Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 28 January 2014

BILA DI KAMPUNG!

Assalamualaikum..

Kesian sgt kat blog neh.. Dah 3 4 hari dah tak dpt perhatian dari owner nye.. Main tinggal macam tu je kan..tau lah tengah syok cuti di kampung kan..haha..

Bukan tak pedulikan langsung..aku bukak jugak blog neh tapi just dapat baca komen jelah,.. Nak buat entry memang jauh sekali..blogwalking pun terpaksa stop dulu.. Biasalah online guna telefon je mana syok kan..

Ni pun aku paksakan diri jugak menaip short entry supaya tak nampak sgt aku menghilang dalam dunia blogging neh..akeke

Tapi serious ckp, bila balik kampung terasa sgt heaven-nya..
Kalau ada masa aku cerita eh.. Skg ni mmg xboleh nak cerita panjang.. Sadis sgt taip entry guna fon.. Nak masuk gmbar pn aku xreti..haha..

Oklah..bila dah balik kuala lumpur nanti, naniey akan balas kunjungaN rakan2 blogger ok..

Babai!!

Sunday, 26 January 2014

APA ITU CYSTS..!!

INFO:

Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.

Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.



Jenis-Jenis Cyst

Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.

Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.

Corpus Luteum: Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.

Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.

Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.

Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.

Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.
Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini?

Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.

Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.

Gejala Ovarian Cysts

Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:
Sakit perut
Rasa perut penuh dan tak selesa
Rasa berat pada ari-ari
Sukar atau kerap kencing
Sakit semasa hubungan seks
Muntah dan loya.


Diagnosa

Diagnosa Cyst selalunya dibuat secara tidak sengaja, iaitu semasa pemeriksaan pelvis atau pemeriksaan faraj. Ovarian cyst dengan senang dapat di buat dengan mengunakkan mesin ultrasound, disamping itu, ultrasound juga boleh memberikan maklumat tentang saiz, lokasi dan kandungan cyst tersebut.
Ovarian Cyst dan masalah ketidak-suburan

Bagi kebanyakkan wanita, kehadiran cyst tidak banyak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil kerana ia selalunya kecil dan tidak akan menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda mengalami endometriosis atau PCOS ia mungkin berkait rapat dengan masalah ketidak-suburan anda.
Rawatan

Bergantung kepada jenis cyst itu sendiri. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.

Friday, 24 January 2014

SERBA SALAH

Assalamualaikum...

Nak buat entry. tapi tak tahu nak tulis pasal apa.. hati dari tadi lagi tak tenang... 

Esok nak balik kampung..ahhh tak sabar... sepatutnya bertolak selepas subuh esok tapi en. suami ada latihan bomba malam ni sampai pagi esok.. so plan asal berubah... sampai sekarang tak tahu jam berapa boleh bertolak balik ke kampung... bergantung pada latihan en. suami lah tamat... 

hari ini ada interview kerja di Bukit Jalil.. jawatan biasa je.. tapi tawarkan gaji agak ok.. tapi berbelah bagi nak pergi ke tak.. sebab kalau dapat kerja tu mesti kena arah kat orang buat itu ini... seriusly aku tak suka kena arah kat orang yang atas sikit pangkatnya dari aku.. contoh..kalau jadi assist exec..aku tak suka exec arah aku.. sebab aku pernah pegang jawatan exec, lagipun bezanya sikit je.. hehe.. aku boleh terima arahan dari boss ataupun manager je.hahhaha..boleh tak gtu??

Yang jadi serba salahnya, tempat kerja tu dekat dengan rumah sewa yang bakal aku duduk pada bulan februari ni.. drive tak sampai 10 minit dah boleh sampai... 

betul2 konfius.. sampai sekarang tak ada lagi keputusan... 

keadaan sekarang 50 : 50...
gambar ihsan dar en. google

CIMB BANK UPGRADING SERVICE...

Assalamualaikum..


Kepada pengguna CIMB Bank.. sila alert dengan hal ini... 

CIMB Bank akan upgrading service dari 11.45 malam, Jumaat 31 januari hingga 6.00 pagi pada 3 februari 2013. Maknanya kita tak boleh guna CIMB lah pada masa yang telah ditetapkan.


Kepada yang duit untuk belanja disimpan dalam CIMB tu..eloklah dipindahkan ke akaun bank lain.. kan ada emergency pada masa yang CIMB tengah upgrading, susah pulak kan... 

Sebenarnya ini hanya peringatan untuk diri aku sendiri jugak.. gaji masuk melalui CIMB.. so mmg tersemat rapilah duit gaji sehingga 3hb februari... 

OK bai... 

Thursday, 23 January 2014

BAHAYA MEROKOK PADA DIRI SENDIRI DAN ORANG SEKELILING!!

Assalamualaikum...

Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak

Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga. 

Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat

Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.

Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.

Wednesday, 22 January 2014

BEST FRIEND FOREVER? BENAR2 ADA KE??

Assalamualaikum...

