Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday 30 April 2014

SEMINGGU DI MASM KOTA BHARU!!

Assalamualaikum...

Minggu lepas terpaksa bertugas di Pameran Minggu Amanah Saham Malaysia 2014 (MASM) di Kota Bharu.. sepanjang minggu memang berkampung di Kota Bharu..aku terima tugasan tersebut dengan hati yang terbuka sebab sambil menyelam boleh tangkap udang galah sekali..akeke...

Pameran MASM di anjurkan oleh Permodalan Nasional Berhad.. memang meriah sangat2..ramai pengunjung.. tak sempat pula nak capture gambar... pelbagai aktiviti menarik yang ada kat sana..sesuai untuk semua golongan dan peringkat umur...

Kalau dah Minggu Amanah Saham itu, agenda utamanya tentulah berkenaan dengan pelaburan. Kepada sesiapa nak buat pinjaman loan untuk ASB, personal Loan, kad Kredit dll lain2 lagi memang sesuai sangat berkunjung ke pameran ini, sebab semua bank ada di sini dengan pelbagai tawaran yang menarik.. just kita kena rajin servey lah..dalam banyak bank yang ada nie..bank mana yang memberikan tawaran terbaik...

KAU DAH KENAPA??


Assalamualaikum... 

Kalau anda aktif bersama media sosial seperti facebook dan twitter mesti selalu jumpa dengan golongan yang suka update status..ataupun tweet berkenaan dengan perkara yang menampakkan bahawa dia lah yang paling hebat..paling bagus... paling alim..dan orang tu buat tak kena..orang ni tak patut lakukan itu... Allah bersama aku.. kau akan terima akibatnya nanti ... pedulikan apa orang nak kata, bukan susahkan orang pun....kalau sekali sekala keluarkan status begitu, boleh di terima..mungkin untuk kuatkan semangat diri sendiri... tapi bila hari-hari duk up-status sebegitu.. orang pun mula lah pelik.. KAU DAH KENAPA kan???

Friday 18 April 2014

SANGGUP BERHUTANG UNTUK BERGAYA??

Assalamualaikum...

Anak muda suka bergaya walaupun gaji bulanan cukup-cukup makan... orang tua geleng kepala... bukan diminta hantar wang ke kampung setiap bulan..tapi berharap agar si anak tidak lagi minta duit setiap hujung bulan... dah kerja pun, masih lagi meminta-minta dengan orang tua... tak malukah??

Orang muda bangga pandu kereta mewah...walaupun installmen bulanan dah habiskan setengah bulan gaji... mana nak bayar bil elektril, air,astro, sewa rumah dan internet... kira punya kira balance tinggal tak sampai 2 ratus ringgit untuk belanja makan dan minum selama sebulan... dalam duit yang tinggal tak sampai 200 itu boleh lagi shopping itu dan ini, barang2 tak pandang yang bertaburan di Masjid India..Petaling Street, yang berjenama juga yang dikejarnya.... akhirnya tak sampai hujung bulan dah mula cari kawan, cari adik beradik, cari mak ayah... nak pinjam duit!!!

Thursday 17 April 2014

YESS..YOU'RE BOSSY!!!

Assalamualaikum..

Rupanya ramai dalam dunia nie manusia yang pentingkan diri ... langsung tiada sikap bertimbang rasa dengan orang sekeliling.. memandang rendah pada orang... bercakap ikut sedap rasa... sanggup buat apa sahaja walaupun menjatuhkan maruah orang semata2 ingin melonjakkan namanya di aras teratas dan dipandang bagus dan terbaik pada pandangan orang atasan... choiiii sangat eh.....ramai yang bossy...sanggup kerahkan tenaga orang, suruh orang buat itu..buat ini.. the end of the day... dia yang dapat nama... dapat pujian...bangga tak payah nak cakap..hilang warna asal kulit itu....aisehhhh...dahlah berperangai seperti itu, boleh pulak buat muka tak bersalah..seolah2 apa yang beliau lakukan adalah betul dan patut di banggakan.. Yaa Allah!!



