Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday 28 February 2014

"FIRST GIVEAWAY by CHE DYLA"


Assalamualaikum..

Mood nak bersegmen dah datang...

Jom ramai2 join GA neh yaa...

Hadiah best2...

 http://hello-dylavella.blogspot.com/2014/01/first-giveaway-by-che-dyla.html

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Untuk keterangan lanjut berkenaan syarat2 yang telah ditetapkan dan juga untuk mengetahui hadiah yang di tawarkan..sila kunjungi blog penganjur ya.. http://hello-dylavella.blogspot.com/2014/01/first-giveaway-by-che-dyla.html

Tarikh Tamat : 1 Mac 2014..

                                                                 Good Luck Semua

REZEKI dan SYUKUR!!

Assalamualaikum...

Kehidupan manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang telah dimiliki. Sering sahaja merungut baik yang kaya, apatah lagi yang miskin. Golongan kaya, mahu lagi kaya.. masuk tender projek berjuta-juta.. sanggup bagi rasuah untuk dapatkan sesuatu projek..halal haram sudah tidak dipedulikan, yang penting syarikat mendapat keuntungan berbilion ringgit. Walaupun begitu rezekinya tetap murah walaupun kedang2 terpaksa meggunakan jalan yang bengkok..

Bagaimana pula yang bekerja bertungkus lumus, mencari rezeki halal..pagi dan malam tetapi masih lagi tidak mencukupi untuk menanggung diri sendiri apatah lagi anak isteri. Di manakah silapnya.. Orang kata Usaha tangga kejayaan tapi setelah berusaha siang malam..tapi masih lagi makan pagi kais pagi...kais petang makan petang.. Kenapa rezeki itu susah untuk menjadi miliknya sedangkan sudah berusaha.. 

Sebenarnya cukup atau tidak rezeki yang diberikan bukanlah bergantung kepada jumlah rezeki yang diperolehinya tapi cara kita untuk menguruskannya...Dalam dunia ini tidak semua bergaji ribu riban.. malah yang bergaji ribu riban itu belum tentu mencukupi sekiranya salah menguruskannya.. 

Pada hari ini, sepatutnya sudah tiada golongan yang merempat dan mengemis..dengan kemajuan negara peluang pekerjaan sentiasa ada dan pintu rezeki sentiasa terbuka luas.. pendatang asing boleh hidup mewah di negara kita..masakan kita warga tempatan hidup merempat di negara sendiri... lakukanlah apa jua pekerjaan yang halal walaupun ganjarannya sedikit....golongan yang mendapat upah seharian dalam lingkungan RM20 sehari pun ada.. tapi masih lagi mampu untuk meneruskan kehidupan. Alhamdulilah...Mungkin ada yang anggap dengan RM20 sehari, apa saja yang boleh di beli?? Namun bersyukurlah, walaupun kecil itulah rezeki.. jangan merungut..rezeki datang dari Allah s.w.t.. siapa tahu esok lusa rezeki akan berganda..yang penting teruskan berusaha.. 

Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK :

1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh

Nota: Rezeki bkn sahaja dalam bentuk wang, tp kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain.

Ada juga yg berbuat kemungkaran tetapi tetap memperoleh rezeki yg melimpah ruah. Tp ketahuilah itu nikmat yg plg azab di kemudian hari dan ia dipanggil 'istidraj'. {Istighfar} - sumber : facebook Tanyalah Ustaz



Wednesday 26 February 2014

MENANG TOP UP RM10. TERIMA KASIH BLOG MISS ANIS dan BLOG MIEYA ATIERA


Assalamualaikum...

Hari ini dah dapat  hadiah berupa topup RM10.00 yang di menangi dari Segmen EXCLUSIVE GIVEAWAY BY MIEYA ATIERA.. yaeayyy dapat topup free..alhamdulilah..

Hadiah Topup RM 10.00 ini merupakan hadiah dari sponser partner segmen GA ini iaitu Miss Anis.. Terima Kasih ya Anis..lain kali jadi sponser lagi yaa.. 

Kebetulan hari ini kredit akan expired..  after office hour ingat nanti nak top up.. tup2 dapat topup percuma petang ni.. alhamdulilah.. 

Terima Kasih kepada Penganjur dan Miss Anis sebagai Sponser Partner yaa.. 

Kepada kawan2 semua..Kalau free nanti jom singgah ke blog Penganjur dan blog sponser ini yaa...

v
v
v
v
v
v

dalam pada itu..blog aku neh masih lagi dalam ke"sengal"lan...






Dari pagi aku post entry ni iaitu jam 11.29 pagi.. tup2 baru 3 minit nie keluar kat feed..

Tension yang amat..

Entry aku yang aku post skg ni tak tahu bila akan update kat feed... tunggu jelah eh..haiyoooo

WW: MUHASABAH DIRI!!






Tuesday 25 February 2014

CINTA MONYET

Assalamualaikum...

Strees jugak dengan feed yang lambat update neh.. tapi malas nak fikir..dah macam2 cara aku buat.. tetap sama.. post entry pagi..petang baru keluar di feed... kalau tak pun..keesokkan hari baru ada.. sadis tak?? tapi tak mengapalah..malas nak layan..kembali pada tujuan asal berblogging..untuk hilangkan boring.. ada isi dalam otak, luah dalam blog..nak luah kat facebook takut orang boring, asyik aku je yang update status.. status pulak panjang lebar macam cerita 26 episod..hihi..sebab tu bukak akaun blog... segala yang bermain di fikiran diluahkan dalam blog...bila sedih..suka..gembira..tulis dalam blog... itu sahaja niat berblogging.. bukan nak kejar rating ke apa ke... ayat macam pasrah je kan..hehe

Tetiba kali ini nak cerita pasal budak-budak sekolah.. CINTA MONYET...


Hari tu aku ada pusing2 dekat rumah sewa aku dulu.. saja boring, keluar jalan2 sambil beli makanan..kat Bukit Jalil tak ada kedai makan..terpaksa ke Sg. Besi.. dalam perjalanan nak balik tu, aku lalu depan flat aku menyewa dulu.. then ternampak dua orang anak muda tengah dating.. pakai baju sekolah.. aku rasa pasangan kekasih.. ehemm..ehemmm..cinta monyet lah tu.. 

Aku tahu ramai yang pandang serong pada budak-budak sekolah yang bercinta...tapi aku tak salahkan mereka.. sebagai seorang dewasa yang pernah mengalami alam remaja, agak faham jugalah perasaan budak2 sekolah yang bercinta itu..akeke... 

Tidak dinafikan hubungan tersebut banyak buruk dari baiknya...namun, jika hubungan itu berlangsung dengan betul, pandai jaga batasan, tidak mengabaikan pelajaran, hubungan tersebut tidak patut di halang sebab bagi aku perasaan suka kat seseorang adalah fitrah manusia, tambah2 lagi bagi yang baru nak kenal dunia remaja...tapi aku tidaklah menggalakkan pulak yaa... hiii

Tapi satu jelah aku nak pesan pada adik2 yang terlibat dengan cinta monyet neh.. bercinta zaman sekolah memang best.. si pujaan hati di depan mata.. yang jadi risikonya apabila adik2 berpeluang melanjutkan pelajaran di IPT.. mesti masih ramai lagi lelaki ataupun perempuan yang akan adik2 temui yang lagi hebat dari pujaan hati itu.. masa tu mesti ada yang akan frust tertunggeng..hehe... lagi malang kalau salah seorang tak berpeluang untuk sambung pelajaran.. dah ada sedikit perbezaan di situ... bila dah ada perbezaan, depan mata pulak ramai lagi yang boleh dipilih.. cinta monyet akan berakhir begitu jelah.. 

Namun begitu, ada juga cinta monyet kekal sehingga ke jinjang pelamin, sebab tu aku cakap tadi tak boleh nak pandang rendah pada budak2 sekolah yang bercinta neh... walaupun terpaksa berjauhan sebab menyambung pelajaran di IPT yang berasingan, jika kita setia, jujur, sabar, tabah... jodoh itu akan tetap jadi milik kita... 

