Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday 11 February 2014

DIET TANPA NASI

Assalamualaikum...

Setiap wanita mesti akan susah hati jika berat badan semakin naik dari hari ke sehari. Aku pun samalah.. Masalah yang aku hadapi sejak dari zaman sekolah adalah berat badan cepat naik.. kalau makan tak kawal memang berkilo2 naiknya... percaya atau tak, aku mula kawal makan sejak tingkatan 3 lagi sehinggalah grad U.. tapi tak adalah kawal ketat sangat... fast food seperti mcD...KFC..pizza pantang jumpa.. mesti baham punye..akekeke...  aku cuma kawal dalam segi pengambilan nasi..hihihi..dari zaman sekolah memang aku amalkan makan nasik sekali sehari... pernah masa di U, sebulan aku tak sentuh nasi... hanya makan sup ayam.. bihun sup.. dan kadang-kala sambar meggi..haha... alhamdulilah dalam masa 7 hingga 8 tahun berat badan aku cuma naik dalam 5 kilo.. oklah tu kan..... yalah orang kata dalam usia 15 tahun, tubuh masih lagi dalam proses untuk membesar untuk menjadi dewasa...  kalau tak naik langsung tu ada penyakit lain lah pulak kan..hehe...

Yang jadi masalahnya bila aku dah habis belajar dan balik kampung.. faham2 jelah kan kalau duduk dengan mak ayah..makan minum semua cukup..ada depan mata... setiap masa dan ketika mengunyah je mulut ni.. so bila menganggur selama beberapa bulan sebelum dapat tawaran kerja, berat memang naik dengan mendadak... 

Kalau dah kahwin ni lagi susah nak kawal makan.. Nak tak nak kena masak untuk suami.. kalau dah masak takkan kita tak makan kan... memang taklah setakat masak untuk telan air liur tengok suami makan kan..hehe... kadang2 kalau balik kerja lambat, suami akan makan malam lewat sikit... dah suami makan kita mesti terjebak sekali.. suami pulak jenis suka berteman kalau dia makan.. haa macam mana badan tak jadi macam belon kan...akeke...

ehhhh panjang pulak mukadimahnya..hehe

Tujuan aku sebenarnya cuma nak kongsikan makanan-makanan yang perlu kita elak dan patut dimakan jika ingin mengawal ataupun menurunkan berat badan. 



MAKANAN YANG PERLU DI ELAK
  • Makanan tinggi karbohidrat seperti nasi, mi, kuew tiau dan sebagainya. 
  • Sebarang jenis roti tidak kiralah roti biasa, bun, roti jala, rati canai dan segala jenis roti
  • Semua jenis gula - secara langsung atau tidak langsung 
  • Buah-buahan selama 2 minggu - kandungan gulanya yang tinggi jika dimakan berlebihan dan menyebabkan anda menjadi semakin lapar. Selepas 2 minggu baru boleh makan berpada-pada 
  • Minuman bergula,bergas, jus atau berkafein 
  • Semua jenis snek dan makanan ringan 
  • Semua jenis kacang selama 2 minggu 
  • Semua jenis makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan atau yang sejenis dengannya 
  • Makanan bertepung seperti kek atau biskut dan kuih muih

MAKANAN YANG PERLU DI MAKAN
  • Ayam, ikan dan daging - panggang, stim atau bakar 
  • Sup dan sate (digoreng tanpa tepung) 
  • Udang - bakar, tom yam dan digoreng dengan cili boh sahaja 
  • Sayuran hijau (elakkan lobak merah dan kentang) 
  • Air kosong dan air mineral - minum lebih tiga liter sehari 
  • Burger - Buang roti dan hanya makan dagingnya bersama sayur dan mayonise 
  • Pizza- Makan topping sahaja 
  • Makan supplemen dan vitamin seperti multivitamin untuk bekalan zat danserbuk protein yang boleh memberi tenaga kepada anda.
Aku memang tak suka sebut perkataan diet..sebab berat badan aku cepat naik dan payah nak turun.. diet sebulan pun belum tentu 1KG pun turun.. sekarang aku memang dah tak harap berat badan turun, aku cuma kawal sebab tak nak ianya naik lagi... bunyi macam frust kan..hehe...

Oklah, pesanan saya..kepada yang plan nak diet..ikutlah jadual pemakanan yang seimbang.. tak guna tak makan nasik kalau hari2 mencekik fast food kan.. Jangan menahan lapar.. kerana kalau lapar perut kita akan mengeluarkan asid yang boleh menyebabkan gastrik.. ingat DIET bukan untuk berlapar.. makan je apa yang diiginkan tapi dengan kuantiti yang sedikit...

oklaah itu sahaja perkongsian pada hari ini.. segala maklumat tentang makanan yang perlu dielakkan dan perlu diambil semasa diet adalah dari majalah dara.com

babaiiiiiii....

9 comments:

  1. Hai, Naniey...
    Macam K Nrl lah ni jgk, rasa badan dah naik ni... pastu dah susah plak nak turun... nak diet lah kononnya tapi k nrl x boleh berlapar, tetap kena makan cam biasa, sbb masih breastfeed Eisya... cuma skrg ni dah start kurangkan pengambilan nasi di waktu malam...

    ReplyDelete
  2. adussss..nasilah adalah makanan ruji kat rumah, tapi akak guna beras taj mahal,maklumlah ada diabetis..kenalah kawal dngn cara camtu..lau takdapat nasi satu hari..pitam agaknya..hihihi. tq for sharing

    ReplyDelete
  3. Thanks naniey for sharing.Banyak sbnrnya yg kita kene elakkan kalau taknak gemuk ye.Hmmmm tasha pon tgh keja keras nk dpt berat dlu huhu susahnyaaa

    ReplyDelete
  4. saya diet tanpa nasik ibarat irama tanpa lagu...hahaha..sekarang saya diet still makan nasi jugak cuma kawal time makan jer dan kekadang pergi jogging..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. Betul sangat naniey...Actually kalau diet tak makan nasi dengan tak ambil sugar memang boleh tengok perubahan dalam masa seminggu..memang efektif..kita pun sedang dalam proses mengawal makanan..he..he

    ReplyDelete
  6. Setakat ni saya masih tak kisah ttg makan ni.. cuma kena jaga juga utk kesihatan kan.. thanks sharing Naniey.. :)

    ReplyDelete
  7. Haaa dengan sunnah Rasulullah sekali kita try! Saya makan bebanyak pun berat maintain takmau naik.

    Sekarang cuba amalkan diet. Tak diet sangat la. Tapi orang selalu salah faham diet tu utk orang berisi je. Padahal diet kan adalah penjagaan makanan.

    Dulu sekali makan bedebukk penuh satu pinggan. Makan dalam sehari banyak kali pulak tu. Breakfast, brunch, lunch, tea-time, dinner, supper. Tak jaga makan.

    Tapi skrg ni makan banyak kali jugak, cuma kuantiti makanan tu dikurangkan. Tak semestinya bila kurus, tak perlu jaga diet & boleh makan sesuka perut je.

    ReplyDelete
  8. Diet boleh saja tetap makan nasi.. Asal sesuai porsi dan aturannya http://bit.ly/1eHKYHA. Katanya sih gitu

    ReplyDelete
  9. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Nak Kurus Dengan Cepat

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!