away taw, next time diorang akan offer hadiah lagi masyuk! hehehe. 

Nak join? Clik link dibawah! :)

http://sayaiday.blogspot.com/2013/12/giveaway-virtualmalaysiacom-promotes_27.html



 Hehehe . Simple jeee. Cepat join ramai-ramai! ajak kawan-kawan :)




Contest End : 31th December 2013! 




artikel  pilihan saya



kenapa???

sebab saya suka kepada alam semulajadi.... rasa tenang sangat bila tengok hutan rimba yang menghijau, boleh menikmati keindahan alam flora dan fauna...air terjun yang sejuk.. boleh hilang stress tau.... hihi

ok good luck semua...

Segmen Pencarian Bloglist di Mohd Shawal's Blog

Assalamualikum.. 

Jom join segmen dari rakan blogger nie...

 http://mohdnoorshawal.blogspot.com/2013/12/segmen-pencarian-bloglist-di-mohd-noor.html
klik banner untuk JOIN

Segmen macam ini memang bagus untuk disertai.. walaupun tidak menawarkan sebarang hadiah tapi ianya memberi peluang kepada blogger terutama blogger seperti saya yang baru nak aktif dalam dunia blogging nie untuk tambah followers dan juga untuk tingkatkan rating page view... 

so..apa tunggu lagi.. jom join ramai-ramai... tak rugi pon... 

Untuk maklumat lanjut silalah ke page beliau yaa...

Ok Thank You Shawal atas jemputan ini yaaa...

Friday, 27 December 2013

Dos and Don'ts in a job interview by Mat Luthfi



 Tengok iklan nuffnang kat tepi tu..tetiba keluar ads pasal tips untuk interview kerja dari Mat Luthfi.. haaa kenal Mat Luthfi x?? mestilah kenal kan... kalau xkenal.. taip je Mat Luthfi kat youtube.. haa terkeluarlah video2 kalakar tapi penuh berinformasi dari dia... ok dah sesi pengenalan.. back to this ads...

Tengok je iklan nie aku rasa tertarik.. tu yang share kat entry neh...Video yang dibuat oleh Mat Luthfi amat penting dan berguna kepada graduan yang baru tamat belajar dan akan hadapi temuduga untuk masuki alam pekerjaan.. 

Sebelum ke tempat interview.. candidates (calon temuduga) harus tahu apa yang perlu dilakukan dan apa yang tak patut dilakukan semasa proses temuduga berlangsung...

so untuk tahu dengan lebih lanjut.. tgk video Mat Luthfi kat atas nie yaa.. xpun tengok je kat blog korang semua.. mesti ada iklan nie kan.. semoga bermanfaat untuk semua yaa!!

sumber video (iklan)  : http://www.ready4work.my/

ok bai...

KEPERCAYAAN..... TRUSTED.. BELIEF...!!!

Assalamualikum...

 Berapa % kah anda percaya dengan orang disekeliling anda???

Dari dulu sampai sekarang aku xpernah percaya kat sape2 100%... even pada family ataupun saudara sendiri.. kawan??ermmm lagi lah xboleh percaya 100%.. suami??boyfrend?? pon xboleh.. malah diri sendiri pun xpernah letak 100% kepercayaan..haaa pelik kan....

En. Suami..kalau baca jangan marah yaa.. saya bukan xpercaya kat awak.. saya percaya kat awak.. tapi bukan 100%..mayb 90%.. wow tinggi jugak tu... yalah, awak cakap dah x smoking.. tapi bila awak keluar toilet...selalu je bau asap rokok... sape lagi yang smoking..dalam rumah tu kita berdua je yang tinggal.. xkan saya kot..akekeke... 

Orang kata sape lagi kita nak harap kalau bukan family, darah daging kita ataupon sanak saudara... tapi kalau xpercaya pada family sepenuhnya macamana tu... tapi sebab harta adik beradik pon boleh bergaduh..naik turun mahkamah bagai... 

Thursday, 26 December 2013

Let's Countdown 2014...


