Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday 10 October 2017

BERCUTI DI SABAH : DAY 1 : TANJUNG ARU, PASAR FILIPINA & DATARAN TODAK

Assalamualaikum..

Entry Berkaitan : BERCUTI DI SABAH : SENARAI AKTIVITI & BAJET.


Entry kali kita nak review segala aktiviti yang dilakukan sepanjang bercuti di Sabah. Hokey kita susun mengikut hari eh.. 1 entry 1 hari..baru tak pening.. then hari saya akan buat link pada setiap entry supaya pembaca senang nak cari sambungan cerita.. tak perlu nak klik klik banyak sangat.. haa (ayat berbelit-belit sikit..haha.)

Hari pertama, turun je dari flight di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, kami jumpa tuan punya sewa kereta. Kereta ini kami sewa selama 4 Hari 3 Malam. Siap buat bayaran kami terus mencari tempat makan untuk lunch. Tuan Kereta sewa bagi cadangan kepada kami, kalau nak masakan Kelantan, boleh ke kedai di hadapan Kuaters Polis Kota Kinabalu. Nama kedai ni Lengkuas..

Gambar Kedai makan x snap..perut lapor.. tak fokus sangat pada gambar..haha...

Lepas makan kami terus gerak ke bandar Kota Kinabalu, mencari hotel yang sudah siap ditempah melalui booking.com.. hotel yang dinamakan D'Borneo Hotel ni tersangatlah strategik kedudukannya.. dekat dengan Pasar Filipina, Jelselton Point, Dataran Todak, Pasar Malam Kg Air dan macam2 lagi.

*gambar sudah hilang dari radar.. adehhh!!

Sampai hotel tak boleh nak check in lagi sebab belum jam 2 petang, jadi kami mengambil keputusan untuk ke Jeselton point untuk booking tiket Island Hoping. Jarak Jeselton point dengan hotel yang kami menginap hanya 5 minit sahaja.

 Dah selesai booking tiket kami terus gerak ke Pasar Filipina untuk memborong kuih cincin, amplang dan mutiara sebagai cenderamata.

* sama jugak..gambar sudah hilang dari radar.. kekdahnya kalau kejadian sudah berbulan2 berlalu dan kau baru nak update dalam blog..semua gambar dah hilang.. booo pada didi sendiri... 



Setelah siap menghabiskan duit di Pasar Filipina, kami terus ke hotel untuk check in dan rehat kan badan. Agenda seterusnya sebelah petang adalah memburu sunset di Tanjung Aru dan makan malam di Dataran Todak. 

Tanjung Aru 

Jam 5 petang kami gerak ke Pantai Tanjung Aru, lebih kurang 10 minit dari hotel penginapan. Kat sana jam 6 petang matahari sudah mula terbenam ya.. jangan ingat macam kat semenanjung pulak, Kalau tak melepaslah nak tengok keindahan senja di borneo..hehe.



sunset di Tanjung Aru.

Cantikkan?? ni kami tangkap gambar guna telefon samsung je.. kami tak ada kamera canggih. kalau ada kamera yang besar gedabak tu mesti lagi cantik. 

Setelah selesai menyaksikan keindahan ciptaan Tuhan, kami segera gerak ke Dataran Todak untuk memburu makanan laut. Sengaja kami mengambil keputusan untuk gerak awal ke sana untuk megelak dari kesesakan dengan manusia. Sesampai di sana kebanyakkan gerai2 masih lagi kosong. Setiap gerai akan pamerkan pelbagai jenis makanan laut yang segar. Kita hanya pilih kita nak makan apa dan masak apa. Nanti orang kedai akan siapkan. 

Sotong kami pilih untuk buat celup tepung. Jangan tanya harga sebab tak ingat dah.. tapi kami hanya pilih 2 ekor sahaja untuk 4 orang makan.

Menu kedua kami pilih siakap 2 rasa.. rasanya biasa sahaja. tapi ikan memang fresh. 

 Menu ketiga ikan bakar. tapi lupa ikan apa. ikan jenahak kot.. haha.. rasanya pon biasa je..

 Menu terakhir yang kami pilih last minit udang saiz XL masak butter. Udang dia besar sangat, kami ambil 2 ekor sahaja untuk 4 orang makan. haha...
 Ini lobster saiz biasa sahaja. Dalam RM80.00 sekor termasuk masak. Tapi kami tak ambil pon. Plan makan malam hari kedua baru nak baham lobster ni.
Harga untuk 4 menu ni dalam RM115.00.. masih dianggap berbaloi sebab semua besar2 dan segar2.. makan untuk 4 orang pun tak habis. so dinasihatkan jangan tamak sangat nak itu nak ini. Sudahnya terbiar atas meja..rugi oiiiii....


Siap makan terus masuk bilik, rehatkan diri.. esok kita melawat pulau ya... daaaaa

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!