Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday 30 November 2013

PERKEMBANGAN REBONDING RAMBUT!!!

Assalamualaikum....

Ramai yang cakap kalau buat rebonding, rambut akan cepat rosak.. membazir sebab tak tahan lama.. acatually ianya bergantung jugak kepada salon mana yang anda pilih untuk buat rebonding rambut anda. Jika salon tersebut menggunakan ubat yang bagus dan berkualiti, rambut anda akan lurus sehinggalah rambut baru anda tumbuh.. maknanya selagi anda xpotong rambut selepas rebonding..memang kesan rebonding akan ada..xkan hilang seperti yang didakwa..

selain itu juga, penjagaan yang betul amat penting bagi mengekalkan hasil rebonding pada rambut.. contohnya tidak membasuh rambut selama 3 atau 4 hari setelah membuat rebonding.. katanya supaya ubat yang digunakan, betul2 meresap ke akar rambut.. kalau basuh rambut jugak.. ubat xsempat meresap dan kesan rebonding akan cepat hilang...

Kenapa tetiba aku bercerita pasal rebonding rambut neh kan... ???

Friday 29 November 2013

WAS-WAS DATANG LAGIIII!!!!!!

Pemikiran bawah sedar (sering kali dipanggil bawah sedar) dalam psikologi (terutamanya psychoanalysis) merujuk kepada kesemua proses fikiran yang di luar kesedaran. Fenomena ini termasuk perasaan luar sedar (sering kali ditekan), kemahiran luar sedar atau automatik, persepsi tidak diakui, pemikiran luar sedar, tingkah-laku luar sedar dan tindak balas luar sedar, kompleks, fobia dan keinginan tersembunyi. 
Maklumat ihsan dari Miss. Wikipedia... 

KESAN PERKAHWINAN BAWAH UMUR

Pagi ini di dada2 akhabar kecoh berkenaan kes penceraian pengantin yang berkahwin pada usia muda dan boleh dikategorikan sebagai bawah umur. Pengantin perempuan baru sahaja 13 tahun dan lelaki berusia 18 tahun ketika dikahwinkan pada penghujung tahun lepas. Punca sebenar penceraian aku xpastilah tapi mengikut laporan akhbar sebab si isteri berkelakuan bukan seperti seorang isteri.. tak masak.. sering keluar rumah..dan tidak menghormati ibu bapa lelaki..

Ermmmmmmmmm di usia 13 tahun apa yang anda expect kan.. xboleh nak salahkan isteri lah.. dah memang usia begitu, pelbagai benda baru hendak diterokaikan dan dia pon belum faham sepenuhnya lagi tanggungjawab seorang isteri yang sebenar…  

Thursday 28 November 2013

Yang Pertama bagiku..eheks ^_~


Assalamualaikum...

Boring sangat2 kat ofis hari nie..kerja banyak tapi macam tak ada mood nak laksanakannya..takpe lah esok sambung buat eh... dah boring tu timbul lah idea nak join buat pengakuan macam nie.. hihi

Inilah kisah pertama saya!!!!!!!

1) Sekolah Pertama                   
# Sekolah Kebangsaan Othman Talib 2, Pasir Mas
#Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong, Pasir Mas

2) Kali pertama pandai membaca
#  Darjah 2 (agak slow sebab aku xsekolah tadika,hiiiiiiiii)

Wednesday 27 November 2013

FACEBOOK !!!! Deactivated for temporary.. !!!


Assalamualaikum...

Dah hampir dua bulan kot aku deactivated facebook.. mesti ada yang fikir aku dah block or unfriends diorang kan..yalah tetiba je facebook aku hilang dari friendlist dorang.. ada kawan2 aku siap mesej ..wassup n call lagi tanya mana hilang Fb aku..kekenapa aku block dia..ala ciannya…hehhehe… sabaq ya kawan2.. saya xmacam tu.. saya xsuka unfriends orang sesuka hati..tambah2 lagi kalau kawan yang memang selalu bertegur sapa dan bergurau senda kan… akaun facebook aku akan aktif balik bila tiba masanya… hiii..macam bagus je kau neh kan… !!!
Soalan kawan2 saya jawab ya…


Monday 25 November 2013

TIPS JAUHI SIFAT CEMBURU






Tipulah kan kalau anda cakap yang anda semua bebas dari perasaan cemburukan... aku pon ada sifat cemburu jugak..manusia biasalah... 