Seperti biasa..dalam perjalanan ke tempat kerja yang memakan masa hampir sejam..kalau tak sangkut dgn jem.. dari Sepang ke Masjid Jamek.. celoteh JOHARA akan menemani aku yang kekadang sempat bermimpi dalam kereta..serta En Suami yang keseorangan memandu mengadap jem dan kereta berduyun2 menuju ke pusat bandar. Hari-hari JOHARA akan keluarkan topik untuk dibincangkan bersama pendengar. Pada hari ini topiknya ialah PERKERJAAN YANG PALING HORROR yang pernah anda lakukan.. 

Tapi entry aku kali nie bukan pasal topik yang dibincangkan pada hari ini..tapi topik pada hari semalam..iaitu BFF ataupun Best Friend Forever..


Berdasarkan tinjauan aku dari beberapa buah blog yang pernah buat entry berkenaan BFF ini.. kebanyakkan ciri-ciri BFF adalah seperti berikut

*Ambil berat tentang anda tapi bukan yang suka jaga tepi kain anda.
*Kawan yang ada bila anda susah dan senang.
*Kawan yang tidak mementingkan harta dan rupa.
*Kawan yang tidak membawa pengaruh buruk kepada kita.

WORDLESS WEDNESDAY!!!!

Assalamualaikum...

Coming Soon......







gambar ihsan dr En. Google

Can't wait anymore.....!!!

Monday, 20 January 2014

PETUA MASUK RUMAH BARU

Assalamualaikum..

Minggu depan kalau tak ada aral yang melintang.. aku dan suami akan pindah rumah ke Bukit Jalil..alhamdulilah..makin dekat dengan tempat kerja..Terdapat beberapa petua untuk memasuki rumah baru, sama ada tradisi melayu turun temurun ataupun petua dari agama Islam sendiri mengenai adab dan cara ketika memasuki rumah yang baru diduduki.

Petua Pertama : LAUNGKAN AZAN PERTAMA KALI MASUK 
Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru.Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sebagai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni. 

Sunday, 19 January 2014

Segmen Lucky Follower by Cik Akie


Assalamualaikum...

Siapa2 mahu top up free??.. jom sertai segmen yang dianjurkan oleh Cik Akie..

 http://balqislifestyle.blogspot.com/2014/01/segmen-lucky-follower-by-cik-akie.html

untuk keterangan lanjut boleh terus ke blog Cik Akie dengan KLIK banner di atas ataupun klik di SINI

Jangan berlengah2 ya sebab segmen ini hanya berlangsung selama 24 jam sahaja... 

tepat jam 11.30 mlam (19 Januari 2014) segmen ini ditutup...

okey bloggers....wish you good luck!!

Saturday, 18 January 2014

MENANG SEGMEN BLOGLIST MYCHERITA

Assalamualaikum...

Alhamdulilah BLOG NANIEY salah sebuah blog yang telah menang Segmen Pencarian Bloglist Mycherita 2014.  

dan hadiahnya ialah, BLOG NANIEY akan menjadi bloglist pilihan yang akan tersergam indah di blog mycherita selama 3 bulan.. alhamdulilah...  @-@

ini adalah kali kedua BLOG Naniey menang segmen pencarian Bloglist..

terima kasih yaaa blog mycherita...  saya pun dah senaraikan blog mycherita sebagai bloglist di blog ni... 

dan tahniah jugak kepada pemenang2 yang lain.... 

senarai pemenang yang lain... cuba cari BLOG NANIEY ada tersenarai tak??hehehe..

rakan2 blogger yang lain.. kalau ada masa silalah berblog walking di blog MYCHERITA dan pemenang2 yang lain yaa.. jangan segan2..mereka semua baik hati.. layan je tetamu yang berkunjung di blog mereka..acecece...

Oklah..memandangkan hanya blog mycherita sahaja yang ada dalam bloglist Blog Naniey nie... so aku nak bukak kepada 9 blog lain lagi untuk dijadikan sebagai bloglist... aku tak berapa rajin nak anjurkan segmen buat masa sekarang nie, yalah Blog ni kerdil sangat, rasa poyo jer nak buat segmen.. ntah2 orang xpandang pon..hahaha...  so simple jelah... syaratnya 9 komen terawal secara automatik akan menjadi bloglist BLOG NANIEY..hehehe...

KAWAN oh KAWAN...

Assalamualaikum....

Ok di sini aku nak share satu cerita..mohon rakan2 blogger yang lain sudi baca sampai habis dan kalau boleh rajin2lah komen bagi pandangan dan pendapat...

Pepatah melayu ada kata.. kerana pulut, santan binasa..kerana mulut badan binasa... tapi kes aku neh bukan kerana pulut or mulut.. tapi kerana terleser di  facebook.. kena unfriend oleh kawan di facebook... haha.. macam kelakar pon ada... 

