Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 18 February 2016

2 kerja dalam 1 masa : Pandai-Pandailah bahagi masa!!!

Assalamualaikum...

Selamat pagi....

Mengatur satu langkah ke hadapan untuk keluar dari zon selesa amatlah sesuatu yang positif . Namun jika langkah ke depan kita itu , memberi kesan yang tidak elok atas apa yang kita lakukan sekarang ini, so kita perlu nilai balik sejauhmana kemampuan diri kita..betul tak?? Jangan nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran... 

Keadaan ekonomi yang seakan membunuh rakyat sekarang ini memang mendorong rakyat tak kira usia, bangsa dan negara mencari inisiatif kedua dan ketiga untuk menambah pendapatan keluarga. Ditambah lagi kalau anak bersekolah, langsung tak boleh bersenang lenang, goyang kaki di rumah.. mesti ada side income... kalau yang dah memang keluarga kaya raya..tak perlu fikir kot... hiiiii...

Kita amat kagum dengan wanita bergelar isteri...yang mempunyai anak....yang berkerja dan pada masa yang sama turut menjalankan perniagaan online ataupun apajua perniagaan yang boleh menambah pendapatan. Begitu kuat dan tabah wanita yang seperti ini. Kalau kita tak tahu lah macam mana nak bahagi masa... !!!
ihsan en.google

Memang tidak mudah untuk menjalankan semua kerja dalam satu masa, sekiranya kita boleh buat tanpa mendatangkan kesan yang tak elok pada sisi lain, teruskan.... tapi jika ianya menyebabkan prestasi kerja merosot, selalu datang kerja lambat, selalu tidur di tempat kerja... atas alasan penat kerana tidur lambat untuk menyiapkan tempahan, awak rasa betul ke cara awak tu? Kalau sekali dua rasanya boleh bertolak ansur, tapi kalau dah hampir hari-hari berlaku perkara sama.. kita simpulkan awak tak mampu untuk buat 2 kerja dalam satu masa... cuba fokuskan pada perkara yang menjadi keutamaan... ataupun bijaklah dalam bahagi masa.. contohnya mengambil tempahan pada hujung minggu sahaja... pada hari kerja..kerja macam biasa di siang hari, malam fokuskan kepada anak... Ini tak, semuanya awak langgar nak buat dalam satu masa... mana boleh begitu sayang....!!!

Oklah, itu sahajalah cetusan rasa untuk hari ini... entry ini tidak ditujukan kepada sesiapa.. hanya sekadar pendapat kita...tak salah kalau kita nak menyahut seruan menteri untuk buat 2 kerja dalam suatu masa...tapi biarlah mengikut kemampuan diri.... jangan sebab nak cari income lebih.. anak-anak terabai dan pekerjaan tetap merosot... hiiii.... 

okbaiiiii.....




Tuesday 16 February 2016

KEEP CALM and its just 30th!!

Assalamualaikum....


Syukur alhamdulilah.. 13/02/2016, genap usia kita 30 tahun bernafas di muka bumi Allah s.w.t...

Secara ironinya, banyak lagi perkara yang masih belum dicapai pada usia ini, yang betul2 mengikut matlamat adalah kawin..haha.. memang dari sekolah lagi target nak kawen sebelum cecah angka 30... gatal tak kita..sekolah lagi dah fikir pasal kawen...haha... 

Kalau nak ikutkan hati adalah sedikit perasaan kecewa... tapi tetap juga bersyukur kerana diberikan kehidupan sederhana... nak buat macam mana dah memang ketentuan dariNya begitu..acecece.. walhal usaha sendiri taklah gah sangat pon...macamana nak tercapat semua yang diimpikan, hihihi... 

BTW terima kasih kepada yang semua yang bagi ucapan hari lahir samada melalui bersemuka, whatsapp, facebook, instagram, wechat... haaa semua jenis media sosial lah kecuali twitter... sebab kita tak reti nak layan benda tu.. akaun ada tapi tak aktif pon...sekadar daftar akaun je.. nanti kalau orang tanya ada twitter tak... dengan bangga boleh jawab - ADA- akekeke


Wajah 30-an..hahaha

Okbabaiiii....






Friday 12 February 2016

Reunion di Port Dickson!!

Assalamualaikum...

hi holiday mode is still on??

Kita??

Yes...

Memang malas sangat nak mulakan kerja, tapi nak buat macam mana.. sudah tanggungjawab kan..so kena datang kerja jugak.. selesaikan mana kerja yang tertunggak... macam pekerja berwibawa je kan.. walhal...hahaha...malas nak cakap...

Cuti minggu lepas kita tak balik kampung... ada kawan cakap "macam pelik pulak rasanya Naniey tak balik kg kali ini, biasanya pantang cuti lama..mesti berdesup balik kampung.."hihi... kita bagi alasan sebab hujung tahun, masa perayaan krismas kita dah balik kg lama,,, so kali ini bagi peluang pada orang lain pula untuk balik kampung, kita tak payah nak tambahkan kesesakan jalan raya... hihi...

Walhal sebenarnya kita dah janji dengan kawan nak dating di Port Dickson.. teman masa belajar UUM... memang kawan baik... disebabkan jarak yang memisahkan kami.. so susah nak jumpa selalu.. tambahan lagi masing2 dah ada komitmen dengan kerja dan keluarga.. yang jadi penghubung yang mengekalkan persabahatan kami adalah media sosial... haaa ada guna jugak kan media sosial ni...hiii..

Sunday 7 February 2016

selamat bercuti!!

Assalamualaikum....

Dah sampai kampung halaman ke yang mana pulang bercuti tu... alhamdulilah bagi  yang selamat sampai.... mana yang dalam perjalanan tu.. bawak kereta hati2 ya.... jangan memotong sesuka hati..biar lambat asal selamat... sekian pesanan penaja tuan tanah Blog Naniey....!!

