Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, 4 January 2014

TEKNIK MEMUJUK ISTERI MERAJUK

Assalamualikum...

Bagi sesebuah perkahwinan, suka duka.. bahagia..bertikam lidah.. berselisih faham... merajuk dipujuk adalah perkara biasa... Orang tua cakap sudah memang asam garam dalam kehidupan rumah tangga.. bercinta 10 tahun belum tentu dapat mengenali hati budi pasangan. Bila sudah kahwin, duduk serumah... makan semeja..tidur sekatil..baru keluar sikap sebenar pasangan masing2.. baru tahu isteri kita sikapnya begini..si suami sikapnya begini... pergaduhan sering tercetus pada awal perkahwinan sebab masing2 berbeza perangai dan sikap..masa bercinta dulu semuanya okey kan... tapi janganlah takut nak kahwin pula...lama-kelamaan keserasiaan akan terjalin juga... macam mak ayah kita kan... berpuluh2 tahun hidup bersama..mesti ada suka duka juga... 
Gambar ihsan en.google..

Wanita a.ka. isteri memag tak akan lari dari sikap suka merajuk.. so kepada para suami.. pandai-pandailah memujuknya... jangan biarkan saja..lagi parah jadinya... antara teknik yang boleh membantu para suami yang tak reti nak memjuk isteri merajuk adalah seperti berikut;

  • Beri ruang kepada isteri untuk luahkan segala ketidakpuasan hati..jangan halang , marah, maki hamun atau melawan balik di saat isteri sedang meluahkan perasaan. sebolehnya cuba dengar dahulu.. tidak salah jika jadi pendengar setia
  • Setelah mood isteri dah okey...  sila berbincang dengan cara elok.. elakkan kekerasan atau nada suara yang tinggi, kerana ianya boleh menyebabkan pergaduhan..
  • Tunjukkan komitmen terhadap isteri, tunaikanlah apa yang dihajati sekiranya mampu dan tidak melampaui batas...
  • Setelah semuanya kembali normal tegurlah kesilapan isteri dengan baik dan berhemah..
gambar ihsan en. google
  • Jika terang-terangan anda lakukan kesilapan, mohon maaf kepada isteri dan jangan ulangi lagi... jangan sesekali menipu isteri.. 
  • Jangan tunjukkan anda protes dengan sikap merajuk isteri anda... ini tidak, bila isteri merajuk, suami pon turut merajuk.. 
  • jangan tunjukkan yang anda lemah depan isteri..jadilah seorang yang gentleman...  mengalah bukan erti takut bini.. tapi memahami seorang wanita yang kadang kala terlebih beremosi
Mungkin ada yang tak setuju dengan teknik ini..sebab nampak sangat bias pada isteri.. ok, back to the topik... teknik memujuk isterikan... mestilah keistimewaan pada isteri..suami kena banyak mengalah..hehe.
..
gambar koleksi peribadi Naniey.... ceh poyo je tetiba campak gambar sendiri...

5 comments:

  1. bagus tips ini.. lelaki perlu tahu..

    ReplyDelete
  2. saya setuju dgn ini.Kdg2 suami2 ni cm tak kisah je kalau isteri merajuk heheh :)

    ReplyDelete
  3. Wahh.. tips yg baik ni.. t kasih.. :D

    ReplyDelete
  4. wahh..definitely bookmarking this for him! nice share :)
    yg kartun tu btol..haha :P

    ReplyDelete
  5. bagus tips nie.. kejap nak prektikkan...
    eh kejap.. kena cari bini dulu..
    ai ai ai...

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!