Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label bercuti di pulau perhentian. Show all posts
Showing posts with label bercuti di pulau perhentian. Show all posts

Friday, 4 April 2014

PULAU PERHENTIAN YAY or NAY!!!

Assalamualaikum...

Untuk pertama kali jejakkan kaki ke Pulau Perhentian memang agak mengujakan.. pemandangannya Ya Allah memang cantik dan indah ciptaanNya... keluasan laut yang terbentang, dengan airnya yang biru kehijauan..sumpah tak tipu..memang menenangkan... **nampak tak keterujaan aku dengan laut?? aku memang pencinta alam semulajadi... tambah lagi dengan laut..langit..dan juga kehijauan hutan.. mmg iols like  sgt uols... 

Aktiviti yang aku lakukan sepanjang 3 hari 2 Malam di Pulau Perhentian adalah seperti mandi laut.. snorkling..lepak tepi pantai sehingga lewat malam... tidur..tengok mat dan minah saleh berjemur..sambil2 cuci mata bab kata suami aku.. hamboiii bang.!!

BILIK/CHALET
Kami memilih untuk menginap di chalet murah je..RM260 untuk 3 hari 2 Malam... tanpa aircond.. tapi betul2 menghadap laut yang terbentang luas.... untuk chalet ni aku bagi 3/10... sebab pemilik chalet ni "terlampau peramah"
* tips aku - sila pilih bilik yang mempuyai aircond yaa...siang hari agak panas.. bilik tanpa aircond agak bahang... tak boleh nak stay dalam bilik kalau siang hari... 

Ini chalet yang kami pilih untuk bertapa selama 3 hari 2 Malam
Cerita tentang pemilik chalet di SINI

AKTIVITI/SNORKLING
Kami ambil pakej snorkling yang biasa sahaja iaitu 3 jam untuk 3 point snorkling iaitu shark point, coral dan fish point dan juga turtle point... tahap keterujaannya?? 5/10sebab aku tak nampak pun baby shark.. coral pun tak berapa cantik sebab air sedikit keruh... ikan2 memang cantik lah... di turtle point pula..aku cuma jumpa sekor penyu yang agak besar tapi duk di dasar laut.. nampak tak nampak je.. dah satu lagi ternampak anak penyu yang sedang berenang, lari dari manusia yang jakun nak tengok penyu macam aku neh..kehkeh. kelakar bila tengok pelancong asing duk menyelam sambil kejar penyu..haishhh bising semacam mulut dia..
Ok pakej ini berharga RM40.00 per person... 
* tips aku - bagi yang tenaga tak banyak macam aku, jangan ambil long pakej.. takut anda tak larat je..long pakej ada 5 point... aku ambil pakej yang 3 point pon dah lembik..hehe... rugi je kan bayar untuk 5 point tapi bila sampai point ke-4 dah xnak turun dari bot sebab penat dan tak larat... 

aktiviti snorkling

MAKANAN/MINUMAN/SNEK/BARANG RUNCIT
Mohon percaya yaa kepada semua pembaca, sepanjang berada di sana hanya sekali sahaja kami makan di restauran di sana..iaitu makan tengahari semasa hari pertama tiba di sana.. sebabnya?? makanan kat sana mahal sangat..berganda2 dari daratan sini..huwaa..huwaa.. bukan tak mampu tapi berjimat..kot bajet lari.. di pulau sana mana ada mesin ATM... nasib baik kami bawa bekal seperti roti, sardin,biskut,megi air mineral dan jajan yang mencukupi. Pada hari kedua, kami tapau makanan tengahari di perkampungan nelayan.. di sana murah sikit.. selepas pergi snorkling, kami mitak abang bot bawak kami ke sana... sila buat baik dengan abang bot yaa... ramah tamah sikit.. jangan sombong sangat.. baru di layan kehendak kita..hehe
*tips aku - Sila bawa keperluan asas dan juga makanan ringan seperti roti, biskut dan air mineral yang mencukupi sebab barang runcit di sana tiga kali ganda mahal dengan harga di sini... 
aktiviti makan