Semalam dalam dok chatting kat group FB aku adalah sound seorang kawan neh, kawan aku neh lelaki yaa.. LELAKI..... bukan sound marah or apa..just tegur dengan niat  bergurau... kata  kawan kan, biasalah kau kata aku, aku kata kau.. no heart feeling.. xde nak simpan dalam hati... tapi kawan aku neh.. nak kata baik tu baiklah jugak.. sebab start berkawan dari sekolah lagi... dan bertambah baik bila belajar sekali di IPTA, tambah pulak dia lelaki.. so bagi aku hal2 begitu mesti dia xambik port punya.. hal kecik je.. then, tak sangka pulak dia boleh sentap dengan kata2 aku tu.. tup2 pagi nie dia bertindak left group chatting kat FB.. dan yang paling tak sangka dia terus "unfriend" aku kat FB dia.. wutdahell?? 

Friday, 17 January 2014

BAGAIMANA MENCUKUPKAN GAJI..

Asalamualaikum...

Gaji tidak cukup?? itu adalah perkara biasa, tambah2 lagi yang makan gaji.. kalau yang berniaga tu tak usah nak diceritalah kan... bagi yang tergolong dalam golongan ini... ini ada sedikit pesanan... hihi



Pesanan Ustaz Mohd Nassru Bin Abd. Latif

1. JANGAN LUPA BERI PADA IBU BAPA
Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!

Thursday, 16 January 2014

2nd YEAR at PKSM & TIPS KEKAL BERMOTIVASI UNTUK BEKERJA


Assalamualaikum..

Januari 2014... genap 2 tahun aku bekerja di sini... 

Pelbagai pengalaman menarik..suka..duka..sakit hati... gembira.. yang diperolehi, mengadap pelbagai kerenah orang..complete..semua dah rasa bila bergelar seorang pekerja..

yang penting pengalaman kerja... Alhamdulilah sepanjang kerja di sini pelbagai pengalaman yang diperolehi.. semuanya mematangkan aku dalam bidang kerja ini. 

Bersama Dato Sri Najib Tun Abd Razak (PM Malaysia)


Berikut ialah lima tips untuk kekal bermotivasi dalam melaksanakan pekerjaan anda:


1. Ikhlaskan niat bekerja
Tanyalah diri, kenapa aku bekerja? Mahu cari duit? Nak sara keluarga? Bosan duduk saja? Pelbagai alasan boleh diberikan. Cuma satu alasan yang betul dan tepat iaitu untuk melaksanakan amanah Allah.


Wednesday, 15 January 2014

Petua Rawatan Islam Untuk Sakit Kepala

Assalamualaikum
Selain daripada mendapatkan rawatan secara moden iaitu berjumpa dengan doktor, sebagai ummat islam, kita juga perlu percaya dengan kemujaratan ayat2 suci al-quran dalam meredakan penyakit.


ok, bagi yang sakit kepala, sila amalkan suruh2 yang berikut ya..

1. Baca suruh Al- Fatihah (1kali)
2. Baca Ayatul Kursi (3kali)
3. Baca suruh al ikhlas ( 3kali)
4. Baca suruh Al- Falaq (1kali)
5. Baca suruh An-Nas (1 kali)
6. Baca suruh Yasin ayat 58 (3 kali)
7. Baca selawat ke atas nabi (3kali)


Nota: Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian sakit.

Aku share info ni pon sebab aku sering sakit kepala apabila terlalu lama mengadap komputer, kebiasaannya sakit kepala menyerang bila pulang dari kerja.

Ok..semoga ianya bermanfaat untuk kita semua yaa..


sumber dari: facebook semanis kurma

RABU TANPA KATA!!

Assalamualaikum...








Gambar ihsan dari En. Google


Monday, 13 January 2014

Pencarian Bloglist Bulan Februari/Mac 2014."

Assalamualaikum..

jom join segmen Pencarian Bloglist Bulan Februari/Mac 2014."
dari blog Syira Lokman

 http://syiralokman.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-bulan-februarimac.html

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Sunday, 12 January 2014

AlyaniMatshah first giveaway '

BISMILLAHIROHMANIROHIM


buat pertama kalinya saya AlyaniMatshah nak buat giveaway sempena azam 2014 untuk kembali aktif dalam dunia blog ~

syarat2 penyertaan ialah :

1 : follow blog ini {link}
2 : Add G+ {link}

3 : klik link iklan ne {link}
4 : buat satu post entri yang bertajuk ' AlyaniMatshah first giveaway '
5 : letak link dan banner post ini dalam post entry anda.
6 : sila letak link post entry anda.. didalam ruang komen dibawah

setiap penyertaan... blog AlyaniMatshah akn follow anda kembali =)

mula 8 JANUARI 2014 hingga 31 JANUARI 2014

AlyaniMatshah mencari 3 post BERTUAH untuk di beri reload RM10 =)

BAHAYA TIDUR DALAM LAMPU MENYALA....


Assalamualaikum....

Hari ini aku nak kongsikan tabiat yang aku selalu lakukan jika tidur keseorangan iaitu tidur dalam keadaan lampu menyala... 

Aku sebenarnya dah tahu tidur dengan menyalakan lampu adalah tidak berapa elok  tapi aku tak pasti pula apa yang bahayanya... kesannya apa kan... so bila baca artikel nie baru aku tahu... kalau anak-anak boleh terkena leukemia..kita yang dewasa ini mesti ada kesan sampingan lain kan..

