Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday 28 May 2014

WW : MENGGAMIT KENANGAN SILAM

Siapa pernah main..sila angkat tangan!!!


KENAPA MARAH??

Assalamualaikum...

Aku marah bila di tipu dan di suruh untuk menipu.. 


Dalam kehidupan seharian kita nie..memang menipulah kalau kita tak pernah menipu... penipuan di tempat kerja melambak-lambak.. pergi kerja duk online facebook...  bergosip.. keluar makan sampai 2 jam, buat overtime..tapi tak buat kerja, sambung bergosip... buat claim yang entah apa-apa.. running program habis 10k tapi claim dengan finance 15k.. 5k masuk poket... jangan tak nak mengaku..dan aku sendiri ada melakukan perkara yang aku cakap di atas... seperti melayan facebook di waktu kerja.. berwasap... blogging...tapi tak melampau..kerja yang diberi aku siapkan..itu yang penting... 

DAH TERBUKTI MENIPU TAPI TETAP MENAFIKAN
Memang tak dinafikan ada penipuan yang boleh di terima dan ada juga perkara yang tak boleh diterima.. Aku akan marah dan sakit hati serta tak boleh nak terima bila perkara yang ditipu itu terkantoi dan dengan muka tak bersalah tak mengaku yang menipu,... dah kantoi tu mengaku sahajalah..tak perlu nak menafikan...  sekeras-kerasnya tak mau mengaku walhal dah terang serta cukup bukti yang dia menipu....dah  tu salahkan kita balik..hadoiii sakit hati sangat2... 

TAK TEPATI MASA
Aku juga akan marah bila janji tak ditepati janji.. ramai manusia tak pernah nak tepati janji... jika berjanji jarang sangat nak tepati... sebagai contoh, berjanji nak jumpa di suatu tempat pada jam 10 pagi... tunggu punya tunggu jam 11.30 baru sampai.. dah lah lambat..dengan muka tak bersalah buat2 tak tahu je yang kita dah lama menunggu.. kalau lewat 10 minit oklah, boleh di terima.. diri sendiri pun kadang2 ada tak tepati masa juga..tapi tak pernahlah buat orang menunggu sampai sejam lebih... kalau kita sakit hati kena tunggu orang lama-lama..tolonglah jangan buat orang tunggu kita sampai berasap punggung... 

Perasaan marah akan memakan diri jika kita tak cuba mengatasinya..aku punyai cara yang tersendiri untuk mengatasi masalah marah.

BERDIAM DIRI
Untuk atasi perasaan marah tu..aku akan berdiam diri... cakap banyak pun tak guna..makin sakit hati kita adalah... aku akan ambik masa yang agak lama untuk hilangkan perasaan marah.. kadang2 sampai sehari suntuk.. kalau aku tiba-tiba tak bercakap dengan sesiapa tu..maknanya aku tengah marah... 

MEMBEBEL
Perkara ini aku akan lakukan dengan orang-orang yang terdekat dengan aku sahaja, seperti suami..adik-beradik dan juga anak saudara.. dengan mereka semua ini memang aku akan membebel.. bukan apa, untuk kebaikan bersama juga.. kesian suami kita, hari-hari dengar kita membebel kan..hehehe.. siapa suruh buat kita marah kan...

MENANGIS
Yang ni secara automatik akan berlaku sekiranya aku langsung tak dapat nak kawal perasaan marah.. bila aku dah lepas segala kemarahan..tetiba masuk toilet air mata laju je keluar... tapi aku tak suka tunjuk depan orang yang aku menangis.. aku tak suka orang kesiankan aku...aku nak orang nampak aku kuat secara luarannya...

BACA AL-QURAN
Kalau dah marah sampai tak boleh tidur malam..aku akan bangun dari katil..ambil air sembahyang..baca surah YASIN atau kalau malas nak bangun dari katil..aku akan capai telefon..dan buka bacaan YASIN di MP3 telefon... bacaan itu akan diulang-ulang sehingga aku tertidur..bangun esok kemudian baru off... kalau tak pun akan senyap dengan sendiri bila telefon dah habis bateri..hehe..


ok itu sahaja pembelajaran kita pada hari ini.. kenapa tetiba aku buat entry pasal marah??sebab aku tengah marah hari ni..hehe

Babaiii...


Monday 26 May 2014

NUFFNANG DAN HADIAH GIVEAWAY DARI GA TENGKU BUTANG

Assalamualaikum....

Sebelum bercerita lanjut berkenaan dengan tajuk entry di atas, terlebih dahulu aku ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan Badminton Piala Thomas Malaysia kerana mempamerkan permainan yang mantap semalam. Walaupun kemenangan tidak berpihak kepada pasukan negara, namun aksi semangat juang yang ditunjukkan oleh pemain sememangnya mereka sudah dianggap pemenang bagi rakyat Malaysia. Tahniah.. mau luruh jangtung aku semalam..berdebar sangat... lagi best tengok aksi YB KJ.. betul2 bersungguh2 memberikan sokongan dan tiupan semangat kepada pemain. dari duduk di bangku penonton VIP..sanggup turun ke bawah bersama-sama pemain lain untuk memberi sokongan secara lebih dekat kepada pemain Malaysia.. inspiring betul YB nie kan... hiii... 

Kembali pada tajuk entry, alhamdulilah nuffnang melekat lagi.. kali ini datangnya dari produk Sonafi Lactacyd ... Sonafi Lactacyd adalah produk Feminine Hygiene yang mampu memberikan kesegaran, kelembapan dan penjagaan yang rapi kawasan intim wanita.. untuk info lanjut boleh melawat di laman web Lactacyd. so kalau rakan-rakan semua nampak iklan Lactacyd sedang berjoget-joget di blog ini, jangan segan silu untuk klik banyak2 ya... jasa rakan2 semua amat di hargai... 


