Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Saturday, 23 November 2013

SHANE FILAN Bankrap - Kenapa Aku Baru Tahu??

Assalamualaikum...

Dah lama tak ikuti perkembangan band favorite aku masa zaman sekolah dulu2 neh...  WESTLIFE!!! memang menjadi kegilaan remaja2 sekitar 1999- 2010... aku pon sama..memang minat sangat masa tu... tapi bila dah belajar kat U.. minat tu dah berkurang sikit.. last aku ikuti perkembangan mereka ketika album Turnaround... lepas tu aku langsung x ikuti dah.. sekarang mereka pon  dah buat haluan masing2... 



Tapi anugerah Shout Award minggu lepas telah menarik minat untuk aku jejak perkembangan bekas penyanyi utama kumpulan westlife ini yang telah menjadi tetamu jemputan khas di anugerah Shout Award iaitu Shane Filan...

Wednesday, 20 November 2013

ORANG ASLI


Assalamualaikum

Bila sebut je orang asli pasti akan terbayang sekumpulan manusia yang tinggal di dalam hutan yang jauh di pedalaman, tinggal di atas rumah yang di bina menggunakan buluh dan nipah sebagai tempat perteduhan dari hujan dan panas. Kehidupannya lebih tradisional dan jauh ketinggalan dari arus pemodenan dunia.
Keadaan fizikal tak perlu di ulas la ya..boleh gambarkan sendiri kot..
Dah aku neh kenapa pulak tetiba cerita pasal orang asli neh kan…??


Sebenarnya kan dari dulu lagi aku teringin nak masuk perkampungan orang Asli.. nak stay dalam hutan sana..kononnya nak mendalami kehidupan masyarakat pribumi tu… hehe

Aku kerap juga naik Cameron Highlands untuk meeting  dan event. Nak naik ke Cameron tu kan kena lalu perkampungan orang Asli. Dengan kepala pening2 lalat..tekak mual2.. perut yang beralun..tunggu masa je nak keluarkan isi.. maklumlah jalan nak naik atas sana berliku2 macam ular kena palu… silap2 hari bulan muntah hijau sebelum sampai puncak..akekeke…. dah sampai perkampungan orang Asli tu..mata aku yang kuyu sebab tahan pening terus terbuka luas..mata fokus pada rumah-rumah orang asli yang berderet.. tambah teruja bila tengok anak-anak orang asli yang tidak berbaju dan tidak beralas kaki… macam jakun seketika… haha..


nampak tak keterujaan aku kat situ??...

Memang teringin sangat nak stay kat sana..nak tengok cara hidup mereka macam mana??? 

Aku pon asal dari kg..so xpelik sangatlah kalau masuk2 hutan neh..tidur dengan nyamuk diiringi dengan bunyi unggas..rasanya bukan masalah kot...hiiiiiii

Tapi yang musykil sikit part nak mandi dan buang apa yang patut di buang..  kalau nak buat semua benda tu aku balik rumah sendiri dulu..then baru pergi tidur sana balik..fuhh!!!

Tetapi Orang Asli sekarang dah maju sedikit. Banyak peruntukkan yang diberikan oleh Kerajaan untuk memajukan perkampungan orang Asli. 

Setiap rumah orang asli ada piring ASTRO tu yang penting tapi tengok tempatlah..xsemua..….

Ada tak orang nak ikut aku buat kerja gila yang xberapa nak gila neh??





Friday, 8 November 2013

INSTAGRAM

Macam2 aplikasi media sosial sekarang nie kan.. kdg2 xterikut... sekarang nie memang tengah hot dengan instagram.. sape2 yang suka bergambar.. giler bergambar... selfie... bolehlah install menda alah ni kat HP korang... pastu follow kwn..then kwn2 follow korang balik..alololo...

Haaaa ni IG kita...follow2 lah ya kalau sudi.....

Promo IG nampak!!!!!! ahahaha.....

Wednesday, 5 June 2013

Ofismate Wedding at Raub

Assalamualaikum...

1 Jun 2013 (Sabtu) aku telah berpeluang untuk hadir ke Majlis perkahwinan kawan setempat kerja.. ofismate lah senang..hadoi mu neh... 

Majlis start jam 11 am....dan dengan bangga aku umumkan yang aku..n suami serta kak zie n wani azman sampai 30 minit sebelum majlis tamat...haaa bagus x??

ok bukan salah aku..sila salahkan traffic jem... mmg hazab!!!!