TIPS TENANGKAN HATI- by Dato' Fadzilah Kamsah


1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki,orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

Saturday 23 November 2013

SHANE FILAN Bankrap - Kenapa Aku Baru Tahu??

Assalamualaikum...

Dah lama tak ikuti perkembangan band favorite aku masa zaman sekolah dulu2 neh...  WESTLIFE!!! memang menjadi kegilaan remaja2 sekitar 1999- 2010... aku pon sama..memang minat sangat masa tu... tapi bila dah belajar kat U.. minat tu dah berkurang sikit.. last aku ikuti perkembangan mereka ketika album Turnaround... lepas tu aku langsung x ikuti dah.. sekarang mereka pon  dah buat haluan masing2... 



Tapi anugerah Shout Award minggu lepas telah menarik minat untuk aku jejak perkembangan bekas penyanyi utama kumpulan westlife ini yang telah menjadi tetamu jemputan khas di anugerah Shout Award iaitu Shane Filan...

Friday 22 November 2013

AKU BENCI...!!!

Wah-wah tajuk entry melampaunya... tak baik tau benci2.. Tuhan marah..

Entry macam budak2 sekolah pon ada jugak neh,...hoiii naniey..sedar sikit..umor tu dah banyak dah.. tayah gedik nak buat entry macam budak2 baru lepas PMR..

eleh tayah nak tipu lah kan... semua orang akan ada sifat benci kan... xkiralah benci tu pada apa dan pada siapa kan...hiiiiii.....

aku benci pada;

Macam Baru Je..macam lama je... !!!

Sehingga kini ada lebih kurang 180 above entry sejak tahun 2010.. haaaa???? maknanya dah hampir 3 tahun lah eh bergiat dalam bidang blogging?? tapi kenapa followers dan page views kurang sangat.. hazab je nengok kan....

Aku Mula daftar akaun dari tahun 2010 lagi… masalah utama untuk aktif ialah masa yang terhad dan kekangan untuk mengekses internet… dan yang paling penting adalah asyik lupa password.. haa bole g2?? Bila dah lupa password tu.. aku abaikan je blog neh.. hilang mood terus.. then dah lama aku biarkan blog aku neh… kadang2 aku xsedar pon akan kewujudannya.. akekeke!!

Thursday 21 November 2013

APABILA ORANG KELANTAN CUBA CAKAP KL..!!!

Assalamualikum
Salah satu sebab kenapa orang  luar tak suka Kelantan sebab orang Kelantan susah nak tinggal bahasa ibunda mereka bila datang tempat korang kan… dah r datang tempat orang.. xhabis2 sleng budu dia tuh kan.. cubalah jadi  macam negeri lain..hilang terus dielek negeri masing2 bila datang KL… kan??
Meh aku sini nak bagitau sikit…

Tak semua orang Kelantan boleh bertutur dalam bahasa baku dengan betul.. dah try cakap KL tapi still xboleh..still keluar Kelantan jugak..

CTH: kawan aku masa belajar di U hari tu… memang kesian sangat kat dia… nak buat presentation pon susah.. berpeluh2 nak habiskan turn dia… last2 tukar dengan orang lain.. sebab dia langsung tak boleh cakap KL.. ibarat kita orang melayu..nak cakap bahasa cina..hah boleh??