Setel berkenaan nuffnang, aku teruskan kepada hadiah yang aku terima hasil daripada Segmen Give away 2nd Anniversary My Love & me dari Tengku Butang dan hadiah ini disponsor oleh Blog Mazura Azura . 


Hadiah yang aku terima adalah Tdudung bawal bewarna hijau pucuk pisang... yieppyy dapat bawal.. macam tau2 je aku suka pakai tudung bawal..hahaha... Apapun terima kasih ya kepada Penganjur dan Sponsorship.. 

Kalau berkesempatan saya seru kepada rakan-rakan blogger untuk menjenguk ke blog penganjur iaitu http://tengkubutang.blogspot.com/ dan blog sponsor tudung bawal yang cantik ini : http://mazatulazura.blogspot.com/

sekian terima kasih..babai.... 

Friday 23 May 2014

Mengarut Lagi...


Assalamualaikum semua...

Sejak dua menjak ni, mood untuk melayan blog agak ke laut... nak update entry malas.. nak blogwalk pun malas..apatah lagi nak tinggal komen di entry rakan-rakan blogger lain... kadang2 aku baca je entry yang aku rasa menarik..lepas baca berlalu macam tu je tanpa meninggalkan sebarang jejak..huh!!.. tetiba jadi silent reader...

Panda oh panda.. minggu ini memang hangat dengan panda... ramai yang mempertikaikan tindakan kerajaan membawa panda tersebut dari China ke negara ini dengan kos berjuta-juta ringgit..(kalau sampai billion aku tak tahu lah)... ramai yang cakap membazir.. kalau buat pembangunan untuk rakyat miskin lagi bagus kan.. aku pada mulanya tak setuju jugak..adalah komplen sikit2.... tinggi kot kos perbelanjaan untuk 2 ekor panda ini... tapi aku fikir positif je.. 

Kerajaan mesti ada alasan yang munasabah kenapa panda.. adakah panda itu akan memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda dalam masa setahun dua lagi?? mana kita tahu kan... sama juga masa Tun M nak buka putrajaya dulu..ramai yang menentang..ramai yang kata membazir..tapi sekarang tengoklah..putrajaya antara lokasi tumpuan pelancong.kan boleh mendatangkan keuntungan tu.. begitu jugalah dengan panda..harap2 panda ini mampu memberi keuntungan yang tinggilah pada kerajaan nanti yaaa...ok dah entry aku sebenar bukan pasal isu panda sebenarnya...kehkeh... 

Nak cerita pasal apa lagi?? Dyana Sofya...??Mintak maaf banyak2..aku memang malas dan tak suka nak komen berkenaan dengan politik.. sesiapa yang terlibat dengan politik bermatlamat hampir sama... untuk kepentingan diri dan parti semata-mata, sanggup memperkotak katikkan rakyat... 

Hah yeay...nak cerita tentang Piala Thomas.. sekarang sudah masuk peringkat separuh akhir... Malaysia dijangka berhadapan dengan Indonesia pada peringkat separuh akhir nanti setelah menumpaskan Denmark semalam.. sanggup berjaga sampai lewat malam semata-mata nak tengok pasukan Malaysia main sampai habis... Malaysia kini sudah punyai pelapis... Aku yakin mereka akan setanding dengan pemain bertaraf dunia yang lain sekiranya terus diberi pendedahan dalam perlawanan peringkat antarabangsa seperti ini.

Sekian terima kasih...

Mengarut je..haha 

Wednesday 21 May 2014

WW: WELCOME TO MALAYSIA MR & MRS PANDA

Assalamualaikum....

Hangat di laman facebook tentang panda yang baru tiba di Malaysia neh.. untunglah panda oiiii..belum apa2 lagi dah famous amos..haha..





Tuesday 20 May 2014

REVIEW PRODUK NOUR AIN

Assalamualaikum..

Mula-mula dapat tahu aku menang set kecantikan ni..memang teruja sangat..yalah aku suka sangat kalau dapat barang yang berkaitan dengan kecantikkan, tambah2 lagi kalau ianya free... yeayy...!! seminggu aku tunggu baru abang pos laju hantar di tempat kerja... dalam hati dah berbunga riang..ingatkan dapat seketul sabun je..tak pun krim je ke..rupa-rupanya dapat 1 set (krim siang dan malam..toner..soup..serum).. suka memang tak ingat..kalau di total semuanya agak adalah dalam 100 hengget lebih.. 


Haaa inilah produk yang aku nak buat review neh..NOUR AIN..

Walaupun teruja tapi aku tak terus guna... sebab masa tu aku baru beli krim muka..dari brand S (tak boleh letak nama sebenar, kot kena saman,hehe)... so pakai yang mana ada je..rasa tak serasi dengan yang tu, baru nak try produk Nour Ain nie, ... lepas pulang dari Perhentian hari tu kulit muka agak kusam... agak hangus sikit..sebab tu nak sangat produk yang boleh gebu kan kulit muka..haaa gitu... sebulan lepas guna produk S, aku tengok tiada apa2 perubahan..kulit masih lagi kusam.. masa hati dah meronta2 nak cuba Nour Ain... manalah tahu kot2 menjadi kan...

#SELFIE

Assalamualaikum..

SELFIE..SELFIE..SELFIE.. satu perkataan yang agak popular sejak zaman instagram sekarang nie.. aku sendiri tak tahu apa makna Selfie sebenarnya.. mula2 nak sebut dulu agak kekok... tengok orang upload gambar dengan caption  #selfie... aku agak tertanya2 jugaklah apa maksudnya... biasalah, aku agak ketinggalan sikit perkataan2 zaman milenium, zaman facebook..twitter dsb neh.. akeke... masa tu penggunaan #selfie masih tidak meluas..kebanyakkan aku tengok artis yang banyak guna... so aku pun buat andaian sendirilah bahawa definisi selfie adalah apabila kita mabil gambar sendiri dan di upload di mana2 laman sosial..haaa itulah yang aku faham tentang #selfie...dan sehinggalah sekarang penggunaan semakin meluas dan hampir semua menggunakan #selfie..termasuklah aku..hehe... 