Aku n suami bertolak dari rumah pada jam 10.45 pagi..dan plan asal tepat jam 12.00 tgh ari sampai kat Bentong.. pick up kak zie n Wani Azman dan terus maju ke rumah Pengantin di Raub... dalam kertas sampai raub dalam 12.45 tghari...masa yang sesuai utk lunch..yumyum...



Tapi betullah pepatah"Kita hanya Merancang Tuhan yang Menetukan".... dah baik punya plan..tub..tub..aku n en.somi tersangkut jem kat Cheras menuju ke tol gombak... biasanya kalo dr sepang nak ke Gombak hanya ambik masa sejam lebih sikit..tapi hazab jem nenas punya pasal.. 2 jam lebih baru sampai tol Gombak..


Ingat dah abis edisi makan jem nenas...rupa2nya dah lepas tol Bentong.. ada lagi edisi makan jem..haiyooo... kali terpaksa hadap jem manggis pulak kat Kg Ketari otw ke Bandar Bentong... ermmm memag nasib xbaik hari tu..kalau tau selepas subuh aku kerah suami utk bertolak... puipui!!!


5 minit nak cecah jam 3 petang baru sampai rumah kak zie d Bentong... dalam sengal2 alam aku neh kan... dah lah masa dh suntuk..kang xpasal2 sampai pat kenduri orang dah tutup khemah... pengantin ntah ke mana.. makan pon ntah ke mana..dah r masing2 bawak perut kosong je..haha...  dalam duk nak kejar nasi minyak tu, aku sempat lagi singgah rumah kak zie..untuk bungkus hadiah.. wink..wink.. sengal xhagak... bukan salah aku k..salahkan memori otak aku yang 4 gb neh.. langsung xingat nak beli pembalut hadiah.. dah tu terpaksalah beli pembalut tu masa otw ke Raub..haha...



Bila sampai Raub jam menunjukkan 3.40 petang..agak2 lah..aku xnengok jam pon time tu~~~aptb

Dah sampai depan rumah pengantin..seperti di jangka tetamu memang dah kurang...yang ada pon keluarga dan saudara mara sebelah lelaki je... tapi oklah..xlah segan sangat kan..nk mencekik pon xmalu n xberebut dgn orang yang pastinya..hekhek...

Taaaaaaaaaaapi..dah nak pukul 4 neh..ada makanan lagi x?? haaa tu y di fikir yaaa..hahaha..klakarrr...


 Ini Candy booth...tapi semua dh lintang pukang dah..biasalah.. keretapi lambat kan..so dapat tgk pon yang lebih2 orang je..ahaks...


Sempat jugak snap gambar atas meja neh..tapi xsure pulak muka sape yang ada lam gambar2 tu..wakaka

Ini photo booth..skg mmg tren anak muda nuat majlis ada menda nie semua..zaman aku dulu menda ni dah ada tapi xmendapat perhatian sangat... ***macamlah dah lama majlis kawen aku kan~~~tetetettt




Kek... dapatlah jugak curi sepotong wat balik..hewhew..xmalu..dah r sampai lambat..ada hati pulak tapau macam2..hikssssss ok sorok muka belakang suami...


Bila pergi petang camni yang syokknya sebab ada byk masa dengan pengantin..Kalau pergi time rombongan laki baru tiba..memang xde maknanya pengantin nak layan mu… mu tengok jelah pengantin tu duk sengih2 atas pelamin.. duk posing ikut arahan kameraman.. hekhek!!


Dah siap makan..posing n buat sedikit kecoh kat majlis orang..dengan muka tak malu..tangan penuh bekal..kami pun melangkah untuk pulang...


Traffic pada awal perjalanan baik memang cool… clear je..tarak jem pon… dalam hati hoooyeahhh… boleh sampai rumah cepat neh… kak.zie pon siap tunjuk jalan alternative utk elak jalan jem kat Bandar bentong tu… tapi kalo Tanya balik ingat x lagi jalan tu..memang sah lah xkan ingat kan..memori otak aku neh 4 gb je.. mmg ssh nk lekat lam kepala..tambah2 g kalo nak kena ingat jalan..emmm jangan harap ok…

Kak Zie...wani and anak kak zie.... kecoh je dlm kereta sepanjang balik Bentong..bila dh sampai rumah dorang... suasan jd sunyi balik... aku pon penat..malas nak borak...en. Somi lak fokus kat driving..hekhek


Macam biasalah kan.. ingat boleh sampai rumah awal sebab takdak jem..tapi hambekkk mu.. masuk je Ampang kereta dan tersengguk2 cam unta jalan… jem mmg xhagak lah…lepas cheras br jalan ok… aku pon sempat bermimpi atas kreta tu..haha.. xsampai 5 minit bermimpi trus kena sergah dgn suami..katanya aku pakai lens..xleh tdo..  nanti lens tu bergerak masuk dalam kelopak mata..naya jee.. haha…. 

