Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday 12 February 2016

Reunion di Port Dickson!!

Assalamualaikum...

hi holiday mode is still on??

Kita??

Yes...

Memang malas sangat nak mulakan kerja, tapi nak buat macam mana.. sudah tanggungjawab kan..so kena datang kerja jugak.. selesaikan mana kerja yang tertunggak... macam pekerja berwibawa je kan.. walhal...hahaha...malas nak cakap...

Cuti minggu lepas kita tak balik kampung... ada kawan cakap "macam pelik pulak rasanya Naniey tak balik kg kali ini, biasanya pantang cuti lama..mesti berdesup balik kampung.."hihi... kita bagi alasan sebab hujung tahun, masa perayaan krismas kita dah balik kg lama,,, so kali ini bagi peluang pada orang lain pula untuk balik kampung, kita tak payah nak tambahkan kesesakan jalan raya... hihi...

Walhal sebenarnya kita dah janji dengan kawan nak dating di Port Dickson.. teman masa belajar UUM... memang kawan baik... disebabkan jarak yang memisahkan kami.. so susah nak jumpa selalu.. tambahan lagi masing2 dah ada komitmen dengan kerja dan keluarga.. yang jadi penghubung yang mengekalkan persabahatan kami adalah media sosial... haaa ada guna jugak kan media sosial ni...hiii..


Kami seramai 3 orang ditambah dengan pasangan masing2..jadi 6 orang menginap di hotel Admiral Avillion Cove yang ditempah last minit di booking.com... mujur masih ada kekosongan..kalau tak bermalam tepi pantai...dalam khemah lah kami... *mmm best jugak tu... hiiiii...

Lobi hotel... 
Kemudahan dalam bilik hotel.





Aktiviti di Port Dickson??

mandi laut..mandi kolam... makan..tidur... !!

itu je??

Yaaa...itu je...

Itu sahaja yang mampu dilakukan sebab umat manusia bersusun di PD tu... nak bergerak situ sini memang payah... keluar je hotel terus jem.. nasib baik hotel yang kita tempah dekat dengan pantai dan ada kolam renang... boleh dikatakan masa kami banyak dihabiskan di sekitar hotel sahaja. Kalau keluar pun untuk makan malam... cerita pasal makan dah satu hal.. dari nak makan tengahari hingga makan malam... memang sedikit menyulitkan... padahnya kalau nak berseronok-seronok masa musim perayaan..hihi...

 mandi laut
 lepak-lepak borak -borak

mandi kolam

Kita sampai di Port Dickson lebih kurang jam 12.00 tengah hari... masa sampai tu memang dah ramai umat manusia..jalan pun jem... perut pulak duk dendang lagu zapin... laparrrr..minta di isi... suami kita pun parking lah ketera dekat petronas area Teluk Kemang... berjalan kaki lah kita nak cari kedai makan... tidak dinafikan kedai makan memang banyak kat sana.. tapi entahlah......

Kita masuk satu restoren ni, lepas cari meja kosong..kami duduk... datanglah pekerja ambil pesanan untuk air sahaja.. kita oder 2 milo ais... makan tengahari memang dihidangkan nasi campur sahaja... masakan panas sebelah malam.. so konsepnya layan diri ...ok faham..faham... lepas order air, kita pergi jenguk lauk pauk yang ada.... tetiba rasa nak naik hangin... dah lah perut lapar... boleh pulak lauk ada 2 jenis je.. ikan asam pedas (yang isinya ada 2 3 ketul sahaja) dan daging gulai kawah..lepas tu adalah ulam2 yang layu bak teratai layu ditasik madu... hahaha... adehhh la... jam 12 kot..takkan tu je lauknya... restoren pulak tu..bukan kedai jalanan...

Pergi balik tempat meja tadi, tunjuk muncong kat suami... nak keluar terus cari kedai lain kan kita dah order air.. tunggu hampir 10 minit, pelayan datang bagitau milo dah habis... eh eh eh... makin panjang pulak mulut kita muncong... tapi masih lagi boleh bersabar... malas nak fikir panjang kita terus cakap nak air suam..hiiiiii...lepas minum seteguk suami pergi bayar dan kita terus keluar... sakit hati sangatttt....

Tak habis lagi pasal makan... kali ini untuk makan malam pula... 2 kedai kami pergi..dua2 full house... ramainya orang... restoren yang ketiga baru dapat meja.. meja last tau..kalau kita lambat seminit.. dapat kat orang lain... terpaksalah cari kedai lain..haha... siap ambik pesanan, kami borak2 jelah... dalam duk sembang tu, ada cajap dengan kawan2... pesanan kita confirm lambat ni.. tengok semua meja masih lagi kosong... hahaha... dan jangkaan itu tepat.. hampir sejam lebih menunggu baru sampai tomyam & telur dadar.. dan terpaksa tunggu 15 minit lagi untuk menu yang lain.. nasib baik masakannya sedap... boleh cover balik segala kekurangan... 



Haaa inilah kami,..

Hari kedua..lepas mandi kolam..terus check out... ingat nak pergi melawat rumah terbalik.. tapi sepanjang jalan jem.. dah sah2 orang ramai...mesti beratur panjang nak beli tiket..en.suami kata lain kali lah kita datang.. lagipun suami  nak bertolak pulang awal..takut jalan jem..yalah, hari itu adalah hari terakhir cuti, ramai dah mula pulang dari bercuti.. esok tu dah kerja... so just say bye..bye kat kawan melalui whatsapp je... lepas dari tu bawa haluan masing2.. nasib baik semalam dah banyak borak2... hahaha... 

Pesanan saya..tolonglah jangan gedik nak datang sini masa cuti perayaan... hahaha.... 

Okbaiiiii......

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!