Cuti panjang kali ini kita tak balik kg pun... sebabnya cuti krimas hari tu dah balik... so bagi lah orang lain pulak bercuti... kita takyah nak tambahkan kesesakan jalan raya duk diam2 kat rumah je.... kalau boring kita pusing2 KL... katanya musim perayaan mcm ni jalan raya di KL agak lenggang... nk menari berjoget pon boleh... akeke...

oklah..selamat bercuti utk semua... dan juga Selamat Tahun Baru Cina bagi seluruh rakyat Malaysia yang menyambutnya...

Babaiiii

Thursday 4 February 2016

TIBA2 RINDU UUM bila tonton drama INIKAH CINTA di TV3

Assalamualaikum...

Jumaat lepas tertengok drama Inikah Cinta di TV3, tetiba teringat memori semasa belajar di UUM 7 8 tahun lepas... haaa gitu, dah lama rupanya kita ni graduate eh.. baru lagi rasanya berebut naik bas nak ke kuliah, jalan kaki di taman rusa waktu petang.. hujung minggu ada kelas ko-k... berdiri depan kawan2 sambil fefeling pengacara TV.. dah kata kelas Pengucapan Awam kan... haha... pastu baru sebaris cakap dah kena cut..sebab gaya penyampaian tak betul... dah tu sipu2 malu kat depan tu..haha..

70% penggambaran drama  ini dilakukan di UUM. Waktu siarannya adalah pada hari jumaat, sabtu dan ahad jam 6.58pm... sebenarnya kita bukanlah teruja sangat nak tengok drama ni, tambah2 lagi cerita cinta dikampus, zaman ni dah berlalu dah bagi kita.. yang masih bergelar student mayb sedikit teruja la, sebab lebih dekat dengan real life mereka... tapi kita tengok drama ni sebab lebih teruja nak tengok lokasi penggambaran. Rindu UUM lah katakan.. setiap juru lokasi kita perhati.. ada yang kita masih kenal..dan ada yang xberapa nak cam... dah banyak dah perubahannya..... 


Nampak gayanya kena ajak x-coursemate buat reunion kat sanalah.. boleh kenali balik tempat kutip ilmu.. kutip pengalaman jauh dari family.. belajar berdikari... dan banyak lagi pengalaman yang berharga yang diperolehi sepanjang 3 tahun bergelar warga UUM.   

Okes... tak sabar nak tunggu episod seterusnya... mesti akan keluar banyak lagi tempat menarik di setiap segenap ceruk UUM, IPTA yang pernah mendapat anugerah landskap terbaik itu.


PAKAIAN DINNER MUSLIMAH

Assalamualaikum...

Perkembangan fesyen muslimah dinegara kita pada ketika ini amat positif. Ianya dapat dilihat dengan kewujudan butik-butik pakaian muslimah samaada secara online ataupun offline, dan kebanyakkannya diusahakan oleh usahawan muda. Persaingan yang hebat mendorong pengusaha butik harus lebih kreatif dalam menghasilkan pelbagai jenis jubah yang lebih moden dan trendy. Fesyen muslimah juga direka supaya bersesuaian dengan majlis yang dihadari oleh si pemakainya. 

Kini, pakaian muslimah, lebih2 lagi  jubah bukan lagi dipakai untuk hadiri program keagamaan semata-mata. Dengan rekaan yang trendy dan sophisticated... pemakaiannya sudah semakin meluas.. Ramai yang sudah berani mengenakan jubah untuk ke tempat kerja, hadiri sebarang majlis perkahwinan atau pertunangan dan juga acara makan malam...


Yes makan malam... dengan adanya jubah moden, sekarang kita dah tak pening dah nak pilih pakaian setiap kali ada jemputan makan malam. Bukan apa, setiap kali ada jemputan makan malam, perkara utama yang dipikirnya adalah baju.. hehe... 
    



Pakaian Dinner Muslimah yang semakin popular dalam pasaran adalah sememangnya yang mempunyai rekaan yang lebih moden dan bergaya. Ianya merupakan pilihan yang sangat popular terutamanya dalam kalangan wanita berhijab yang urban. Selain daripada kelihatan bergaya, ianya lebih sopan dan menutup aurat. Dengan adanya rekaan yang moden dan bergaya ini, bukan alasan untuk kita larikan diri dari berfesyen. 

Mana nak cari pakaian muslimah yang cantik-cantik seperti ini??

Jika ada masa terluang tu apakata ringankan tangan untuk usya koleksi pakaian muslimah di butik online zalora. Pelbagai jenis pakain muslimah yang sesuai digayakan untuk pelbagai acara. Harganya pon murah..mampu milik orang kata.  Jom intai pakaian dinner muslimah yang cantik dan bergaya. 









Kepada yang masih pening dalam fesyen muslimah, boleh usya di butik online zalora ya untuk dapatkan banyak pilihan baju muslimah yang cantik, menarik dan memangnya akan tertarik, Boleh pilih sampai puas hati..tambah pula harganya murah dan InsyaAllah mampu milik dan yang paling penting awak semua tidak akan ketinggalan dalam perkembangan dunia fesyen muslimah. 

Fesyen adalah sebuah industri yang mempunyai sifat yang cukup dinamik. Betapa uniknya fashion industry ini kerana ia sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Apa yang popular pada hari ini mungkin akan menjadi trend yang lapuk dan tidak digayakan lagi kerana sudah ketinggalan pada hari esok. Dengan kata yang lebih mudah, pengisian dalam setiap koleksi fesyen itu bergantung kepada trend yang sedang popular dalam pasaran.