Assalamualaikum...
Selamat hari Guru kepada semua guru di Malaysia dan di serata dunia...
Sepanjang bergelar pelajar selama 16 tahun, pelbagai kenangan yang dikumpulkan bersama-sama dengan guru... tidak dinafikan, ada guru yang betul2 sayang kita sebagai pelajarnya.. dan ada juga guru yang pilih kasih..terang-terangan tak suka kita.. tambah2 lagi jika kita adalah pelajar yang lemah dalam subjek yang di ajarnya...
Semasa zaman persekolahan..aku tergolong dalam golongan pelajar gred B .. tak cemerlangan sangat tapi tak lemah sangat..tak baik sangat..tak nakal sangat...tengah2 je...hehehe...Kenangan yang paling aku tak dapat lupakan adalah..dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah aku dijadikan sasaran oleh guru matematik.. sebabnya??bukan aku best student subjek matematik.. tapi pelajar yang paling lemah dalam subjek itu... haha..rare tak?? subjek lain ok je..bab yang berkaitan dengan pengiraan aku out....prinsip akaun..fizik..add mate..matematik...kimia....memang subjek yang akan merosakkan slip exam aku.. tapi takdelah sampai gagal..cuma tak cemerlang je...akekke.... cover line....hingga sekarang aku agak lembab dalam pengiraan... masuk U pun aku elak dari berjumpa dengan jurusan yang ada kaitan dengan pengiraan. hehe
Kenangan kena denda pun banyak jugak neh..berdiri atas kerusi sebab tak boleh jawab soalan MUET masa form 6... malu memang malu..bayangkan form 6 kena berdiri atas kerusi macam budak darjah 1... cikgu form 6 lain tengok dan geleng2 kepala je...
Dan kenangan yang paling best adalah bila cikgu ingat nama kita... aku tak tahu kenapa aku rasa bangga sangat kalau cikgu ingat nama kita..yalah, pelajar cikgu kan ramai..mana nak ingat semua kan... masa tu rasa bersemangat untuk belajar..akeke...
Tak kiralah apa jua kenangan kita dengan cikgu, kenangan manis ke..pahit ke..suka ke..duka ke..... jasa cikgu amatlah besar dan wajar dihargai..tanpa cikgu, siapalah kita pada hari ini. terima kasih cikgu... jasa kalian dalam kenagan kami semua...
Apakah kenangan rakan-rakan blogger dengan guru masing2 sepanjang bergelar pelajar yang anda semua paling ingat...??? tak kiralah kenangan kena denda ke..kena rotan ke.. dapat hadiah ke... kisah suka dan duka....Jom kongsikan sama2...
selamat hari guru untuk..
# Guru-guru di SEK.KEB. OTHMAN TALIB 2, PASIR MAS
#Guru-guru di SEK. MEN. KEB. TENDONG, PASIR MAS
# Pensyarah di UNIVERSITI UTARA MALAYSIA..
dan semua guru-guru di Malaysia...
salam. selamat hari guru buat semua cikgu :)
ReplyDeleteselamat hari guru utk semua cikgu2
ReplyDeleteSelamat hr guru utk semua heee
ReplyDeleteSelamat Hari Guru buat semua warga pendidik... saya sayang cikgu2 saya.. :)
ReplyDeleterindu zaman sekolah,rindu kena marah ngan cikgu...
ReplyDeleteselamat hari guru untuk semua guru ^-^
Selamat hari guru untuk cikgu-cikgu semua...
ReplyDelete