Wednesday 20 November 2013

ORANG ASLI


Assalamualaikum

Bila sebut je orang asli pasti akan terbayang sekumpulan manusia yang tinggal di dalam hutan yang jauh di pedalaman, tinggal di atas rumah yang di bina menggunakan buluh dan nipah sebagai tempat perteduhan dari hujan dan panas. Kehidupannya lebih tradisional dan jauh ketinggalan dari arus pemodenan dunia.
Keadaan fizikal tak perlu di ulas la ya..boleh gambarkan sendiri kot..
Dah aku neh kenapa pulak tetiba cerita pasal orang asli neh kan…??


Sebenarnya kan dari dulu lagi aku teringin nak masuk perkampungan orang Asli.. nak stay dalam hutan sana..kononnya nak mendalami kehidupan masyarakat pribumi tu… hehe

Aku kerap juga naik Cameron Highlands untuk meeting  dan event. Nak naik ke Cameron tu kan kena lalu perkampungan orang Asli. Dengan kepala pening2 lalat..tekak mual2.. perut yang beralun..tunggu masa je nak keluarkan isi.. maklumlah jalan nak naik atas sana berliku2 macam ular kena palu… silap2 hari bulan muntah hijau sebelum sampai puncak..akekeke…. dah sampai perkampungan orang Asli tu..mata aku yang kuyu sebab tahan pening terus terbuka luas..mata fokus pada rumah-rumah orang asli yang berderet.. tambah teruja bila tengok anak-anak orang asli yang tidak berbaju dan tidak beralas kaki… macam jakun seketika… haha..


nampak tak keterujaan aku kat situ??...

Memang teringin sangat nak stay kat sana..nak tengok cara hidup mereka macam mana??? 

Aku pon asal dari kg..so xpelik sangatlah kalau masuk2 hutan neh..tidur dengan nyamuk diiringi dengan bunyi unggas..rasanya bukan masalah kot...hiiiiiii

Tapi yang musykil sikit part nak mandi dan buang apa yang patut di buang..  kalau nak buat semua benda tu aku balik rumah sendiri dulu..then baru pergi tidur sana balik..fuhh!!!

Tetapi Orang Asli sekarang dah maju sedikit. Banyak peruntukkan yang diberikan oleh Kerajaan untuk memajukan perkampungan orang Asli. 

Setiap rumah orang asli ada piring ASTRO tu yang penting tapi tengok tempatlah..xsemua..….

Ada tak orang nak ikut aku buat kerja gila yang xberapa nak gila neh??





Tuesday 19 November 2013

Mana ada orang senyum bila di kutuk!!!

Assalamualaikum....


tadi baru perasan yang ada anoy respon kat entry aku yang tulis pasal negeri kelahiran aku...

haiyoooo...kalau kena kutuk..kena hentam baik di media cetak or media elektronik mana boleh tersenyum lagi kan, yang baik xpernah nak up pulak kan.... tapi xpelah..pandangan masing2 kan... tapi xbaiklah cakap cam tu.. semua negeri dalam Malaysia kot..ada lebih dan kurang kan...

Asalkan tak ganggu periuk nasik kita dah lah eh..


HARGAI ISTERI ANDA!!!


Pastinya setiap wanita yang bergelar isteri ingin dirinya dihargai oleh suami yang menjadi belahan hati. Namun adakah pihak suami tahu cara untuk menghargai isteri mereka.

Tidak mustahil ada yang masih tidak tahu bagaimana mahu melakukannya atau mungkin jua menganggap penghargaan untuk isteri itu hanya melalui hadiah yang mahal.  Sebagai panduan MW menurunkan tip cara menghargai isteri anda. Semoga panduan ini mampu menambah kebahagiaan rumah tangga.

Memberikan panggilan yang baik dan disukainya
Suami yang menyayangi dan mencintai isterinya, tentu tidak ragu untuk mengungkapkan rasa sayangnya. Memanggil isteri dengan panggilan manja, sayang, atau apa saja panggilan yang disukai isteri adalah contoh kasih sayang yang boleh ditunjukkan suami.