Kat bawah neh gambar aku yang dh boring tahap cipan sebab jem samasa otw pergi Raub...



Jelas sgt muka en somi yang boring dan bengang plus stress devide tension dgn jem pada hari berkenaan..hahaha

Papepun kami selamat sampai sepang pada jam 8.00 malam... hadoi..betul2 berjalan aku pada hari tersebut..hekhek...~~~sampai rumah...terus mandi..belek2  henset...then trus gud nitezzzzzzzzzz



Finally... Selamat Pengantin Baru Wani and Husband...moga kekal hingga ke Syurga yaaa.....

Friday, 22 February 2013

PERKAHWINAN ARTIS PILIHAN ANDA???

EDISI TAKDE KERJA LAGI YA....

Perkahwinan selebriti/artis yang manakan yang paling anda ingati...

Perkahwinan Yang Paling Ditunggu Ramai
Siti Nurhaliza & Datuk Khalid Mohamed Jiwa (21-08-2006)

Semua terkejut bila Dato Siti ambik keputusan nak kawen dengan Dato' K... pe yang peliknya..biarlah.. asalkan beliau bahagia n xnyusahkan orang2 kampung ...kan..hehe.. Perkahwinan yang menelan belanja lebih kurang 500k, meliputi semua costing..***wow!!!!juling mata aku $ $ $ $ money..money money.... dan hantaran sebanyak RM 22,222.....semoga terus kekal bahagia ya CTDK... xmau cerai berai macam artis lain...



Perkahwinan Yang Diserbu Tetamu Tidak Diundang Paling Ramai
Ziana Zain & Armin Zaharin (2-5-1998)
Antara perkahwinan artis yang paling aku suka...majlis yang xdelah berlakunya pembaziran yang melampau..
Menurut sumber yang aku temui, seramai 15,000 peminat ziana yang tidak diundang telah menyerbu majlis perkahwinan ini..tetapi tetap dilayan baik oleh ahkak ziana sekeluarga... bagus ahkak ziana... the most popular artis yang tidak sombang and tidak berlagak diva....




Perkahwinan Ditaja Paling Singkat
Erra Fazira & Yusry (15-3-2003)

Mengikut feng shui cina..no 3 adalah angka panas....majlis erra n yusry banyak sangat menggunakan angka ....nikah pada 15-3-03, wang hantaran bernilai 33,333.33, entourage pihak lelaki seramai 33 orang dan mereka kena datang pukul 3.30 petang. Malangnya, pasangan Erra dan Yusry mampu bertahan selama tiga tahun sahaja dan bercerai pada 16-6-06... tapi kalau dah bukan jodoh tu..macam2 mana tetap cerai jugak kan... takdir dah semuanya....





Perkahwinan Yang Mempunyai Hantaran Paling TinggiMazuin Hamzah & Pengiran Sufri (11-12-1987)

Kisah cinta penyanyi dan pemain drum kumpulan Quinary M yang kecil molek bernama Mazuin Hamzah, umpama kisah dongeng Cinderella yang dilamar putera raja. Pertemuan pertama Mazuin dengan Pengiran Sufri berlaku pada tahun 1987 dan dalam tahun yang sama, Mazuin menggemparkan Malaysia apabila dipinang oleh Pengiran Muda Sufri Bolkiah dengan hantaran bernilai satu juta ringgit.

Tak kiralah bagaimana rupa paras bakal suami atau perangainya, dilamar oleh putera raja dari golongan keluarga diraja paling kaya di dunia, tak rasa nak kahwin pun tiba-tiba jadi rasa. Pada 11 Disember 1987, mereka disatukan secara gilang gemilang di Brunei selepas berbulan-bulan persediaan dilakukan oleh pihak istana. Selepas berkahwin, Mazuin diberi gelaran Pengiran Bini Mazuin dan tinggal di istana. Namun selepas 17 tahun bersama, pasangan ini bercerai dan Mazuin hanya membawa gelaran Hajah Mazuin binti Hamzah sahaja.

