Assalamualaikum..
Minggu depan kalau tak ada aral yang melintang.. aku dan suami akan pindah rumah ke Bukit Jalil..alhamdulilah..makin dekat dengan tempat kerja..Terdapat beberapa petua untuk memasuki rumah baru, sama ada tradisi melayu turun temurun ataupun petua dari agama Islam sendiri mengenai adab dan cara ketika memasuki rumah yang baru diduduki.
Petua Pertama : LAUNGKAN AZAN PERTAMA KALI MASUK
Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru.Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sebagai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni.