BUNYI GULI

Tinggg....krekkkkkkk.......tinggggggg krekkkkkkkk..............!!!

bunyi guli jatuh belakang TV... tengok housemate kat sebelah..housemate pon tengok aku balik... senyum je!! anak jiran sebelah main guli lah tu... tengok jam pukul 10.30 malam... malam tu tengok cerita "aku bukan malaikat" di TV 3... tapi xberapa nak fokus sebab ada muzik latar... *guli jatuh dan bergolek tak henti2* tingg krekkkk...tingggggggg krekkkkk...tinggg krekkkkk..lebih kurang gitu lah bunyinya... ini 1st time aku dengar.. sebab jarang balik rumah sewa...datang ni pon sebab, En. Somi ada aktiviti di Gunung Nuang hari tu...so xmau stay sorang2 kat rumah di Sepang.. pergilah rumah sewa..ada housemate..xlah boring sgt... housemate aku cakap dia dah banyak kali dengar..siang2 pon ada..tapi dia buat bodooo jer... 

then xsempat habis tengok cerekarama, aku dah masuk bilik.. malas nak melayan anak jiran main guli... nak tgk tv pon xsenang..kehkeh..~~~

Sampai sekarang, tiap kali balik rumah sewa tu.. asal nak tengok TV je, mesti bunyi guli bergolek... dari pagi sampai ke tengah malam.. adehhh anak jiran sebelah rumah neh dah xde mainan lain ke..asyik lantun2 guli je...!!!

cari2 info dalam internet.. ramai yang cakap rumah yang ada bunyi camtu ada  "benda". choiiiiiii...

 kenapa sekarang baru ada... dah hampir 3 tahun housemate aku menyewa rumah tu.. kenapa sebulan dua  ni baru bunyi guli2 semua tu..

rumah jiran sebelah memang ada anak.. tapi tempat yang selalu bunyi guli melantun dan bergolek tu, jiran sebelah letak perabot.. haiyaaa...

sekarang ni reda je... buat2 tak tahu je kalau ada bunyi lagi.. siap boleh cakap lagi..haiii anak jiran neh..xpenat ke asyik main guli je.. main lah PS2 pulak ke... candy crush ke..angry bird ke... ni main guli je... haha..tu kalau bunyi sebelah siang beranilah cakap macam tu..lau malam2 buta sah2 aku x keluar blik.. nasib baik jarang2 je aku balik rumah sewa tu..so xdelah terasa sangat kan..hiiiiiiiiiiiiii~~~~~~~~~

notakakitangan: jangan pergi serang rumah kat Sepang sudaa.... .suami selalu outstation.. duk sorang2 maunya sewel kepala aku..!!!



Monday 18 November 2013

Nomad - Tetap Menantimu (Separuh Akhir Muzik-Muzik 28)



Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagia ku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku
Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir

Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Dari semua hidupmu yang ku mimpikan
Kan ku hapus semua menjadi indah
Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu
Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu

Tuesday 12 November 2013

PANTAI CAHAYA BULAN!!!


Assalamualaikum...

Ini pulak kisah masa balik kg kat Pasir mas minggu lepas.... dengan cuti yang xseberapa banyak tu..sempatlah bawak anak saudara main layang-layang kat PCB....



aicehhh pantai lagi kan... hihi..biasalah i nie kan pencinta alam semulajadi..memang suka sangat dengan pantai... dari duk habiskan duit atas shopping mall.. baik datang melawat pantai..at least boleh tenang fikiran tanpa fikir duit habis..kehkeh!!!

puas hati bila tengok anak2 buah seronok main layang2... dah ajak ke pantai dah excited..ni kan pulak boleh main layang2 kan... 

yaaa anak2..next time Cik teh bawak p panti lain pulak yaa.. kesian abg haikal..nak mandi pantai..tapi kat sini dah xboleh mandi... hakisan kuat sangat... sekeliling pantai dah dipenuhi batu2 besar neh sebagai penghadang ombak... *eh betul ke penghadang?? ermmm lantaklah..akekeke!!! 

Next time cik teh bawak ke pantai yang boleh mandi manda.. renang rening yaaa...weee~~~

PANTAI MORIB

Assalamualaikum...