aktiviti melepak

KEMUDAHAN AWAM/FASILITIS..
Janganlah impikan sebuah pulau punyai kemudahan seperti di bandar yaa... di sana ialah pulau semata-mata yang dikelilingi dengan lautan yang cantik. Sebelum ke sana, aku ingat Pulau Perhentian sama dengan Langkawi ataupun Pangkor yang mana ada bas..kereta..teksi..ATM.. jalan raya dan lain2.. rupanya semua tu tak ada.. yang ada cuma bot-bot yang berulang alik angkut penumpang tempatan dan juga pengunjung luar. Pengakutan utama di sana ialah bot..yang dikenali sebagai TEKSI bagi orang sana.. nak kemana2 kena naik teksi..harga tambang cecah puluh ringgit setiap seorang untuk sehala... matikkk!!!
*tips aku: bawalah apa2 bacaan supaya masa anda tidak terbuang begitu sahaja, takkan nak snorkling 24 jam ya dok??... syok juga baca buku sambil mengadap laut yang kebiruan sambil di tiup angin sepoi2 bahasa. Paling kurang pun pastikan telefon anda diaktifkan dengan internet.. xdelah melangut je korang kat tepi bilik nak tunggu hari malam... 


Last sekali, bagi yang pergi ke sana bersama suami, jangan biarkan suami anda keluar chalet berseorangan ataupun bersama2 dengan kawan sama lelaki.. pastikan anda ikut ke mana sahaja suami pergi sebab??? fikir sendirilah yaa..minah saleh selamba je berjalan ke hulu ke hilir pakai baju n seluar kecik... aku pulak yang naik segan...!!!hehehe...


BAJET PERCUTIAN KAMI UNTUK 2 ORANG

Chalet (3 hari 2 Malam)                 -   RM 260.00
Bot Transfer (return)  x 2               -   RM140 .00
Tiket Taman Marin    x 2                -   RM  10.00
Snorkling                   x 2                -   RM  80.00
Makan                      x  2                -   RM150.00
Minyak Kereta + tol                        -   RM250.00
Parking di Jeti            x 2                 -   RM  20.00
Cenderahati                                     -   RM  20.00
Jumlah                                              RM 930.00


PERCUTIAN KE PULAU PERHENTIAN YAY OR NAY??
ANDA TENTUKAN!!!hiii


FOR MORE PICTURE AT PERHENTIAN ISLAND CLICK HERE!!!














Tuesday, 1 April 2014

PEMILIK CHALET DI PULAU PERHENTIAN "TERLAMPAU PERAMAH"

Assalamualaikum...

Percutian di Pulau Perhentian bersama kawan-kawan pada hujung minggu lepas berjalan dengan lancar seperti yang telah di rancang. Kebiruan air laut di sana memang menenangkan pemikiran yang kusut.. jejak je kat sana, terus kosongkan otak..tak mau fikir apa-apa..aku just nak fokus pada percutian nie je... alhamdulilah sepanjang berada di sana tiada sebarang panggilan telefon dari mana2 pihak yang boleh menganggu emosi aku pada waktu dan ketika itu.. akeke

Tapi mood bercuti sedikit terganggu dengan sikap pemilik chalet yang "terlampau peramah".

Ceritanya macam nie..

Aku booking chalet melalui booking.com pada bulan 1/2014 sebanyak 4 buah bilik.. melalui booking .com ni mudah sikit sebab kita cuma perlu booking je..then bila dah sampai sana baru bayar. kos pembatalan adalah RM0 sehingga 3 hari sebelum tarikh sebenar kita berangkat bercuti, sekiranya melebihi 3 hari yang ditetapkan, kita terpaksa bayar separuh dari harga asal bilik itu.

Nak jadikan cerita ada kawan aku tu tiba2 dia tak dapat join percutian ni sebab ada hal yang tidak dapat dielakkan.. aku tengok tarikh masih ada 4 hari lagi sebelum tarikh percutian kami.. so tempoh masa untuk batalkan bilik ada lagi..dan aku tak perlu bayar apa2 atas pembatalan tu, aku pon tekan link cancel untuk 1 bilik.. alhamdulilah...

Bila tiba hari yang dinantikan, kami pon berangkat ke Pulau Perhentian..


