ENTRY BERKAITAN :
Kami gerak dari hotel jam 7.00 pagi.. sebelum ke pulau kami ambil angin pagi di Dataran todak dulu.
Jam 8.00 pagi terus naik bot ke pulau-pulau. Pulau Pertama kita jejak iaitu Pulau Mamutik, Pulau Sapi dan destinasi pulau terakhir adalah pulau Sapi.
Pulau2 di Sabah memang cantik sangat. Kami habiskan lawatan ke 3 Pulau ni dalam 3 jam sahaja. 1 jam utk 1 Pulau.. kejap je kan..yaaaa sebab kami cuma buat lawatan..cuci mata sahaja.. tak mandi..tak snorkling dan tak buat apa2 aktiviti langsung. Datang pulau.. selfie banyak2... termenung kejap then terus ke Pulau lain.
Balik dari Pulau kami balik hotel, rehatkan diri..dalam jam 4.00 petang kami keluar mencari makanan untuk di isi ke dalam perut.
Tempat yang ditujui adalah Sepanggar.. iaitu misi mencari Lokan Bakar dan Kelapa Bakar.
Sedap ke tidak?? memang sedap..mesti cuba kalau datang Sabah tau...
Setelah siap mencekik lokan 2 dulang, kami tuju ke Dataran Todak untuk makan malam.. Kali ni misi kami untuk mencekik lobster.. dan misi tercapai..
Menu utama makan malam kami adalah lobster butter cream sos.. sedappp sangat weh masakan dia!!.. lobster kami pilih yang biasa sahaja.. rm50/ekor sekali masak.. kami ambik 2 ekor je.. sebab isi dia dah banyak.. dicampur lagi dengan lauk seafood yang lain.. memang kenyang perut suka hati lah.
Siap makan malam kami ke destinasi terakhir untuk hari kedua..iaitu Pasar Malam Kg Air.. katanya mutiara kat sini lagi murah berbanding yang dijual kat pasar Filipina. dan ternyata memang berbeza harganya.
Siap shopping cenderahati, kami terus menuju ke bilik hotel untuk tidur.. Destinasi kami esok adalah Kundasang. Ambil masa lebih dan kurang 2 jam dari Kota Kinabalu.
No comments:
Post a Comment
terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!