Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 4 February 2016

TIBA2 RINDU UUM bila tonton drama INIKAH CINTA di TV3

Assalamualaikum...

Jumaat lepas tertengok drama Inikah Cinta di TV3, tetiba teringat memori semasa belajar di UUM 7 8 tahun lepas... haaa gitu, dah lama rupanya kita ni graduate eh.. baru lagi rasanya berebut naik bas nak ke kuliah, jalan kaki di taman rusa waktu petang.. hujung minggu ada kelas ko-k... berdiri depan kawan2 sambil fefeling pengacara TV.. dah kata kelas Pengucapan Awam kan... haha... pastu baru sebaris cakap dah kena cut..sebab gaya penyampaian tak betul... dah tu sipu2 malu kat depan tu..haha..

70% penggambaran drama  ini dilakukan di UUM. Waktu siarannya adalah pada hari jumaat, sabtu dan ahad jam 6.58pm... sebenarnya kita bukanlah teruja sangat nak tengok drama ni, tambah2 lagi cerita cinta dikampus, zaman ni dah berlalu dah bagi kita.. yang masih bergelar student mayb sedikit teruja la, sebab lebih dekat dengan real life mereka... tapi kita tengok drama ni sebab lebih teruja nak tengok lokasi penggambaran. Rindu UUM lah katakan.. setiap juru lokasi kita perhati.. ada yang kita masih kenal..dan ada yang xberapa nak cam... dah banyak dah perubahannya..... 


Nampak gayanya kena ajak x-coursemate buat reunion kat sanalah.. boleh kenali balik tempat kutip ilmu.. kutip pengalaman jauh dari family.. belajar berdikari... dan banyak lagi pengalaman yang berharga yang diperolehi sepanjang 3 tahun bergelar warga UUM.   

Okes... tak sabar nak tunggu episod seterusnya... mesti akan keluar banyak lagi tempat menarik di setiap segenap ceruk UUM, IPTA yang pernah mendapat anugerah landskap terbaik itu.


No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!