Selfie membawa maksud gambar diri sendiri yang diambil menggunakan telefon bimbit atau webcam dan dimuat naik ke dalam laman web.   - sinar harian online

Salah ke kalau nak ber"selfie"??

Jawapan aku..memang sama sekali tak salah..sebab itu hak kita..langsung tiada kaitan dengan sesiapa..ambil gambar guna kamera/telefon kita dan diupload di dalam laman sosial yang didaftar atas nama kita.. tidak menganggu ketenteraman sesiapa pun... 

#selfie penyebab sakit mental??
#selfie penyebab hilang keyakinan diri

Beberapa bulan lepas beberapa akhbar membuat laporan tentang kesan buruk tentang #selfie... mesti ada sebab kenapa akhbar melaporkan sedemikian. Contoh kes akibat terlalu ber-selfie..

KES I
kes yang berlaku kepada seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dari England, Danny Bowman, yang menghabiskan masa hampir 10 jam setiap hari untuk mengambil kira-kira 200 gambar selfie menggunakan telefon bimbit.

Tabiat pelik yang membelenggu remaja lelaki itu yang berlarutan selama tiga tahun akhir memakan diri apabila keadaan tersebut hampir meragut nyawanya. Dia berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan gambar yang diambilnya hingga menyebabkan dia mengalami penyusutan berat badan sebanyak 20 kilogram.

KES II

Thailand, budaya selfie yang begitu popular terutama di kalangan remaja, menyebabkan Jabatan Kesihatan Mental negara itu telah mengeluarkan amaran kepada generasi muda yang terlalu obses.

Kerajaan Thailand berpendapat, sikap ini boleh menyebabkan masalah mental pada masa hadapan terutama sekali berkaitan keyakinan diri, di mana ini boleh menyebabkan kesan negatif terhadap kehidupan seharian seseorang, karier dan juga pembangunan negara.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140429/ke_03/Budaya-buruk-selfie#ixzz32DHjZ3m5
© Utusan Melayu (M) Bhd

Bagi aku, memang tak salah untuk #selfie..tapi berpada-pada.. jangan keterlaluan sehingga menimbulkan rasa benci, meluat dan menyampah kepada orang lain.. dalam sehari sampai berkeping2 gambar selfie kau upload kan..dah tu gaya dan tempat yang sama.... orang yang menegoknya mestilah akan rasa jemu dan muak even kau lawa macam mana sekalipun.... 

Ada perkara yang kita boleh kongsikan..dan ada juga perlu menjadi simpanan peribadi kita... aku suka tengok gambar orang pergi bercuti..sebab pemandangan tempat percutian memang cantik..tapi bila ada aksi yang menjengkelkan dalam gambar tersebut.. memang jadi menyampahlah kan...

Nah, sebagai penutup..aku belanja satu gambar diri sendiri yang tak berapa suka dah ber-selfie sejak usia dah makin bertambah... 



kalau dulu2 pantang jupa kamera/telefon..mesti memori akan full dengan gambar muka aku..sekarang nie susah sikit.. tak berapa suka dah tengok muka sendiri dalam gambar... dah tua agaknya kan..hahaha

ok babaiii....




Monday 19 May 2014

HAVE TAKE YOUR BREAKFAST??


Assalamualaikum...


Bismillahirahmanirahim...

Awak semua dah sarapan pagi belum...?? harap semua dah bersarapan yaa... sebab sarapan tu penting untuk membekalkan tenaga sepanjang hari..akeke...


Ini aku punya breakfast pagi ni... minah saleh sangat selera skg nie...Tekak ni tak mau kalah... nasi lemak..bihun goreng, nasi kerabu.. or semua bentuk sarapan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia..dah tolak tepi..tak tahu kenapa tak boleh lalu kat tekak sekarang neh... akeke

Tak kisahlah sarapan dengan apa pun yang penting kita memang wajib ambil sarapan sebelum buat apa jua aktiviti kerana ianya mempunyai pelbagai manfaat untuk tubuh badan dan juga kesihatan kita

Antara manfaat yang diperoleh melalui sarapan pagi adalah:

1)MEMENUHI NUTRISI YANG DIPERLUKAN
Hidangan terbaik untuk sarapan pagi adalah yang mempunyai karbohidrat atau berserat tinggi. Makanan seperti oat, bijirin dan roti gandum amat sesuai dijadikan hidangan pada waktu pagi kerana ia membekalkan tenaga dan tidak cepat lapar.

2)KURANGKAN BERAT BADAN
Sarapan pagi dengan perut yang masih kosong akan mempercepatkan pembakaran kalori secara lebih efisien.

3)TINGKATKAN DAYA TUMPUAN
Ketika anda bangun pagi, sebahagian besar tenaga dalam bentuk glukosa dan glikogen telah digunakan pada hari sebelumnya. Oleh itu, pengambilan makanan yang berglukosa diperlukan untuk menjana perkembangan otak dan daya tumpuan. Tanpa glukosa, anda akan berasa letih dan kurang tumpuan terhadap kerja yang dilakukan.