Cewah, Naniey bercakap macam ada pengalaman yaa... hehehe.. 

Nak kata pengalaman itu tak lah jugak, sebab memang aku kenal En. Suami dari sekolah lagi.. masa di tingkatan 6, kami satu kelas.. tapi kami tak bercinta masa tu.. kami declare lepas tamat STPM.. haa gitu.. walaupun tak alami cinta monyet sendiri, kawan2 ramai yang alaminya.. kebanyakkannya tak kekal pun..  habis tempoh persekolahan, hubungan pon habis macam itu sahaja..hanya 2 3 orang sahaja yang kekal hingga khawin.. alhamdulilah.. 

Teringat pula zaman sekolah dulu, kalau kena tangkap dengan cikgu disiplin tengah dating, terus kena denda..dendanya adalah pasangan kekasih akan disandingkan di dalam dewan sambil disaksikan oleh semua cikgu sekolah..alahai malunya...

Tapi cinta monyet budak sekolah zaman skg membimbangkanlah... terlampau banyak kesan buruk... buat adik2 semua..kalau boleh elakkan lah yaa... jangan terjebak..jangan nak romeo dan juliet sangat zaman sekolah neh..pelajaran dan masa depan lagi penting!!lagipun cinta monyet zaman kita dulu tak ada telefon pintar..tak ada facebook..twitter..instagram.. malah handfon pun tak ada, bergayut tengah2 malam pun guna telefon rumah..cakap tak sampai 10 minit dah kena bebel dekat mak.... jumpa hanya di sekolah sahaja.. tapi zaman sekarang.. dah boleh skype..mms..chatting..whatsapp... dll lagi.. mudah terdedah kepada gelaja yang tidak sihat... 



AIR KENA CATU PUN SALAHKAN PEMIMPIN...

Assalamualaikum...

Pagi2 nie bila buka facebook ramai yang update status berkenaan dengan catuan air di Selangor. Ada juagak seolah2 salahkan MB Selangor sebab masalah ini... ada ke patut...??

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata melalui program itu kawasan yang terbabit akan mendapat bekalan air selama dua hari diikuti catuan bagi dua hari berikutnya.

"Menerusi program catuan ini, kita janji setiap pengguna akan dapat bekalan air cuma ia akan dicatu iaitu penyaluran bekalan air dilakukan selama dua hari dan dua hari (berikutnya) tiada air dan seterusnya. 
untuk berita sepenuhnya boleh baca di Sumber Bernama

Tapi aku bukan nak cerita pasal catuan air neh..tapi aku nak ceritakan berkenaan dengan pemikiran dan sikap manusia neh yang suka tuding jari ke arah sesetengah pihak lain sekiranya berlaku sesuatu bencana. 

Kemerosotan paras air sungai di Selangor disebabkan oleh kemarau yang teruk yan melanda negara sekarang telah menyebabkan beberapa paras sungai di negara ini merosot yang mengakibatkan kekurangan air.

 Tapi apa yang sedihnya ada pihak seakan-akan menyalahkan pemimpin di sesebuah negeri tersebut apabila terpaksa menghadapi masalah air. Contohnya kekurangan bekalan air telah menyebabkan negeri Selangor terpaksa buat catuan air, tetapi golongan tertentu neh boleh pulakkan nak salahkan Menteri Besar Selangor sebab terpaksa buat catuan air.. kononnya MB Selangor tak boleh nak "handle" masalah air neh.. "Come on" lah, ini kan dinamakan bencana, diluar kawalan manusia.. kalau letak PM pun yang memimpin Selangor, kalau dah nak kemarau, air tak ada jugak.. hadoii pening dengan orang macam nie... bencana pon nak kaitkan dengan politik... 



Monday 24 February 2014

MENDAPAT TAJAAN 1 JUTA DARI KEM.PELANCONGAN...TAHNIAH THE RED WORRIOR...


Assalamualaikum...

Bangga kejap bila TRW adalah pasukan bola sepak yang pertama yang menerima tajaan RM1 Juta dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk mempromosikan Malaysia di di luar negara. 



KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menaja pasukan bola sepak Kelantan ‘The Red Warriors’ (TRW) sebanyak RM1 juta bagi mengiklankan ‘Visit Malaysia’ pada jersi pemain bola sepak.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata arena sukan bola sepak negara diyakini sebagai medium berpotensi memajukan sektor pelancongan negara sekali gus menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014), yang mendorong kepada penajaan The Red Warriors.

Beliau berkata TRW dipilih kerana mempamerkan kecemerlangan dan kehebatan tersendiri dalam setiap perlawanan yang menjadikan pasukan itu terus kukuh dan bertahan dalam arena bola sepak negara.

“Kehadiran mereka (pemain) di negara luar untuk setiap perlawanan secara tidak langsung dapat mempromosikan TMM 2014 apabila ada ‘Visit Malaysia’ di jersi yang mereka pakai ini dan masuk dalam TV (televisyen).

“Iklan seperti ini penting untuk menjayakan pelancongan negara. Misalnya ada pemain yang jatuh, kamera akan ‘zoom’ dekat kepada pemain itu sekali gus orang ramai akan lihat ‘Visit Malaysia’ ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kelantan Fiesta 2014 dan melancarkan Jersey & Kiosk TRW di sini hari ini.

Mohamed Nazri yakin penajaan terhadap TRW akan membawa pulangan memuaskan.

“Apabila kita ‘sponsor’ TRW ini dengan nilai RM1 juta, bagi saya ia akan beri lebih banyak lagi pulangan yang lebih besar kepada kementerian.

“Contohnya kalau ada 40,000 orang menonton perlawanan bola sepak, kalau seorang penonton ini kita bagi nilai RM1 sudah jadi RM40,000.

Ini baru satu perlawanan. Kalau lima, enam perlawanan dah boleh jadi banyak,” katanya. – Bernama

www.sinarharian.com.my

YANG TERINDAH HANYA SEMENTARA

Assalamualaikum...

Hari ni masuk bab hiburan sikit!!

Semua orang dah tahu kan kes perceraian yang melanda penyanyi, pelakon, pengacara dan model popular Erra Fazira kan... tapi biarlah, semoga Erra terus tabah menghadapi liku2 kehidupan... 

Yang aku nak cerita neh bukan pasal perceraian itu, memang tak lah kan aku nak jadi Melodi nak ulas panjang isu itu. Aku cuma nak terbitkan rasa "respect" aku pada Erra Fazira neh... dari luaran nampak dia seorang yang tabah (dalaman aku tak tahu, hanya dia dan Allah s.w.t sahaja yang tahu)... sedikit pun tak terkeluar tentang masalah yang dihadapi sehingga meruntuhkan rumah tangga dia walaupun di asak oleh pelbagai soalan dari wartawan.

Kan bagus kalau semua orang macam tu.. tak perlu nak tuding jari antara satu sama lain..sebab masing2 tahu punca sebenar.. tak perlu nak kecoh sana sini..buat kenyataan itu ini di media..biarlah ianya menjadi rahsia peribadi.. tak guna bercerita buruk pada pihak lain.. sebab kita pernah berkonsi hidup dengan dia.. 3 kali Erra gagal dalam perhubungan dan tidak pernah sekali pun dia burukkan ataupun keluarkan kenyataan di media tentang masalah yang mereka hadapi. 

Pihak media pun janganlah nak jadi batu api sangat. tak perlu kot nak buat andaian macam2.. tuan punya badan pon tak komen apa2..

Peminat pun jangan nak buat andaian yang bukan2... siapalah kita nak "jugde" nasib yang menimpa orang kan.. 

Semoga Erra terus tabah... tahniah Erra..anda sememangnya berjaya meletakkan diri anda pada kelas tersendiri.. 


antara lagu Erra yang menjadi kegemaran aku dari dulu hingga kini adalah lagu ni..

YANG TERINDAH HANYA SEMENTARA... 