Wednesday 16 April 2014

TUDUNG BAWAL ALA FAREEDA JADI TREND!!!

Assalamualaikum...

2 hari lepas aku ada ternampak bekas housemate aku post gambar mereka menggayakan tudung bawal ala fareeda... hehe kelakar jugak x-housemate aku tu yaa..sempat belajar cara-cara nak buat tudung macam tu...

Segmen: Hasrul Hassan Perkenal Blogger Blogspot Baru


Assalamualaikum.....


Tetiba rasa nak terpanggil untuk menyertai segmen yang dianjurkan oleh En. Hasrul Hassan neh.... kita kan blogger baru..mestilah nak menyelit kat mana2 segmen yang dianjurkan..xboleh sombong2..nanti orang tak kenal blog kita yaa dak...hihihi

 http://www.hasrulhassan.com/2014/04/hasrul-hassan-perkenal-blogger-baru-blogspot.html

Berikan nama blog, url blog dan nama blogger anda.

Blog diberi nama Blog Naniey Jemiey.. iaitu nama panggilan kawan2 untuk kita dan suami, gabungkan sekali..nampak tak romantik di situ..hehe...?? URL blog : http://upsidesdown.blogspot.com  Nama blogger pun sama dengan nama blog NANIEY JEMIEY

Nyatakan umur anda, dan umur blog anda.

Umur pemilik blog neh baru 28... muda lagi kan??tapi kelakuan macam umur 18 tahun.....Secara jujurnya blog ni didaftar pada tahun 2007.. dah lama kan... tapi itu sekadar daftar sahaja..tak aktif  pun... aku mula aktifkannya pada hujung tahun 2013... so agak2 kira macam mana umur blog aku sebenarnya neh...??

Jika ada bilangan follower, nyatakan juga bilangan follower blog anda.

Dengan tak segan dan tak malunya saya umumkan follower Blog ini seramai 216 orang... haaa mengaku tak ramai pun..so silallah  follow untuk ramaikannya..dan dijamin anda akan di follow balik..hehe

Cerita serba ringkas mengenai apa yang anda ceritakan dalam blog. 

Blog Naniey berkisahkan tentang perjalanan kehidupan aku yang kadang-kadang tunggang terbalik (upsidesdown)...segala cerita suka..duka..sedih..gembira aku muatkan dalam blog neh... kadangkala kalau tak ada story nak diceritakan..aku akan kongsikan tips2 yang aku amalkan samada tips kesihatan, rumah tangga, perhubungan persahabatan, motivasi diri dan lain2.. 

Nak tahu lebih lanjut?? sila follow blog ni yaaa..hehehe

Tarikh tamat segmen ini pada 16 April 2014 (haaaa hari ni lah)

Monday 14 April 2014

Malaysia International Halal Showcase (MIHAS)

Assalamualaikum....

Minggu lepas aku berpeluang jejak kaki ke Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) yang diadakan di KLCC bermula 9-12 April 2014. Semasa menulis neh, showcase itu dah habis dah..hehe... sekarang baru berkesempatan untuk update di blog.. 

Friday 11 April 2014

PULAU PERHENTIAN LAGI

Assalamualaikum...

Akhir bulan 3 hari tu baru je balik dari bercuti di Pulau Perhentian bersama kawan-kawan lama, gambar yang diambil pun tak puas tengok lagi... pinggang yang sakit dek penangan speed boat pun xhilang lagi... kulit yang sun burn neh pun xkembali putih lagi... sekarang ni aku tengah sibuk arrange ke Pulau Perhentian lagi  tapi kali ni untuk office retreat.... haaa boring tak???


Pulau Perhentian oitttt..tunggulah bulan 5 nanti yaa.. 50 orang rombongan cik kiah + Pak cik Seman akan gegarkan tempat anda...!!!!

Perasaan aku?? 

