Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday 30 November 2015

PEPERIKSAAN SPA PEGAWAI TADBIR (NEGERI KELANTAN) N41

Assalamualaikum...

Alhamdulilah minggu lepas berjaya menjawab peperiksaan online SPA untuk jawatan Pegawai Tadbir Negeri (Pengambilan bagi Negeri Kelantan) dengan jayanya.. betul ke tak..lulus ke tak..malas nak fikir..yang penting dapat jawab semua soalan tanpa sebarang masalah walaupun kekadang server down dan PC hang..ish ish... sejam sebelum exam tu dah berdebar, bimbang kot sistem jem.. berdasarkan pengalaman kawan2 yang lepas, ramai yang sangkut sebab langsung tak dapat masuk sistem...duk loading je sampai habis exam.. so bila kita dapat jawab semua soalan dah kira syukur sesangat kan... alhamdulilah.. berjaya ke tak ke step seterusnya tu tak payah nak fikir lagi.

Seminggu sebelum peperiksaan tu, kita adalah buat ulangkaji sikit tentang isu semasa..dasar2 negara,..macam2 lagilah yang berkaitan dengan negara. Tapi sedikit kecewa bila tak jumpa perkongsian pengalaman blogger lain yang pernah ambil ujian PTN. Puas google tapi tak ada, yang ada kebanyakkannya pengalaman menjawab exam PTD.. lain tau exam PTN dan PTD.. Nak tahu jugakan bentuk soalan yang keluar tu.. tapi haremmm tak ku temui..hihi... so bila tak jumpa tu, buat pandai2 sendirilah.. dah nama lagi exam SPA, berdasarkan pengalaman exam SPA yang lepas,  so kita assume mesti banyak soalan tentang kenegaraan kan, isu berlaku dalam negara kini, dasar2 yang ditubuhkan,.. politik, ekonomi, sosial, GST, TPPA, DEB, NKRA, MKRA, NBOS semua ada..  2 3 hari duk google pasal ni je... langsung tak jenguk sejarah negeri.

Monday 23 November 2015

Telur Kuning Kembar (double york)


Assalamualaikum...

Kalau pisang berkembar memang selalu jumpa. Mak dulu2 siap tak bagi makan lagi pisang tu. Tak tahulah kita apa sebabnya tak bagi makan. Kita pulak tak terlintas pula nak bertanya pada masa itu.. tengok sekarang dah sesat.. hehe... 

Ok taknak cerita pasal pisang, kita nak cerita pasal telur kuning kembar. Pertama kali dalam sejarah hidup kita terjumpa telur kuning ada dua dalam satu cengkerang. Bagi pembuat kek & biskut mesti dah biasa jumpa kan..sebab hari2 main dengan telur.. tapi kita ini pertama kali jumpa, sebab tu bersemangat bercerita di facebook.

 Dah bertahun2 beli telur satu sangkak tak pernah pun jumpa, tapi kali ini jumpa, bukan sebijik tau..hampir 5 bijik telur yang bila dipecahkan keluar 2 kuning telur.. teruja eh... dah tu semangat nak pecahkan lagi telur, mana tau kot2 boleh jumpa lagi..hihi... 

Gambar tak sempat nak ambil so terpaksa curi kat google. terima kasih pakcik google.

macam ni lah telur kembar yang kita jumpa.. kagum kan dengan ciptaanNya.

Cuba juga cari dalam google kenapa telur kuning boleh jadi ada dua tapi tak jumpa yang betul2 kita faham.. so sesiapa yang tahu dan faham boleh tolong jelaskan pada kita ya.. 

Kita juga cuba google kesan jika termakan telur kembar ni, tapi tak jumpa juga.. yang banyak jumpa mitos akan lahirkan anak kembar.. erkk...!!! alhamdulilah la kalau kembar.. mesti comel..hekss!!

oklah, kalau dapat info tentang telur kembar ni kita kongsikan lagi ya.. sekarang ni tak sempat nak buat research.. kebizian sikit..hehe...okbaiiii

Friday 13 November 2015

5 jam ke Temerloh dari Kuala Lumpur!!


Assalamualaikum..

Itulah kesannya bila satu-satunya highway yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Pantai timur di timpa bencana. Kita terpaksa lalu jalan jauh untuk hadiri mesyuarat petang nanti di Temerloh, Pahang... laluan altenatif yang di gunakan adalah Kuala Lumpur - Seremban - Kuala Pilah - Karak - Temerloh. Kalau ikut lebuhraya LPT 1 ambil masa dalam 2 hingga 3 jam sahaja.. tapi bila guna jalan alternatif, masa perjalanan drag sehingga 5 jam... tambah 2 jam lagi boleh sampai Pasir Mas - jumpa mak ayah..hihi

Semalam kawan ada juga bagi cadangan guna jalan altenatif dari Kubu Bharu - Bukit Fraser - Karak.. tapi pagi ni cek info katanya jalan tersebut jem teruk. Ramai sangat yang guna jalan tersebut termasuk lori- lori balak. Sebab banyak lorilah jalan makin bertambah sesak...

Tak mengapalah guna jalan mana pun, yang penting selamat sampai dan selamat balik KL.

Malas nak fikir apa punca kejadian, macam mana penyelesaian, sebab Malaysia sudah mempunyai rakyat yang bijak pandai, yang mampu menganalisa dari pelbagai aspek, dari Menteri hingga ke Kuli..

Oklah, doakan kita selamat sampai KL ya petang nanti.. kbaiiiiii...