4)CEGAH SAKIT JANTUNG
Kandungan serat yang diperoleh daripada bijirin dapat menyerap kolesterol yang terdapat di dalam badan. Penyerapan kolesterol ini sekali gus mengurangkan tahap kolesterol yang boleh membahayakan kesihatan.


sumber: http://nona.karangkraf.com/

Friday 16 May 2014

MAKSUD LABEL YANG DILEKAT PADA BUAH-BUAHAN


Assalamualaikum...
Perkongsian info: 

Perasan tak, setiap buah-buahan yang kita beli di pasaraya mempunyai label pelekat yang tertera empat atau lima nombor padanya. Selain buah-buahan, label sama turut terdapat pada sayur-sayuran dan kekacang. 

Satu yang harus anda tahu, setiap label itu mempunyai makna tertentu yang boleh membantu jika anda mementingkan kesihatan.

Sistem label ini sebenarnya ringkas sahaja, iaitu buah-buahan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu konvensional, organik dan sudah diubahsuai genetik.

Berikut adalah maksud asas label tersebut:

1) Jika hanya ada 4 digit nombor pada pelekat, itu bermakna buah tersebut ditanam secara konvensional atau tradisional, dengan penggunaan racun serangga. Jadi pastikan buah-buahan atau sayuran dicuci bersih sebelum dimakan.

2) Jika ada 5 digit nombor pada pelekat dan nombor itu bermula dengan 8, ini bermakna produk itu sudah diubah secara genetik (GMO).

3) Manakala jika ada 5 digit nombor pada pelekat dan nombor bermula dengan 9, itu bermakna produk itu ditanam secara organik (tanpa racun serangga dan bukan GMO) jadi ia lebih selamat dimakan.

Selepas baca info ni baru aku tahu..sebelum2 nie tak pernah tahu..dan tak pernah ambil tahu... bolehlah pergi pasaraya nanti nak cek satu2 tag yang ada pada buah-buahab dan sayur-sayuran..hahaha... terlebih rajin di situ...

SELAMAT HARI GURU


Assalamualaikum...

Selamat hari Guru kepada semua guru di Malaysia dan di serata dunia...
Sepanjang bergelar pelajar selama 16 tahun, pelbagai kenangan yang dikumpulkan bersama-sama dengan guru... tidak dinafikan, ada guru yang betul2 sayang kita sebagai pelajarnya.. dan ada juga guru yang pilih kasih..terang-terangan tak suka kita.. tambah2 lagi jika kita adalah pelajar yang lemah dalam subjek yang di ajarnya...

Semasa zaman persekolahan..aku tergolong dalam golongan pelajar gred B .. tak cemerlangan sangat tapi tak lemah sangat..tak baik sangat..tak nakal sangat...tengah2 je...hehehe...Kenangan yang paling aku tak dapat lupakan adalah..dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah aku dijadikan sasaran oleh guru matematik.. sebabnya??bukan aku best student subjek matematik.. tapi pelajar yang paling lemah dalam subjek itu... haha..rare tak?? subjek lain ok je..bab yang berkaitan dengan pengiraan aku out....prinsip akaun..fizik..add mate..matematik...kimia....memang subjek yang akan merosakkan slip exam aku..  tapi takdelah sampai gagal..cuma tak cemerlang je...akekke.... cover line....hingga sekarang aku agak lembab dalam pengiraan... masuk U pun aku elak dari berjumpa dengan jurusan yang ada kaitan dengan pengiraan. hehe 

Kenangan kena denda pun banyak jugak neh..berdiri atas kerusi sebab tak boleh jawab soalan MUET masa form 6... malu memang malu..bayangkan form 6 kena berdiri atas kerusi macam budak darjah 1... cikgu form 6 lain tengok dan geleng2 kepala je... 

Dan kenangan yang paling best adalah bila cikgu ingat nama kita... aku tak tahu kenapa aku rasa bangga sangat kalau cikgu ingat nama kita..yalah, pelajar cikgu kan ramai..mana nak ingat semua kan... masa tu rasa bersemangat untuk belajar..akeke...

Tak kiralah apa jua kenangan kita dengan cikgu, kenangan manis ke..pahit ke..suka ke..duka ke..... jasa cikgu amatlah besar dan wajar dihargai..tanpa cikgu, siapalah kita pada hari ini. terima kasih cikgu... jasa kalian dalam kenagan kami semua... 

Apakah kenangan rakan-rakan blogger dengan guru masing2 sepanjang bergelar pelajar yang anda semua paling ingat...??? tak kiralah kenangan kena denda ke..kena rotan ke.. dapat hadiah ke... kisah suka dan duka....Jom kongsikan sama2... 

selamat hari guru untuk..
# Guru-guru di SEK.KEB. OTHMAN TALIB 2, PASIR MAS
#Guru-guru di SEK. MEN. KEB. TENDONG, PASIR MAS
# Pensyarah di UNIVERSITI UTARA MALAYSIA..
 dan semua guru-guru di Malaysia...



Thursday 15 May 2014

Allah is the best planners...!!!

Terasa frust sangat apabila sesuatu yang di rancang rapi dari awal tiba-tiba terpaksa dibatalkan... terkesima..terkedu..terkelu... walaupun segala kos peruntukkan bukan menggunakan duit sendiri tetapi rasa sedikit kecewa bila usaha sebulan ni punah macam tu je... 

Sesungguhnya aku hanya merancang..Tuhan yang menentukkan.. dan sebagai yang beragama islam aku percaya setiap ketetapanNya...

Akeke..macam besar je kan perancangan yang di buat..walhal tak ada apalah sangat.. saja je nak buat mukadimah yang gempak sikit..hahaha...

Dalam entry lepas aku ada cakap bahawa office aku ada plan nak buat family day di Pulau Perhentian.. BACA SINI .... tapi agak kecewa sedikit bila program ini terpaksa di batalkan... semua perkara dah setel..cuma aku perlu buat bayaran terakhir..dan tunggu masa untuk ke sana pada hari isnin minggu depan...