*************copy n paste je neh***************


Wednesday, 20 February 2013

Kek Kawin Utk Anda!!!



Assalamualaikum.....

Edisi xde kerja boring xtau nak buat apa nak buat kerja memang malas di tambah memang xde mood so aku google cari2 benda yang boleh aku jadikan entry kat blog pada hari ini dan hasil ini yang aku jumpa....

fuhhhh...faham x kalo aku buat karangan tapi xde tanda koma dan noktah.... mesti rasa cam nk hantuk je kepala aku kat dinding kan...haha...

Idea dari aku utk bakal pengantin.... 



Kalo sape2 yang gila glemer sangattt boleh lah buat kek muka n tubuh badan sendiri..kalo tetamu datang dan xjumpa dengan pengantin pon xper..pegi je jumpa kek dia.. mesti akan ckp..ohhh inilah pengantin nye.... akeke****




Ini sesuai sangat bagi pengantin yang gila ketam... eiuuuwww...eiuwwww cam kek berulat je....





Haaaaa..kalo sape2 berjiwa ROCK..bole try tempah kek camnie... mesti budak2 xmerenggek nak makan kek kawin korang....




eeeee kek apa nie?? tapi cute kan..bole lah try..xsalah buat lain dari yang lain kan..walhal ko sendiri pon xde slera nak makan..haha

Kalo nak kek yang meriah...kek ini pon boleh..unik... kalo nak lagi best..korang boleh ukir muka semua ahli keluarga korang n siap bina rumah sekali..n then pacak atas kek neh..mesti gempak kan....







kek camnie pon rare jugak..haha




Bagi aku kek yang palin cantik yang aku jumpa adalah kek perkahwinan penyanyi no 1 negara... harganya pon cantik... kos majlis kawen pon dah menyamai harga kek neh... wakaka...


haaaaa dha tengok kek yang aku kira paling cantik diantara kek2 perkhawinan artis lain.....

haaa???kek kawen aku??? malo nak show off....

hahahha...babai....


Thursday, 7 February 2013

Baru tahu ke???

Fakta: yaappp baru tau..hehe



1. Rata-rata kita bicara 5000 kata tiap hari (walaupun 80% nya kita bicara pada diri sendiri).


2.  simbol Raja pada daun terup melambangkan 4 raja yang terkenal di zaman masing-masing: “Ace”= David/Raja Daud ; “Kelawar” = Alexander the Great/Iskandar Agung ; Hati = Charlemagne/ Raja Prancis ; Diamond =Julius Caesar.



3. Seumur hidup kita meminum air sebanyak kurang lebih 75,000 liter.




4. Ikan paus kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam waktu 24 jam.


5. 98% dari perkosaan dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga dekat atau teman si mangsa

6. Lelaki kehilangan 40 helai rambut setiap hari manakala wanita sebanyak 70 helai.




7. Otot yang bekerja paling cepat ditubuh kita adalah otot dikelopak mata yang membuat mata kita berkedip. Kita mampu berkedip 5kali dalam sesaat.



8. Kuku di tangan tumbuh 4 kali lebih cepat daripada kuku di kaki.



9. Kalajengking boleh dibunuh dengan menyiramnya menggunakan cuka. Ia akan marah dan menyengat dirinya sendiri.



10. Jika bersin terlalu kuat boleh meretakkan tulang telinga. Jika mencuba menahan bersin, boleh mengalami pecah pembuluh nadi di kepala serta leher dan terus mati . Jika mata dipaksa terbuka di saat bersin, bola mata kita boleh melompat keluar.


Fakta jugak: nama aku dalam surat beranak ialah : Siti Noorfarani binti Mohd Noor... sebab tu sekolah rendah cikgu2 n kawan2 panggil aku Farani... bila dah ada IC..nama aku ditukar jadi Siti Noorfarini Binti Mohd Noor... cikgu2 panggil Farini..kawan2 panggil naniey..akeke... sehingga kini nama aku kekal seperti dalam ic..n nama itu jugak tercatat pada kad daftar nikah..akekeke.....

konfius x???

xpayah nak konfius sgtlah..zaman dulu biasa la kalo pendaftar salah tulis nama..


Monday, 4 February 2013

Ini Segmen Tahukah Anda

TAHUKAH ANDA????