Assalamualaikum...

xsampai seminggu lagi nak jumpa tahun baru kan... dah sedia belum nak sambut tahun baru... seperti biasalah..tahun baru, umur pon baru... makin meningkatlah  umur kan.. macam xsanggup je nak mention umor kat sini..akekeke... tapi orang kata umur sekadar angka.. tapi jiwa tetap muda sokmo..haha.. 

asal tahun baru je..mesti orang akan tanya azam baru kan...  siyes aku cakap..aku xdak azam... *macam orang xde matlamat je bunyinye kan... 

teeeeeeeettttttttt..........

teeeeeeeetttttttttttttt...

teeeeeettttttttttttttt..................

hahahaha..ideas not comes around... so entry utk tahun baru ditangguhkan dulu eh..nanti sambung..wakaka...
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
ok.. jom sambung balik.. tadi betul2 xdak idea..dah lunch..pekena nasi ayam penyet kat Maju Junction..terus bersemangat nak cerita pasal tahun baru neh..hahahha... henggek mu!!!

Tuesday, 24 December 2013

TELUK CEMPEDAK

Assalamualaikum....

On the way balik dari Cherating hari tu sempat singgah makan di Teluk Cempedak.. dalam setengah jam je kot dari Hotel Lagenda yang kami menginap tu... 


Seperti biasa semua pantai kat pantai timur kot ombak besar.. sama dengan Pantai Cherating..kat sini pon ombak besar... dilarang mandi manda... boleh cuci2 mata je sambil biarkan angin bayu langgar muka.. cehhh *penjodoh bilangan xberapa kena di situ..ahaksss*..

PANTAI CHERATING, PAHANG

Assalamualikum....

Hujung minggu lepas, berpeluang ikot suami ke program Hari Keluarga Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur (Unit Operasi)  *nama penuh aku eja..kehkeh... bertempat di Cherating, Pahang... 

Kami menginap di The Lagend Resort...

 welcome

 Nice view..suka sangat kalau bilik ada view laut camnie...


My Mom's Best December giveaway

Assalamualaikum...

Pagi2 dah bersemangat join GA...  bukan apa tengok hadiah yang ditawarkan berpinar2 mata... tambahlah bersemangat kan..akekeke

Jom cuba mana tahu kot meneng set clinelle neh!!!

http://www.mymomsbest.us/2013/12/my-moms-best-december-giveaway.html
klik banner untuk join yaa

Cara-cara untuk sertai senang sgt..ikot je step yang telah diberikan oleh penganjur kat bawah neh yaa.. 
  1. Click g + 1 button on Google + Follower, you can see this on left corner of this blog.
  2. Blog this giveaway and link to this blog www.mymomsbest.us and this post.
  3. You must complete above in order to join this giveaway!
  4. Giveaway ends on 31 December 2013 midnight.
  5. Come back to this blog to see if you are winner, winner given 48 hours to email me.

OK Bloggers..good luck!!

Monday, 23 December 2013

Zahra Bakar Collection Giveaway

Assalamualaikum...



Zahra Bakar Collection merupakan sebuah online shop yang menjual pelbagai jenis tudung dan shawl antaranya tudung syria, bawal arjuma, alsya ring dan sebagainya. Zahra Bakar Collection, turut mengambil tempahan sulaman (cross stitch) dengan pelbagai jenis design/ reka bentuk mengikut kehendak pelanggan.



Zahra Bakar Collection GiveawayZahra Bakar Collection Giveaway




Selain itu, Zahra Bakar Collection turut menjual kain pasang dan kain batik terengganu yang dihiasi dengan pelbagai jenis corak dan warna yang pastinya memikat hati. InsyaAllah, kainnya berkualiti tinggi dan selesa dipakai. Harganya juga sangatlah berpatutan.



Untuk meraikan pembukaan Zahra Bakar Collection online shop, kami mengadakan simple giveaway buat anda. Ingin dapat hadiah yang menarik dari kami? Ayuh, sertai sekarang. 