Macam tak ada perasaan.. teruja memang tak lah sebab baru pergi sana kan... boring?? terasa jugaklah sikit2..sebab kat Pulau sana tak ada apa2.. tengok laut jelah.. tidak dinafikan kat sana memang cantik... tapi kalau duk hadap je laut memanjang, tak buat apa2 aktiviti..jadi boring jugak kan... 

Dah tu, bila pulang dari sana nanti..takkan nak buat entry pasal Perhentian lagi... orang pun muak nak baca..hahaha... 








Thursday 10 April 2014

'AWESOME GIVEAWAY BY KIERA RASHID

Assalamualaikum...

 http://dewqracintakita.blogspot.com/2014/03/awesome-giveaway-by-kiera-rashid.html

Rasanya belum terlambat lagi untuk turut serta dalam segmen GA nie.. harap2 penyertaan last minute ini di terimalah yaa... 

Tarikh tutup pada 10 April 2014


***********************************
REVIEW KHAS QUEENARA ACCESORIES
Anda peminat tegar aksesori. Dan sedang mencari aksesori yang sangat gojes tapi murah? Jangan risau, @Queenara Accesories adalah jawapannya. :D Dan yang paling best, ada free gift tu!! Mari cuci mata dan beli ^____^

KATA-KATA KITA ADALAH CERMINAN DIRI KITA


Assalamualaikum

Bercakap tentang aib orang seolah-olah kita bercakap dengan cermin... apa yang kita cakap itu merupakan cerminan diri sendiri... kalau asyik duk cakap orang tu suka mengumpat... habis diri tu tak mengumpat ke bila cakap kat orang yang orang tu suka mengumpat??? hmmmm ayat berbelit2 sedikit..mohon faham yaaa... 

Kenapa wujud manusia sebegini??... kesalahan atau kekurangan orang nampak..tapi tak sedar akan aib yang ada pada diri sendiri... tak adalah nak kata diri ini perfect sangat, tidak dinafikan perasaan tak puas hati, cemburu dan lain2 kepada orang lain tetap ada dalam diri kita.tapi biarlah perasaan itu disimpan sahaja dalam diri agar menjadi pembakar semangat untuk diri lebih bekerja keras dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat apa yang orang lain ada. 


Semalam ada seseorang hamba Allah ini telah menyebarkan cerita bahawa kami kerja di ofis ini tak buat kerja sangat pun.. asyik online facebook dan suka bagi arahan sahaja... hai kak..sedapnya mulut tu menyebar cerita,... dia datang ofis kita pun setahun sekali.. dan datang pula masa lunch ... tidak dinafikan pada masa lunch , manalah kami buat kerja... borak2 sambil makan jelah... tidak dinafikan juga kami online juga facebook...kami fikir tak salah sebab masa tu tengah lunch hour... tup2 bila balik ke ofisnya..terus sebar kepada staf lain yang kami duk ofis (HQ) asyik online FB... berapi tetiba je rasa...

Masalahnya sekarang, kalau dia sama sekali tidak ber"facebook" tidak mengapalah..ni aku tengok status dia kat FB dalam sehari 5 6 kali naik di wall... kat kotak chat pun sepanjang masa warna hijau... memang tak sedar diri kan... cakap orang tapi diri sendiri pun lebih kurang malah lagi teruk...!!!

Tak tau lah apa masalah dia yang sebenarnya...kalau rasa nak jadi macam kami,..jemputlah kerja di sini.. boleh arah-mengarah staf bawah... tak perlu kot nak sebar cerita buruk tentang kami.. 

Kami bertiga bukan jenis yang suka cari pasal..bila tahu hal buruk kami disebarkan.. kami diamkan je.. tak ada nak call tanya kenapa??mengapa??apa masalah?? walhal kami boleh buat macam tu sebab dia staf site.. jawatan kami berbeza... tapi tak apalah... dah rasa dia hebat sangat..teruskanlah.. kami malas nak melayan... paling kurang aku cerita dalam blog je..seperti yang dah buat neh..akekeke...