Sejak bila pulak blog aku ada segmen tahukah anda neh....

Hehehe..ini adalah segmen suka2 je... bermula entry nie..aku akan rajinkan tangan aku utk google info2 yang sebelum ni xtahu untuk dikongsi... info pada hari nie aku dapat dari...tut..tut..malu lak nak mention .wehehe~~



1) Saintis kata semakin tinggi IQ seseorang, semakin kerap ia bermimpi.


2) Untuk setiap 1 langkah, kita menggunakan 200 pergerakan otot.



3) Asid dalam perut cukup kuat untuk menghancurkan sebilah pisau cukur.


4) Badan kita menghasilkan haba yang boleh memanaskan segelen air dalam jangkamasa 30 minit.


5) Terdapat 1 trillion bakteria melekat di kaki kita.
6) Anak mata anda akan membesar bila melihat seseorang yang anda cintai. Begitu juga halnya bila melihat seseorang yang anda benci.


7) Otak manusia boleh menyimpan 5 kali ganda maklumat yang terdapat dalam ensiklopedia Britannica.


8) Ibu jari tangan kita sama panjang dengan hidung kita. Tak pecaya, cuba check tengok.. 


Ok..ini sahaja info utk hari nie..next time kita belajar pasal lain pulak yaa..

Babai

Saturday, 12 January 2013

GOOD BYE 2012....

Assalamualaikum...

Hurmmm 2 minggu entry ni tidur lena dalam draf.. dari awal tahun aku karang..skg baru ada masa nak siapkan..acece... bz konon ek..xlah bz pon..saja mem*bz*kan diri...ehehe...



Haaaaaa...ni muka tahun baru...tembam giler...!!!!

Actually entry nie nak story kan pasal apa yang telah menjadi big moment, sweet memories n also grief memory dalam hidup saya**acecece...tahun baru, dah start guna saya*** dan orang2 yang terdekat dgn saya samada secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang tahaun 2012

Ok...lets start from the beginning year....

 6 January 2012

Start menjadi pekerja cemerlang, gemilang terbilang di PKSM...

ehhhh xnampak muka pon..ah xpo..malas nak cr gambar lain..wahaha...

so sekarang dah genap setahun saya bekerja disini... boleh dikatakan best jugak kerja kat sini sebab kena joint event.. n frankly speaking i love event..sebab xperlu stay on ofis and mengadap komputer je... even that, kita juga akan kelihatan lebih aktif sekiranya banyak melakukan aktiviti luar..  Sepanjang kerja kat sini, saya dapat 1 peluang kerja lain... time tu  baru beberapa bulan kerja di sini..tetiba dapat panggilan utk lapor diri as a Personal Assistant at big legal firm at KL... but saya terpaksa tolak sebab br start kerja kt PKSM..ohh never mind... n then dapat beberapa panggilan untuk interview... tapi semua tu di tolak dulu sebab saya betul2 nak cari pengalaman dalam bidang event management....  dalam pada itu boleh improve kan skill Public Relation saya..ehehe~~~~ apa guna ambik kursus public speaking kan kalu tak nak gunakannya..akekeke~~~tapi actually sedih juga sebab dah stahun kerja sini..PR saya xpernah maju..wahahahaha~~~~~

aisehhhhh ssh lah bersaya2 neh...back to the normal lah...tayah nk hypocrito de amor sgt..ok...haha


March 2012

Actually tarikh yang tepat aku lupa..biasalah umur dah bertambah kan..tahap kelupaan **ada ke perkataan neh** pon dah melampau dah...akeke.... ini adalah peristiwa yang paling sedih untuk keturunan kami sebab nenek sebelah ayah telah kembali menghadap penciptaNya...alfatihah untuk arwah nenek..semoga engkau tenang di sana... sekarang nie aku dah xde Datuk dah..atuk sebelah mak dua2 dah xde sejak aku kecik lagi.. n aku xpernah kenal pon ayah kepada mak.. sebab arwah meninggal semasa aku xlahir lagi.. sebab meninggal: kena pukul kat orang sebab arwah selalu mengaji pada waktu subuh di masjid.. **sumber dari mak***Astagrafirullahalazim... memang hitam hati2 mereka yang melakukannya... n arwah Mek (ibu mak aku) meninggal masa aku darjah 4**kalu xsilap**... atuk sebelah ayah meninggal masa aku baru nak kenal alam kanak2... ingat lagi muka arwah..sebijik macam muka ayah... n last, meninggal saat 3 bulan lagi aku nak tukar status... Semoga kalian semua tenang di sana.. aku bangga menjadi keturunan kalian... Alfatihah...



