Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 12 November 2013

PANTAI MORIB

Assalamualaikum...

Dah hampir 2 tahun dah aku duk Sepang.. baru nie 1st time sampai kat Pantai di area Sepang (lebih dekat dengan Banting) iaitu Pantai Morib... dalam fikiran tertanya2 ada ke Pantai kat Selangor neh... kan Selangor kan duk tengah2 dalam Malaysia.. lain lah kalau negeri yang ada pesisir Pantai Macam Kelantan, Pahang, Terengganu, Pinang, dll kan... Rupanya Selangor pon ada... hihihi


Selain dari Pantai Morib, satu lagi Pantai yang agak ekslusif dengan hotel dan chaletnya..iaitu Sepang Goald Coast.. tu pon aku xjejak lagi..coming soon lah... 



Aku jejak kaki ke Pantai Morid ni just berdua dengan suami pada Hari Raya Haji... boring kot raya haji terperap kat rumah jer.. so keluar jalan2 ambik angin pantai... kalau balik kg boleh jugak tengok lembu di korbankan... tapi xde rezeki nak balik kg..kerja punya pasal...


Pantai Morib nie ada dua bahagian..satu tempat mandi manda...dan satu lagi tempat makan..rehat2 dan bermain layang2... 

 Memang amat sesuai untuk beriadah dan makan angin bersama keluarga... anak2 kecik mesti suka datang sini.. terlompat2 tengok orang main layang2 nanti...


Meh nak bagi info sikit pasal Pantai Morib yang aku mintak tolong dari En. Google untuk dapatkan maklumat.. bacalah yaaa... 

Pantai Morib terletak di negeri Selangor, menghadap Selat Melaka. Bandar terdekat ialah Bandar Banting yang jaraknya sekitar 15 km. Pantai Morib merupakan salah satu daya tarikan pelancong dan kunjungan orang ramai pada hari cuti dan hujung minggu.

Cara ke sana

Daya Tarikan

Pantai Morib merupakan tempat istirehat yang sesuai. Terdapat hotel, padang golf, rumah rehat dan kemudahan asas yang lain. Pengangkutan awam juga senang didapati kerana ia terletak berhampiran rangkaian jalan raya Bandar KlangBantingSepang dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Pengangkutan awam seperti bas dan teksi dapat diperolehi di Bandar Banting. Gerai-gerai makanan terdapat di sini. Bagi mereka yang gemar akan perkhemahan, anda boleh berbuat demikian di sini.

Di samping Pantai Morib tempat sekitar juga baik untuk dilawati seperti kawasan perkampungan iaitu Kampung Kancung Darat tempat lahir anak-anak Dato' Haji Sidek jaguhbadminton Negara Malaysia.

Dah plan dengan En.Somi dah..sebelum pindah KL nak terjah Sepang Gold Coast dulu.. baru puas hati...kalau orang tanya "dulu duk Sepang, pergi tak kat Pantai Gold Coast"... then pastinya dengan bangga aku akan cakap.."sudah, dekat jer dengan rumah, takkan xpergi kot..."hahahha... babai...

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!