Wednesday 9 April 2014

AKU PENAT!!


Assalamualaikum...

Orang kalau lepas balik dari bercuti otak mesti segar je kan.. bersemangat untuk buat kerja, lebih cergas dan cerdas... tapi yang terjadi kepada aku adalah sebaliknya..hikshiks... 

Lepas balik dari Perhentian minggu lepas..badan terasa penat sangat... terasa malas sangat2 nak buat kerja... kerja rumah pun en. suami yang tolong bereskan.. kain pon dah start hantar dobi.. sebelum2 nie dobi kat rumah je.. aiyooo Naniey...dah kenapa neh?? nasib baik en.suami tak kisah... tapi bab makan memang aku akan masak..penat macam mana pun aku akan masuk dapur... sebab en.suami tak suka makan kat luar.. aku pun tak berapa selera sangat makan yang orang lain masak... tak yakin tahap kebersihannya.. 

Bila di tempat kerja pulak mata neh asyik mengantuk.. tak sampai jam 11 pagi..mata dah kuyu... mulut dah menguap2... badan terasa letih sangat... kepala kerap pening lepas mengadap PC lebih 2 3 jam... memang langsung tak bermotivasi di tempat kerja...

Aku ada cakap kat suami yang aku terasa lemah sangat lepas balik Perhentian tu... lepas tu dia cakap aku mungkin tak cukup rehat... yalah balik Perhentian hari ahad..isnin dah kerja sampai hari jumaat.. hari sabtu pula terpaksa travel ke Lipis atas urusan kerja..keluar rumah awal2 pagi.. sebelum subuh dah keluar rumah.. dah setel semua kerja..terus balik KL..sampai KL dah jam 10 malam... hujung minggu ni pun ada travel lagi... dalam hari biasa ni pun dua tiga kali juga kena bangun awal pagi sebab ada meeeting... memang tiada weekend untuk aku sampai hujung bulan ni... tapi aku ok je..sebab kerja kan.. dah tanggungjawab... tak baik mengeluh..tapi badan dah macam tak larat...sakit badan duk atas kereta lama2.. kdg2 pening dan mual..nasib baik tak muntah... hihi... 

En. suami pun bising juga setiap hujung minggu ada je kena travel.. tapi bila aku explain kat dia secara baik.. alhamdulilah dia faham... walaupun faham tapi air muka dia tetap tak puas hati... aku pun cakaplah kalau nak bagi dia puas hati..aku kena berhenti kerja..dan jadi rumah tangga sepenuh masa... dia diam je... hiiii..kekadang kena psiko macam tu.. baru dia diam...

tapi kalau di beri pilihan..aku rasa nak sangat berhenti kerja, aku taknak kerja dah... aku dah rasa penat sangat2 sekarang neh... tapi no choice.. siapa nak bayar PTPTN??siapa nak bayar CAR LOAN??..siapa nak bagi duit kat MAK AYAH??... 

Doakan aku terus bersemangat untuk bekerja ya rakan blogger semua...

Babaiiii... 

WW: UNMOTIVATED!!


Assalamualaikum...

Rabu yang sering membisu!!!


i'm feeling that right now... and for whole this month  possibly... UNMOTIVATED!!!

gambar ihsan En google


Tuesday 8 April 2014

Fast and Simple Giveaway!


Assalamualaikum...

 http://aliyahsyofia.blogspot.com/2014/04/fast-and-simple-giveaway.html

Klik SINI untuk join 

Sila ke page penganjur untuk keterangan yang lebih lanjut..

GA tamat pada : 14 April 2014



Monday 7 April 2014

TIP ELAK MENGANTUK DI TEMPAT KERJA

Assalamualaikum...
Aku yakin sindrom mengantuk di tempat kerja mesti di alami oleh kebanyakkan orang termasuk aku..akeke.... Ya Allah mengantuk sangat2.. sambil mengira peratusan pun boleh tersengguk2 neh.. nak kata tidur lambat semalam, tak adalah pulak..macam biasalah jam 11 - 12 pm masuk bilik... tapi ngantuk nie macam orang tidur 4 pagi...