Zahra Bakar Collection Giveaway

Klik banner untuk sertai.



DUNIA KANAK_KANAK REBINA KITA...

Assalamualikum...

#copypaste
Apa kenangan anda zaman menjadi budak-budak?

1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.


2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita. 
3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat. 
4.Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi. 
5. Lukis burung guna huruf 'm'. 
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
7.Masa kecil fikir bentuk hati macam ni 
8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.
9. Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi . 1 jam dalam bilik air.
10. Fikir dunia kartun memang wujud.
11. Makan singgam. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.
12. Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.
13. Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.
14. Susun kusyen dan buat seni binaan.
15. Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki.
16. Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik.
17. Lepas abes peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.
18. Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul. 



19.Hembus nafas kat cermin tulis saya sayang awak.
20. Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja.
21. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring.
22. Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.
23. Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang.



24. Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda + atau -. Orang cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang. Haha
25. Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu.
26. Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi orang miskin.
27. Tak bagi kawan join masa main. Kalau nak join jugak dengan syarat kena main Ti Ai Pi Yu..
28. Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut.
29. Kencing dengan yakin sebab rasa dah sampai ke toilet, rupa rupanya atas katil.

Itu semua kenangan-kenangan waktu kecil....


SAMA TAK KENANGAN KITA???


Saturday, 21 December 2013

BELOG KESUNYIAN DAN KESEPIAN!!!

Assalamualaikum...

Agak sunyi sikit blog kita minggu neh.. masa terhad sikit.. nk online pun curi-curi bukak dalam fon je..

2 hari lepas..ada event kt temerloh pahang..semalam dan hari ini serta esok ada kat Kuantan..family day tempat kerja suami..

Selagi tak hadap pc kat rumah selagi tu xleh nak fokus pada blog..nk blogwalking pon xsenang.. hehe..

Ni pon terpaksa update satu entry supaya blog neh xsunyi dan tak di tumbuhi semak samun..akeke..


Kg pantai beserah,kuantan

Oklah nanti naniey buat kunjungan kat rumah korang semua yaa.. babaiiii...

Mood malas nk buat entry pjg2 sebab guna henfon je..kalau ada spelling error maaflah yaaa hiiii

Tuesday, 17 December 2013

Tolong dapatkan KAWAN kita balik!!!please

Assalamualaikum...

kawan a.k.a followers kita hilang!!!!!
kena sorok kat apa benda ntah,,,


aku ada salah klik mana2 ke neh... caitttt

Dah baca pengalaman bloggers lain tentang kes ini..memang ramai yang alaminya.. dan mereka dah dapat followers balik... mereka dengan baik hati lagi bagi tutorial cara2 nak dapatkan followers balik.. tapi aku kan biasalah..bengap sikit bab2 setting metting neh.. dah 3 jam duk belek menda neh..tapi hasilnya..yillek..

ada sape2 boleh tolong tak... bagi tuturiol yang mudah sikit... tolong eh...tolonggggggg!!!!!!!... 



Monday, 16 December 2013

WORK also is My PASSION


Assalamualaikum....

Today i have 
so i can't


also

and also
entry/stories

because
so Blogging??



Thank You... 

Sunday, 15 December 2013

Special Giveaway By Afiqah

Assalamualaikum....

Jom join  

Special Giveaway By Afiqah


 http://mawarberduri4147.blogspot.com/2013/12/special-giveaway-by-afiqah.html


untuk ketahui Syarat2 penyertaan dan hadiah sila ke blog tuan punya penganjur yaaa... sila klik banner di atas nun!!!hihi

Okey GOOD LUCK!!!

Saturday, 14 December 2013

ENTRY TAK TAHU NAK LETAK TAJUK APA.^_^

Assalamualaikum..

dalam 2  hari ini memang tak boleh nak fokus sangat pada blog... masa terhad.. dapat jenguk kejap2 je... 2 pon online dalam kereta dengan henfon.. memang xlah kan nak balas komen dan kunjungan blogger...