Setinggi seluas gunung dan lautan
Sejuta harapan dipertaruhkan
Beronak berliku jalan kulalui
Selagi berupaya kuteruskan

Alangkah sukarnya memadam bayangan masa silam
Di dalam keberanian terusik jua perasaan
Tiada hentinya memanjangkan doa
Semoga jiwa ini terus tabah

Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah sementara
Yang terpahat di dalam diri hanya kenangan dan nestapa

Tak rela kuturutkan hati
Menyesali apa yang terjadi
Andainya begitu suratan yang tertulis diazali

Biarlah walaupun kusepi
Sedih pedih dikhianati
Aku kan tetap terus mengorak langkah perjalanan ini

KHALWAT DI ALAM SIBER

Assalamualaikum....

Entry ini sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri..

Harian metro pernah terbitkan artikel berkenaan dengan isu ini pada tahun 2011 tapi semalam aku ada ternampak iklan Semanis Kurma yang akan berlangsung pada hari Khamis nie.. tajuknya adalah "Khalwat Alam Siber"... lebih kuranglah tajuknya tu, kalau silap mintak maaf..sebab tengok sekali imbas je... dah tu terasa yang tajuk tu agak menarik dan boleh di kongsikan di blog..ehehe...

Nabi SAW melarang khalwat. Kita semua tahu hadis yang terkenal menyatakan : “Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan dengan seorang wanita (bukan mahramnya) melainkan yang ketiganya adalah syaitan.” (at-Tirmidzi).

Penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata, wanita dan lelaki bukan mahram yang berbual berduaan biarpun di alam siber, melakukan perlakuan sama seperti berkhalwat kerana ia mengundang bisikan syaitan yang akhirnya akan menarik mereka melakukan perbuatan mungkar, termasuk curang pada suami atau isteri.

Beliau berkata, bisikan syaitan menjadikan seseorang itu merasakan sesuatu perkara itu begitu menyeronokkan hingga sanggup melakukan perkara mungkar termasuk meninggalkan suami, isteri atau anak-anak, sedangkan ia bakal menyesali perbuatannya kerana keseronokan berkenaan hanya bersifat sementara disebabkan ia berada dalam alam fantasi.

Alhamdulilah sehingga sekarang aku masih lagi dapat kawal obsesi aku terhadap laman sosial seperti facebook..instagram.. blog.. semuanya tidak mendatangkan masalah kepada keluarga aku sehingga kini.. dan InsyaAllah berharap Allah s.w.t melindungi aku dari melakukan kesilapan dalam siber pada masa akan datang..

Dalam hal ini, kita tidak boleh menyalahkan kemajuan teknologi semata-mata. Perkembangan dunia teknologi yang pesat amat berguna kepada kita untuk mencapai maklumat dengan cepat, namun salah guna teknologi yang akan menjurumus kita arah negatif.

Suami pula memang ambik tahu dalam segenap aktiviti aku di alam siber.. email dan password facebook aku dia ada..  dia selalu check inbox... nak skodeng aku chatting dengan siapalah kan..tapi aku tak kisahlah sebab aku tak buat salah pon, buat apa nak marah2.. email dan password dia pon aku ada.... apa yang aku post di blog dia akan tahu... kalau aku post gambar yang kurang menyenangkan dalam instagram, dia minta suruh delete... walaupun nampak seperti dikongkong namun aku tak kisah.. kalau suami tak bagi terus ber"online" lagi parah kan... dan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.. suami /isteri diluar sana perlu melakukan perkara yang sama..lakukan sedikit kawalan terhadap tindakan pasangan kita di alam maya.. jangan biarkan terlalu bebas. 

Bagi yang belum berkahwin pula, kawalan ibu bapalah yang penting..tapi agak sukar jugalah ibu bapa nak kawal..sebab dalam hal teknologi ini, aku percaya anak-anak lagi "advance" dari ibu bapa..hehe

sumber: harian metro



Friday 21 February 2014

GADIS PASIR MAS


Assalamualaikum...

Keratan akhbar ni dah lama... tapi tak apalah..aku nak masukkan dalam entry jugak..

sebab??


aku orang PASIR MAS!!!!hehehe

BANGGA kejap walaupun diri neh tak tergolong dalam golongan yang dimaksudkan dalam akhbar itu....

Harian Metro neh memamg suka keluarkan cerita bukan2 yang tak ada manfaat... 

Hakikatnya ramai yang cakap orang pasir mas ni "comey lote"..aku pon tak faham kenapa mereka berpendapat macam tu.. gadis jelita..cantik.. comel ada seluruh dunia.. tak semestinya kat Pasir Mas je...

Masa belajar dulu..kalau tanya asal mana..aku jawab Kelantan..Kelantan kat mana?? Pasir Mas... terus orang tu sambung.. ermmmm orang sana cantik2 kan... haihhh...

Dah kerja pon sama..

Bila pergi mana-mana aktiviti yang melibatkan orang yang baru kenal pon akan cakap macam tu...

MITOS apakah ini?? aku nak tahu jugak asal usul kenapa ramai masyarakat berpendapat seperti ini... 

Siapa2 ada pendapat tak tentang MITOS ini??kongsikan bersama yaa... 

3 TOKOH KORPORAT MELAYU TERSENARAI DALAM 10 INDIVIDU PALING KAYA DI MALAYSIA

Assalamualaikum

3 tokoh korporat Melayu tersenarai dalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia pada tahun ini.


Mokhzani, Azman antara 10 terkaya

Mereka ialah Naib Pengerusi Eksekutif SapuraKenchana Petroleum, Datuk Mokhzani Mahathir yang berada di tangga kesembilan dengan aset bernilai RM4.22 bilion dan pemilik Arab-Malaysia Corp, Tan Sri Azman Hashim di tempat ke-10 dengan aset RM4.11 bilion. 

Pengerusi Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary turut kekal dalam senarai 10 terkaya, tetapi jatuh satu tangga berbanding kedudukan kelima tahun lalu.

Kekayaan Syed Mokhtar meningkat RM4.43 bilion, lapor Malaysian Business dalam terbitan 16 Februari 2014.

Sumber: Berita Harian

SEMBELIT dan TIP UNTUK MENGATASINYA

Assalamualaikum

PERNAHKAH anda meneran hingga merah muka atau mengetap gigi manakala kaki bersilang sambil mengepit punggung ketika membuang air besar? Jika anda perlu berdepan dengan kesukaran setiap kali berada di tandas, ini bermakna anda mengalami sembelit kronik.

Disifatkan sebagai gejala dan bukan sejenis penyakit yang merbahaya, setiap individu pernah mengalami masalah ini. Sungguhpun begitu, masih ramai yang menganggap sembelit sebagai isu remeh dan berpendapat ia boleh diselesaikan dengan banyak meminum air.

Menurut Pakar Perunding Bedah Am dan Kolorektal, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Madya Dr. Ismail Sagap, sembelit ialah situasi apabila individu membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu dan keadaan itu berlarutan sehingga beberapa bulan.

“Seseorang itu juga boleh memiliki gejala sembelit jika lebih 40 peratus najis yang dikeluarkan adalah keras. Lazimnya, individu normal akan mengeluarkan 75 peratus najis lembut dan proses pembuangan lebih lancar tanpa perlu meneran dengan kuat.

MATANG SEIRING USIA

Assalamualaikum...

Abaikan entry aku yang tak ter'pulish' di feed itu.. yang penting aku tetap nak menulis..tidak dinafikan rating viewer merosot..yalah..orang tak sedar pun kewujudan entry terbaru aku..waaa sedih.. kejam..kejam!!!

Matang seiring usia..haaa itu tajuk entry pada hari ini.. post pagi ni..tak tahu bila akan publish di feed.. ok banyak bersabar ya Naniey... entry kali ini bukan nak tujukan pada sesiapa..sekadar peringatan untuk diri sendiri...luahan hati..luahan rasa..luahan akal yang berfikir waras..luahan mata yang dah semak dengan perkara itu..eh?? 