Berikut adalah tips yang boleh diamalkan untuk menghilangkan rasa mengantuk di tempat kerja... aku baru google jap tadi... hehe


Hampiri kawasan bercahaya
suasana pejabat yang sejuk dan bercahaya redup sudah pasti menyebabkan anda mudah rasa mengantuk. jadi langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, misalnya, caahaya semula jadi ditepi tingkap. cahaya yang lebih terang di percayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. justeru, sekiranya rasa mengantuk, hampiri jendela atau pintu dan lintarkan padangan anda keluar seketika
Basuh muka
ia mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. namin ia mungkin kurang praktikal untuk pekerja wanita yang sudah siap bersolek. tetapi jika perlu anda tidak ada pilihan lain kerana ia adalah cara paling berkesan untuk kembali segar

Wangian aromaterapi
untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat, anda juga boleh menyimpan minyak wangi atau wangian aromaterapi di pejabat. tempatkan wangian tersebut di atas meja berhampiran meja kerja anda. pastinya, semangat kerja anda akan kembali pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat meransang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk. antara bauan yang sesuai ‘mint’ dan lemon

Dengar muzik
muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. jadi tidak salah jika anda bekerja sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tidak melekakan anda

Senaman ringan
senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai juga boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk. ini kerana gerakan-gerakan seumpama ini dapat menghambat saraf yang menyebabkan rasa mengantuk. di samping itu elakkan daripada duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama. sebaiknya, bangun dari kerusi empuk anda sekurang-kurangnya 30 minit sekali untuk berjalan seketika sebelum sambung kerja anda semula

Pandang pepohon hijau
sekiranya pejabat anda mempunyai taman indah, manfaatkanlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. keluarlah sebentar dari ruang kerja anda dan pandanglah pepohon hijau yang terdapat di dalam taman tersebut beberapa minit sebelum kembali semula untuk menyambung kerja. nescaya mata anda akan kembali segar.

Minum air masak
Rasa mengantuk adalah disebabkan oksigen kurang ke otak, walaupun hidung tidak berhenti henti bernafas. Justeru, apabila minum air, bendalir badan kembali seimbang. Ini akan mengurangkan rasa mengantuk.

Friday 4 April 2014

PULAU PERHENTIAN YAY or NAY!!!

Assalamualaikum...

Untuk pertama kali jejakkan kaki ke Pulau Perhentian memang agak mengujakan.. pemandangannya Ya Allah memang cantik dan indah ciptaanNya... keluasan laut yang terbentang, dengan airnya yang biru kehijauan..sumpah tak tipu..memang menenangkan... **nampak tak keterujaan aku dengan laut?? aku memang pencinta alam semulajadi... tambah lagi dengan laut..langit..dan juga kehijauan hutan.. mmg iols like  sgt uols... 

Aktiviti yang aku lakukan sepanjang 3 hari 2 Malam di Pulau Perhentian adalah seperti mandi laut.. snorkling..lepak tepi pantai sehingga lewat malam... tidur..tengok mat dan minah saleh berjemur..sambil2 cuci mata bab kata suami aku.. hamboiii bang.!!

BILIK/CHALET
Kami memilih untuk menginap di chalet murah je..RM260 untuk 3 hari 2 Malam... tanpa aircond.. tapi betul2 menghadap laut yang terbentang luas.... untuk chalet ni aku bagi 3/10... sebab pemilik chalet ni "terlampau peramah"
* tips aku - sila pilih bilik yang mempuyai aircond yaa...siang hari agak panas.. bilik tanpa aircond agak bahang... tak boleh nak stay dalam bilik kalau siang hari... 