Aku tak kecewa tak dapat ke sana..sebab aku dah pergi ke sana sebelum nie..tapi yang sedikit terkilan sebab aku dah rancang segalanya... dah booking semuanya... dah plan aktivitinya... tapi nak buat macam mana.. memang tak boleh nak buat apa-apalah... kerja yang ada ni yang lebih penting untuk diselesaikan...


Wednesday 14 May 2014

WW : TERIMA KASIH NUFFNANG>>>



Assalamualaikum...



alhamdulilah... Oreo tengah on-going.... rajin pulak CPUV jengah blog neh.... !!! meh jenguk banyak2...!!

TERIMA KASIH BB1M


Assalamualaikum

Cara yang paling faedah manfaatkan BB1M....


beli buku banyak-banyak... tak tau bila nak baca..jadi hiasan rak je dulu..yang beli tahun lepas pun baru habis baca 1 biji..haha...

Terima kasih pada suami sebab bagi izin saya guna BB1M awak dengan rakus dan lahapnya...

tahun depan kalau dapat lagi..kita beli buku lagi yaaa...

Semalam betul2 manfaatkah cuti hari wesak... dari pagi keluar rumah..balik selepas maghrib... seharian melilau di Alamanda,.. makan2..tengok movie The Amazing of Spiderman II... window shopping... habiskan voucher BB1M di MPH... masa tu tak rasa lagi lenguh2 kaki..bila dah sampai rumah baru rasa satu badan... lepas tu baru merungut.."nyesalnya keluar hari ni"..hahaha


Monday 12 May 2014

Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com


Assalamualaikum

mood nak ber"Give Away" datang lagi... kali nie nak join GA dari Mamaniza..



Buat julung kalinya mama melancarkan Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com disertai  beberapa para sponsor yang hebat dengan menawarkan beberapa ganjaran yang menarik kepada para pemenang. 


Follow Blog :


Like Page :























Syarat utama :
  1. Pastikan anda follow kesemua sponsor berikut dan like page mereka.
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com
  3. Copy coding yang telah disediakandan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publishkan.
  4. Hantarkan URL penyertaan anda di ruang komen.
  5. Giveaway ini akan berlangsung pada 10 Mei pukul 12 tengahari dan berakhir pada 20 Mei 2014 pada  12 tengahari juga.
  6. Pemenang akan diumumkan pada 25 Mei 2014 berdasarkan random

Hadiah Giveaway :
  • Tasbih Pearl x 10 pemenang 
  • Wang tunai RM 30 x 1 pemenang
  • Top up bernilai RM 5 x 5 pemenang
  • Tudung bawal berserta brooch x 1 pemenang
  • Senaskah Tafsiran Pimpinan Ar rahman x 1 pemenang
  • Sticker Homemade (2 sticker) x 1 pemenang
  • Keychain Penyu x 5 pemenang
  • Hadiah Misteri x 2 pemenang
  • Kain Baju Kurung 4M  dan Goodie beg bersama accesories x 1 pemenang
  • Tudung Bawal Plain x 2 pemenang
  • 3 Pin Tudung by Pin2it by NeenaAnuar x 3 pemenang
  • Buku Terbitan Ana Muslim bernilai RM 100 x 1 pemenang
  • Bedak Sejuk Azza's Gold Powder x 1 pemenang

Nota :

34 pemenang di cari, di harap giveway ini akan mendapat sambutan dengan meriahnya. Sekian, terima kasih.

#2 - THE LIEBSTER AWARD by AZLAN STRIDER

Assalamualaikum...

Tahap kerajinan datang lagi... kali ni nak join The Liebster Award yang di jemput oleh Blog Strider Buzz . Jom jawab soalan yang diajukan..harap en. Lan berpuas hati yaa...akeke...

1) Sampai bila korang nak blogging?
Tak tahu sampai bila..mungkin setahun lagi..dua tahun lagi..tiga tahun lagi... tak sure... dalam erti kata lain..selagi minat berblogging masih ada dalam diri....akeke

2) Apakah event blogging yang best korang pernah pergi? dan kalau tak pernah pergi join any event, apakah yang korang ingin sertai??
tak pernah join mana2 event pun lagi..teringin nak join event yang mengumpulkan bloggers Malaysia..tapi buat masa sekarang nie keyakinan diri untuk bergaul sesama blogger masih rendah... segan dan malu masih tebal dalam diri..akeke

3) Apakah yang anda harapkan dari pasangan anda?
Romantik sikit boleh tak..??haha

4)Describe your worst ex ( soalan kat facebook aku..hahaha)
tak pernah rasa ada Ex.. suami sekarang cinta pertama..dan y terakhir..insyaAllah dengan izinNya... haha poyo je kan...

5) Genre muzik yang anda minati?
xtau nak cakap genre apa..tapi ala2 Rock 90 an...boleh??jiwang karat gitu..haha

6) If there one thing that can make you happy, what would it be?
be a mommy...^_^

7) Kalau korang ditakdir tidak blogging, agak2 macam mana korang mengisi masa lapang??
Baca blog korang la...hahaha

alhamdulilah semua dah terjawab... kepada sesiapa yang nak join boleh je jawab soalan ni dengan buat entry kat blog masing-masing... dan kalau rasa terlebih rajin..buat beberapa soalan dan tag kepada rakan yang lain.. aku tak berapa rajin nak buat soalan..otak sedikit tepu.. tak ada idea nak buat soalan berkenaan dengan apa.. hehe...



BUKAN SOMBONG TAPI...

Assalamualaikum...

Bukan sombong tapi tak mahu buka peluang dan ruang.. haa inilah prinsip yang aku pegang dari zaman mula-mula bercitan cintun sehingga kini..dan hingga ke akhir hayat..InsyaAllah.... Kepada yang mempunyai hubungan istimewa.. sama ada kekasih ke..suami ke..isteri ke... sila pegang prinsip ini supaya orang ketiga tak boleh "cross line" dalam hubungan kita... 

