Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 16 January 2014

2nd YEAR at PKSM & TIPS KEKAL BERMOTIVASI UNTUK BEKERJA


Assalamualaikum..

Januari 2014... genap 2 tahun aku bekerja di sini... 

Pelbagai pengalaman menarik..suka..duka..sakit hati... gembira.. yang diperolehi, mengadap pelbagai kerenah orang..complete..semua dah rasa bila bergelar seorang pekerja..

yang penting pengalaman kerja... Alhamdulilah sepanjang kerja di sini pelbagai pengalaman yang diperolehi.. semuanya mematangkan aku dalam bidang kerja ini. 

Bersama Dato Sri Najib Tun Abd Razak (PM Malaysia)


Berikut ialah lima tips untuk kekal bermotivasi dalam melaksanakan pekerjaan anda:


1. Ikhlaskan niat bekerja
Tanyalah diri, kenapa aku bekerja? Mahu cari duit? Nak sara keluarga? Bosan duduk saja? Pelbagai alasan boleh diberikan. Cuma satu alasan yang betul dan tepat iaitu untuk melaksanakan amanah Allah.




2. Tanamkan minat dan suka bekerja
Tidak semua individu beruntung peroleh pekerjaan yang diidamkan. Bersyukurlah sebab anda diberi peluang dengan menanam azam dan semangat dalam diri untuk menyayangi pekerjaan tersebut dan berusaha untuk berikan yang terbaik. Jika minda anda positif, hasilnya juga akan positif.



3. Anggap pekerjaan sebagai cabaran untuk diri
Pekerjaan bukan mainan, malah bukan juga bebanan. Jadikan pekerjaan anda sebagai satu medan untuk mencabar keupayaan diri. Mungkin ia bukan bidang anda tetapi bila anda diberi jawatan bererti anda diberi kepercayaan. Lantas, buktikan majikan anda tidak salah meletakkan kepercayaannya kepada anda.



4. Tekad untuk jadi lebih baik
Tekadkan azam, jalinkan semangat, sentiasa berusaha dan bertindak agar kedudukan anda bertambah baik dari hari ke hari, tahun ke tahun. Jadikan pekerjaan anda medan persaingan secara sihat agar hidup anda pada masa depan lebih baik.



5. Bertindak demi kecemerlangan
Apabila anda punya azam untuk lebih berjaya, susun strategi agar pekerjaan anda menjadi lebih baik dan mendapat pengiktirafan majikan. Bertindak dengan cara yang baik, dibenarkan syarak dan norma masyarakat.

Ingat! Matlamat tidak menghalalkan cara.


                             
                                                          Bersama Dato Sri Adnan Yaacob ( MB Pahang)

3 comments:

  1. thanks dfor the tips naniey..hehe..kadang2 bila kita dah selesa dengan kerja yang kita buat rasa sayang pulak nak tinggalkan..for me, i'm currently working for 3 years at the current company and i like it..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. setuju dengan semua tips ini.. apa yang penting ikhlaskan diri untuk bekerja, insya-Allah kerja pun tak stress..

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!