Semalam ada meeting kat Temerloh... sampai rumah dalam jam 8.45 malam...lepas sembahyang isyak.. makan roti 3 keping.. terus cakap kat suami nak tidur...hekhek...

Hari ni pulak.. even hujung minggu pon xde masa jugak nak jenguk blog... ada jer yang nak kena buat...

bangun pagi2 kan biasalah.. kemas rumah...dobi kain.. masak utk suami... dalam erti kata lain..kerja seorang suri rumah.. nasib baik en. Somi rajin..bantu apa yang patut... ni belum ada anak lagi.. kalau ada anak rasanya seminggu sekali lah bukak blog.. hehehe...

Lepas zohor En. Somi ajak pergi tengok kuaters kat Bukit Jalil... badan penat...tapi dah janji kan..so terpaksalah ringankan tulang dan lemak ikot en. Somi...

Sampai je entrance kuaters.. mulut aku dah muncong... awal2 lagi xsuka tempat tu... biasalah..kuaters kan mana ada orang nak jaga sangat..tu belum masuk dalam rumah lagi... tahap kebersihan kat situ jauh sekali dengan Kuaters kat Sepang nie..

Then bila masuk dalam rumah.. muncong mulut aku makin panjang... xterkata apa2... bayangkan rumah tu 3 kali ganda kecik dari rumah kat kuaters yang aku stay sekarang... arghhhh...abggg xmau..xmau...

Dan..dan je aku mintak en. Somi servey kuaters lain area KL.. kalau xde kosong..dalam keterpaksaan kena jugak stay kat kuaters Bukit Jalil nie... haiyooo...

Tapi memang penatlah nak kena bersihkan rumah tu.. tuan rumah dulu main tinggal sepah2  je... tanah2 pasu boleh pulak dibiarkan diruang tamu macam tu...

Disebabkan xberapa suka dengan condition and environment kat situ..aku langsung xingat nak snap..snap gambar... hahaha..

2 3 bulan lepas excited sangat aku nak pindah rumah ke Bukit Jalil sebab dekat sikit nak g kerja kat KL..tapi bila dah pergi tengok rumah tadi.. rasa macam xnak pindah pulak... kehkeh

Simple Giveaway by Licha


Assalamualaikum....

Sape2 yang kebuntuan xtau nak buat entry apa.. meh join GA neh... baru blog xsunyi... haha

 http://lilylicha.blogspot.com/2013/12/simple-giveaway-by-licha.html
Klik banner untuk join
Sila ke page panganjur untuk tengok senarai hadiah.. akeke...~~~

TOP Referral :
Rm 30 x1

Syarat Mudah Penyertaan
*warganegara Malaysia & Mempunyai blog
*Follow blog & Like FB page penganjur dan sponsor

Follow blog: 
Licha | Azlan  | Rawlins | Syira | Raudzah

Like FB page:

*Buat entry bertajuk : Simple Giveaway by Licha
*Klik iklan - Taylor's College
*Tampal banner diatas dan backlink ke entri ini. 

Selamat BER"GA".... GOOD LUCK .... ^_^

Wednesday, 11 December 2013

SEGMEN SAYA SAYANG BLOG SAYA


Assalamualaikum...

Jom join segmen paling simple di abad ini.. segmennya ialah
>
>
>
Tadaaaa....
 http://4.bp.blogspot.com/-GjQKfpHadxo/UqVeyUiOY8I/AAAAAAAADkE/TOAn1JBFItU/s320/sayang+blog.png


jom kita baca syarat2 yang telah ditetapkan oleh ayu...

1. macam biasa mana yg belum jadi follower ayu ...sudi2kan la jadi follower ayu yer...takde paksaan..
2. kalau nak like pages ayu pun di alu2kan..
3. buat tajuk " segmen: saya sayang blog saya "
4. macam biasa... letakkan banner diatas yer...simple je..hehee..nanti backlink kan ke entry ni yer..
5. dah siap...boleh hantar...hehehe....letakkan link entry kawan2 kat ruangan komen dibawah yer...
hehehe...simple je kan.....ayu buka segmen ni sebulan hingga 25/12/2013....hehehe....jam 10 malam

Pesanan penaja: Segmen ini tiada hadiah disediakan.. hadiahnya anda akan dapat bila viewers blog anda meningkat dan followers blog anda semakin bertambah.. hehehe...

