Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 1 January 2014

6- 15-16 BBQ at SG. CONGKAK, HULU LANGAT..


Assalamualaikum... 

Macam dah jadi acara tahunan dah BBQ dengan rakan2 rumah sewa neh... kalau dulu kami buat BBQ kat SINI dan tahun nie buat di Sg. Congkak, Hulu Langat... dulu aku masih lagi menyewa kat sana tapi sekarang aku dah ditendang keluar sebab tak bayar sewa.. acecece... oh tidak.. aku move out sebab dah kawen.. akeke... 



Sedikit info berkenaan Sg Congkak yang aku mintak tolong dari En. Google untuk dapatkan maklumat neh..

Lokasinya adalah  21 km dari Bandar Cheras melalui Jalan Hulu Langat - Pangson dan 30 km dari Bandaraya Kuala Lumpur. Hutan Lipur Sg. Chongkak terletak di dalam Hutan Simpan Hulu Langat yang merupakan sebahagian dari Hutan Taman Negeri juga dikenali sebagai Taman Warisan Negeri Selangor. Hutan ini merupakan jenis hutan dipterokarpa pamah.


Actuaally ini adalah on the spot punya plan... petang jumaat baru bincang dengan salah seorang x-housemate tentang rancangan neh.. alhamdulilah semuanya berjalan lancar walapun dilakukan last minute... 







Air kat sini memang sejuk.. segar sangat tbuh kalau boleh berendam.. tapi nampak tak gambar kat atas..baju aku tak basah pon kan... haaa memang sahlah aku xmandi.. just main2 air dengan kaki macam tu je... haha



sila abaikan saiz XL aku di situ... hurmmmm...





 Tempat ini memang sesuai sangat bagi siapa2 yang nak tenangkan fikiran... bunyi air mengalir menghempas batu... kehijaun flora... suasana yang redup... sejuk... memang lupa sekejap stress yang ada kat tengah2 bandar KL tu... hihi.. satu lagi, kalau buat potoshoot untu wedding dan pre-wedd pon lawa...  untonglah siapa2 yang tinggal di kawasan yang berdekatan...





Air sg nie memang bersih... so tak perlu risaulah yaa... cuma perlu berhati2 dengan batu-batu kat sini... ada yang licin..boleh tergolek kalau salah pijak..haha...



Dah siap berendam semua lapar kan..padahal daj makan ayam BBQ dah tadi sebelum turun ke Sg...


Tapi sayang sikitlah..tempat nie xbegitu dijaga dengan rapi... chalet2.. dan pondok yang ada macam nak runtuh je semuanya... nak menginap untuk bermalam poon macam seram dan tak selamat... toilat dan tempat sembahyang ada tapi agak tidak selesa... pengunjung memang ramai tetapi service pulak kurang memuaskan... kalaulah tempat nie dijaga dengan rapi... memang akan menjadi pusat pelancongan yang sama taraf dengan pusat rekreasi yang terkenal di Malaysia...

 Dalam jam 3 petang, kami dah bersiap kemas barang untuk balik.. sebelum tu En. Suami sempat bawa kami ke Bukit Ampang untuk lihat pemandangan seluruh KOTA Kuala Lumpur... memang cantik.. padat bangunan2 yang ada di KL neh..kalau dilihat dari pemandangan biasa memang xkan nampak kepadatan bagunan neh... apa yang best lagi, siap ada gerai2 yang beroperasi.. untong kot berbisnes kat sini..

Ohh lupa nak bagitahu.. memandangkan keluarga aku ada kat sini..so aku bawak mereka sekali ke sini... hehe... 

tahniah Naniey..siap jugak entry nie walaupun kemalasan yang melampau melandan dirimu.....haha

10 comments:

  1. nampak menarik tempat ni.. dah lama tak pergi ke kawasan air terjun atau lata.. best nya mandi air sungai.. :D

    ReplyDelete
  2. Last p sini ms tahun 2003, sy drjh 6. Kesian :( lama dh x g sini. Teringin.

    Tmpt2 cmni elok la dijaga btol2. Kdg sedih ngn org yg berkuasa dlm bab2 cmni tp x jalankan pun tugas dorg. Amanah & t'jwb ntah ke mana. Hope tmpt ni dielokkan lg 1 ms nnt. Aamiin :)

    ReplyDelete
  3. agak mengejutkan sebab baru tahu akak dah berkahwin. selamat menjadi seorang isteri, kakak! :)

    dah lama tak mandi air terjun. sebab memanjang busy. sekarang cuti panjang pun masih busy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..kenapa pulak terkejut dik oittt...hihi... akak naniey dah kawen hampir 1 1/2 tahun dah... hihi...

      Delete
  4. Vee tak suka sgt berkelah kat tempat cmni. Entah, mcm seram je rasanya. Lebih suka pantai. Hehee :D

    ReplyDelete
  5. sg congkak dah dekat betul dgn umah mertua saya...hehe

    ReplyDelete
  6. Haaaaaiiii.. cakkk....bestnya berkelah.. tak pernah gi lagi tempat ni..

    done follow sini no. 124,
    jom follow me back.. leh saling kunjung mengunjung pasni, salam kenal yea...

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    2nd blog : http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. sg congkak ini pun satu tempat yang lejen nie...hehehe.hopefully pihak berwajib akan tampil untuk repair peralatan yang usang..sayang kalau dibiarkan macam tu jer...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. ..dah lama rasanya sy tak ke sini. dulu sekali masa buat kursus indusksi 8 thn lalu...yes memang nyaman suasana dan airnya sejuk giler..

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!