Dah hampir 2 tahun dah aku duk Sepang.. baru nie 1st time sampai kat Pantai di area Sepang (lebih dekat dengan Banting) iaitu Pantai Morib... dalam fikiran tertanya2 ada ke Pantai kat Selangor neh... kan Selangor kan duk tengah2 dalam Malaysia.. lain lah kalau negeri yang ada pesisir Pantai Macam Kelantan, Pahang, Terengganu, Pinang, dll kan... Rupanya Selangor pon ada... hihihi


Selain dari Pantai Morib, satu lagi Pantai yang agak ekslusif dengan hotel dan chaletnya..iaitu Sepang Goald Coast.. tu pon aku xjejak lagi..coming soon lah... 



Aku jejak kaki ke Pantai Morid ni just berdua dengan suami pada Hari Raya Haji... boring kot raya haji terperap kat rumah jer.. so keluar jalan2 ambik angin pantai... kalau balik kg boleh jugak tengok lembu di korbankan... tapi xde rezeki nak balik kg..kerja punya pasal...


Pantai Morib nie ada dua bahagian..satu tempat mandi manda...dan satu lagi tempat makan..rehat2 dan bermain layang2... 

 Memang amat sesuai untuk beriadah dan makan angin bersama keluarga... anak2 kecik mesti suka datang sini.. terlompat2 tengok orang main layang2 nanti...


Meh nak bagi info sikit pasal Pantai Morib yang aku mintak tolong dari En. Google untuk dapatkan maklumat.. bacalah yaaa... 

Pantai Morib terletak di negeri Selangor, menghadap Selat Melaka. Bandar terdekat ialah Bandar Banting yang jaraknya sekitar 15 km. Pantai Morib merupakan salah satu daya tarikan pelancong dan kunjungan orang ramai pada hari cuti dan hujung minggu.

Cara ke sana

Daya Tarikan

Pantai Morib merupakan tempat istirehat yang sesuai. Terdapat hotel, padang golf, rumah rehat dan kemudahan asas yang lain. Pengangkutan awam juga senang didapati kerana ia terletak berhampiran rangkaian jalan raya Bandar KlangBantingSepang dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Pengangkutan awam seperti bas dan teksi dapat diperolehi di Bandar Banting. Gerai-gerai makanan terdapat di sini. Bagi mereka yang gemar akan perkhemahan, anda boleh berbuat demikian di sini.

Di samping Pantai Morib tempat sekitar juga baik untuk dilawati seperti kawasan perkampungan iaitu Kampung Kancung Darat tempat lahir anak-anak Dato' Haji Sidek jaguhbadminton Negara Malaysia.

Dah plan dengan En.Somi dah..sebelum pindah KL nak terjah Sepang Gold Coast dulu.. baru puas hati...kalau orang tanya "dulu duk Sepang, pergi tak kat Pantai Gold Coast"... then pastinya dengan bangga aku akan cakap.."sudah, dekat jer dengan rumah, takkan xpergi kot..."hahahha... babai...

copy dr Hmetro: Kepentingan Penjagaan Kulit Kepala


Seperti mana kulit wajah, kulit kepala juga perlu penjagaan khusus bagi memastikan rambut kekal sihat dan cantik,” kata pakar rambut yang juga ahli Akademi Dermatologi Antarabangsa IACD, Dr Thanaruch Thanakorn.

Menurutnya, jika kulit kepala diabaikan, seseorang itu akan mudah mengalami masalah kelemumur serta pelbagai masalah rambut seperti keguguran, hujung bercabang atau rosak. 

Ramai juga yang tidak mengetahui bahawa keperluan kulit kepala antara lelaki dan wanita jauh berbeza kerana kulit kepala lelaki lazimnya lebih lemah dan mengalami tekanan kerana banyak terdedah kepada pencemaran dan haba. 

Kulit kepala wanita pula sebaliknya lebih cenderung kepada masalah sisa bahan kimia akibat penggunaan pewarna rambut dan ketegangan. 