Jom sertai ramai2..... Thank you Ayu atas jemputan  join segmen ini... !!!

Babai...

11.12.2013.. HARI INI DALAM SEJARAH

Assalamualaikum...

Cantik je kan tarikh 11.12.13... 

Jom review balik sejarah negara kita...

Hari ini genap 20 tahun kejadian runtuhan Highlands Tower di Ulu Kelang, Selangor..

Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu KlangSelangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3. ( sumber bantuan En. Wikipedia)

Tahun 1993 aku darjah 1... memang xingat dan xtahu pon pasal nie,.. yang lahir tahun 90an lagi lah xtahu kan.. tapi jangan risau.. minta bantuan En. Google.. dari A to Z akan tahu kejadian sebenar..



Wedding Of The Year -  Rozita Che Wan + Zain Saidin

Pada hari ini satu lagi sejarah yang akan tercatat..bukan sejarah duka yaa.. tapi sejarah kebahagiaan pelakon cantik Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang melangsungkan perkahwinan pada hari ini.. 


kenapa dikatakan sejarah..??aku pon xtahu.. kat atas nie bukan gambar bersanding yaaa.. tapi baru malam berinai... majlis berinai pon dah lebih dari bersanding meriah dan mewahnya... majlis bersanding pulak faham2 lah yaa... sebab tu aku cakap boleh jadi sejarah...hihihi ntah pape je aku neh..oklah selamat pengantin baru yaa to both of you... moga kekal abadi!!!

KISAH BERCERITA DAN MERUNGUT!!!

Assalamualaikum...
Bukan merungut tapi nak bercerita... tapi tak tahu apa yang nak diceritakan..kalau diceritakan mesti dianggap merungut..dah tu camne nak berceritakan... merungut dan bercerita adalah perkara berbeza tapi nampak macam sama.. Mengapa perlu bercerita kalau dah tahu orang akan anggap merungut... tapi masalahnya sekarang saya bkn merungut tapi nak bercerita...yalah berceritakan sama je dengan merungut... dah tu macam mana saya nak bercerita ..??
tamatlah riwayat kisah bercerita itu merungut..merungut itu bercerita..

motif??

Monday, 9 December 2013

1st NEW YEAR GIVE AWAY BY YAN

Assalamualaikum....

Rajin pulak aku join segmen GA neh... tapi xsalahkan... kalau syarat yang diberikan adalah simple, mmg laju lah aku join..hehe

Ok kali nie segmen GA 1st NEW YEAR GIVE AWAY BY YAN....

Tahun baru hampir tiba.. so xsalahkan kalau kita sambut tahun baru dengan menyertai GA dari rakan blogger kita neh... 

Ok syaratnya amatlah mudah.. tayah nak klik sana sini... *haaa aku suka neh



 http://berstoryatsini.blogspot.com/2013/12/1st-new-year-giveaway-by-yan.html
klik banner untuk sertai

you all semua just:
a) of courselah follow blog empunya GA neh kan... 
then syarat2 lain tu sila klik banner berkunjung ke blog tuan punya GA, baca dan join....

Tarikh tamat pada 28 Disember 2013

Jom bloggers kita sama2 meriahkan kehadiran tahun baru dengan menyertai GA dari Yan neh.. mana tau kot2 dapat topup free kan..

Cup cup.. azam tahun nie semua dah tercapai ke bloggers sekalian??ke kena forward ke tahun depan?? .

ok bai...

Segmen Sahabat Selamanya II by DiyanaHani


 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 


 


"Segmen Sahabat Selamanya II" adalah sambungan daripada Segmen Sahabat Selamanya yang pernah hani anjurkan sebelum ini. Tujuan segmen ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama  blogger.Bak kata pepatah“ yang jauh,didekat-dekatkan, dan yang dekat,dirapat-rapatkan”.
Segmen ini diadakan selama dua minggu,iaitu bermula pada 07/12/13 sehingga 11.59 malam pada 21/12/2013.