Walaupun dah tahu kesaannya tapi aku tetap kena tidur tanpa tutup lampu kalau tidur keseorangan... kenapa?? sebab aku penakot... bila tutup lampu...dahi mula berpeluh, dada kencang je berdegup..dub dap dub dap.. sampai ke pagi takkan lena... bila lampu dinyalakan..tak sampai 5 minit terus melayari mimpi... then bila bangun pagi mata mula senak..kepala terasa berat...dan berpusing2.. pergi kerja jadi muram.. haa tu akulah tu... haha

Ok semua, moga dapat sedikit manfaat dan info yang dengan entry kali ini..

Babai...

Saturday, 11 January 2014

PERKARA YANG MERUNTUHKAN RUMAH TANGGA

Assalamualaikum...

Perkara yang sering menjadi kepada punca keruntuhan rumah tangga adalah seperti berikut



A. Suami :

1. Suami tidak menjadi pemimpin dengan baik akibatnya saling melukai.
2. Suami gagal menjadikan isteri no satu dalam hidupnya.
3. Suami suka membandingkan isteri dengan wanita lain.
4. Suami kurang kontrol emosi
5. Suami gagal memuji hal-hal kecil yang dilakukan Isteri.
6. Suami tidak terima pendapat Isteri.
7. Suami tidak pernah minta maaf ketika berbuat salah.

B. Isteri :
1. Isteri tidak menghargai Suami sebagai ketua rumah tangga.
2. Isteri gagal menundukkan diri kepada Suami.
3. Isteri gagal menampilkan sopan santun
4. Isteri gagal menunjukan rasa syukur kepada Suami.
5. Isteri suka membantah ucapan suami.

C. Keperluan seorang Suami :
1. Nafkah batin (tempat tidur).
2. Isteri sebagai sahabat.
3. Rumah yang bersih dan rapi.
4. Isteri yang sentiasa senyum.
5. Saling menghargai.

D. Keperluan seorang Isteri :
1. Kasih sayang dan dihargai.
2. Diajak berbincang di waktu kusut.
3. Jujur dan terbuka serta setia.
4. Dicukupkan keperluan sehari-harinya.
5. Komitmen terhadap keluarga.

MINI GA : BOOKMARK LIMITED EDITION BY EMAS PUTIH


Assalamualaikum


Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih di anjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Zara Nurhaidah dan Iluvtour. Siapa yang nak join sila tekan banner di atas :)

ISU PEKERJA BALIK AWAL...!!!

Assalamualaikum...

Masa tengah layan facebook tadi, ada kawan aku tag info berkenaan isu Pekerja Balik Awal... 
Maknanya on time lah... kalau office hour sampai jam 5 petang... jam tu jugak angkat kaki... 
Kadang2 kala hal ini akan menjadi isu... orang yang balik awal itu pemalas la.. tiada motivasi diri... dan lain-lain lagi...

Friday, 10 January 2014

Tazkirah Istimewa Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah di Mimbar Akhir Pencetus Ummah...



SYURGA ITU DI TELAPAK KAKI IBU...

semalam penuh wall feed facebook kawan-kawan update status pasal Tazkirah Istimewa Dr. Ridhuan Tee Abdullah di Mimbar Pencetus Ummah..

Aku takde peluang nak tengok live... ramai yang cakap  memang menyentuh perasaan dan boleh menyedarkan kita bertapa pentingnya ibu di muka bumi...

So aku pun cuba cari video kat youtube.. sekali tengok  dah rasa sebak...tetiba teringat mak kat kg... memang menyentuh hati... sesungguhnya ibu amat penting dan tiada galang gantinya ...

RINDU MAK SGT2....



MANDI MALAM BAIK UNTUK KESIHATAN??

Assalamualikum

Sejak akhir-akhir ini mandi malam sudah menjadi tabiat dah. Kalau di kampung Mak selalu tegur kalau aku mandi malam. Katanya tak elok, nanti paru-paru berair. Jadi aku ikutlah cakap mak..tapi itu di kampung.. bila balik KL, badan penat baru balik kerja.. kepala tengah serabut.. tiba2 terus ke bilik air..mandiiii.... segar sangat-sangat badan ni bila terkena air.. sampai rumah dari tempat kerja biasanya hampir jam 8.00 malam..  tambah-tambah lagi cuaca sekarang memang panas... jam 12.00 tengah malam pon dah macam siang hari..siap boleh berpeluh lagi..

Semalam tak dapat tidur, kepala tengah berserabut.., tengok jam pukul 1.30 pagi... aku ambil tuala terus ke bilik mandi.. siram badan tak sampai 10 minit... siap..!!! pakai baju..baring atas katil..selimut sampai paras mulut..(sejukkkk) tak sampai 5 minit terus dibuai mimpi..haha

Bangun pagi tadi, kepala rasa berat.. terhuyung hayang... rasa macam atas kapal..haha... hadoiiii... kesan mandi lewat malamkah ini??/

Thursday, 9 January 2014

SIKAP RAKAN SEKERJA KURANG DI GEMARI..