“Kajian menunjukkan bahawa kulit kepala lelaki lebih berminyak berbanding wanita kerana pertahanan kulit kawasan berkenaan lebih lemah.

“Biarpun banyak terdedah kepada pencemaran bahan kimia namun kulit kepala wanita kurang berminyak berbanding lelaki dan sistem pertahanan kulitnya lebih kuat.

“Ini kerana lebih banyak minyak yang dikeluarkan kulit bermakna lebih kuranglah daya tahan melawan tekanan dan pencemaran dari luar. 

Jadi, jangan sesekali berkongsi syampu kerana amalan itu tidak elok untuk kesihatan kulit kepala anda,” katanya.

Menjelaskan mengenai masalah kelemumur yang sering dialami sesetengah pihak, Dr Thanakorn berkata, ia sebenarnya berpunca daripada proses penggandaan suatu organisma mikro berbulu yang dikenali sebagai Malassezia.

Ia bertindak sama ada secara langsung atau menerusi lebihan penghasilan minyak, penghasilan bahan pepejal yang membuatkan kulit kepala gatal dan akhirnya mengakibatkan penggandaan proses penggantian sel baru. 

Mereka yang mengalami masalah kelemumur yang berpanjangan turut mengalami penipisan lapisan epidermis atas dengan mempunyai sebanyak 10 lapisan berbanding 25 hingga 35 pada kulit kepala yang sihat.

Penghasilan sebum (minyak) juga memburukkan lagi keadaan kulit kepala yang diserang kelemumur kerana sebum adalah sumber makanan Malassezia.

Bagi wanita yang memakai penutup kepala, mereka dinasihatkan supaya lebih peka dalam menjaga kesihatan kulit kepala kerana lebih berisiko untuk mengalami masalah rambut kering dan kulit kepala berminyak.

Ini disebabkan tudung yang dipakai menghalang udara daripada masuk dan memerangkap haba.

Untuk itu, dia menyarankan supaya wanita bertudung lebih kerap mencuci rambut menggunakan syampu serta perapi yang sesuai.

Dr Thanakorn berkata, kelemumur adalah masalah biasa yang sering dialami masyarakat namun ia tidak mudah untuk ditangani jika bukan menggunakan produk yang sesuai. Kelemumur boleh dikurangkan dengan mengamalkan pengambilan makanan seimbang yang mengandungi banyak minyak omega-3 dan minyak ikan.

“Kelemumur boleh dikawal dengan penggunaan produk penjagaan rambut yang sesuai seperti syampu antifungus.

Jangan sesekali menggunakan syampu berubat untuk merawat kelemumur kerana ia tidak membantu.

“Paling penting, elakkan terdedah lama kepada cahaya matahari kerana ia adalah agen yang mampu merosakkan kulit kepala dan rambut,” katanya.

Sunday 10 November 2013

IKEA dan MEATBALL... berpisah tiada!!!

Assalamualaikum....

Last entry untuk hari nie...sebenarnya tadi dah masuk bilik... nak tidur..tapi mata xmau pejam pulak..maybe awal lagi kot... dah tu tangan pon gatal belek2 henfon.. then terjumpalah gambar2 masa lepak dengan housemates last week kat IKEA... terus on PC...edit sikit2 kasik cerah..biasalah gambar ambik pakai henfon cap ayam kan..mana nak lawa..terpaksalah edit pakai PICASA..hehe~~~ siap edit...nah apa lagi...jadilah entry..hihi~~~

Panggilan Hangit paling Best...Encik Azam kenakan Zara Zya..

http://www.youtube.com/v/nQndqxpDj3A?version=3&autohide=1&showinfo=1&autohide=1&feature=share&autoplay=1&attribution_tag=PBEqeQc8LxIto8Q5dnWJ5Q

Tak Suka Bulan November!!!

Assalamualaikum.....