Ini chalet yang kami pilih untuk bertapa selama 3 hari 2 Malam
Cerita tentang pemilik chalet di SINI

AKTIVITI/SNORKLING
Kami ambil pakej snorkling yang biasa sahaja iaitu 3 jam untuk 3 point snorkling iaitu shark point, coral dan fish point dan juga turtle point... tahap keterujaannya?? 5/10sebab aku tak nampak pun baby shark.. coral pun tak berapa cantik sebab air sedikit keruh... ikan2 memang cantik lah... di turtle point pula..aku cuma jumpa sekor penyu yang agak besar tapi duk di dasar laut.. nampak tak nampak je.. dah satu lagi ternampak anak penyu yang sedang berenang, lari dari manusia yang jakun nak tengok penyu macam aku neh..kehkeh. kelakar bila tengok pelancong asing duk menyelam sambil kejar penyu..haishhh bising semacam mulut dia..
Ok pakej ini berharga RM40.00 per person... 
* tips aku - bagi yang tenaga tak banyak macam aku, jangan ambil long pakej.. takut anda tak larat je..long pakej ada 5 point... aku ambil pakej yang 3 point pon dah lembik..hehe... rugi je kan bayar untuk 5 point tapi bila sampai point ke-4 dah xnak turun dari bot sebab penat dan tak larat... 

aktiviti snorkling

MAKANAN/MINUMAN/SNEK/BARANG RUNCIT
Mohon percaya yaa kepada semua pembaca, sepanjang berada di sana hanya sekali sahaja kami makan di restauran di sana..iaitu makan tengahari semasa hari pertama tiba di sana.. sebabnya?? makanan kat sana mahal sangat..berganda2 dari daratan sini..huwaa..huwaa.. bukan tak mampu tapi berjimat..kot bajet lari.. di pulau sana mana ada mesin ATM... nasib baik kami bawa bekal seperti roti, sardin,biskut,megi air mineral dan jajan yang mencukupi. Pada hari kedua, kami tapau makanan tengahari di perkampungan nelayan.. di sana murah sikit.. selepas pergi snorkling, kami mitak abang bot bawak kami ke sana... sila buat baik dengan abang bot yaa... ramah tamah sikit.. jangan sombong sangat.. baru di layan kehendak kita..hehe
*tips aku - Sila bawa keperluan asas dan juga makanan ringan seperti roti, biskut dan air mineral yang mencukupi sebab barang runcit di sana tiga kali ganda mahal dengan harga di sini... 
aktiviti makan

aktiviti melepak

KEMUDAHAN AWAM/FASILITIS..
Janganlah impikan sebuah pulau punyai kemudahan seperti di bandar yaa... di sana ialah pulau semata-mata yang dikelilingi dengan lautan yang cantik. Sebelum ke sana, aku ingat Pulau Perhentian sama dengan Langkawi ataupun Pangkor yang mana ada bas..kereta..teksi..ATM.. jalan raya dan lain2.. rupanya semua tu tak ada.. yang ada cuma bot-bot yang berulang alik angkut penumpang tempatan dan juga pengunjung luar. Pengakutan utama di sana ialah bot..yang dikenali sebagai TEKSI bagi orang sana.. nak kemana2 kena naik teksi..harga tambang cecah puluh ringgit setiap seorang untuk sehala... matikkk!!!
*tips aku: bawalah apa2 bacaan supaya masa anda tidak terbuang begitu sahaja, takkan nak snorkling 24 jam ya dok??... syok juga baca buku sambil mengadap laut yang kebiruan sambil di tiup angin sepoi2 bahasa. Paling kurang pun pastikan telefon anda diaktifkan dengan internet.. xdelah melangut je korang kat tepi bilik nak tunggu hari malam... 


Last sekali, bagi yang pergi ke sana bersama suami, jangan biarkan suami anda keluar chalet berseorangan ataupun bersama2 dengan kawan sama lelaki.. pastikan anda ikut ke mana sahaja suami pergi sebab??? fikir sendirilah yaa..minah saleh selamba je berjalan ke hulu ke hilir pakai baju n seluar kecik... aku pulak yang naik segan...!!!hehehe...