Assalamualaikum...

Pelbagai gelagat rakan sekerja yang terpaksa kita hadapi apabila sudah memasuki alam pekerja. Ada yang kita boleh terima dan ada membuatkan kita menyampah. Namun untuk memastikan prestasi kerja kita tidak terjejas dengan gelagat golongan yang pelbagai ini, cara yang terbaik adalah abaikan sahaja dan hanya buat kerja kita mengikut arahan bos/ pihak tertinggi.

Berikut adalah sikap rakan sekerja yang tidak digemari oleh rakan sekerja yang lain. Idea asal di ambil dari Utusan Online..

1) Kaki Kipas/Kaki Bodek

Semuanya mahu nampak sempurna di mata bos/pengurusan tertinggi walaupun hakikatnya menyakitkan hati dan mata rakan sekerja yang lain. 

Bahaya : Orang seperti ini akan melakukan apa sahaja asalkan di mata bos/pengurusan tertinggi dia yang terbaik. Kadang-kala akan melakukan perkara yang tidak masuk akal semata-mata untuk mendapat pujian daripada bos. Kalau tak menyusahkan orang lain tidak mengapa, ini semua orang jadi mangsa dia. 

Segment Bloglist MyCherita #1 2014


Assalamualaikum...

jom join ramai2 ...


SEGMEN BLOGLIST MyCherita #1 2014

Buat pertama kali nya Mycherita melancarkan Segment Bloglist MyCherita #1 2014.Untuk segmen ini seramai 10 orang blogger akan di pilih menghiasi bloglist MyCherita  dalam  masa 3 bulan (Januari-Febuari-Mac 2014).

Oleh yang demikian berikut adalah syarat-syarat penyertaan :

1. Follow blog  MyCherita ( wajib )

2. Add G+  MyCherita ( wajib )

3. Like Facebook Fanpage MyCherita ( Wajib )

4. Buat satu post entri dan beri tajuk segmen "SEGMEN BLOGLIST MyCherita #1 2014 ".

5 . Follow Twitter MyCherita ( jika ada )

Mudah kan..???

 Mari sama-sama join segmen ini agar traffic backlink kita akan berterusan mengalir bagi memantapkan kan lagi saham blog kita semua.. ;-)

Sila klik banner diatas untuk menyertai

Segmen bermula 06 Januari 2014 Sehingga 15 Januari 2014

Diharap segmen ini mendapat sambutan dari rakan-rakan semua.

Terima kasih.


BEBELAN DI PAGI HARI...

Assalamulaikum...

Bersemangat taip entry di pagi hari, semalam lepas balik kerja tak sempat nak buat entry dan tak sempat nak BW, sebab nak cari balik background blog yang hilang, tangan nie gatal main edit itu ini..tak pasal-pasal html background hilang,hahaha....jenuh google nak cari balik wallpaper yang sama... last2 jumpa kat sini ...alhamdulilah... aku suka sangat background warna oren2 tu..sebab tu usaha jugak cari kat google.. walaupun berlambak background lain.. selagi tak jumpa background tu tak senang duduk.. nak layan blog pun tak ada mood.. kelabu asap je kan..haha... 

ok dah..sekarang just nak edit je background tu bagi nampak berseri sikit...tapi lain kalilah.. sekarang nak sambung buat kerja... 

Ohh lupa semalam sempat baca tutorial Kak Aiza (Dunia Kecil)  tentang cara-cara tambah widget "Top Commentar". Dah banyak aku cuba buat ikut tutorial lain tapi tak menjadi..last2 cuba yang ni..menjadilah pulak..ehehe... terima kasih ya kak... ok.. top commentar blog ini aku gelarkan " KEYBOARD WORRIOR" hehe.. sila scroll kebawah sebelah kanan dan semak kot2 nama blog anda tersenarai ke tidak yaaa..hehe..

Terima kasih juga kepada pemilik blog Mohd Noor Shawal kerana memilih blog ini sebagai pemenang "Segmen Pencarian Bloglist" Dan hadiahnya ialah blog  ini tersenarai sebagai bloglist di blog En. Shawal selama sebulan... terima kasih.. @_@ ..

Ok dah..nak sambung buat kerja... hard disk PC aku kat tempat kerja crush.. maklumat untuk tahun 2012 dan 2013 (2 tahun kerja sini)  semua tak dapat diselamatkan.. perasaan?? urmmmm happy sgt... hadoiiiii..gila nak hepi..semua report..database peserta..gambar event..gambar aktiviti... semua ada dalam tu hilang... yang paling stress tahap nak ketuk kepala sorang2 adalah aku kena buat balik report 180 muka surat..aku ulang 180 muka surat yaaa yang telah siap..tunggu masa je untuk print... tetiba papppp blank.. hilang 200%... yang paling super duper stress,,aku lupa nak buat backup..okey sila ketuk kepala sendiri..biasanya bila siap satu2 report aku akan transfer ke pendrive ataupun email.. tapi kali ini terlupa.. dalam sekelip mata semuanya hilang.. ok fine... nak tidur tak mau bangun... 