Laman sosial dikatakan punca yang paling tinggi berlakunya sesuatu yang tidak diingini dalam setiap perhubungan. Semakin kita aktif dengan laman sosial, semakin besar peluang dan ruang untuk menjemput kehadiran orang ketiga... bermulanya dari perkenalan biasa, sehinggalah bertukar no. telefon... kalau tak ada langkah pertama... maka takkan wujud langkah seterusnya.. kalau tak dimulakan dengan pertukaran no telefon .. takkan ada mesej-mesej yang semakin hari semakin mesra... yang akhirnya boleh menjerumus kita ke lembah kecurangan dengan pasangan masing2..

Laman sosial tidak salah..yang salahnya adalah kita.. cara kita membawa diri semasa bersosial di alam maya adalah amat penting... bagi aku, persahabatan di laman sosial tambah2 lagi dengan lelaki biarlah berlaku di laman sosial sahaja.. aku agak tidak selesa bila baru 2 3 kali berbalas mesej, dah mula tanya soalan peribadi... dah mula minta no telefon... memang aku akan stop kat situ jelah.. terus jadi tak ada minat nak melayan... kalau betul2 nak berkawan, cukuplah sekadar berbalas komen di blog... berbincang sesuatu yang umum di facebook dll... kalau dah mula merebak ke perkara peribadi.. memang aku biarkan macam tu je..tanpa respon apa2..itu tanda aku tak suka..dan tak setuju dengan soalan atau isu yang dibangkitkan... 

Biar orang nak kata kita sombong ke apa..yang penting kita berpegang pada prinsip... tambah-tambah lagi bila dah bergelar isteri orang..memang tak sesuailah nak sambut perkenalan dari lelaki lain... mungkin niatnya ingin berkawan sahaja.. tapi minta maaf.. aku tak akan mula buka ruang itu.. awal2 lagi aku akan tutup... Sudah banyak contoh yang berlaku, perkenalan di facebook hanya sekadar teman biasa..lama-kelamaan bila dilayan... bila mendapat keserasian.. hubungan itu terus berlarutan hingga menghancurkan apa yang dibina sebelum ini... so daripada sesuatu yang tidak diingini berlaku.. seharusnya kita cegah dari awal...

Kepada yang tengah hangat bercinta tu..tambah2 lagi yang bercinta jarak jauh tu.. berpeganglah pada prinsip ini.. InsyaAllah istilah pasang dua..curang... kekasih ada buah hati lain... tak akan timbul... Ingat ya..jangan mula buka ruang.. kalau ada permulaan, mesti ia akan berlarutan... sebelum terjadi apa2 yang tidak diingini..tutuplah ruang itu yaa....

Notakakidantangan: tetiba teringat dugaan bercinta jarak jauh semasa belajar di kampus dulu.. aku di Kedah, kekasih hati di Terengganu... memang jeles tengok student lain couple..pergi kafe ada couple..pergi libraray ada couple.. pergi pusat sukan ada couple..keluar bandar Alor Star pun ada couple dar UUM... jeles tau... aku sesorang je... kalau hati tak kuat, mau juga termakan ayat2 student laki di situ..tapi sempat sedar diri... kekasih hati tengah tunggu..berkat sabar itu.. alhamdulilah.. kekasih hati itu telah 2 tahun selamat bergelar suami kita..akekeke... 


Sunday 11 May 2014

SELAMAT HARI IBU



Assalamualaikum....

Hari-hari adalah hari ibu..... 


Gambar tahun 2011

Terima kasih mak atas segalanya..tak terungkap jasamu di sini... terlalu banyak dan terlalu besar pengorbananmu dalam mencorakkan hidupku..alhamdulillah... aku menjadi seperti apa yang kau inginkan..wahai ibu...

Firman Allah SWT dalam Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”



Gambar Feb 2014

Ya, Allah..kau panjangkan usia kedua ibu bapaku... sesunggunya aku masih memerlukan mereka dalam hidupku kini dan selamanya.. masih tak terbalas jasa-jasa mereka... walau hakikatnya aku memang langsung tak mampu untuk membalasnya... tapi Engkau berilah aku peluang untuk berbakti kepada mereka sehingga ke akhir usia mereka...






Friday 9 May 2014

THE LIEBSTER AWARD BY MyCHERITA

Assalamualaikum...

Sejak 2 menjak nie Liebster Award memang menjadi trending kat feed blog aku neh... Ramai betul blogger yang sporting yang join segmen neh...segmen ini agak mudah dan rileks je... kita hanya perlu jawab soalan yang dikemukan oleh blogger yang tag kita tu... then kita create soalan lain dan tag pada rakan-rakan blogger kita yang lain.... haiyaaa dah macam surat berantai pulak kan...


Untuk memeriahkan lagi Liebster ini...aku pun turut sertalah juga.. terima kasih kepada Blog MyCerita  sebab tag kita yaa.... meh nak jawab soalan yang cik MC tanya... harap2 cik MC berpuas hati ya... hehe

1. Berikan sedikit pengenalan tentang diri anda.
saya seorang anak perempuan kepada mak ayah... isteri kepada seorang suami..adik kepada abang dan kakak..dan kakak kepada 2 adik... dan seorang pekerja kepada sebuah syarikat NGO... belum berpeluang untuk menjadi ibu kepada anak.. doakan saya ya supaya dapat zuriat yang soleh... ^_^

2. Dimana anda tinggal?
Bukit Jalil 

3. Apa Hobi anda?
Berangan.. memang hobi sangat..kalau angan2 tu di compile menjadi sebuah novel..mesti hot seller... ^_^

4. Apakah makanan kegemaran anda? 
mushroom sup + chicken chop

5. Apakah sukan kegemaran anda? 
Bola tampar... pernah wakil sekolah....hihi...sekarang ni nak lari pun tak larat..akeke ^_^

6. Apakah warna kesukaan anda? 
warna-warna pastel... lembut di mata..sejuk bila di pakai... ^_^

7. Dimanakah tempat yang paling suka anda lawati di Malaysia? 
Semua tempat yang menyajikan keindahan alam semulajadi... laut/pantai...hutan... air terjun... salji (eh Malaysia ada salji ke).. taman2 penuh bunga... waaaaa cantik sangatttt!!!