BAJET PERCUTIAN KAMI UNTUK 2 ORANG

Chalet (3 hari 2 Malam)                 -   RM 260.00
Bot Transfer (return)  x 2               -   RM140 .00
Tiket Taman Marin    x 2                -   RM  10.00
Snorkling                   x 2                -   RM  80.00
Makan                      x  2                -   RM150.00
Minyak Kereta + tol                        -   RM250.00
Parking di Jeti            x 2                 -   RM  20.00
Cenderahati                                     -   RM  20.00
Jumlah                                              RM 930.00


PERCUTIAN KE PULAU PERHENTIAN YAY OR NAY??
ANDA TENTUKAN!!!hiii


FOR MORE PICTURE AT PERHENTIAN ISLAND CLICK HERE!!!














Thursday 3 April 2014

Giveaway Simple-Simple by Shad


Greetings and Assalamualaikum to all.
Jemput Join ya.



Klik Banner untuk Join

Senarai Hadiah

R Series Luxury Set from Cosway x2
Novel Pilihan Sendiri x5
R Series Hand & Body Lotion x3
Bawal Plain + Cute Brooch x3
Top-up RM5 x5

Due Date : 21 April 2014

KETAGIH AYAM PENYET!!!

Assalamualaikum...

Hari ni nak buat entry tentang makanan yang menjadi ketagihan aku kini.. ceh ketagih tu...

Ayam Penyet!!! sebut je namanya dah terbayang2 kerangupan ayam yang berisi lembut serta sambal yang pedas.. memang menjadi feveret aku skg neh... sekarang nie boleh dikatakan tiap2 bulan, malah sebulan tu berkali2  aku akan ke restoren ayam penyet dan lokasi yang paling hampir dengan aku adalah Dapur Penyet di Maju Junction. Semalam pun aku dan kawan seofis terjah Dapur Penyet di Maju Junction... makan xhengat dunia.... 

Ini Ayam Penyet dari Dapur Penyet, di Maju Junction. 

Ayam penyet adalah makanan dari Indonesia yang terdiri daripada ayam yang di penyet supaya isinya jadi lembut, sambal, timun batang, taufu dan tempe goreng. Ayam penyet juga terkenal di sebabkan oleh sambalnya yang pedas yang dihasilkan melalui campuran cili, ikan bilis, tomato, bawang, bawang putih, belacan, asam dan jus lime..

Terdapat pelbagai jenis ayam penyet yang ada di Malaysia nie.. antaranya ialah

a) Ayam penyet Api
b) Ayam penyet AP
c) Ayam penyet Wong Solo
d) Dapur Penyet
e) Ayam penyet ria..

Aku dah pernah cuba Ayam Penyet Api, Ayam penyet Ap.. dan ayam penyet Wang Solo... tapi yang paling best dan terangkat jari adalah Dapur Penyet.. best sangat..makan hingga kenyanglah... 

ENTRY BERGAMBAR : BEAUTIFUL SCENERY AT PERHENTIAN ISLAND

Assalamualaikum...

Sebelum nie asyik view gambar keindahan Pulau Perhantian di dalam internet je.. tapi sekarang nie aku dah berpeluang untuk capture sendiri scenery di sana.. tapi tak adalah mahir sangat.. biasa2 jelah.. ikut suka hati je nak capture macam mana... angel tak betul aku tak peduli dah... 

Sampai rumah..transfer dalam laptop.. ada masa free aku edit guna software picasa.. hasilnya..haaa kat bawah nie.. selamat cuci mata yaa...  

KLIK SINI dulu untuk tahu lebih lanjut tentang percutian ini...




























Take note : On May this year i will be there again for office retreat!!!...and it was my responsibility to arrange everything.... ahhh pening2.... !!!!