Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 20 January 2014

PETUA MASUK RUMAH BARU

Assalamualaikum..

Minggu depan kalau tak ada aral yang melintang.. aku dan suami akan pindah rumah ke Bukit Jalil..alhamdulilah..makin dekat dengan tempat kerja..Terdapat beberapa petua untuk memasuki rumah baru, sama ada tradisi melayu turun temurun ataupun petua dari agama Islam sendiri mengenai adab dan cara ketika memasuki rumah yang baru diduduki.

Petua Pertama : LAUNGKAN AZAN PERTAMA KALI MASUK 
Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru.Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sebagai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni. 


Petua Kedua : BACA SURUH AL-BAQARAH 
Baca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah." 

Petua Ketiga : BANYAKKAN SOLAT DAN BACA AL-QURAN 
Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi) 

Petua Keempat : AMALKAN BACA SURAH YASIN, AL-FATIHAH DAN AL IKHLAS 
Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali. 

Petua Kelima : MEMAGAR RUMAH DENGAN BANTUAN ORANG YANG LEBIH ARIF 
Seandainya inginkan lebih rasa keselamatan bila menduduki rumah baru, panggilah orang yang lebih arif dalam ikhtiar "memagar rumah" seperti yang diusahakan oleh (contoh) kumpulan dari Darul Syifa.



8 comments:

  1. firstly tahniah naniey.. selamat masuk rumah baru...:)
    bagus petua ni kan..boleh di amalkan pada yg nak masuk rumah baru..
    thanks naniey sharing this tips ...

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian ni :)

    ReplyDelete
  3. thanks utk info naniey.Nt leh prktikkan masa nk pindah nt ;)

    ReplyDelete
  4. Selamat masuk rumah baru Naniey... ^__^

    ReplyDelete
  5. Selamat betrhijrah Naniey...Semoga lebih keberkatan dirumah baru...Salam rabu ya!!!

    ReplyDelete
  6. bagus petua masuk rumah baru ni.. selamat berpindah ke rumah baru.. :D

    ReplyDelete
  7. seram pulak baca tips nom 5 harun din tu.. :(

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!