Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 16 May 2014

MAKSUD LABEL YANG DILEKAT PADA BUAH-BUAHAN


Assalamualaikum...
Perkongsian info: 

Perasan tak, setiap buah-buahan yang kita beli di pasaraya mempunyai label pelekat yang tertera empat atau lima nombor padanya. Selain buah-buahan, label sama turut terdapat pada sayur-sayuran dan kekacang. 

Satu yang harus anda tahu, setiap label itu mempunyai makna tertentu yang boleh membantu jika anda mementingkan kesihatan.

Sistem label ini sebenarnya ringkas sahaja, iaitu buah-buahan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu konvensional, organik dan sudah diubahsuai genetik.

Berikut adalah maksud asas label tersebut:

1) Jika hanya ada 4 digit nombor pada pelekat, itu bermakna buah tersebut ditanam secara konvensional atau tradisional, dengan penggunaan racun serangga. Jadi pastikan buah-buahan atau sayuran dicuci bersih sebelum dimakan.

2) Jika ada 5 digit nombor pada pelekat dan nombor itu bermula dengan 8, ini bermakna produk itu sudah diubah secara genetik (GMO).

3) Manakala jika ada 5 digit nombor pada pelekat dan nombor bermula dengan 9, itu bermakna produk itu ditanam secara organik (tanpa racun serangga dan bukan GMO) jadi ia lebih selamat dimakan.

Selepas baca info ni baru aku tahu..sebelum2 nie tak pernah tahu..dan tak pernah ambil tahu... bolehlah pergi pasaraya nanti nak cek satu2 tag yang ada pada buah-buahab dan sayur-sayuran..hahaha... terlebih rajin di situ...

13 comments:

  1. ooo macam tu.. tak tau plak selama ni..haha..hentam je semua.. thanks 4 the info

    ReplyDelete
  2. Nice info...
    Thank you Naniey...
    Mohon share artikel ni ye...

    ReplyDelete
  3. Wahhh,selma ni tak pernah amik taw no2 tu. hehe, taw buang bila nak makan, nasib baik tiap kali nak makan, memang basuh bersih2. hehehe

    ReplyDelete
  4. Ilmu yang berguna, baru sahaja tau tentang label buah hahaha

    ReplyDelete
  5. Ohhhhh baru tahu. Tq info ni

    ReplyDelete
  6. Baru saya tau.. selama ni tengok & beli je klu buahnya dlm keadaan ok.. Thanks sharing Naniey.. :)

    ReplyDelete
  7. nur baru tahu...selama nie nak makan buah x pandang pun pelekat tue..trima kasih atas perkongsian nie :-)

    ReplyDelete
  8. sbelum ni mmg x pernah amik tahu...
    x sangka pulak ada cerita dis ebalik nombor.
    kena cari yg 5 dgit n nombor depan 9 le lepas nie.
    original.

    ReplyDelete
  9. Good one Nanie..Thanks ya...

    ReplyDelete
  10. selama nie koyak je.. pastu basuh buah.. makan.. hehe

    ReplyDelete
  11. oic...sebelum ini ada gak perasan pasal kod tu..tapi tak pernah amik tahu plak..hehe..thanks for sharing naniey...

    Regards.
    -Strider-

    ReplyDelete
  12. lepas ni memang koi beli buoh, ambik masa la nak peratiiii kan aje label digit hihi

    ReplyDelete
  13. terima kasih atas perkongsian y sangat berguna nih

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!