Siapa setuju bila aku cakap laman sosial bukan sahaja menyatukan dan mengukuhkan ikatan silaturrahim..malah boleh juga memutuskan sebarang bentuk perhubungan yang telah terjalin... tidak kiralah hubungan kekeluargaan ke..persahabatan ke... percintaan ke... persaudaraan ke?? semua berisiko untuk menjadi putus..renggang.. hambar... tawar dengan meluasnya penggunaan laman sosial ini... 

Perkara yang dianggap tidak matang yang sering ditonjolkan di laman sosial adalah:-

Thursday 20 February 2014

ENTRY TAK TER'UPDATE" .. NEED HELP!!!

Assalamualaikum...

Mood untuk blogging dah makain menurun.. sebabnya entry yang di post tak publish di feed blogger lain... sedih lah..hilang mood... actually hal ini dah sebulan lebih tapi taklah sekejam sekarang ni.. kalau dulu pending 3 hingga 4 jam je, sebab tu aku buat2 tak tahu je..buat tak ambil kisah...tapi sekarang dah 24 jam..ahhh kejam ye..kali nie memag aku takkan senang duduk.... aku memamg tak tahu nak buat macam mana...


Dah cari kat internet punca sebenar.. ramai yang kata masalah dengan feedburner... bila aku ikut tutorial yang mereka bagi untuk pulihan feed.. still unworkable !!.. ahhh kejamnya... 

Bayangkan Wordless wednesday yang aku post semalam sampai sekarang tak publish lagi... hari ini dah thursday ok... out of dated jadinya... 

Sape2 boleh tolong..mohon sangat2 yaa.. tolong cari apa masalahnya... dan kalau baik hati tolong settle kan sekali..akeke... jasamu dikenang rakan2 semua... 




WW: MASALAH RSS FEED... sesiapa boleh tolong??


MASALAH RSS FEED?????



ENTRY YANG DI POST PAGI SEMALAM... SAMPAI SEKARANG TAK MUNCUL DI FEED.. STRESS!!!

Wednesday 19 February 2014

CIRI-CIRI PRODUK KECANTIKKAN YANG MENGANDUNGI MERKURI

Assalamualaikum...

Pada masa sekarang pelbagai jenis produk kecantikkan yang berada di pasaran yang sedang giat aktif dijual kepada pelanggan melalui online. Memang agak mengujakan bila dapat tahu ada produk yang mampu menjadikan kulit muka licin..gebu..cerah..tegang dan sebagainya.. Namun, semakin banyak produk yang berada di pasaran, semakin tinggi risiko anda terdedah kepada bahaya.. kenapa saya cakap begitu?? ini kerana persaingan antara produk yang berada dipasaran telah mendorong pengasas produk tersebut mencampur pelbagai jenis bahan kimia yang merbahaya seperti merkuri supaya pengguna akan mendapat hasil dalam masa yang singkat. Secara logik pun, ada ke produk yang boleh putihkan kulit, hilangkan parut jerawat..tegangkan kulit dalam masa seminggu??

Mungkin ada produk yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan yang mampu memberikan hasil dalam masa yang singkat, namun sudah tentu harganya berlipat kali ganda. Namun, produk ini juga tidak akan terlepas dari produk tiruan yang mana harganya dijual jauh lebih murah daripada produk original. Disebabkan keuntungan yang lumayan, peniaga tanpa bersalah menjual produk tiruan kepada golongan yang fanatik terhadap kulit muka yang cantik tanpa memikirnya kesan pada jangka panjang.

Pelbagai kes yang memudaratkan yang telah di gembar gemburkan dalam laman sosial. Antaranya ialah pengalaman yang di alami sendiri oleh neesa ... setelah menbaca pengalamannya.. aku minta izin untuk kongsikan dengan pembaca lain, ciri-ciri produk kecantikkan yang mengandungi merkuri yang merbahaya.. 

1. Krim Pada umumnya melekit. Sebagian lagi ada yang mencampurkan merkuri dengan bedak sejuk (bedak jerawat), agar nampak lebih cair.

Tuesday 18 February 2014

BLOG SAYA..KEHIDUPAN SAYA..BLOG ANDA??

Assalamualaikum….

Hari ini nak bercerita apa isi kandungan blog... Blog anda boleh dikategorikan sebagai blog berkenaan dengan apa?? Isu apa yang menjadi kandungan utama blog anda??kesihatan??isu semasa?? hiburan?? kehidupan peribadi?? keagamaan??sukan?? tidak kira kategori apapun blog anda itu..yang pasti setiap “entry” yang di muatkan mesti mempunyai maksud yang tersendiri yang hendak di sampaikan kepada pembaca.

Blog Naniey memang tidak hadkan entry yang spesifik.. asalkan perkara itu menarik aku akan share… boleh juga dikategorikan sebagai Blog Caca Merba..namun hampir 90% entry yang aku share adalah berkenaan dengan kehidupan aku. Kehidupan seharian yang dimaksudkan  tidak semestinya kejadian yang berlaku seharian..contohnya…hari ini aku kena marah kat bos sebab salah buat proposal… hari ini hantar mak ke klinik.. hari ini aku luangkan masa dengan kawan-kawan di Mid Valley… dan lain2 lagi situasi.. buat masa sekarang aku dah tak berapa gemar untuk menceritakan itu semua..kerana masih lagi dianggap privasi.. kalau di awal pembabitan dalam dunia blogging memang suka bercerita hal2 peribadi dalam blog..biasalah masa tu belum kahwin lagi.. fikiran pun tak berapa nak matang lagi walaupun umur dah cecah “jubli perak” akekeke…

Sekarang aku lebih suka kongsikan informasi-informasi yang boleh aku jadikan sebagai panduan hidup dan melalui maklumat itu aku boleh memperbaiki kelemahan diri untuk menjalani hidup yang lebih sempurna. Contohnya, sekiranya aku menghadapi masalah untuk menguruskan kewangan dengan baik – aku akan cari maklumat dalam internet berkenaan dengan kaedah atau tip menguruskan kewangan dari pakar.. bila aku dah dapat maklumat yang mampu di manfaatkan untuk diri sendiri, aku akan “share” dalam blog untuk dikongsikan bersama kawan2 lain yang mempunyai masalah seperti aku..

HABITAT BARU

Assalamualaikum…

Alhamdulilah proses pindah rumah berjalan dengan lancar setelah mengambil  masa 2 bulan lebih untuk selesaikan semuanya. En.Suami dapat notis untuk tukar tempat bertugas bulan 10 tahun lepas..bulan 12 baru dapat kunci kuaters.. walaupun dah dapat kunci,  surat dari pengarah masih lagi “pending” ..so tanpa surat kemasukan kuaters dari pengarah.. elektrik tidak boleh disambungkan kerumah tersebut… so tungulah surat dari pengarah..dalam pada itu, hari2 ulang alik kerja dari Sepang ke KL.. belanja minyak + tol lagi banyak dari belanja makan da nminum kami .. hampir sebulan tunggu, pertengahan bulan 1 baru surat itu keluar.


Proses membersihkan rumah tu ambil masa hampir sebulan…  Lepas raya cina..baru kami start punggah barang… Dan secara rasminya hari sabtu 15/02/2014..kami mula tinggal sana...alhamdulilah..walaupun agak makan masa tapi tak mengapalah..yang penting dah selamat pindah... 

Friday 14 February 2014

CRAVING PEPERO...!!

Assalamualaikum...

Hari ini terima ole-ole dari Langkawi…terima kasih yaa Wani…seronoknya kamu pergi ber”holiday” yaa… Dalam banyak-banyak coklat yang dia bagi…awal2 lagi aku terkam pepero neh… Rasanya sedap sangat..nanti kalau ada siapa pergi langkawi lagi mau kirim yaa..hehehe…



Mula-mula kenal dengan pepero neh bila tengok housmate makan masa menyewa dulu.. tiap2 hari aku tengok dia makan..aku cakaplah “eh macam budak2 makan benda nie.. dahlah biskut panjang macam stik..bersalut coklat pulak tu..memang makanan budak2… then dia terus bagi aku rasa… bila dah rasa tu faham2lah kan..mana cukup 1 batang.. last2 1 kotak dia bagi aku..akeke… memang sedap..