Segmen Sahabat Selamanya II by DiyanaHani di jayakan oleh DiyanahaniERAZ FadliNORLIDA, Hajar , Wanie , Hannah, dan Akofena Enterprise. Terima Kasih yang tidak terhingga di ucapkan kepada para sponsor. 


Diharap semua blogger sudi merajinkan diri menyertai segmen ini.
Jangan lupa blogwalking untuk mencapai tujuan utama segmen ini diadakan.   

APA TUNGGU LAGI!!! 
KLIK BANNER DAN JOIN.KALAU TAK BOLEH KLIK BANNER,KLIK AYAT KAT BAWAH BANNER YER...JOM JOIN.CARI KAWAN RAMAI-RAMAI.. 



Segmen Blogwalking & Follow by YAYA


ASSALAMUALAIKUM


"Segmen Blogwalking & Follow by YAYA"
Syarat-syarat segmen mudah maybe hehehe..
  • Follow blog YAYA bagi yang masih tak follow
  • Follow twitter YAYA, dijamin followback *tak ada tak apa* 
  • Tajuk post : Segmen Blogwalking & Follow by YAYA
segmen sehingga bulan JANUARI 2014

*************saya xde twitter..so xdapat nak follow...kira halal eh***********hihi

Ooo Perempuan.. Patutlah....


Assalamualaikum...

Sila baca entry ni sambil nyanyi lagu SEKSIS dari Anita Sarawak.. tau x lagu tu?? kalau xtau buat2 tahu je eh.. malas nk bukak kelas vokal kat sini..akeke..

Entry kali ni sebagai protes pada en. Somi yang suka pandang sipi-sipi pada perempuan yang drive kat jalan raya..highway..jalan kampung..jalan bandaran dan semua jenis jalan... 

tengah2 jem tadi sempat snap gambar kat Jalan Bukit Bintang

Sunday, 8 December 2013

PANTAI KEMASIK

Assalamualaikum... 

dah lam dah En. Somi suruh masukkan gambar dia yang nie dalam blog.. tapi aku asyik lupa je nak suruh dia transfer gambar dalam PC.. 

 Aku pon xtahulah apa yang istimewa sangat dengan gambar dia neh.. hari2 duk ingatkan aku suruh buat entry.... nak glemer lah tu...hahha...

oklah, last last week.. haa brapa banyak last dah.. En. Somi ada kursus di Terengganu.. so bilik dah habis kursus..dia dan rakan anggota singgah lah tempat nie.. namanya Pantai Kemasik...

yang istimewa tempat nie.. En. Somi cakap.. batu2nya yang berwarna merah.. tapi bila dia tunjuk kat aku.. xnampak pulak mana merahnya.. ahahaha~~~

Memandangkan En. Somi selalu outstation ke Terengganu... aku dah bodek2 dah.. tahun depan, nak jejak Terengganu.. dah lama jugak plan nak ke Pulau Perhentian.. kalau dapat pergi sana.. memang aku akan kurangkan nafsu berjalan2 aku.kehkehkeh!!!

SEPANG GOLD COAST


Assalamualaikum...

Hari ini bertungkus lumus ajak En. Somi ke Sepang Gold Coast.. baca dalam blog macam best je tempat neh.. memang dah lama plan nak ke sini tapi xpernah nak jadi..ada je hal..kalau xde pape hal pulak, diri sendiri pulak yang malas nak bersiap2..hehe.. 
 Lepas asar kami bertolak..memang niat nak bersiar-siar jelah..xdenya nak check in hotel..  rumah memang kat Sepang..xde kerja eh nak check in hotel bagai..