Ok dah..berapa kali dah eh..akekkek... bebel panjang pun tak guna... mula buat kerja skg!!!!

oKBAI... 

Wednesday, 8 January 2014

JADAHNYA BILA BUTA IT..APA PON TAK BOLEH>>>

OK FINE!!

BACKGROUND BLOG HILANG!!

JADI KELABU ASAP KEJAP BLOG NEH...

TADI DUK MAIN TAMBAH DAN DELETE GADJET..

TAK TAHU PULAK TETIBA TERDELETE HTML UTK BACKGROUND...

MACAM MANA NAK DAPAT BALIK BACKGROUND TU..

SUMPAH AKU TAK TAHU..

BUKAN BUTA IT...

TAPI TAK BERAPA CELIK IT...

sedihhh...


WORDLESS WEDNESDAY..


Assalamualaikum...


Thank You

Tuesday, 7 January 2014

RAHSIA SOLAT

Assalamualikum...

Solat adalah tiang agama.. tanpa tiang robohlah rumah... tanpa solat kucar-kacirlah keluarga... setiap gerak dalam solat mempunyai rahsia tersendiri iaitu:


Gambar sumber dr E. Google

Monday, 6 January 2014

TIPS CINTA JARAK JAUH...

Assalamualaikum....

Dua hari lepas, aku ada "chatting" dengan kawan-kawan masa sekolah di "group chatting facebook". Saja tanya khabar kawan-kawan... dari "chatting aku dapat tahu bahawa ada seorang kawan aku neh sekarang tengah melalui Perkahwinan Jarak Jauh... Kawan aku seorang cikgu, sedang mengajar di salah sebuah sekolah di Serawak, manakala suaminya pula berkerja di Kelantan. mereka mempunyai 2 orang anak perempuan yang berusia 2 tahun dan yang bongsu xberapa pasti berapa bulan... Dalam mendengar cerita kawan aku tu, terdetik pulak dalam hati ini bertapa tabahnya kawan aku itu menghadapi cabaran dan dugaan..berjauhan dengan suami dan anak-anak adalah dugaan yang paling berat terpaksa dihadapi oleh seorang isteri dan ibu...


gambar ihsan En. Google

Aku dulu2 pun pernah jugak alami situasi ini..tapi bukan perkahwinan..tapi percintaan jarak jauh..hehehe.. 5 tahun bercinta tak pernah duduk berdekatan walaupun kami satu negeri, satu daerah dan juga pernah satu sekolah.. tamat belajar sekolah menengah aku terus sambung belajar di UUM, Kedah.. si dia pula sertai latihan Bomba dan Penyelamat di Akademi Bomba, Wakaf Tapai.. bila aku dah habis belajar, dan balik kerja di Kelantan, si dia pula dah kerja di Ibu Pejabat Bomba, Putrajaya.. selepas 6 tahun bercinta baru boleh duduk berdekatan.. sebab kami dah kahwin..alhamdulilah... 

Ini adalah tips-tips yang mungkin boleh membantu semua pasangan sama ada yang tinggal sebumbung atau berjauhan. Sama-samalah kita mempraktikkan tip ini dalam hubungan dan membaiki diri ke arah lebih baik. 

• Manfaatkan masa yang ada 

Masa dan peluang yang ada untuk bertemu pasangan perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Elakkan daripada mengeruhkan suasana. Jika ada perkara yang membuatkan anda terasa, cepat-cepat padamkan perasaan itu supaya ia tidak berlarutan. 

Birthday GiveAway by Cik Ayue


Assalamualaikum...

Hari ini saya nak join segmen GA dari Cik Ayue sempenan harijadi beliau...

 http://mii-and-himm.blogspot.com/2014/01/birthday-giveaway-by-cik-ayue.html

Sila klik banner untuk join yaa..

Untuk keterangan lanjut tentang syarat-syarat dan hadiah sila ke blog penganjur yaa... 

Ini adalah antara syarat yang telah ditetapkan.. 

1) Baju Pengantin/Pasangan

Gambar baju pengantin seperti yang diminta oleh Penganjur.. Pengantin ini adalah kawan sekerja saya.. Thank You Wani sebab izinkan saya guna gambar nie yaa..akekeke...

2. Pelamin Pengantin yang dibuat bawah conopy
Gambar pelamin yang ohsem!!! #conopy...

Warna Tema : Mint Green + purple...

Thank You Wani sebab sporting bagi gambar kahwin neh..

Sunday, 5 January 2014

ASAS- ASAS DALAM BERUMAH TANGGA

Assalamualikum....