Pada yang nak kenal pepero, ianya sejenis jejari snek, bersalut dengan coklat dan almond.. mabelessss!!!...

CARA KIRA KALORI

Sekadar pengkongsian:-

Perkongsian hari ini amat sesuai kepada individu yang kini dalam proses untuk mengurangkan berat badan.. tak guna diet tapi tak kawal kalori..kolestrol..gula dan lain2 dalam makanan yang kita ambil. Berikut adalah cara-cara mengira kalori dalam tubuh;

~BMR = 655 + (9.6 x berat badan(kg)) + (1.8 x tinggi(cm)) - (4.7 x umur)
~lepas tu BMR ni kena darabkan dengan DCR (Daily Calorie Requirement)

~DCR adalah seperti berikut:
-untuk individu yang kurang senaman/tak senaman langsung/buat kerja pejabat = 1.2
-untuk yang aktif sikit2/senaman 1-3 kali seminggu = 1.375
-untuk yang aktif /senaman 3-5 kali seminggu = 1.55
-untuk yang sangat aktif/senaman 6-7 kali seminggu = 1.725
-untuk yang terlampau dan teramat aktif/kerja dan senaman berat setiap hari/senaman 2 kali sehari = 1.9

contoh pengiraan kalori yang diperlukan oleh seorang wanita:
berat:70kg,tinggi 150cm,umur 20 tahun,kurang senaman/kerja kat opis ja:
655 + (9.6 x 70) + (1.8 x 150) - (4.7 x 20) x 1.2 = 1484.2
jadi kalori yang diperlukan oleh wanita di atas ni adalah 1484.2 sahaja sehari...kalau dia nak turunkan berat tolak lah 500 kalori,kalau dia nak tambah berat dia kenalah makan lebih dari 1484.2 kalori tu....mudah ja nak kira kan?

UNTUK LELAKI:

~BMR = 66 + (13.7 x berat(kg)) + (5 x tinggi(cm)) - (6.8 x umur) x DCR (DCR samamacam yang dinyatakan di atas)

JUMLAH KALORI DALAM MAKANAN HARIAN:

-bubur kacang hijau 80g = 76 kalori
-bubur nasi 546g=203 kalori
-capati 100g= 300 kalori
-coleslaw 92g= 136 kalori
-kuah dhal 80g=58 kalori
-hamburger 113g= 262 kalori
-kuey tiau bandung 450g= 540 kalori
-lasagna 230g= 347 kalori
-makroni + cheese 240g= 478 kalori
-mee bandung 450g= 340 kalori
-mee kari 410g= 319 kalori
-mee sup 563g= 478 kalori
-mee hoon bandung 450g= 351 kalori
papadom 6g=27 kalori
-pulut 85g=185 kalori
-pasta sos tomato dan bebola daging 425g=437 kalori
-nasi putih satu setengah cawan=260 kalori
-nasi lemak bersambal sepinggan= 400 kalori
-nasi goreng bertelur sepinggan= 635 kalori
-nasi briyani berayam sepinggan= 880 kalori
-nasi ayam kosong sepinggan= 300 kalori
-paha ayam goreng= 130 kalori
- kentang lecek 1 bekas kecil= 90 kalori
-sayur kubis hancur 1 bekas kecil= 75 kalori
-burger keju 1 biji= 425 kalori
-kentang goreng satu bekas kecil= 405 kalori
-satay ayam 1 cucuk=35 kalori
-pizza berkeju sepotong = 240 kalori
-murtabak 1= 722 kalori
-cheese cake 1 potong= 400 kalori
-roti telur sebiji dan 1/2 mangkuk kuah dhal= 414 kalori
-laksa kari 1 mangkuk= 589 kalori
-nasi lemak lengkap dengan lauk= 644 kalori
-mee rebus= 556 kalori
-mee/bihun goreng sepinggan =510 kalori
-kuey tiau goreng kerang 1 pinggan = 743 kalori
-mee wantan 1 pinggan= 409 kalori
-laksa peneng 1 mangkuk= 436 kalori
-lor mai fun 1 pinggan= 422 kaloi
-nasi briyani kambing 1 pinggan= 587 kalori
-nasi minyak dan rendang kambing 1 pinggan= 664 kalori
-nasi campur dan 3 jenis lauk 1 pinggan= 620 kalori
-century egg poridge 1 mangkuk= 423 kalori
-nasi ayam 1 pinggan= 600 kalori
-nasi goreng biasa 1 pinggan = 637 kalori
-nasi claypot 1 mangkuk= 898 kalori
-sotong goreng tepung 1 pinggan kecil=630 kalori
-sup krim 1 mangkuk kecil= 375 kalori
-sundae chocolate 1 cup= 380 kalori
-pie epal sepotong= 260 kalori
-sandwich chicken salad(1 whole)= 481 kalori
-pasembor 1 pinggan= 752 kalori
-rojak buah 1 pinggan=443 kalori
-teh tarik 1 gelas= 83 kalori
-karipap 2 biji= 256 kalori
-butter/margerin/mayonis 1 sudu kecil= 45 kalori
-cendol 1 mangkuk=199 kalori
-air kelapa 1 biji= 110 kalori
-sirap bandung= 150 kalori
-milo= 133 kalori
-ikan kembong kari 1 potong 80g=67 kalori
-ikan kembong gereng 1 ekor 50g=111 kalori
-ikan kembong masak kicap 1 ekor 80g=161 kalori
-ikan kembong goreng berlada 1 ekor 80g=215 kalori
-ikan merah masak asam 1 potong 55g=113 kalori
-ikan merah goreng berlada 1 potong 50 g=114 kalori
-ikan merah masak lemak 1 potong 50g=109 kalori
-ikan haruan kering goreng 1 ekor 40 g=163 kalori
-ikan kerisi goreng berlada 1 ekor 75g=247 kalori
-ikan kerisi masak kicap 1 ketul 75g=149 kalori
-ikan tongkol masak lemak 1 ketul 50g=62 kalori
-ikan selae kunung masak asam pedas 1 potong 40g=90 kalori
-tomyam campur 1 mangkuk 355g=215 kalori
-telur setengah masak 1 biji 50g=75 kalori
-siput masak lemak 1 senduk 55g=60 kalori
-rebung masak lemak 1 senduk 60g=50 kalori
-batang keladi masak asam rebus 1 mangkuk kecil 100g=60 kalori
-labu masak lemak 1 senduk 60g=50 kalori
-terung goreng berlada 1 senduk 70g=70 kalori
-sambal ayam 1 ketul 100g=206 kalori
-kurma daging 1 senduk 100g=220 kalori
-ayam masak lemak cili api 1 ketul 120g=200 kalori
-burung puyuh goreng 1 ekor 106g=164 kalori
-kerabu perut 1 senduk 70g=80 kalori
-kerabu mangga 1 senduk 70g=105 kalori
-sup tauhu jepun 1 senduk 90g=60 kalori
-sambal burung puyuh 1 ekor 120g=172 kalori
-sambal paru 1 senduk 70g=79 kalori
-sambal kerang 1 senduk 55g=60 kalori
-kerabu taugeh 1 senduk 70g=71 kalori
-peria goreng telut 1 senduk 40g=70 kalori
-sambal bebola ikan ikan 1 senduk 106g=164 kalori
-bebola ikan goreng 1 senduk 40g=106 kalori
-acar timun 1 senduk 40g=50 kalori
-sup cendawan 1 senduk 100g=50 kalori
-nangka masak lemak tanpa kuah 1 senduk 60g=50 kalori
-lala masak masam manis 1 hidangan 55g=50 kalori
-sup sayur 1 mangkuk kecil 100g=30 kalori
-bubur kacang merah 1 mangkuk 230g= 101 kalori
-pengat keledek gula merah 1 mangkuk 150g=483 kalori
-pengat keledek gula putih 1 mangkuk 150g=503 kalori
-pengat pisang nangka 1 mangkuk 150g=246 kalori
-pengat pisang nipah 1 mangkuk 150 g=279 kalori
-pengat pisang tanduk 1 mangkuk 150g=210 kalori
-bubur pulut hitam 1 mangkuk 150g=116 kalori
-bubur jagung 1 mangkuk 150g=315 kalori
-telur rebus 1 biji =78 kalori
-tembikai 1 cawan dipotong dadu=46 kalori
-mangga 1 cawan=107 kalori
-1 sudu makan minyak=120 kalori
-1 sudu makan mentega=100 kalori
-1 sudu makan santan rendah lemak=15 kalori
-1 sudu makan santan biasa =50 kalori
-100g seafood=100 kalori
-100g ikan =150 kalori
-100g ayam=150 kalori
-100g daging merah=150 kalori
- 1 sudu makan sos=20-40 kalori

makanan2 lain boleh rujuk pada label makanan yang ditulis di bungkusan makanan.

