Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 10 January 2014

MANDI MALAM BAIK UNTUK KESIHATAN??

Assalamualikum

Sejak akhir-akhir ini mandi malam sudah menjadi tabiat dah. Kalau di kampung Mak selalu tegur kalau aku mandi malam. Katanya tak elok, nanti paru-paru berair. Jadi aku ikutlah cakap mak..tapi itu di kampung.. bila balik KL, badan penat baru balik kerja.. kepala tengah serabut.. tiba2 terus ke bilik air..mandiiii.... segar sangat-sangat badan ni bila terkena air.. sampai rumah dari tempat kerja biasanya hampir jam 8.00 malam..  tambah-tambah lagi cuaca sekarang memang panas... jam 12.00 tengah malam pon dah macam siang hari..siap boleh berpeluh lagi..

Semalam tak dapat tidur, kepala tengah berserabut.., tengok jam pukul 1.30 pagi... aku ambil tuala terus ke bilik mandi.. siram badan tak sampai 10 minit... siap..!!! pakai baju..baring atas katil..selimut sampai paras mulut..(sejukkkk) tak sampai 5 minit terus dibuai mimpi..haha

Bangun pagi tadi, kepala rasa berat.. terhuyung hayang... rasa macam atas kapal..haha... hadoiiii... kesan mandi lewat malamkah ini??/


Bila sampai tempat kerja, terus google kesan mandi malam.... hehe boleh dapat tarik nafas lega bila article Utusan online menerangkan bahawa tiada kesan buruk apabila mandi malam, malah lagi digalakkan oleh doktor??.. eh??  betul ke neh...

Kata Dr. Tan (doktor hospital swasta) , negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.

Antara Kebaikkan Mandi Malam adalah:-

a) membersihkan badan daripada bakteria dan virus - kegagalan mandi yang secukupnya boleh    mendatangkan penyakit kulit dan juga bau badan.

b)  mandi membuatkan badan lebih segar, sihat, selain membersihkan bakteria daripada permukaan kulit.

c) Bagi orang yang menghidapi penyakit kulit, tujuan mandi dan memakai pelembab adalah untuk memulihkan kulit kering. Mandi malam adalah untuk  kurangkan kehilangan air daripada kulit pada waktu malam.

d) Setelah penat seharian bekerja,otak dan badan anda perlukan rehat - oleh itu mandi boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi.

e) Mandi juga membuatkan anda dapat tidur dengan lena dan membantu mengurangkan insomnia

f) mandi adalah satu amalan semula jadi bagi memberi regangan kepada minda dan badan. Seseorang itu bukan hanya dapat tidur lena tetapi juga tidur dengan lebih lama jika beliau mandi sebelum tidur.

Kenapa mak ayah kita, ataupun orang tua tidak benarkan amalan mandi malam??

Sebab pada zaman mak ayah kita dulu, jam 9 malam sudah sejuk, kalau mandi memang akan sakit jika antibodi tidak kuat, tapi sekarang ini..jam 2 pagi pun kita masih lagi boleh berpeluh-peluh.. "Global Warming" orang kata.. kalau tak mandi memang tak lena tidurlah..

Lagi satu, orang zaman dulu mandi di sungai2 ataupun perigi... memang bahayalah kalau keluar mandi waktu malam, kalau ada deretan lampu jalan tidak mengapa..cerah bercahaya je..tapi zaman dulu ada ke lampu jalan..?? yang adanya lampu ayam.. tak pun lampu tanah.. apa yang boleh nampak dengan lampu2 tradisional tu..akekeke

11 comments:

  1. itu saya tak berapa nak pasti sebab saya sendiri jarang mandi lewat mlm, kalau mandi biasanya kejap jer..tapi lepas baca entry nie rasa nak mandi lama2 plak..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. kadang2 licha mandi malm jgk sebab dah balik lwat dari kerja. :) tapi rasanya tak bagus untuk amlkan. orang tua2 cakap nnti senang sakit

    ReplyDelete
  3. saya jarang dah mandi malam ni, kalau nak mandi mlm pun mesti guna air panas :). mak saya cakap kalau suka mndi mlm badan mudah masuk angin terutama kaum wanita..

    ReplyDelete
  4. Ada yg ckp mandi klu mlm2 sgt memudaratkan.. boleh kena paru2 berair. Tak pastilah klu ia menyihatkan.. wallahualam..

    ReplyDelete
  5. yg saya pasti mandi selepas subuh dan sebelum terbit matahari itu menyihatkan. mandi malam tak pastilah macam mane.. :)

    ReplyDelete
  6. Bagus la entry ni, saya baru blik keja ni, nk mndi terbaca pulak bnda ni, he

    ReplyDelete
  7. Samalah..blk umah pun matahari dah terbenam..xkn lah nak mandi kat ofis plak :P apa2 pun kesan amalan mandi malam ni adalah jangka waktu pjg.wallahualam

    ReplyDelete
  8. mandi malam memang tak bagus.... tapi kalau mandi dalam pukul 8 hingga 10 xpe.... tp selepas pukul 10 mlm ia xbgus utk kesihtn... wlupn cuaca luar panas... xsalah nk mandi mlm tp jgnlh selalu dn kerap mandi mlm itu x bagus utk kesihatan... sekali sekala xpe terutamanya yg terlalu sibuk.... jgn diamalkn sngt mandi mlm tu

    ReplyDelete
  9. Seeloknya pd waktu malam mandilh dgn air suam daripada air sejuk

    ReplyDelete
  10. Setahu saya masuk dr strt masuk maghrib hingga 1230 malm mmg xelok mandi malam...ada kaitan dengan energy alam sekitar(xingt dah-kena google)..ttpi selpas 1230 mlm boleh mnd sebb dianjurkan sblum solt sunat mndi dhulu supaya xmngntok...

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, thanks di atas info yang membuatkan saya lagi ingin mandi malam! Muehehehehehe

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!