Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday 11 February 2014

ISTERI GAJI TINGGI PUNCA MASALAH DALAM RUMAH TANGGA

Assalamualaikum..

Sekadar perkongsian untuk panduan diri sendiri dan para isteri yang lain...

Desakan kehidupan dan peningkatan taraf hidup yang kian meruncing kini telah menuntut kedua-dua pasangan suami dan isteri bekerja. Yang menjadi duri dalam daging apabila gaji isteri lebih besar dari suami.. sudah semestinya berlakunya konflik .  Ada isteri yang pendapatannya lebih dan menanggung keseluruhan keluarga dan komplain sebab suami tak menanggung keperluan dia sebab gaji suami kecil atau pendapatan suami tak menentu.

Caranya mudah sahaja kalau tak mahu isteri tanggung semua perbelanjaan itu, hidup seadanya ikut berapa pendapatan suami. Jika suami “duit suami hanya cukup untuk bayar duit kereta yang dia pakai je..dan keperluan dia je” bermakna suami bekerja dan mampu sara keluarga ikut kemampuan dia. Janganlah lebih-lebih … Sanggup?


Makanan pun ikut apa yang mampu suami sediakan. Kalau suami cuma mampu beli telur, makanlah telur hari-hari, suami beli bahan mentah (bahan mentah, kos lebih rendah dari bahan masak) isteri masakkan lah, makan sama-sama. Suami gaji kecil, maka hiduplah ikut kemampuan suami. Duit isteri tu simpan aje dalam bank, nanti bila mati tinggal wasiat tolong tanam duit tu dengan jenazah dia.

Tidak sedarkah isteri, suami beri keizinan bekerja itu sudah besar nikmatnya. Kalau diri dan tubuh isteri adalah hak suami, milik suami, maka segala apa -apa yang ada pada isteri itu pun hak suami. Mana ada duit yang isteri dapat itu hak isteri ? Siapa yang memandai kata, gaji isteri tu hak sepenuh isteri ? Keizinan yang suami beri tu adalah permit untuk isteri dapat duit. Kalau suami tidak izinkan bekerja, mana datang duit isteri? Kalau tak mahu kerja dan tak mahu duit gaji diberikan suami untuk bantu uruskan rumah tangga, berenti kerja, duduk rumah, asuh anak dan masakkan makanan untuk suami. Pergi mana-mana guna aja kereta suami walaupun kereta buruk.

Wahai para isteri, jangan fikir, kalau kamu ada banyak duit, gaji besar, sehingga kamu kata 2/3 kewangan keluarga kamu yang tanggung, kamu jadi sombong dan boleh kontrol suami. Kuasa veto dan keputusan kamu yang tentukan. Gaji sebesar mana pun, kamu tetap seorang isteri. Suami , walau gajinya cukup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, dia tetap seorang suami yang perlu disanjung dan ditaati. Segala keputusan dalam rumah tangga milik dan hak suami. Janganlah ambik kesempatan dengan gaji yang besar tu. Kalau duit banyak tapi tidak mampu beli akhirat, tak payahlah bekerja.

Baik duduk rumah saja. Tujuan isteri-isteri bekerja adalah untuk pelaburan akhirat. Adakah dunia ni kekal? Adakah duit itu boleh beli kebahagiaan rumah tangga? Yang pasti jika ada isteri begini, merasa dia yang berhak buat keputusan dalam keluarga kerana duit dia banyak, pasti kebahagiaan dalam rumah tangga tu cuma bayang-bayang sahaja. Sia-sia saja berpenat lelah di dunia ini, tetapi jadi bahaman api neraka juga akhirnya.

Sadisnya perkataan “isteri yang tanggung suami” untuk seorang suami. Jangan lah guna istilah ini wahai isteri-isteri yang rasa gaji dia besar, cukuplah kata membantu urusan rumah tangga. Kecik hati suami. Sepatutnya para isteri bertanggungjawap menjaga maruah suami, tapi bila kata “tanggung suami” jadi seseolah memijak maruah suami pulak.