Selamat Menjaga Kesihatan ya semua..

sumber: 

Thursday 13 February 2014

NGEPEK SMETA...

Assalamualaikum..

Hari nie tibo2 nak buat entry dale lograt Kelate... hihihi..... kalu tok pehe buat2 pehe lah deh..haha.. mereng dah mu naniey. 

Hari ini umur genap 28 tahun doh.. tapi gak xdok gapo satu lagi... hidup xbrapo nak susun molek... sero frust kakloh... tu lah maso kecik2 xse ngaji panda2.. kalu dok gak buleh jadi doktor..ingineer..loyar.... dulu2 lepas SPM ayoh suruh masuk makhtab..jadi cikgu... umhhh xse... naik tingkate 6... buleh result atas2 pagar... ayoh suruh mitak UPSI.. gano2 nak jugok suruh anak jadi cikgu... ayoh wei..result anak ayah neh atas2 pagar jah.. ramai lagi hok buleh result lepas pagar... UPSI tgk result ambo dulu lagi dia rejek..hahaha....

Maso tu meme ramai saing2 pakat nak jadi cikgu... tapi aku neh jenis nak ikot kpalo otok sdiri.. xse jadi cikgu..tahu nak jadi gapo?? REPORTER tau... haaa reporter nah cita2 ambo dulu... Pah masuk U meme mitok bide komunikasi lah..nak jd reporter key..haha... 

Time blajar di Universiti .... student komunikasi neh femes sikit dr course lain... ore mudoh kenal.. jale sikit jah ore buleh agok ni budok komunikasi.. kalu di UITM ore pgl MASSCOM... ore buleh cam dari segi penampile... dan cara bekecek... tapi loni dok glemer doh bekali..ore loni pakat nak jadi Engineer blako.. 

sedak blaja komunikasi nie masa zame duk U jah... tapi nak masuk bide pekerjaan payoh sikit... ore2 hok betul2 berminat n berbakat jah buleh jadi reporter.. supo aku neh, minat sekerat jale jah.. blajar sapa 3 sem.. jadi tok minat doh nak jadi reporter..huk aloh..berat mu neh...

Sapa loni tak jadi wartawe.. tapi syukur alhamdulilah..rezki Allah s.w.t ni luas... nak kijo tok semestinya dale bide hok kito balaja di U.. mana2 pon buleh asal key kito rajin dan minat... 

Pah nyesal ko tok ikut gapo hok ayah suruh.. ayoh nak suruh jadi cikgu..kalu jadi cikgu loni sene doh....

huk alos laa.. doh ambo xse jadi cikgu nak wat gano..ambo xminat... tanggunjawab cikgu besar, nak suruh budak jadi panda..cridik..... kalau kito gagal jalankan tanggungjawab tu..dale kubor sek sok so-so kena soal... lagipun cabaran cikgu loni parok..budok2 loni xleh nak ajar..tebing ajar sikit gak..nyo g wat garise litar sepe di keto cikgu... hok paling gelemo loni..kalu cikgu rotan murid..esok mok pok pulok mai sere cikgu... ohhh parok... 

takpolah gapo2 pon..yang petim ada kijo..tak jadi cikgu pon takpo..gaji loni nak sma dengan cikgu doh... hehehe.........bo lah.. puah doh bobel..ngepek panje gnemo... babai semua..hahahah

Sesiapa yang mahu translator sila bagitahu yaaa, akekekkeke.. :-P

EXCLUSIVE GIVEAWAY BY MIEYA ATIERA

Assalamualaikum :)



klik banner untuk join.
Sebanyak 107 hadiah menanti pemenang bertuah.
(
klik untuk ketahui senarai hadiah)









13hb Februari 2014

Assalamualaikum....

Syukur alhamdulilah hari ini aku masih  lagi dipanjangkan umur untuk menikmati usia 28 tahun.. 


Semoga hidup ini dimurahkan rezeki...diberikan kebahagian ... dikurniakan keberkatan hidup dan mendapat keredhaan daripada Alla s.w.t

Dengan menginjaknya angka usia ini..
  • di harap diri mu lebih matang dalam menghadapi segala liku dan cabaran hidup... Lapangkanlah hati Naniey.. pejam mata...lupakan perkara yang telah  lalu... bangkit dan terus mengorak ke hadapan.. Dengan kematangan yang ada pada diri sahaja boleh menyelesaikan segala kekusutan secara berhemah..
  • Semoga ketabahan akan bersemadi di dalam dirimu Naniey.. hanya itu yang dapat membuktikan bahawa dirimu telah redha dengan segala ketetapan illahi... YAA aku harus lebih tabah... ini jalan hidup yang telah ku pilih.. dan aku harunginya sendiri... Oh hati..berhentilah menangis sendirian.. mata sudah tidak mampu lagi untuk mengeluarkan air mata.. sesungguhnya tangisanmu tiada siapa peduli dan ambil tahu... sedih sendiri..menangis sendiri..pujuk hati sendiri... dah bertahun2 Naniey..takkan tak boleh terima lagi keadaan ini....
  • Berazamlah untuk terus mendekati Penciptamu Naniey!! dengan cara ini membuatkan dirimu lebih tenang walaupun di saat itu di bahumu sarat dengan bebanan yang harus dipikul... InsyaAllah... aku tak akan sesekali jauh dariMu ya Tuhan kerana Engkau Maha Besar,,Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang
  • Bahagiakanlah kedua ibu bapamu Naniey.. kerana jasa mereka terhadap dirimu terlalu besar.. tiada formula yang dapat mengira jumlah pengorbanan mereka. Mereka tiada galang ganti... hilang mereka tak berayah dan beribu lah kamu... bahagiakanlah mereka selagi mereka ada.... Mak Ayah.. memang jasamu di terbalas olehku.. sehingga kini aku masih lagi belum mampu untuk membalasnya walaupun 1%.. ampunkanlah anak mu ini yaa... mohon di halalkan segala2nya... dan doalah kebahagiaan anakmu ini walau dimana berada...
Sesungguhnya dengan umur 28 tahun ini..aku agak kecewa dengan jalan hidup yang dipilih,  segalanya masih lagi tidak teratur.. lintang pukang...masih tercari2 rentak kehidupan yang teratur... dalam erti kata lain aku masih lagi GAGAL untuk menguruskan kehidupan sendiri. 


Wednesday 12 February 2014

PESAN/PETUA IMAM SYAFIE UNTUK LELAKI


assalamualaikum....

Sekadar perkongsian;
Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Doa, zikir, itulah kekuatan seorang muslim

sumber: www.facebook.com/DrAsmadi

SALAH NOMBOR KE??


Assalamualaikum...

Sepatutnya hari rabu tanpa kata..tapi hari nie tetiba nak berkata2... esok dah bertambah usia..*ok,yang ni tiada kaitan...hehehe...Semalam aku dapat panggilan dari number ni. 03-2782_ _ _ 5... aku tak pasti ni adalah number rumah, pejabat, ataupun telefon awam... kalau number hp mestilah aku tahun kan..hehe..

Aku neh jarang sikit nak angkat kalau no yang tak di kenali... tambah2 lagi kalau no telefon bimbit..langsung aku tak jawab. Kalau no yang bermula dengan 03- neh aku kena jawablah sebab kot2 ada company nak panggil untuk temuduga.. takpun orang RHB Bank call berkenaan dengan loan kereta ke... so aku jawab jelah...