8. Apa Pendapat anda tentang blog MyCherita?
Blog yang simple..mesra pengunjung...means nak baca entry pun tak sakit mata... 

9. Dari mana anda dapat tahu tentang blog MyCherita?
Blogwalking dari blog ke blog lain.. then ter"join" segmen GA MC... hehehe ^_^..

10. Apa perasaan bila anda melawat blog MyCherita? Untuk soalan terakhir ini..berikan jawapan anda dalam bentuk skala seperti berikut.. 1. Suka , 2. Benci , 3. Ceria, 4. Sedih , 5. Jeles , 6. Seronok , 7. Menyampah , 8. Moody , 9. Teruja , 10. Tiada perasaan
i choose no 6...

bila dah siap jawab soalan nie.. tetiba terfikir nak tag kat siapa??salah tag kan kena maki pulak...hiii... dah lah ramai yang dah kena tag... mesti penat nak jawab semua soalan kan..hihii.... so memandangkan aku join segmen ini saja-saja je..so aku nak langgar sedikit peraturan... aku tak nak tag sesiapa... **malu kalau tak di layan** akeke.... boleh ke tidak..???kalau tak boleh next time, bila award ni dah reda..aku tag kepada rakan-rakan yang lain.. baru mereka tak pening nak jawab soalan yang aku ajukan..akekeke

Thursday 8 May 2014

KENAPA ANAK PEMINTA SEDEKAH ASYIK TIDUR!!

Assalamualaikum..

Bila aku taip "peminta sedekah" di google... berlambak-lambak muncul entry berkaitan dengan makluk Allah yang kurang bernasib baik ini. Pelbagai variasi cerita yang dikupas oleh bloger2 dan para aktivis yang melibatkan pelbagai peringkat umur...dan yang paling banyak tentulah peminta sedekah kanak-kanak dan orang tua... adusss memang hati kecilku mudah tersentuh bila melibatkan golongan ini. 


Tempat kerja  di Masjid Jamek, Kuala Lumpur menyebabkan setiap hari aku di hidangkan dengan gelagat golongan ini. Bersila di kaki lima kedai-kedai... stesen LRT, depan bank dan deretan anak kecil yang turut dilibatkan sekali untuk minta simpati adalah pemandangan biasa. ada juga yang menjengah dari meja ke meja di kedai-kedai makan yang sedikit sebanyak boleh mengganggu pelanggan kedai terbabit menjamu selera. 

Kalau sesiapa yang biasa turun di stesen LRT Bandaraya (dekat sogo), mesti anda ada perasan seorang kakak bersama anaknya yang meminta sedekah di situ.. tujuan beliau minta sedekah sebab nak tanggung anaknya yang sedang sakit... yang aku pelik..tiap kali aku lalu di situ setiap petang masa balik dari kerja, anak kakak ini asyik tidur je... jarang aku nampak mata anak dia bukak.. pejam dan kaku... takkan lah budak tu tidur memanjang.. takkan lah tiap kali aku lalu anaknya akan tidur....takpun takkanlah setiap kali nak menimta sedekah, anaknya akan tidur.??  haaaa dah berapa kali "takkan"dah tu...nampak jelas sangat yang aku pelik..dan membuak-buak perasaan ingin tahu..kenapa budak itu asyik tidur... Tiap kali lalu situ, aku positifkan diri..dalam hati duk cakap"oh mungkin anak dia sakit, tak boleh bukak mata... tak  pun mungkin anaknya mengalami koma..dan perlu duit untuk bayar kos perubatan." itulah jelah yang mampu aku fikir..mmmm

Walau apa pun mereka semua adalah makhluk Allah...mungkin sudah ditakdirkan hidup mereka tidak sempurna..namun kuasa Allah s.w.t siapa yang tahu..mungkin satu hari nanti hidup mereka berubah... jangan kita pandang hina pada golongan ini.. malah doakan mereka agar diberikan kehidupan yang sempurna dan murah rezeki. 


Wednesday 7 May 2014

HIDUP ISTERI LEBIH BERBUNGA-BUNGA APABILA...


Hidup seorang isteri akan lebih indah dan berbunga2..apabila....

Bangun pagi-pagi, masuk dapur..nak buat breakfast... tapi bila buka salji, dah ada terhidang nasi lemak bersama sambal bilis dan telur rebus... apa perasaan anda wahai isteri?? mesti air mata penuh dalam takungan dengan tiba2 kan...sikit lagi mau menitik...terharu ..T_T... 

Hujung minggu pula, balik dari pasar... nak masukkan kain dalam mesin basuh.. tetiba terpandang kat ampaian, kain dah siap berjemur... then buat2 tanya suami..abang dobi kain?? kenapa susah2...  walhal dalam hati syukur alhamdulilah..kurang sikit penat hujung minggu....!!terharu tak?? T_T


Hari ini biar abang yang masak... sayang rehat je.. dah lama dah abang tak tunjuk skill memasak.. skill kalau tak praktis boleh berkarat...kang gula dengan garam abang tak dapat beza....walaweh makin bertambah sayang kat En. Suami... ^_^


Dah lah tu berangan Naniey oittt... tak perlu nak jadi puteri raja sangat.. sedarlah sikit... perkara itu semua memang dah di cop sebagai tugasan hakiki seorang isteri oleh para En. Suami... kerja menguruskan rumah tangga memang sebati dan sinonim dengan isteri.. suami memang akan lepas tangan... even nak minum teh o pun mengharapkan isteri yang bancuh... tssssskk...

