Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday 21 October 2015

Mature sikit boleh tak??

Teruknya jerebu yang menyerang negara kita sekarang... nak keluar rumah pun malas...bau asap, mata pedih, hidung pedih... tapi terpaksa juga keluar sebab bekerja.. kalau isytihar darurat kan best..tayah keluar rumah..tayah datang kerja... hah..thats point "tayah datang kerja".. walhal kalau bukan sebab jerebu pun memang selalu malas nak datang kerja pun kan... 

okesh entry ini tak nak cerita berkenaan dengan jerebu yang sedang menawan seluruh Malaysia, Indonesia dan Singapura.. tapi berkenaan dengan SIKAP.. yaaa sikap kita..sikap anda..sikap saya... !! kekadang kita tak sedar bahawa sikap kita ni terlalu baik.....terlalu ego..terlalu pemurah..terlalu menjengkelkan... dan ter ...terr.. ..haaa banyak terrrr... kita memang takkan sedar selagi orang sekeliling tak menyedarkan kita.....

Alam pekerjaan memang saling memerlukan antara satu sama lain... suka atau tak suka, kita kena berkerja dalam pasukan. So bila bekerja berpasukan kenalah jaga sikap... tolong matang dan profesional, jaga air muka orang.. jangan nak ikut sedap sendiri .. bila kena tegur sentap.. tak mau bercakap..tarik muka masam.. adehhh dah tua dah kan..jangan buat perangai bebudak... Lain lah kalau dekat syarikat awak tu, awak seorang sahaja staffnya.. terpulanglan nak jadi apapun.. jadi hantu ataupun buaya. (eh eh...macam lirik lagu) Ni tak, nak juga tunjuk perangai angin kus kus... nak tegur orang ikut mood... kalau macam tu peel perangainya, macam mana nak duduk semeja nak bincang pasal kerja... rakan kerja lain pun tak selesa... 

oklah, sesiapa kawan blogger ada tips untuk hadapi spesis rakan sekerja yang ada sikap seperti di atas, sila tinggal tip di rauangan komen ya.. nanti boleh amalkan.. tak seronoklah kerja 1 team tapi tak nak bercakap.. sentap tanpa sebab... kita ni bukannya jenis yang suka pujuk memujuk ni... dah awak tak nak cakap dengan kita...kita buat tak tahu jelah..sebab kita memang tahu kita tak salah dan kita tak buat apa2... kalau kita salah, kita akan mintak maaf... lagipun angin kus-kus awak bukan dengan kita je..tapi dengan semua orang awak buat macam tu... haihhh... 

kita tak tahu nak cerita kat siapa, kang bercerita dekat kawan sebelah kan kot dikatanya batu api ataupun dicop mengumpat, yalah takkan nak bercakap pasal rakan sekerja sendiri kan..paling kurang ayat ni je yang keluar "eh si minah tu dah kenapa pulak?"lepas tu masing2 pandang sesama sendiri..then wat hal masing2.. .. so kita ceritalah dekat blog kita...kiranya sebagai luahan perasaan jelah..tak ada niat nak cakap buruk pasai sikap orang..akekeke...

oklah, kita belanja sekeping gambar selfie kat sini... dah lama rasanya tak campak muka sendiri... gambar memang tiada kena mengena dengan cerita di atas..sekadar hiasan sahaja..hihihi


okbaiiiii


Wordless Wednesday.. !!!

Tuesday 13 October 2015

MAKAN-MAKAN DI BOAT NOODLES

Kedai kopi moden atau lebih dikenali sebagai kafe hipster kini menjadi trend dikalangan warga kota. Apa yang istimewanya pon tak tahu lah kita... setiap waktu setiap ketika sentiasa full house.... ada yang sanggup beratur berjam-jam lamanya tunggu giliran untuk menjamu selera...

Kita pon nk lah jugak ber"hipster".. nak try jugak merasa makan atas meja kayu klasik & duduk atas kerusi kayu di tengah2 bandaraya.. kekonon boleh fefeeling makan nasik bawah pokok tepi sawah kat kampung, walhal kamu kini berada dalam hutan batu..akeke

Kita pergi tak jauh pon... Boat Noodle.. di  Times Square je... ini adalah kali ketiga kita terjah sini sejak kewujudan nya di bumi Malaysia... walaupun dah kali ketiga..tapi kali pertama nak cerita kat blog... 


Kali ini kita order 4 mangkuk mee... EMPATT... ya... kuih y mcm kiuh tepung pelita 1 set.. grill chicken beef 1 set.. hah tak tahu nama masakan tu apa sebab semua nama nye bantai nama siam... tak greti kita nak sebut... ^_^


yang paling best semestinya coconut shake... sedapp sangat... harga pon sedap.. 1 gelas yang kita pegang tu reganya rm8.99... kalo kat kampung dah boleh dapat 4 gelas..haha

Makanannya walaupun di serve dalam kuantiti yang kiut miut..tapi kenyangnye yaa ampun... sampai nak gerak pon malas..akeke....

Semuanya best..tapi sadis sikit la, tak boleh nak lepak lama2... kesian tengok orang beratur tunggu giliran nak makan.. so siap je makan..terus kami angkat kaki...pergi kaunter dan bayar.... bukan angkat kaki terus lari..hiii

kesimpulannya : kita bagi 4/5 bintang.. mana 1 lagi bintang hilang....?? 1 bintang hilang sebab kita kena berdiri dan tunggu 15 minit untuk dapat tempat...hiiii...

oklah.. recommended sangat untuk awak2 semua nak mencuba ya...

okbaiiiiii

Friday 9 October 2015

Tahniah BFF...Barakallahulakuma...

Assalamualaikum....

Raya Haji beberapa minggu lalu telah berlangsungnya penyatuan 2 hati 2 jiwa 2 negeri yang berlainan..dua dialek yang berbeza.. ... majlis yang diadakan dengan penuh kesederhanaan melambangkan keperibadian empunya pengantin itu sendiri... wahh intro kita..kemain eh... 

Entri ini diterbitkan sekadar untuk mengucapkan tahniah kepada BFF kita kerana telah selamat melangsungkan perkahwinannya dengan insan yang dipilih dan terpilih.. tahniah BFF...


ok setakat ini sahaja... Nak tulis lebih2 kang kot glemer lebih dari tuan tanah pulak kan... (^_^)



"Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma

Wa jamaah baina kuma fee khair."

Mudah²an ALLAH memberkatkan bagi kamu berdua,
dan Tuhan berkatkan atas kamu daripada langit,
dan Moga² ALLAH himpunkan kamu sebagai suami isteri dalam kebajikan


babaiiii....!!!!