Mula-mula aku jawab panggilan tu, mood biasa je...

Aku : HELLO..(penuh sopan dan santun aku jawab....nak bagi salam kan takut non-muslim)
Pemanggil : INI SIAPA??
Aku : EH..AWAK NAK CAKAP DENGAN SIAPA??
Pemanggil : INI SIAPA NI??
Aku : EH AWAK NI NAK CAKAP DENGAN SIAPA?? AWAK YANG CALL NO NIE BOLEH TANYA PULAK NI SIAPA.. SAYA PEMILIK NO TELEFON NI LAH.. TAKKAN MASA MULA2 AWAK TEKAN NO NI AWAK TAK TAHU SIAPA YANG AWAK NAK CALL... (haa sebijik kena.. time ni dah tegas sikit suara.. tapi sempat control lagi....)
Pemanggil : SAYA NAK CAKAP DENGAN NADIA (suara tergagap2 eh)
Aku : SORRY YA.. KAT SINI TIADA NADIA..AWAK SALAH NO MAYBE.. (nada suara dah turun sikit)
Pemanggil : AWAK NI SIAPA??
Aku : SORRY AWAK SALAH NO... ADA APA2 LAGI??
Pemanggil : OK TAK ADA PAPE
Aku : OK BYE, ASSALAMUALAIKUM.. (terus aku letak fon)

Tetiba telefon bunyi lagi.. nombor yang sama

Aku: HELLO
Pemanggil : SAYA NAK CAKAP DENGAN NADIA..
Aku : (eh..eh budak nie ).. NADIA TAK ADA.. AWAK SALAH NOMBOR NEH..
Pemanggil : OK TAK APALAH...
Aku : OK (terus matikan talian)
Kejadian macam nie memang biasalah... cuma aku je yang tak boleh nak hadam, memang pantang sangat kalau orang tanya KITA SIAPA..walhal dia yang call kita.. sebelum call tu mesti dah tahu kita siapa.. lain lah kalau jumpa no kita kat mana-mana.. then main call je... suara aku tadi memang tegas sampai kawan sepejabat neh tegur dan tanya kenapa...
kredit gambar :en google

Aku rasa pemanggil nie budak2 lagi kot..biasalah budak2 sekolah.... walhal tak kenal pon siapa yang dia call.. kena tuan punya no. tu umur 50 tahun baru tahu... kelakar pon ada juga...

Masalahnya lagi... kenapa entry aku neh lambat masuk kat feed rakan2 bloggers lain?? post jam 9.00 pagi sampai sekarang tak keluar lagi.. haaa camne tu??

HELLO WEDNESDAY!!







Tuesday 11 February 2014

Mini February Giveaway

Assalamualaikum...

Siapa2 yang ada masa free macam aku neh jom join Give away neh..

[klik pada BANNER untuk join]

Senarai hadiah:

1st Top Referral:
Natural Bamboo Slimming Suit bernilai RM55

2nd Top Referral:
4 Strand Mixed Bracelet bernilai RM38

Cabutan bertuah:

4x Pin Shawl
2x Hairclip
2x Fridge Magnet
2x Button Badge
4x Keychain
4x Bookmark

Style Shades
Brooch Riben
Belt
Mini Pouch
Necklace (with box)

Obuse Liptint
Majalah JOM!
Album Gambar 4R
Handsock berenda
EXO XOXO Sehun Replica Photocard

ISTERI GAJI TINGGI PUNCA MASALAH DALAM RUMAH TANGGA

Assalamualaikum..

Sekadar perkongsian untuk panduan diri sendiri dan para isteri yang lain...

Desakan kehidupan dan peningkatan taraf hidup yang kian meruncing kini telah menuntut kedua-dua pasangan suami dan isteri bekerja. Yang menjadi duri dalam daging apabila gaji isteri lebih besar dari suami.. sudah semestinya berlakunya konflik .  Ada isteri yang pendapatannya lebih dan menanggung keseluruhan keluarga dan komplain sebab suami tak menanggung keperluan dia sebab gaji suami kecil atau pendapatan suami tak menentu.

Caranya mudah sahaja kalau tak mahu isteri tanggung semua perbelanjaan itu, hidup seadanya ikut berapa pendapatan suami. Jika suami “duit suami hanya cukup untuk bayar duit kereta yang dia pakai je..dan keperluan dia je” bermakna suami bekerja dan mampu sara keluarga ikut kemampuan dia. Janganlah lebih-lebih … Sanggup?

DIET TANPA NASI

Assalamualaikum...

Setiap wanita mesti akan susah hati jika berat badan semakin naik dari hari ke sehari. Aku pun samalah.. Masalah yang aku hadapi sejak dari zaman sekolah adalah berat badan cepat naik.. kalau makan tak kawal memang berkilo2 naiknya... percaya atau tak, aku mula kawal makan sejak tingkatan 3 lagi sehinggalah grad U.. tapi tak adalah kawal ketat sangat... fast food seperti mcD...KFC..pizza pantang jumpa.. mesti baham punye..akekeke...  aku cuma kawal dalam segi pengambilan nasi..hihihi..dari zaman sekolah memang aku amalkan makan nasik sekali sehari... pernah masa di U, sebulan aku tak sentuh nasi... hanya makan sup ayam.. bihun sup.. dan kadang-kala sambar meggi..haha... alhamdulilah dalam masa 7 hingga 8 tahun berat badan aku cuma naik dalam 5 kilo.. oklah tu kan..... yalah orang kata dalam usia 15 tahun, tubuh masih lagi dalam proses untuk membesar untuk menjadi dewasa...  kalau tak naik langsung tu ada penyakit lain lah pulak kan..hehe...

Yang jadi masalahnya bila aku dah habis belajar dan balik kampung.. faham2 jelah kan kalau duduk dengan mak ayah..makan minum semua cukup..ada depan mata... setiap masa dan ketika mengunyah je mulut ni.. so bila menganggur selama beberapa bulan sebelum dapat tawaran kerja, berat memang naik dengan mendadak... 

Kalau dah kahwin ni lagi susah nak kawal makan.. Nak tak nak kena masak untuk suami.. kalau dah masak takkan kita tak makan kan... memang taklah setakat masak untuk telan air liur tengok suami makan kan..hehe... kadang2 kalau balik kerja lambat, suami akan makan malam lewat sikit... dah suami makan kita mesti terjebak sekali.. suami pulak jenis suka berteman kalau dia makan.. haa macam mana badan tak jadi macam belon kan...akeke...

ehhhh panjang pulak mukadimahnya..hehe

Tujuan aku sebenarnya cuma nak kongsikan makanan-makanan yang perlu kita elak dan patut dimakan jika ingin mengawal ataupun menurunkan berat badan. 



MAKANAN YANG PERLU DI ELAK
  • Makanan tinggi karbohidrat seperti nasi, mi, kuew tiau dan sebagainya. 
  • Sebarang jenis roti tidak kiralah roti biasa, bun, roti jala, rati canai dan segala jenis roti
  • Semua jenis gula - secara langsung atau tidak langsung 
  • Buah-buahan selama 2 minggu - kandungan gulanya yang tinggi jika dimakan berlebihan dan menyebabkan anda menjadi semakin lapar. Selepas 2 minggu baru boleh makan berpada-pada 
  • Minuman bergula,bergas, jus atau berkafein 
  • Semua jenis snek dan makanan ringan 
  • Semua jenis kacang selama 2 minggu 
  • Semua jenis makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan atau yang sejenis dengannya 
  • Makanan bertepung seperti kek atau biskut dan kuih muih

MAKANAN YANG PERLU DI MAKAN
  • Ayam, ikan dan daging - panggang, stim atau bakar 
  • Sup dan sate (digoreng tanpa tepung) 
  • Udang - bakar, tom yam dan digoreng dengan cili boh sahaja 
  • Sayuran hijau (elakkan lobak merah dan kentang) 
  • Air kosong dan air mineral - minum lebih tiga liter sehari 
  • Burger - Buang roti dan hanya makan dagingnya bersama sayur dan mayonise 
  • Pizza- Makan topping sahaja 
  • Makan supplemen dan vitamin seperti multivitamin untuk bekalan zat danserbuk protein yang boleh memberi tenaga kepada anda.
Aku memang tak suka sebut perkataan diet..sebab berat badan aku cepat naik dan payah nak turun.. diet sebulan pun belum tentu 1KG pun turun.. sekarang aku memang dah tak harap berat badan turun, aku cuma kawal sebab tak nak ianya naik lagi... bunyi macam frust kan..hehe...

