Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday 30 November 2013

PERKEMBANGAN REBONDING RAMBUT!!!

Assalamualaikum....

Ramai yang cakap kalau buat rebonding, rambut akan cepat rosak.. membazir sebab tak tahan lama.. acatually ianya bergantung jugak kepada salon mana yang anda pilih untuk buat rebonding rambut anda. Jika salon tersebut menggunakan ubat yang bagus dan berkualiti, rambut anda akan lurus sehinggalah rambut baru anda tumbuh.. maknanya selagi anda xpotong rambut selepas rebonding..memang kesan rebonding akan ada..xkan hilang seperti yang didakwa..

selain itu juga, penjagaan yang betul amat penting bagi mengekalkan hasil rebonding pada rambut.. contohnya tidak membasuh rambut selama 3 atau 4 hari setelah membuat rebonding.. katanya supaya ubat yang digunakan, betul2 meresap ke akar rambut.. kalau basuh rambut jugak.. ubat xsempat meresap dan kesan rebonding akan cepat hilang...

Kenapa tetiba aku bercerita pasal rebonding rambut neh kan... ???



Entry aku neh khas pada pembaca yang ada bertanyakan kepada aku apa kesan rambut yang aku buat rebonding pada bulan februari yang lepas, harganya berapa dan buat kat mana....

Kalau ada baca entry aku yang lepas.. ada aku buat entry pasal aku rebonding rambut... salon yang aku pergi tu kat Kelantan.. harga cuma RM160.00..tu pon sebab rambut aku jenis panjang dan lebat... *harga rebonding rambut memang bergantung kepada jenis rambut.. kalau anda jenis rambut halus dan nipis..mayb lagi murah kot...

salon aku pergi tu memang khas untuk wanita jelah... pendandan pon wanita.. buat di dalam bilik yang terselindung dari pandangan umum..so aurat memang terjagalah...

Sehingga sekarang kesan rebonding masih ada lagi sebab aku xpernah potong rambut selepas tu dan aku ikut je nasihat akak yang buat rambut aku neh... dia nasihatkan agar aku jarang ikat rambut guna getah rambut.. cukup sekadar sepit..paling bagus biarkan terurai cam tu..tapi rimaslah kan... lagi satu aku neh bertudung.. terpaksalah ikatkan supaya anak2 rambut tak terkeluar dari tudung.. tapi x lama pon..balik kerja aku terus biarkan rambut aku terurai cam tu je... satu lagi aku selalu guna serum rambut supaya rambut kelihatan berkilat dan tidak kering...

Walaupun begitu, maybe kesilapan akak tu masa buat rebonding kot.. dia iron rambut sebelah kiri aku xkemas.. eh bukan xkemas tapi x rapat sampai pangkal rambut.. so bila rambut panjang sikit nampak seolah2 rambut aku patah kat situ...memang cacat jugaklah rambut aku sikit.. tapi xpelah..benda nak jadi kan..

oklah entry ni di harap menjawab persoalan salah seorang pembaca yang bertanyakan kesan rebonding yang aku buat dulu tu yaa... kesimpulannya... kalau xpandai jaga, memang rambut rebonding akan rosak... xtahan lama dan pelbagai lagi masalah rambut.

oklah last entry untuk hari nie.. nagntuk dah ni..okbai!!!!

5 comments:

  1. pernah juga buat rebonding dulu (tahun 2010).. alhamdulillah sehingga kini masih lurus pada bahagian rambut yang diluruskan tu.. bahagian atas je yang tumbuh kerinting balik..

    ReplyDelete
  2. @mizz Aiza - bahagian atas memang akan tumbuh rambut asal.. saya pon cam tu jugak...hiiii

    @msredcheesecake - kalau rambut ok, lurus cantik, tayah buat rebonding pon xpe..hiii

    ReplyDelete
  3. kalau dah rebonding mmg kene jaga rambut betul2.. pernah juga buat sendiri gune iron dye.. beli sendiri.. hehe...

    ReplyDelete
  4. Naniey buat rebonding kt kelantan tu salon nama apa ye?

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!