Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label sikap rakan sekerja yang kurang digemari. Show all posts
Showing posts with label sikap rakan sekerja yang kurang digemari. Show all posts

Thursday, 9 January 2014

SIKAP RAKAN SEKERJA KURANG DI GEMARI..

Assalamualaikum...

Pelbagai gelagat rakan sekerja yang terpaksa kita hadapi apabila sudah memasuki alam pekerja. Ada yang kita boleh terima dan ada membuatkan kita menyampah. Namun untuk memastikan prestasi kerja kita tidak terjejas dengan gelagat golongan yang pelbagai ini, cara yang terbaik adalah abaikan sahaja dan hanya buat kerja kita mengikut arahan bos/ pihak tertinggi.

Berikut adalah sikap rakan sekerja yang tidak digemari oleh rakan sekerja yang lain. Idea asal di ambil dari Utusan Online..

1) Kaki Kipas/Kaki Bodek

Semuanya mahu nampak sempurna di mata bos/pengurusan tertinggi walaupun hakikatnya menyakitkan hati dan mata rakan sekerja yang lain. 

Bahaya : Orang seperti ini akan melakukan apa sahaja asalkan di mata bos/pengurusan tertinggi dia yang terbaik. Kadang-kala akan melakukan perkara yang tidak masuk akal semata-mata untuk mendapat pujian daripada bos. Kalau tak menyusahkan orang lain tidak mengapa, ini semua orang jadi mangsa dia.