Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday 23 November 2013

SHANE FILAN Bankrap - Kenapa Aku Baru Tahu??

Assalamualaikum...

Dah lama tak ikuti perkembangan band favorite aku masa zaman sekolah dulu2 neh...  WESTLIFE!!! memang menjadi kegilaan remaja2 sekitar 1999- 2010... aku pon sama..memang minat sangat masa tu... tapi bila dah belajar kat U.. minat tu dah berkurang sikit.. last aku ikuti perkembangan mereka ketika album Turnaround... lepas tu aku langsung x ikuti dah.. sekarang mereka pon  dah buat haluan masing2... 



Tapi anugerah Shout Award minggu lepas telah menarik minat untuk aku jejak perkembangan bekas penyanyi utama kumpulan westlife ini yang telah menjadi tetamu jemputan khas di anugerah Shout Award iaitu Shane Filan...


Aku pon taiplah nama SHANE FILAN kat en. google... tetiba2 terpampang kat situ SHANE FILAN AFTER BANKRUPTCY ... eh Shane pernah bankrup eh.. kenapa pulak aku tak tau... nampak sangat aku dah tak ikuti perkembangan dia kan... 

Aku pon cari sumber lagi... rupa-rupanya metro JUN 2012 pernah keluarkan story pasal dia bankrup tapi aku je yang x alert... jarang baca paper hokey!!haha..

Punca bankrup apabila dia menanggung hutang dalam RM 89.2 juta apabila empayar perniagaan hartanahnya runtuh... 

Sebelum krisis ekonomi melanda, Shane dan abangnya, Finbarr, meminjam beberapa juta pound dari bank di Ireland bagi membolehkan syarikat mereka membangunkan 90 rumah mewah di Dromahair.
Bagaimanapun, hanya separuh daripada rumah itu berjaya disiapkan dan kebanyakannya terpaksa dijual pada harga lebih rendah daripada kos - sumber dari Metro...
alah kesiannya... dah setahun lebih dah..sekarang baru aku tahu... 
Perkembangan terbaru Shane selepas bankrap adalah telah melancarkan album terbaru pada bulan ..dengan mempertaruhkan lagu Everything On Me!!! dah bankrap pon bersemangat lagi buat album..xpelah, kumpul harta balik yaaa... 

Lepas ni aku nak skodeng dengan lebih kerap lah artis yang dulu2 aku duk minat... mana tahu ada berita yang xberapa baik macam Shane kan... nak tahu juga NICK CARTER (BSB) buat apa... NICHOLAS TSE dah ada anak berapa.. BEN ADAM (A1) kawen dengan siapa... dah lama benar dah aku tak ikuti perkembangan mereka neh.. haihhhh teringat pulak zaman sekolah menengah dulu2..pantang keluar ada cerita mereka dalam majalah... terus beli..then guntung gambar dorang..letak bawah alas meja kat sekolah.. ada spotcheck terus kena rampas kat pengawas... eleh walhal pengawas dengki time tu... nak cakap jelah, aku bagi..jangan main rampas2 cam tu kan..kehkeh!!!


No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!