Oklah, pesanan saya..kepada yang plan nak diet..ikutlah jadual pemakanan yang seimbang.. tak guna tak makan nasik kalau hari2 mencekik fast food kan.. Jangan menahan lapar.. kerana kalau lapar perut kita akan mengeluarkan asid yang boleh menyebabkan gastrik.. ingat DIET bukan untuk berlapar.. makan je apa yang diiginkan tapi dengan kuantiti yang sedikit...

oklaah itu sahaja perkongsian pada hari ini.. segala maklumat tentang makanan yang perlu dielakkan dan perlu diambil semasa diet adalah dari majalah dara.com

babaiiiiiii....

MINI GIVEAWAY! HAPPY BIRTHDAY TENGKUBUTANG

Assalamualaikum...

Menarik kan hadiah utama neh...

 http://tengkubutang.blogspot.com/2014/02/mini-giveaway-happy-birthday.html

Jom join ramai2... sila klik pada banner untuk JOIN

Ini pula ucapan untuk Tengku Butang sempena Hari Lahirnya pada 28 Februari 2014




Sunday 9 February 2014

JAGA BATASAN DALAM BERSALAMAN

Assalamualaikum... 

Bersalaman ataupun berjabat tangan adalah memang digalakkan oleh agama, selain mewujudkan sikap hormat menghormati antara satu sama lain, bersalaman juga boleh mengeratkan hubungan. Namun begitu, bagi seseorang muslim, batas ketikan bersalaman harus di jaga. Adalah haram apabila kita bersalaman dengan bukan muhrim ataupun berlainan jantina. 

Pada zaman sekarang, bersalaman tangan antara laki-laki dengan perempuan hampir sudah menjadi tradisi. Tradisi hina itu meruntuhkan akhlak Islam yang mesti ditegakkan. Bahkan mereka menganggap kebiasaan itu jauh lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada syariat Allah yang mengharamkannya. Sehingga jika ada seorang daripada mereka berbincang tentang hukum syariat, dengan dalil-dalil yang kuat dan jelas, tentu serta merta ia akan menuduh anda sebagai kolot, ketinggalan zaman, kaku, susah untuk didekati, ekstrim, hendak memutuskan silaturrahim, menggoyahkan niat baik dan sebagainya.

Ada juga yang bersalaman apabila keadaan yang mendesak dan tidak boleh dielakkan seperti salam yang dihulurkan oleh klien syarikat yang berlainan jantina. Jika menolak bimbang menjatuhkan air mukanya. Dengan keadaan yang serba salah, salam yang dihulurkan tetap disambut. walaupun niat kita untuk menjaga air muka, tapi tindakan kita itu tetap haram. 

Antara individu yang boleh disalami oleh seseorang wanita adalah seperti berikut;
  • suami 
  • ayah 
  • ayah suami 
  • anak-anak lelaki 
  • anak-anak lelaki suami 
  • adik beradik lelaki 
  • anak lelaki kepada adik beradik lelaki (anak buah lelaki)
  • anak lelaki saudara perempuan mereka (anak buah lelaki)
  • Bapa saudara dari ibu dan bapa
  • wanita-wanita di kalangan mereka
  • hamba-hamba yang mereka miliki
  • pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.

sumber: cahayaislam.net

CENDOL BAKAR

Assalamualaikum...

Tentu ramai yang dah dengar dan dah tahu tentang kewujudan Cendol Gula Bakar kan?? Agak famous kot.. rugi siapa yang tak sedar akan kwujudannya..hehe... Cendol Bakar ini terletak di Dengkil, Selangor. Kedainya betul2 terletak di tepi jalan raya dari Putrajaya menghala ke Sepang. 

Aku hari2 lalu kat kedai ini sebab rumah kat Sepang kan..tapi tak pernah terlintas di hati untuk singgah.. sebab aku bukan penggemar cendol..walaupun tak pernah singgah tapi aku tahu ianya menjadi kegemaran ramai orang, kalau tidak masakan orang asyik ramai je.. kereta yang parking kat depan kedai pon berderet je tidak mengira masa. Mula kedai tu wujud, aku dengan suami selalu tertanya2 macam mana rupa cendol yang dibakar. memang unik lah kan kalau cendol dibakar.. rupa2nya cendol itu sama sekali tidak dibakar... iar gula je yang berwarna hitam, macam di bakar.. mungkin guna gula melaka yang di masak.. suami aku pulak cakap pemilik kdai ni nama BAKAR.. sbb itu wujud Cendol Bakar. haisss macam2 lah... 

Friday 7 February 2014

TRADISIONAL VS MODEN

Assalamualaikum...

Balik kampung sempena raya cina minggu lepas, En. Suami telah bawah seorang tukang urut ke rumah... nak suruh urut akulah..siapa lagi kan... katanya nak ikhtiar...  kami kahwin dah hampir setahun setengah, tapi masih belum ada tanda2 nak tukar status jadi mak bapak lagi...aku pon relakan jelah seluruh tubuh badan aku neh diurut2, dipicit2 oleh mak cik tukang urut tu...Lagipun badan2 aku memang lenguh2 skg neh.. duduk lipat kain pon tak boleh lama2..mesti sakit pinggang... jadi, bila berurut dapat redakan lah sakit tu...

Perasaan masa mengurut tu?? haa tayah cakap..memang sakit sangat2.. nasib baik aku tak menjerit... boleh lagi control ...main ketap gigi macam tu jelah..mak cik tu bersungguh2 tekan urat2 yang tersimpul neh..  En. suami bila tengok aku tahan sakit, boleh pulak di senyum2.. caitttt!!

Tapi bila dah siap mengurut tu, memang terasa badan sedikit ringan...bahagian perut pon rasa selesa... haa gila tak selasa..mak cik tekan perut aku nasib baik tak terkeluar angin bawah... kalau tak malu je..haha.. dalam pada tu mak cik tu cakap aku tak ada masalah pape..cuma rezki lambat sikit je..alhamdulilah.. risau kot2 ada masalah dalaman kan... bayaran upah urut  pula mak cik tu tak tetapkan pon jumlahnya... seikhlas hati kita je nak bagi berapa.....

Walaupun dah buat urutan tradisional, aku tetap nak jumpa doktor.."combine"kan cara moden dan tradisional.. tapi en. Suami siap pesan lagi supaya jangan cakap kat doktor yang aku ada buat urutan.. ada sesetengah doktor, memang marah kalau pergi berurut sebarangan..aku pon tak tahu kenapa...

En. Suami bawa aku ke klinik swasta di Kota Bharu... aku ingat bila jumpa doktor, nak kena buat pemeriksaan pape..tapi doktor cuma bagi ubat je.. katanya lepas 2 bulan makan ubat nie.. kalau tak ada apa2 hasil, baru buat pemeriksaan selanjutnya seperti test darah, scan peranakan dll.. . harga untuk dua jenis ubat dan konsultan adalah sebanyak RM 120.00 .. ubat hanya 5 biji untuk setiap jenis yaa... bekalan selama sebulan..bulan kedua kena pergi ambil lagi kalau tak ada hasil..then bulan ketiga baru buat pemeriksaan... 

Itulah jelah cerita aku untuk malam ni... mata pon dah mengantuk.. en suami tak balik lagi.. ada latihan apa ntah aku pon tak tahu... esok dah mula punggah barang... pindah rumah... adehhhh penat... semoga berjalan lancarlah semuanya...