En. Suami pernah tegur tentang perkara yang saya post dalam blog neh.. katanya daripada post perkara yang tidak mendatangkan faedah, lebih baik post entry yang bermanfaat kepada semua orang... macam tip-tips ke.. info semasa ke.. dan macam2 lagilah.. jadi saya pun dengan rela hati ikut nasihat En. Suami... hehe

Pada kali ini saya nak kongsikan 6 ASAS DALAM BERUMAHTANGGA dari Ustazah Dato' Siti Nor Bahiyah... (biasalah..dah kahwin kan..tips pun banyak berkaitan dnegan alam perkahwinan..akekeke)

gambar ihsan en.google

STATISTIK menunjukkan di Barat hampir 90 peratus rumah tangga berantakan kerana tidak mengikut acuan yang telah ditetapkan Allah SWT. Tidak mustahil fenomena tersebut berlaku di negara ini apabila makin ramai yang membina rumah tangga dengan hanya mengikut nafsu dan tidak berlandaskan syariat Islam yang sebenarnya.

TIPS MUDAH BANGUN PAGI


Assalamualikum

Bagi kita yang beragama islam, memang perlu bangun pagi kerana diwajibkan untuk sembahyang Subuh. Namun begitu, kegiatan aktiviti seharian yang tidak seimbang menjadikan kita penat/ susah untuk bangun pada waktu pagi. Seusai sembahyang Subuh, ramai juga dalam kalangan kita sambung tidur semula. Berikut adalah tips yang boleh diamalkan supaya kita mudah untuk bangun pagi..
  • Buatlah rutin malam hari sebagai persediaan untuk keesokannya.
  • antara rutin yang boleh diamalkan adalah seperti mandi air suam, minum secawan teh charmomile, ambil nafas dalam atau meringkuk atas katil, berselimut dan membaca atau menulis nota. Ciptakan sebuah ritual yang benar-benar akan membuat anda dapat tidue dengan lena dan menyambut waktu pagi dengan hati yang tenang...
gambar ihsan en.google
  • Jauhi kafein
  • Sebolehnya cuba elakkan dari mengambil sebarang jenis makanan atau minuman berkafien pada waktu malam. ramai yang berpendapat kafien boleh hilangkan rasa mengantuk.

Saturday, 4 January 2014

TEKNIK MEMUJUK ISTERI MERAJUK

Assalamualikum...

Bagi sesebuah perkahwinan, suka duka.. bahagia..bertikam lidah.. berselisih faham... merajuk dipujuk adalah perkara biasa... Orang tua cakap sudah memang asam garam dalam kehidupan rumah tangga.. bercinta 10 tahun belum tentu dapat mengenali hati budi pasangan. Bila sudah kahwin, duduk serumah... makan semeja..tidur sekatil..baru keluar sikap sebenar pasangan masing2.. baru tahu isteri kita sikapnya begini..si suami sikapnya begini... pergaduhan sering tercetus pada awal perkahwinan sebab masing2 berbeza perangai dan sikap..masa bercinta dulu semuanya okey kan... tapi janganlah takut nak kahwin pula...lama-kelamaan keserasiaan akan terjalin juga... macam mak ayah kita kan... berpuluh2 tahun hidup bersama..mesti ada suka duka juga... 
Gambar ihsan en.google..

Wanita a.ka. isteri memag tak akan lari dari sikap suka merajuk.. so kepada para suami.. pandai-pandailah memujuknya... jangan biarkan saja..lagi parah jadinya... antara teknik yang boleh membantu para suami yang tak reti nak memjuk isteri merajuk adalah seperti berikut;

  • Beri ruang kepada isteri untuk luahkan segala ketidakpuasan hati..jangan halang , marah, maki hamun atau melawan balik di saat isteri sedang meluahkan perasaan. sebolehnya cuba dengar dahulu.. tidak salah jika jadi pendengar setia
  • Setelah mood isteri dah okey...  sila berbincang dengan cara elok.. elakkan kekerasan atau nada suara yang tinggi, kerana ianya boleh menyebabkan pergaduhan..
  • Tunjukkan komitmen terhadap isteri, tunaikanlah apa yang dihajati sekiranya mampu dan tidak melampaui batas...
  • Setelah semuanya kembali normal tegurlah kesilapan isteri dengan baik dan berhemah..
gambar ihsan en. google
  • Jika terang-terangan anda lakukan kesilapan, mohon maaf kepada isteri dan jangan ulangi lagi... jangan sesekali menipu isteri.. 
  • Jangan tunjukkan anda protes dengan sikap merajuk isteri anda... ini tidak, bila isteri merajuk, suami pon turut merajuk.. 
  • jangan tunjukkan yang anda lemah depan isteri..jadilah seorang yang gentleman...  mengalah bukan erti takut bini.. tapi memahami seorang wanita yang kadang kala terlebih beremosi
Mungkin ada yang tak setuju dengan teknik ini..sebab nampak sangat bias pada isteri.. ok, back to the topik... teknik memujuk isterikan... mestilah keistimewaan pada isteri..suami kena banyak mengalah..hehe.
..
gambar koleksi peribadi Naniey.... ceh poyo je tetiba campak gambar sendiri...

GA Tip-top Bloglist Ibu 2014

Assalamualaikum...

 http://mahligaikasihaifaa.blogspot.com/2014/01/ga-tip-top-bloglist-ibu-2014.html

Tarikh tamat pada 30 januari 2013.

untuk jopin sila KLIK BANNER di atas..