Tapi apa salahnya kalau suami sekali sekala turut serta menguruskan rumah tangga..sekali sekala buat kejutan kat isteri.. tak perlu modal yang besar pun...  tak semestinya campak $$$ ribu riban...handbeg Channel..kasut vincci untuk buat isteri terharu.... sekali sekala sediakan sarapan pagi pun dah cukup memadai... 

semuanya dilakukan sekali sekala...bukan hari2... kalau hari2 tu dah kena Queen Control lah pulak kan... akeke....Selain meringankan kerja isteri.. kejutan sekali sekala ini juga dapat mengeratkan hubungan antara suami dan isteri... rasa makin hari makin sayang..haaa gitu...pandang muka suami sambil mata berkaca-kaca.. T_T...

notakakitangan: harap2 suami aku bacalah entry kali neh..betul2 mengharap neh..hahahaha... 

gambar ihsan en.google



WW: TAKZIAH UTK SAHABAT



Assalamualaikum....


Perkabaran duka yang di terima semalam ( 6 MEI 2014)... salah seorang x-course mate masa belajar di UUM telah kembali mengadap illahi akibat kemalangan jalan raya...

Tiada kata yang boleh di ungkapkan... terkejut dengan berita yang tidak di sangka ini... al-fatihah untuk Allahyarham Ismail Bin Ali... semoga dirimu ditempatkan bersama golongan yang beriman..dan tenanglah di kau di sana... 




Last time to see him at our friend's wedding last year!!!...


 Arwah duduk di tengah2 pengantin..yang berbaju biru.... alfatihah....

Tuesday 6 May 2014

KEHIDUPAN SEORANG DEWASA!!!

Nak membebel di petang hari...

Hari ini nak bercerita tentang masalah orang dewasa..untunglah jadi kanak-kanak..tak perlu hadapi masalah yang kekadang boleh buat kita nak tidur tak mahu bangun.... paling kurang pun cerita kat mak dan kakak... dan2 je dah selesai masalah tu..

Anak : Mak, cikgu minta duit yuran sekolah
Mak :" Ya, nak..esok mak bagi yaa...

ok masalah yuran selesai...

adik : kakak, adik tak pandai nak buat soalan matematik
kakak : Mari kakak tolong tunjukkan kaedah pengiraan...

ok..setel masalah matematik....

Boleh tak nak jadi kanak-kanak je... tak mau jadi dewasa...?? tak perlu fikir masalah itu sebagai satu masalah.. lapar..makan..masa belajar..belajar... masa main..main.... kalau mengantuk tidur.. nak gula2 mintak duit dengan mak ayah.... heaven sangat eh.... tak dapat asikrim..nangis...haha

KEKAL BERMOTIVASI UNTUK KERJA



Assalamualaikum....

Entry ni dah berminggu2 tertangguh, tersimpan rapi dalam draft..... sekarang baru ada masa nak touch up sikit2..then publish kat blog......

 Awal2 bulan 4 hari tu aku pernah buat entry tentang diriku yang agak penat untuk terus bekerja... BACA SINI

Masa tu memang rasa agak kepenatan... tak tahu apa puncanya..mungkin dah tak ada motivasi nak kerja... punca tak bermotivasi?? ada sebabnya..tapi tak mahu share kat sini....blog i neh ada silent reader.. skodeng je kerjanya ..tak pasal2 kecoh satu dunia.. tak mau gitu..hehe

Terima kasih juga kepada rakan-rakan blogger yang lain atas pandangan..sokongan..nasihat..cadangan kepada aku supaya terus kekal bermotivasi untuk melakukan kerja..

Monday 5 May 2014

NUFFNANG MELEKAT!!!



Assalamualaikum...


Buka blog hari ni.. terlihat ramai rakan follower update berkenaan nuffnang.. aku oun tergerak hati nak cek.. sebelum nie rasa malas nak cek sebab dah tahu nuffnang ni sombong sikit dengan aku.. payah betul nak melekat..akeke... tapi hari ini cek  3 ketul yang melekat untuk bulan april.. sebelum2 nie cek tak ada pun.... alhamdulilah.. walaupun jumlah yang di kreditkan tak banyak.. tapi oklah dari tak ada langsungkan...

okey mood nak berblog down lagi sebab keadaan blog makin teruk... entry yang diupdate pada minggu lepas hingga kini tak menjelma di feed blog... sakit hati!!!


Friday 2 May 2014

JIKA BERMINAT SILA "PM" SAYA!!

Assalamualaikum...


Wahhh tajuk entry dah macam nak berniaga online pulak Naniey yaa... Tapi jangan salah faham, aku tak berniaga online pun.. minat nak berniaga ada..tapi tak tau nak mula dari mana... hehe... kadang2 cemburu juga dengan kawan2 yang dah berjaya dalam bidang ni... hiiiiii

Sejak dua menjak ni bisness online semakin berkembang.. pelbagai jenis produk yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan untuk meraih pelanggan... kawan2 terdekat pun ramai yang sudah menceburi bidang ini. Bagi aku bisnes macam ni memang memudahkan kaki-kaki shopping untuk mendapatkan barangan yang diperlukan tanpa mengerah tenaga berjalan di shopping complex dari pagi sampai malam... stay on depan PC..main2 klik..3 days later.. barang sampai depan rumah...