Seperti mana kulit wajah, kulit kepala juga perlu penjagaan khusus bagi memastikan rambut kekal sihat dan cantik,” kata pakar rambut yang juga ahli Akademi Dermatologi Antarabangsa IACD, Dr Thanaruch Thanakorn.
Menurutnya, jika kulit kepala diabaikan, seseorang itu akan mudah mengalami masalah kelemumur serta pelbagai masalah rambut seperti keguguran, hujung bercabang atau rosak.
Ramai juga yang tidak mengetahui bahawa keperluan kulit kepala antara lelaki dan wanita jauh berbeza kerana kulit kepala lelaki lazimnya lebih lemah dan mengalami tekanan kerana banyak terdedah kepada pencemaran dan haba.
Kulit kepala wanita pula sebaliknya lebih cenderung kepada masalah sisa bahan kimia akibat penggunaan pewarna rambut dan ketegangan.
“Kajian menunjukkan bahawa kulit kepala lelaki lebih berminyak berbanding wanita kerana pertahanan kulit kawasan berkenaan lebih lemah.
“Biarpun banyak terdedah kepada pencemaran bahan kimia namun kulit kepala wanita kurang berminyak berbanding lelaki dan sistem pertahanan kulitnya lebih kuat.
“Ini kerana lebih banyak minyak yang dikeluarkan kulit bermakna lebih kuranglah daya tahan melawan tekanan dan pencemaran dari luar.
“Jadi, jangan sesekali berkongsi syampu kerana amalan itu tidak elok untuk kesihatan kulit kepala anda,” katanya.
Menjelaskan mengenai masalah kelemumur yang sering dialami sesetengah pihak, Dr Thanakorn berkata, ia sebenarnya berpunca daripada proses penggandaan suatu organisma mikro berbulu yang dikenali sebagai Malassezia.
Ia bertindak sama ada secara langsung atau menerusi lebihan penghasilan minyak, penghasilan bahan pepejal yang membuatkan kulit kepala gatal dan akhirnya mengakibatkan penggandaan proses penggantian sel baru.
Mereka yang mengalami masalah kelemumur yang berpanjangan turut mengalami penipisan lapisan epidermis atas dengan mempunyai sebanyak 10 lapisan berbanding 25 hingga 35 pada kulit kepala yang sihat.
Penghasilan sebum (minyak) juga memburukkan lagi keadaan kulit kepala yang diserang kelemumur kerana sebum adalah sumber makanan Malassezia.
Bagi wanita yang memakai penutup kepala, mereka dinasihatkan supaya lebih peka dalam menjaga kesihatan kulit kepala kerana lebih berisiko untuk mengalami masalah rambut kering dan kulit kepala berminyak.
Ini disebabkan tudung yang dipakai menghalang udara daripada masuk dan memerangkap haba.
Untuk itu, dia menyarankan supaya wanita bertudung lebih kerap mencuci rambut menggunakan syampu serta perapi yang sesuai.
Dr Thanakorn berkata, kelemumur adalah masalah biasa yang sering dialami masyarakat namun ia tidak mudah untuk ditangani jika bukan menggunakan produk yang sesuai. Kelemumur boleh dikurangkan dengan mengamalkan pengambilan makanan seimbang yang mengandungi banyak minyak omega-3 dan minyak ikan.
“Kelemumur boleh dikawal dengan penggunaan produk penjagaan rambut yang sesuai seperti syampu antifungus.
“Jangan sesekali menggunakan syampu berubat untuk merawat kelemumur kerana ia tidak membantu.
“Paling penting, elakkan terdedah lama kepada cahaya matahari kerana ia adalah agen yang mampu merosakkan kulit kepala dan rambut,” katanya.
No comments:
Post a Comment
terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!