Untuk maklumat lanjut, sila ke page penganjur yaa... TQ

Good Luck all Blogger!!

Giveaway by Syan Punya Belog



Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Hello 2014 Giveaway by Syan Punya Belog
Senarai Hadiah

Top Referral :
Cash RM50 + Fridge Magnet from Turkey

Random :
Chiffon Blouse x 5 Pemenang
Maxi Dress x 3 Pemenang
Perfume x 2 Pemenang
Voucher Shopping bernilai RM5 x 10 Pemenang
T-shirt R4BIA x 5 Pemenang


Jangan lepaskan peluang ini fellas! Just click the banner above and follow the simple rules.
Goodluck and thank you =)



Friday, 3 January 2014

THE MOST BEAUTIFUL FIREWORKS SHOWED WELCOMING 2014

Assalamualaikum...


Persembahan Bunga Api Dari Dubai..

Dubai telah memperuntukkan sejumlah kira-kira hampir RM20 juta sebagai kos untuk pertunjukan bunga api bagi menyambut ketibaan tahun baru dan dari kos berkenaan membolehkan lebih 500,000 bunga api digunakan sekali gus telah mencipta rekod baharu Guinness World Records. Persembahan bunga api itu dibuat di sepanjang 94 kilometer pantai Dubai termasuk di kepulauan buatan manusia dan di bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa. Persembahan pelbagai jenis dan kombinasi bunga api yang mewarnai Dubai di ambang tahun baru 2014 itu berlanjutan lebih 10 minit di setiap lokasi. Terdahulu, rekod lama dipegang Kuwait apabila 77,282 bunga api digunakan pada pertunjukan yang diadakan dalam tahun 2011

My Sumber - http://www.mysumber.com/berita/video-bunga-api-tahun-baru-2014-di-dubai-catat-rekod-baru-dunia#ixzz2pJgxIPeZ


persembahan yang lain yang menjadi pilihan aku adalah ini.. dari London..

Persembahan Bunga Api dari Londan

dari KUALA LUMPUR??

xperlulah buat beria-ia seperti ni.. membazir sahaja.. lebih baik bajet yang ada digunakan untuk membantu rakyat mengurangkan beban perbelanjaan akibat dari kenaikan harga barang-barang.. tak masuk Guinnes World Record pun tak mengapalah yang penting nasib rakyat terbela..hehe...

Thursday, 2 January 2014

BLOGLIST 2014 MSRED

Assalamualaikum...

Segmen yang ke-2 untuk malam ini iaitu BLOGLIST 2014 MSRED

 http://4.bp.blogspot.com/-knHz600Pxtg/Ur3Iuh1o1uI/AAAAAAAAIuM/VQ3tdBNOgbk/s1600/msred+banner.gif
Klik Banner untuk JOIN


Cara-caranya adalah;
1. Follow blog Msred. 
2. Buat entry... 'BLOGLIST 2014 MSRED'
3. Letak banner dalam entry, dan back link ke entry ini....
4. Tinggalkan link you alls kat komen entry ini sahaja.

Segmen ini akan tamat pada 10 January 2014. Pada yang bertuah akan dapat something special. Mr Random yang akan pilih.

BLOGLIST PART #1 BY DIARI FARISHA

Assalamualaikum...

Ok malam nie ada masa sikit lagi sebelum membuai mimpi indah... Naniey just nak join beberapa GA je... biasalah, nak up kan blog neh kenalah rajin bersegmen..baru orang tahu kewujudannya..yaa tak??

ok ini adalah salah satu GA yang Naniey join...

http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/2013/12/bloglist-part-1-by-diari-farisha.html 

Jemput Blogger seantero Malaysia join 
"Bloglist Part #1 By Diari Farisha"

Seramai 50 orang Blogger Hot & Marbeles diperlukan bagi 
mengisi kekosongan jawatan di bloglist blog beliau

Klik Banner untuk join


Nak tahu lebih lanjut syarat2nya , silalah ke page penganjur yaa...

Thank You...

Wednesday, 1 January 2014

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH !!!

Ok adik2... pergi tidur sekarang... esok sekolah... make sure uniform dah siap iron eh...  peralatan sekolah semua dah simpan rapi dalam beg..supaya xtertinggal... 

Cikgu2 pon dah boleh dah masuk tidur.. esok pelbagai cabaran yang menanti.. kena prepare mental dan fizikal untuk berhadapan dengan karenah pelajar yang pelbagai neh... 

Okbai!!!

#WORDLESS WEDNESDAY...

Assalamualaikum...

Salam 1/01/2014..


6- 15-16 BBQ at SG. CONGKAK, HULU LANGAT..


Assalamualaikum... 

Macam dah jadi acara tahunan dah BBQ dengan rakan2 rumah sewa neh... kalau dulu kami buat BBQ kat SINI dan tahun nie buat di Sg. Congkak, Hulu Langat... dulu aku masih lagi menyewa kat sana tapi sekarang aku dah ditendang keluar sebab tak bayar sewa.. acecece... oh tidak.. aku move out sebab dah kawen.. akeke...