Segmen Like My Photo by Sarah's Story


Assalamualaikum semua... 

jom tolong kawan blogger kita dalam supaya menang "Blogger Gempak Award 2013"

 rajin pulak nak join GA skg neh... tapi GA simple jelah yang aku join... kalau yang sampai kena follow itu ini...like itu ini.. memang tak lah..hihi 

 http://storybudakfanty.blogspot.com/2013/11/segmen-like-my-photo-by-sarahs-story.html
sila klik banner untuk JOIN yaaa

Caranya nak tolong kawan blogger kita nie mudah je..  

1. Buat satu entry bertajuk "Segmen Like My Photo by Sarah's Story".
2. Copy banner di atas dan link kan ke entry ini.
3. Pergi ke link ini >> My Photo 
4. Like gambar.
5. Bagi link entry korang dalam komen gambar dan komen "Done!"

Tempoh segmen :
28 November 2013 - 28 Disember 2013

Hah! Senang je kan?

Pemenang dipilih secara Top Referral dan Random.org.


jom tolong menolong!!!

Saturday, 7 December 2013

ADRIANNA SYAZ FIRST GIVEAWAY


Assalamualaikum... 

 ber"GA" sebelum tidur... 

 http://summerkisseswinterrain.blogspot.com/2013/12/adrianna-syaz-first-giveaway.html

sape2 nak join boleh klik pada banner kat atas nie yaa..


usah gundah dengan turunnya hujan.. kerana setiap titisan membawa sejuta rahmat... 

TQ....

Friday, 6 December 2013

SALES DI SOGO JERAT AKU>>!!!

Assalamualaikum...

Sebelum balik kerja update blog dulu.. xtau nak cerita pasal apa sebenarnya neh...tapi xnak lah xde pape entry untuk hari nie kan.. akeke..gediks sgt!!

Tengahari tadi keluar lunch dengan housemate... biasanya makan je kat food court ofis neh.. sebab free kan, makan je n then tulis dalam buku..cukup bulan company bayar.. tapi hari nie terasa purse tebal sikit..so keluar lah makan nasi ayam penyet kat Maju Junction...

Dah siap makan..tengok jam baru 1.30 petang..ada masa lagi.. pusing2 lah dalam sogo.. saja nak cuci mata.. then tetiba terpandang bahagian tengah2 tu.. tempat yang selalu letak barang sales..tengok kat situ ramai giler orang.. ntah apa lah mereka duk kerumun kan..


tengok2 ada sales untuk handbeg dan kasut..ottt patutlah wanita2 sedang berkerumun je.. gayanya macam mak sin chan duk berebut time sales...haha.. macam2 jenama ada Carlo Rino.. Polo.. Scha, Semboria.. n lain2 lah.. si bapak2 pulak duk jadi pak pacak kat luar kawasan tu..xkuasa kot nak layan nafsu isteri menggila berebut barang sales..bila dah dapat yang berkenan..si suami just keluarkan duit je..

aku pada mulanya saja nak jalan2.. then secara tak sengaja.. tapi sengaja jugaklah sebenarnya.., memang dah lama nak beli hangbeg,  pergi bahagian Carlo Rino.. brand nie even dah sales 50%-70% tapi harga nye tetap cecah RM 200 ke atas.. duk belek2 tu..adalah berkenan kat beg neh..tanpa fikir panjang terus rembat.. hadoiiii.. main rembat macam tu je?? xpikir panjang pon..

dulu2 aku selalu pesan kat diri nie.. bodoh je percaya dengan sales.. walhal harga asal xsampai pon banyak tu, then bila sales dia letak harga rendah..padahal harga lepas sales tu dah memang harga asal yang dijual pada hari2 biasa (hari tanpa sales).. mana ada orang nak rugi.. buat potongan banyak macam tu...nak kelirukan mata customer.. dia buat lah plan macam tu..otak bisnes beb.. tapi kali nie aku dengan mudahnya terpedaya.. tanpa fikir panjang terus g kaunter untuk bayar.. hengong!!!

haaa tu je aku nak cerita..prinsip xnak percaya pada sales lebur pada hari ini.. wahahaha~~~~