Assalamualaikum...
Dari tengah siapkan progress
report..aku beralih curi masa kejap masukkan entry dalam blog.. idea dah ada
lama kepala semasa balik bercuti di kampong 2 3 hari lepas..sehingga sekarang
bermain2 di pikiran.. selagi tak dicurahkan ke dalam blog.. selagi itulah benda
sama yang yang difikirkan…
Kisahnya begini, bila ada kat kg, aku suka Tanya anak buah
aku, nurul (darjah 1) dan haikal (darjah 3).. adik dengan abang dah pandai
membaca tak??dah pandai mengira tak??kerja sekolah dah buat x?? exam dapat no
berapa?? Kalau nak hadiah..kena dapat no 1… ini adalah soalan biasa aku…Dan soalan yang jarang2 aku Tanya…Abang,
besar nanti nak jadi apa??Tau x dia jawab apa??
Haaa..tau kenapa gambar lori???
Sebab cita2nya nak jadi driver
lori bila besar nanti??
OOOMMMGGGG??? Oh Haikal…
Bercakap mengenai cita-cita neh..
kadang2 kelakar pon ada jugak.. masa sekolah rendah cita-cita lain.. dah
sekolah menengah lain pulak.. bila belajar IPT jadi lain.. Jika ditanya pelajar-pelajar
sekolah rendah tentang cita-cita mereka..semuanya cakap nak jadi peguam, doctor,
cikgu, polis, arkitek…!! Wow besar cita2 adik2ku… percaya atau tidak, jenis
pekerjaan yang disebut oleh pelajar sekolah rendah ini hanyalah sesuatu yang
mereka minat dan mereka Nampak hebat tanpa perlu fikir aliran atau kursus yang
perlu diikuti untuk mencapai cita-cita tersebut.
Contohnya kes anak buah aku tadi,
Haikal bercita-cita nak jadi driver lori bila besar.. of course lah dia tak tau
driver lori tu jenis pekerjaan yang macam mana kan… asalkan Nampak boleh drive
lori.. dah rasa best sangat…
Haikal memang minat kepada
kenderaan muatan barang seperti lori..trailer..bas.. jentera bomba.. jentera
padi.. dan lain2… kalau keluar kat mana2.. jumpa jenis kenderaan macam nie je
terus bising mulut dia… barang permainan
tayah cakaplah..asal pergi pasaraya..ada je lori mainan yang diangkut balik kan….
Begitu jugak dengan kanak-kanak
lain.. bila besar nak jadi polis..sebab polis hebat..pakai uniform..ada
pistol..boleh tembak2.. tambah2 lagi dulu2 popular dengan Inspektor Aliza kan..
walhal bukan mereka tahu pon risiko as a policeman…
Agak-agak kalau Haikal tahu kerja
sebagai driver lori tu macamana..dia teruskan x cita2 dia dari kecik
tu???hahaha…
Kesimpulannya..cita2 masa kecik
hanyalah apa yang dilihat hebat dan dipengaruhi oleh imiginasi serta minat terhadap
sesuatu benda tu….tapi budak2 sekarang bijak..xmustahil apa yang diimiginasikan
ini berjaya di capai bila besar nanti**pendapat aku jer lah~~~~
Masa sekolah rendah..seingat aku
yang aku duk tulis dalam buku autograph kawan2.. cita2 aku tulis nak jadi
peguam atau pensyarah… pewpew..bukan main lagi cita2kan, ingat senang ke ceburi
bidang professional tu...kehkeh~~~
Bila masuk secondary school…
kebanyakkannya telah jelas tentang apa itu cita2..dan sudah mampu berusaha untuk
menetapkan aliran pembelajaran mana yang sesuai untuk kejar cita2..contohnya
yang nak jadi doctor kena belajar aliran sains.. dah cemerlang SPM.. ambik
bidang MEDIK..ok fine…
tapi yang jadi lalang macam aku neh pon ramai
jugak… masa sekolah rendah, dari bercita-cita nak jadi peguam or
pensyarah..tup-tup bila masuk sekolah menengah dah tukar nak jadi journalist/wartawan
pulak.. so fokus aku nak ambik bidang mascomm bila belajar d IPT… kenapa nak
jadi wartawan..sebab bidang tu agak glamour sikit berbanding bidang kerja
lain..**bagi akulah** kehkeh~~~ yalah ramai kawan2 aku nak jadi cikgu..
huh!!tolong lah…. Aku memang xminat nak jadi cikgu…**time belajar bolehlah
pilih2 kerjaya kan..kehkeh!!!... tapi ayah suruh aku jadi cikgu..terjamin
katanya…**tapi jiwa muda memberontak..memanglah terjamin tapi kalau xde
minat..xde kepuasan dalam hidup lah..cewah2…
Dari tingkatan 1 hingga tingkatan
6..aku bawak cita2 aku nak jadi wartawan… hinggakan boring UPU dari no 1 hingga 7 aku
penuhkan dengan Kursus Komunikasi.. no 8 aku letak jugak kursus
pendidikan..atas permintaan ayah nak aku jadi cikgu… last2 dapat panggilan dari
UUM Kursus Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian…. Sebelah kaki je
lagi nak gapai cita2….Alhamdulilah…!!!!
Eh..eh..Naniey jadi wartawan ke
sekarang???
Hahahahahahaha…memang tak lah
kan.. boleh pulak dah belajar bidang komunikasi separuh jalan..tiba2 semangat
jadi down… dah belajar teori..dah buat assignment… dah intebiu orang tu..dah
intebiu orang ni.. praktis cari bahan berita… eh..eh..tetiba rasa macam
xsanggup je nak jadi wartawan… sebab satu je.. aku ni jenis dari dulu sampai
sekarang malas nak entertain orang, malas nak melayan orang..faham x?? tapi aku
habiskan jugak belajar..dan grad dengan kelas kedua atas... alhamdulilah..tak
payah cerita nak dapat 1st Class lah kan kalau dah esok final
exam..malam tu sempat lagi layan CD cite korea kan!!kehkeh!!
Sekarang naniey kerja apa??
Sekarang aku bukan wartawan..aku
bukan cikgu..jauh lah nak jadi pensyarah… sekarang kerja eksekutif biasa di
syarikat swasta…gaji xdelah smpai ribu riban rebut tapi lepas lah nak sara “boyfren”..kehkeh…
alhamdulilah dengan rezeki yang di kurniakan oleh-Nya…
Haaa itulah kisah mengenai
cita-cita… yang aku boleh klasifikasikan tentang kerja aku nie adalah “rezeki”
bukan sebab cita2..minat..or imiginasi…
Yang aku suka kerja sekarang
ialah aku boleh cari kerja lain sekiranya dah boring dengan kerja sekarang neh…
xterikat dengan kontrak… so kurang stress… yang masalahnya nak cari yang lain
tu yang HAZAB!!! Haha……
Bertuah dan aku bagi tabik hormat
bagi kepada kawan2 yang berjaya mencapai cita2 yang diidamkan sekarang… yang
xberjaya xpelah..rezeki ada di mana2..bumi Allah luas… yang penting USAHA!!!
Ok..dah..nak sambung buat report
neh… babai!!!!!!!!!.
No comments:
Post a Comment
terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!