2 June 2012

Moment paling bernilai bagi aku... perubahan besar dalam hidup aku..status bujang dalam resume dah kena tukar kepada married...


besar x berubahan tu??akeke... yapp tanggungjawab pon besar.. nn badan aku je yang semakin mengecil..hak tui**sila muntah sekarang....wahaha... perkenalan dengan en.somi pada zaman sekolah memang tidak disangka n tak di duga akan bernoktah di jinjang pelamin...syukur alhamdulilah ..memang tidak bajet pon, dia kawan sekelas masa form 6 adalah jodoh aku...masa sekolah kitaorang memang xcouple.. nak kata berkawan pon... urmmm ssh nak cakap sebab dia tu pendiam tahap bisu**yaaa ampun en somi...***ehehe... n aku memang xtahu bila masa dia terjatuh cintakkkk ..last2 bila dah habis STPM dapat mesej dia...**tayah mention kat sini lah yaa isi kandungan text tu..wat malu jep..kennn....**,frankly speaking, masa sekolah aku xde minat sape2 n xde niat nak couple2..apa barang cinta monyet..kan..haha.... lama jugak aku ambik masa nak terima dia..last2 beberapa hari before lapor diri kt UUM baru aku terima dia.. ok..26/06/2006..we declare as a ermmmm malu nak mention...waaa gedikk sangat...!!! ok saat tu bermulalah PJJ kitaorang.... bila dah habis belajar n dia pon dah masuk kerja goment.. 8/6/2011 kami tunang..n stahun lepas tu pada tarikh 2/06/12 hubungan kami di sahkan oleh tok imam kg Tendong..akeke... syukur alhamdulilah... haaa tgk..semua bulan 6.. no bertuah ke apa neh..wahhaha... n harapan aku adalah..aku nak pregnant bulan 6 tahun nie.. insyaAllah kalau ada rezki... kita hanya merancang, Tuhan yang tentukan..xgitu...


hehehehe...kita dah ada kad ahli... sape yang belum jadi ahli..jom jadi ahli sekarang... besar nikmatnya bila jd ahli...wahahahaha~~~~~

Julai 2012

Yang pergi hilang kan berganti....sebulan lepas aku kawen, aku diberitakan oleh kakak kat kg yang mana isteri abang aku telah selamat melahirkan baby boi... alhamdulilah... syukur alhamdulilah Ya Allah kerana dikau menghadiahkan insan yang cukup lengkap dan sempurna dari segi kesihatan dan rupa fizikal.. Nama anak buah aku y ke-enam tu MOHAMAD ANIQ QAYYUM BIN MOHD ZAMZANEY... wahh panjangnya nama anak buah mak teh neh... to Ngah n Kak Ja..didik lah aniq supaya menjadi insan yang berjaya kepada keluarga, agama dan negara~~bayi ibarat kain putih.. hanya kita yang akan mencorakkan masa depannya... Congrats to both of U..


Mohamad AniQ Quyyum....

August 2012

Start bulan nie En. Somi dah lapor diri di UTM, bulan 9 start kelas PJJ di UTM Space near Ampang Park... bangga sangat2 dengan En.Somi sebab berusaha untuk memajukan diri... biar apa orang nak kata sayang.. yang penting kita xsusahkan mereka..  saya sentiasa sokong apa juga yang abang lakukan... kejayaan seorang laki disebabkan dengan adanya wanita dibelakang...dan saya adalah wanita yang menyokong di belakang abg tu..aakeke...GUd Luck abg.. belajar rajin2 yaa.. esement tu jgn asyik nak pas kat isteri je...blaja2 wat sdiri yaa,,,huhuhuhu....




Banyak lagi peristiwa2 yang berlaku sepanjang tahun 2012..kalau mau tulis semua sah2  3 4 hari xhabis kan... oleh sebab demkian hanya peristiwa yang agak penting je yang aku storykan... hehehe

xpe kan..xnyusahkan orang pon kan..wuhuhuhu..

Hpoe tahun 2013 akan menyajikan pelbagai kisah menarik dalam hidup saya dan anda juga...

Ok..nak g makan jap... babai...