Sesampai di chalet  ingatkan di sambut dengan fresh oren.. tapi terus di asak dengan soalan "kenapa cancel bilik last minute".. "bila lagi cancel ini, hari ni ke??".." kenapa tak bagitau pihak chalet direct??".. hamboi kak..laju nye mulut tu sembur kat orang... aku pon keluarkan notis pengesahan tempahan yang booking.com hantar melalui email.. nasib baik aku print.. aku tunjuk kat dia.. tarikh pembatalan 1 bilik dibuat pada 24hb Mac.. ada 4 hari sebelum tarikh sebenar iaitu pada 28 Mac.. so aku tak dikenakan charged kos pembatalan lah.. dah tengok bukti aku tunjuk tu..dia pon kata oklah..takpelah..tunggu kejap bilik tengah kemas sebab pengunjung baru check out... tapi dalam pada tu, mulutnya tak habis2 membebel..kenapa tak bagitau direct pada pihak chalet la..rugi lah dia sebab tadi orang ada tanya bilik tapi dia dah kata full...

Dalam hati aku geram je nak bagi sebijik.. ada aku kisah ke rugi ke tak.. aku batal bilik mengikut syarat booking.com.. kalau kau tak tahu aku cancel bilik awal..itu masalah pihak kau dengan pihak booking.com lah.. dah kau tak update dengan booking.com tu kenapa.. ehh nak salahkan orang pulakkan... dalam hati jelah..aku nie jenis malas nak panjang2 cerita...

Aku ingat hal ini dah selesai sampai situ je..rupa2nya ada lagi.. bila kawan2 aku pergi beli barang di kedai runcitnya yang mahal macam duduk di angkasa tu... dia asyik duk tanya kenapa cancel bilik last minute..hari ini datang..hari ni jugak nak cancel 1 bilik... bla..bla...bla..dia membebel kat kawan aku.. tapi bila aku sendiri ke kedainya..tak ada nye pulak nak tanya apa2..

Lagi kelakar bila dia tanya kawan aku yang lagi sorang tu... dari mana kawan aku tu kenal kami2 semua nie..macam mana blh kenal..kami dari mana.. dah tu keluar lagi pasal cancel bilik last minute tu.. kawan aku tu diam je..malas nak meleser balik... haiii mak cik neh... sabar jelah... ok..pemilik nie bukan mak cik sangat pon..umur lingkungan 35-38 tahun jer.. tapi mulutnya macam orang tua.. hehe..opppssss.. jahat naniey!!

Apabila mak cik neh asyik duk ungkit pasal bilik neh kepada semua kawan2 aku.. aku dah mula rasa fed up.. tak mustahilah dia akan jaja isu neh kepada semua staf dia dan maybe kepada pengunjung lain juga... aku malas nak mention nama Chalet apa di sini sebab tak mau burukkan nama tempat tu.. mungkin sedikit sebanyak akan menjejaskan periuk nasik dia... sebab aku yakin, kebanyakkan orang akan cari maklumat  tempat tinggal/ chalet yang mereka akan duduki terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tempahan .. bila ada orang jumpa apa yang aku tulis neh..tak pasal2 chalet tu dapat imej buruk kan.. hihihi....

Lagi satu, pemilik chalet ini agak susah untuk membuat rundingan harga.. tak payah lah nak tawar menawar dengan dia..buat kering air liur je... akeke.. bila hari last sebelum berangkat pulang tu, aku suruh kawan aku je yang pergi bayar semua bil..aku rasa malas sangat nak pergi mengadap orang macam tu... dan aku memang tak kan rekomen kawan2 atau sesiapa sahaja untuk tinggal di Chalet ini sekiranya datang bercuti ke Pulau Perhentian



Mak cik harus ingat.. customer always right.. walaupun anda di pihak betul.. anda harus akui bahawa pelanggan sentiasa berada di pihak yang betul sebab pelanggan yang keluarkan duit..bukan duduk menumpang free... dalam kes aku neh..aku tak rasa aku yang salah..sebab aku memang cancel bilik awal, menepati syarat yang diberikan oleh booking.com..

Sori yaaa mak cik.. Chalet mak cik ni bad service.. saya bagi markah 3/10.. sekian terima kasih...