Kalau mahu bantu, mahu berikan duit dalam urusan rumah tangga, berikan lah, kalau tidak mahu tidak mengapa. Jangan sekali-kali mengungkit, kerana ikhlas itu musnah apabila diungkit. Hidup seadanya mengikut kemampuan suami saja. Sebaiknya wahai para isteri, ikhlas lah bantu suami sebab kamu yang ingin hidup mengikut duit yang kamu ada, kamu tak mahu hidup ikut berapa banyak duit yang suami ada.

Semoga kita semua mendapat petunjuk dan hidayah oleh Allah dan membentulkan arah tuju dan pegangan kita dalam hidup. Ingatlah Allah itu Maha Kaya. Kita ini masih milik Allah. Kita masih di uji setiap saat dan tak pernah terlepas dari ujian. Jika kata kita beriman ingat kita pasti akan di uji. Mohon lah kerahmatan dan keberkatan dari Allah. Perkara kecil dan remeh ini jika tidak di bendung melalui akar umbi ia akan menjadi penyakit yang merebak dan menghancurkan institusi keluarga. Marilah dan ingatlah Allah itulah segala-galanya. Ikutlah cara hidup Nabi Muhammad s.a.w. Ikutlah perintah-perintah dalam Al Quran. Insyaallah dapat keberkatan.

Sumber : Petikan ini di susun dari Halaqah Dot Net hasil tulisan Ummi Munaliza.

Pandangan aku pulak:
Gaji besar ke.. Pangkat tinggi ke.. ada kereta besar ke..rumah besar ke... yang pasti kita tetap ISTERI.. artikel ini berkaitan dengan masalah rumah tangga kini yang wujud sebab isteri bekerja, ditambah lagi gaji isteri adalah lebih sedikit dari suami. Pada pandangan aku..memang tak ada apa yang pelik atau yang boleh menimbulkan isu bila gaji isteri lebih besar.. asalkan ada "balancing" antara tugasan suami dan isteri dalam menguruskan rumah tangga. Jangan sampai satu pihak tidak berpuas hati. Contohnya..kalau beli barang dapur..suami bayar..dan isteri balik masak..ok ini normal... kalau isteri bayar..then isteri balik masak... tengah2 masak, sambil nak tunggu ayam goreng masak, masukkan kain dalam "washing" mesin.. suami tengok TV..layan internet... Bila siap masak..hidang makanan atas meja.. lepas makan kemas2 dapur...basuh pinggan mangkuk...lepas tu jemur kain yang dimesin.. suami buat apa??sambung layang movie... main game.. acecece..senang hidup kan... tak salah jika suami dengan rela hati tolong isteri jemur kain.. orang tak katalah suami buat kerja rumah "takut bini". Orang sekarang dah tak jaga tepi kain jiran dah..semua buat hal sendiri.. hihihi... Ini kalau dari A-Z isteri kena tanggung..memang selalu bertegang urat bertikam lidahlah... keadilan itu penting!! 

8 comments:

  1. Nice entry kak. Suka Baca :)

    ReplyDelete
  2. tak setuju sbb kami bahagia jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambungan..

      nak bina kebahgiaan insya allah mudah jika kita sentiasa amalkan sikap tolak ansur di antara satu sama lain, jangan pentingkan diri sendiri, sebolehnya elak sikap ungkit mengungkit jika kita sbg isteri sama2 membantu ekonomi keluarga dsb..

      Delete
    2. tulah kan kak.. kena tolong menolong lah..

      Delete
  3. bila masalh ini berlaku, puncanya adalah si isteri terlalu mendesak sehingga suami tak mampu. sebesar mana pun gaji isteri, dia tak boleh nak kontrol family. ya allah..moga allah sentiasa pelihara hati kita ke arah yg baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 isteri ni just nak tuntut hak dia je kak.. yalah takkan makan minum pon nak kena guna duit isteri.. dah macam x ada peranan dah sbg suami... hiiiii

      Delete
  4. Betul2x.. kadang2x melenting jugak.. biasanya sbb isteri buat benda yg di luar kemampuan dia.. manalah perginya gagah suami kalau kehidupan harian isteri tanggung.. masak, basuh baju, jaga anak semua isteri buat.. tengok suami dok layan internet.. naik fed up jugak kan... bila moody, isteri pulak yg salah.. bukan nak pujuk ke, mintak maap ke.. bawak diri la cenggini.. uuuwwaaa....

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!