Haaaa boleh pulak tajuk entry macam tu kan...kehkeh~~~~

Dah 3 malam tidur lampu tak tutup, memang cerah je..bangun pagi mulalah sakit kepala, pakar kesihatan kata xelok tidur dalam cerah tapi nak buat macam mana kan..kalau off lampu..sampai ke sudah aku xlena... , macam2 terbayang..dada pulak duk dupdapdupdap..sudahnya kena on lampu baru dapat lelap mata........ en. Somi petang nie baru balik dari program bomba  kat Gunung Nuang... yeayy malam nie dah ada teman tidur!!!!eh gediks sgt eh!!!

Muka untuk awal bulan November memang macam nie... muncong jer!!!

Kalau bulan september dan oktober aku yang sibuk dengan event... tiap kali hujung minggu mesti outstation... kadang2 pernah xjumpa En. Somi sampai 2 minggu.. Bulan 11 nie aku saja xmau ikut mana2 event kan sebab nak spent masa dengan en.somi pada hujung minggu... tup tup... dia pulak yang kena kerja luar  .... minggu nie 4 hari dah dia berkemah ke Gunung Nuang nuh... 

Minggu depan pulak awal2 dia bagitau kena ke Terengganu pulak..tepat2 sabtu dan ahad pulak tu... minggu yang berikutnya tak tau lah ada program apa lagi... keseorangan lagi lah nampak gayanya hujung minggu neh...nasib baik ada kawan2 kat rumah sewa lama..boleh melepak dengan dorang... xdelah mati kebosanan aku... ;-(

Abg sejak kena transfer tempat kerja baru sekarang banyak aktiviti pada hujung minggu.... aku???suka pon ada xsuka pon ada... suka sebab boleh blogwalking tanpa ganggaun..boleh update entry byk2 dan xperlu stop untuk masak tengahari..kehkeh.... 

Xsuka pulak sama yang macam kat atas tadi..tidur tanpa teman... lampu xpadam..sebab takut...bangun pagi kepala berat2...eeee....

Babai....

Friday 8 November 2013

INSTAGRAM

Macam2 aplikasi media sosial sekarang nie kan.. kdg2 xterikut... sekarang nie memang tengah hot dengan instagram.. sape2 yang suka bergambar.. giler bergambar... selfie... bolehlah install menda alah ni kat HP korang... pastu follow kwn..then kwn2 follow korang balik..alololo...

Haaaa ni IG kita...follow2 lah ya kalau sudi.....

Promo IG nampak!!!!!! ahahaha.....

REZEKI SELEPAS KONTROVERSI: UNTUNGLAH MEREKA!!!

 Assalamualaikum!!!
Gigih mencari individu-individu yang pada awalnya insan biasa..yang langsung tidak dikenali umum tetapi  menjadi perbualan hangat masyarakat Malaysia disebabkan peristiwa..kejadian..kontroversi or pape jelah yang berlaku ke atas diri beliau. ...!!!entah2 hingga ke serata Asia mereka2 nie fofuler!! haaa untung la badan kan...

a) Ina Naim...


Mula dikenali ramai apabila putus tunang dengan Juara Akademi Fantasia Musim 3... pelbagai kontroversi melanda akhirnya Beliau mendapat tawaran menjadi artis rakaman.. kalau xsilap lagu solo beliau bertajuk Duhai Hati..... tuah badan lah kan..dari gadis desa..kontroversi putus tunang... dapat offer jadi penyanyi... fofuler... then bertemu jodoh dengan ahli kumpulan nasyid....!!!

MERTUA CAMPUR TANGAN!!!

