Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 24 August 2016

Wednesday, 3 August 2016

BFF ke Pulau Tioman

Assalamualaikum..

Meh nak story kisah yang berlaku berkurun lamanya.. hari ini baru terbangun dari mimpi .. dan tersedar yang kita ada blog.. dan blog ini sudah agak lama kesepian.. ^_^

Tanggal 9/04/2016 - 11/04/2016, kita bersama BFF dan suami memasing telah pergi Pulau Tioman. Dah basi ceritanya tapi tetap nak abadikan kenangan dalam blog ni.. kot2 lah terlupa tempat mana dah jejak..boleh rujuk kat blog kan..hehe.. 

Kami bertolak dari KL pada jam 3.30 pagi dan sampai kat jeti Mersing jam 7.30 pagi... Sampai jeti, parking kereta di tempat yang disediakan, then terus meluru kedai makan.. breakfast!! Eh lupa, parking itu berbayar ya- RM18.00 sehari rasanya.. kita tak pasti sebab bukan kita yang bayar..^_^..


Di Jeti Mersing!!

Thursday, 18 February 2016

2 kerja dalam 1 masa : Pandai-Pandailah bahagi masa!!!

Assalamualaikum...

Selamat pagi....

Mengatur satu langkah ke hadapan untuk keluar dari zon selesa amatlah sesuatu yang positif . Namun jika langkah ke depan kita itu , memberi kesan yang tidak elok atas apa yang kita lakukan sekarang ini, so kita perlu nilai balik sejauhmana kemampuan diri kita..betul tak?? Jangan nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran... 

Keadaan ekonomi yang seakan membunuh rakyat sekarang ini memang mendorong rakyat tak kira usia, bangsa dan negara mencari inisiatif kedua dan ketiga untuk menambah pendapatan keluarga. Ditambah lagi kalau anak bersekolah, langsung tak boleh bersenang lenang, goyang kaki di rumah.. mesti ada side income... kalau yang dah memang keluarga kaya raya..tak perlu fikir kot... hiiiii...

Kita amat kagum dengan wanita bergelar isteri...yang mempunyai anak....yang berkerja dan pada masa yang sama turut menjalankan perniagaan online ataupun apajua perniagaan yang boleh menambah pendapatan. Begitu kuat dan tabah wanita yang seperti ini. Kalau kita tak tahu lah macam mana nak bahagi masa... !!!
ihsan en.google

Memang tidak mudah untuk menjalankan semua kerja dalam satu masa, sekiranya kita boleh buat tanpa mendatangkan kesan yang tak elok pada sisi lain, teruskan.... tapi jika ianya menyebabkan prestasi kerja merosot, selalu datang kerja lambat, selalu tidur di tempat kerja... atas alasan penat kerana tidur lambat untuk menyiapkan tempahan, awak rasa betul ke cara awak tu? Kalau sekali dua rasanya boleh bertolak ansur, tapi kalau dah hampir hari-hari berlaku perkara sama.. kita simpulkan awak tak mampu untuk buat 2 kerja dalam satu masa... cuba fokuskan pada perkara yang menjadi keutamaan... ataupun bijaklah dalam bahagi masa.. contohnya mengambil tempahan pada hujung minggu sahaja... pada hari kerja..kerja macam biasa di siang hari, malam fokuskan kepada anak... Ini tak, semuanya awak langgar nak buat dalam satu masa... mana boleh begitu sayang....!!!

Oklah, itu sahajalah cetusan rasa untuk hari ini... entry ini tidak ditujukan kepada sesiapa.. hanya sekadar pendapat kita...tak salah kalau kita nak menyahut seruan menteri untuk buat 2 kerja dalam suatu masa...tapi biarlah mengikut kemampuan diri.... jangan sebab nak cari income lebih.. anak-anak terabai dan pekerjaan tetap merosot... hiiii.... 

okbaiiiii.....




Tuesday, 16 February 2016

KEEP CALM and its just 30th!!

Assalamualaikum....


Syukur alhamdulilah.. 13/02/2016, genap usia kita 30 tahun bernafas di muka bumi Allah s.w.t...

Secara ironinya, banyak lagi perkara yang masih belum dicapai pada usia ini, yang betul2 mengikut matlamat adalah kawin..haha.. memang dari sekolah lagi target nak kawen sebelum cecah angka 30... gatal tak kita..sekolah lagi dah fikir pasal kawen...haha... 

Kalau nak ikutkan hati adalah sedikit perasaan kecewa... tapi tetap juga bersyukur kerana diberikan kehidupan sederhana... nak buat macam mana dah memang ketentuan dariNya begitu..acecece.. walhal usaha sendiri taklah gah sangat pon...macamana nak tercapat semua yang diimpikan, hihihi... 

BTW terima kasih kepada yang semua yang bagi ucapan hari lahir samada melalui bersemuka, whatsapp, facebook, instagram, wechat... haaa semua jenis media sosial lah kecuali twitter... sebab kita tak reti nak layan benda tu.. akaun ada tapi tak aktif pon...sekadar daftar akaun je.. nanti kalau orang tanya ada twitter tak... dengan bangga boleh jawab - ADA- akekeke


Wajah 30-an..hahaha

Okbabaiiii....






Friday, 12 February 2016

Reunion di Port Dickson!!

Assalamualaikum...

hi holiday mode is still on??

Kita??

Yes...

Memang malas sangat nak mulakan kerja, tapi nak buat macam mana.. sudah tanggungjawab kan..so kena datang kerja jugak.. selesaikan mana kerja yang tertunggak... macam pekerja berwibawa je kan.. walhal...hahaha...malas nak cakap...

Cuti minggu lepas kita tak balik kampung... ada kawan cakap "macam pelik pulak rasanya Naniey tak balik kg kali ini, biasanya pantang cuti lama..mesti berdesup balik kampung.."hihi... kita bagi alasan sebab hujung tahun, masa perayaan krismas kita dah balik kg lama,,, so kali ini bagi peluang pada orang lain pula untuk balik kampung, kita tak payah nak tambahkan kesesakan jalan raya... hihi...

Walhal sebenarnya kita dah janji dengan kawan nak dating di Port Dickson.. teman masa belajar UUM... memang kawan baik... disebabkan jarak yang memisahkan kami.. so susah nak jumpa selalu.. tambahan lagi masing2 dah ada komitmen dengan kerja dan keluarga.. yang jadi penghubung yang mengekalkan persabahatan kami adalah media sosial... haaa ada guna jugak kan media sosial ni...hiii..