Assalamualaikum!!!
Semalam sempat menonton rancangan Semanis Kurma TV9.. tajuk yang dibincangkan semalam ialah MERTUA CAMPUR TANGAN.. satu topik yang agak menarik yang sangat bersesuaian dengan individu yang sudah berumah tangga dan semestinya mempunyai mertua samada pihak isteri ataupun suami..!!

https://www.facebook.com/SemanisKurmaTv9





Dalam Islam, apabila anak sudah berkahwin, ibu bapa tidak boleh mencampuri urusan rumah tangga anak-anak kerana dikhuatiri mendatangkan keburukan,”“Perlu diingat mentua tidak boleh masuk campur urusan anak mereka melainkan untuk mendamaikan rumah tangga dan ke arah kebaikan,”
sumber:  Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz (berdasarkan laporan Harian Metro ) -Jumaat 8hb november 2013.
Pendapat peribadi sayalah: mertua xperlu campur tangan dalam hal rumah tangga anak tapi boleh membimbing dan menasihati supaya rumahtangga yang dibina berjaya mengikut landasan agama yang betul!!!
a) Isu berkaitan keagamaan - memang tidak dinafikan kebanyakkan golongan muda agak cetek dalam ilmu keagamaan. masih lagi kabur tentang cara-cara untuk membimbing keluarga mengikut landasan yang betul.. contohnya teguran untuk solat berjemaah.. menantu lelaki kena jadi imam.. didik isteri dan anak2 dengan landasan yang betul, berikan nafkah kepada keluarga dengan cara yang halal dll. 

Wednesday 6 November 2013

KERJAYA itu Cita-cita..minat…imiginasi….atau rezeki???

Assalamualaikum...

Dari tengah siapkan progress report..aku beralih curi masa kejap masukkan entry dalam blog.. idea dah ada lama kepala semasa balik bercuti di kampong 2 3 hari lepas..sehingga sekarang bermain2 di pikiran.. selagi tak dicurahkan ke dalam blog.. selagi itulah benda sama yang yang difikirkan…

Kisahnya begini,  bila ada kat kg, aku suka Tanya anak buah aku, nurul (darjah 1) dan haikal (darjah 3).. adik dengan abang dah pandai membaca tak??dah pandai mengira tak??kerja sekolah dah buat x?? exam dapat no berapa?? Kalau nak hadiah..kena dapat no 1… ini adalah soalan biasa aku…Dan soalan yang jarang2 aku Tanya…Abang, besar nanti nak jadi apa??Tau x dia jawab apa??

Tuesday 5 November 2013

All in OCTOBER!! hectic time!!!

Assalamualaikum!!!
Masa untuk menghadap blog pada bulan ni memang agak terbatas sikit... xtau lah apa yang busy sangat..apa yang xde masa sangat... maybe pertukaran waktu kerja en.somi kot... kalau dulu dia kerja syif 12 jam siang 12 jam malam... hujung minggu pon kalau aku cuti dia kerja... sekarang dia dah kerja ofis hour.. maknanya masa aku kat rumah dia pon ada kat rumah... kalau dia ada kat rumah..mmg xboleh nak menghadap blog lah kan.. sebelum2 nie memang aku akan update blog time keseorangan di rumah... sekarang waktu cuti dah sama so memang duk layan dia jelah...kehkeh!!!

Bulan 10 a.k.a oktober ni banyak sangat kejadian..peristiwa..kes.. yang aku lalui...dengan event lagi... so untuk jimat masa aku yang xberapa nak banyak nie... kain dalam washing mesin pon xdi jemur lagi.. baju kat ruang tamu pon xberlipat lagi..sat g nak kena masak untuk suami..so aku pulun semua kejadian bulan 10 dalam 1 entry..akekeke

1). My Hubby di transfers ke Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur... 
dapat berita yang sedikit menyenangkan dari en.Suami apabila dapat dia dapat ditukarkan ke Ibu Pejabat Bomba Kuala Lumpur.. kerja ofis hour... means senang sikit untuk kita ulang alik balik kerja.. dia boleh hantar dan ambik aku kat tempat kerja... ok yippieeeee.............. but 1 lagi masalahnya bila rumah sekarang masih lagi kat sepang... hoiiii jauh tu nak travel hari2 dari sepang ke KL... total minyak dalam seminggu hampir cecah 300 hengget.... adeeiiiii.... sekarang tengah tunggu kelulusan untuk tukar kuaters area KL... semoga di permudahkan... Amin!!!