Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday 24 November 2014

JANGAN BODOH SOMBONG!!!

Assalamualaikum...

Ermmm Naniey tipu..janji dah jadi pengguna Note 3 akan selalu update blog..akan selalu rajin blog walk ke rumah kawan2 tapi tak ada pun... entry pon 3 4 hari sekali baru update... kadang2 seminggu pon belum tentu ada story baru... Naniey tipuuu....akeke....

Kalau dah malas tu, banyak pulak alasan kan..hihi...

Hari ini nak bercerita tentang perangai manusia yang bodoh sombong... eh eh kenapa Naniey cakap orang bodoh... tak baik tau....

bukan nak cakap orang tu bodoh tapi sikap orang tu sendiri menjadikan dia seperti itu...

::definisi bodoh sombong::
Tidak cerdik, tetapi enggan pula menerima fikiran, pertolongan, dsb orang lain; - Kamus Dewan Edisi Keempat

Ramai manusia dimuka bumi ini pantang di dikritik mulalah tidak tentu arah, melenting...tak mahu terima kritikan dan cuba cari kesalahan orang balik... teguran/kritikan kita bukan untuk menjatuhkannya tetapi untuk menjadikkannya lebih berdisiplin..lebih fokus dengan apa yang dilakukan... 

Namun tindakan kita itu di salah erti..malah di canang seluruh alam maya bahawa kita mempunyai sifat hasad dengki. 

TERLALU EGO

Imam Syafie pernah berkata "aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu". 

Maksudnya, kita berhujah, berbicara, berbincang dengan memberi fakta, bukti, hadith yakni penjelasan dengan dalil aqli dan naqli terhadap orang jahil (bodoh), mereka tetap TIDAK FAHAM ataupun TIDAK MAHU FAHAM. 

Kerana apa?

 Bodoh sombong? ego? berhati batu? berhati keras? hidayah tak sampai?

<<<copypaste dari : http://muslimdoktor.blogspot.com/ >>>>>

Keimpulannya, biarkan mereka yang mempunyai sikap negatif ini dengan dunianya sendiri... 

Wednesday 19 November 2014

LEARN FROM MISTAKES!!!


Rileks Naniey....jangan nak gelabah sangat... tak kiamat pun setakat buat silap macam tu....

arghhhhh... alahai kenapa bulan ni careless sangat..  macam2 rasa sekarang.. rasa down.. rasa tak reti buat kerja..rasa bersalah..rasa nak menjerit..rasa nak nangis..... rasa rasa rasa...ermmmm rasa nak keluar ofis..balik rumah ..then tidurrrr... ok itu terapi yang terbaik,hahaha!!!! Tabiat zaman sekolah tak hilang lagi...dulu2 kalau ada masalah di sekolah... balik rumah.. terus tidur... jam 6 petang baru bangun.... tak makan pun takpe... yang penting tidur.... kononnya kalau tidur tak perlu fikir apa2....hihihi...

Wednesday 12 November 2014

GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM

Assalamualaikum...





Dengan ini bermula lah giveaway hujung tahun dari dianarashid.com dan sudi2 kan lah untuk sertainya kerana ada banyak hadiah menarik yang boleh kawan-kawan menangi.Berikut adalah senarai hadiah :-

Dish Wash Concentrate x 1 pemenang
Herbal Blend® Multi-Purpose Cream x 2 pemenang
telekung lycra x 1 pemenang
topup RM10 X 3 pemenang
Fridge magnet London + keychain (1 pemenang) 
Fridge magnet Malaysia + keychain (1 pemenang)
Topup RM10 x 1pemenang
Fridge magnet cameron highland x 4 pemenang
Shawl x 1 pemenang
Topup Rm10 x2
1 paket Mykoko rm39/500g x 1 pemenang
2 voucher KFC x 1 pemenang
baju muslimah x 2 pemenang
wang tunai rm50 x 1 pemenang
Home Binder 2014 x 1 pemenang


Syarat-syaratnya...:-

1- Buat satu entry bertajuk " GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM"

2- Like semua facebook page penaja(wajib ):-
















3- Follow blog penaja( wajib) :-

Fiza , Dila , Yumida , Parihh ,Eurukaseven , CekguNorazimah ,Veesandi  , Nadiah , Ujie , YatiAdam , Fizah@susunatursioca

4- Follow Instagram penaja (jika  ada)

@cikgunorazimah , @syidah_eda93

5- Add google + :-

Junainah   ,  Yumida

6- Tinggalkan link entry anda di entry ini 

jangan lupa letak kan link blog www.dianarashid.cm di bloglist anda supaya tak terlepas pandang apa2 update terkini.Tarikh tutup giveaway ini ialah pada 10-12-2014 .Pemenang dipilih melalui random.org .Keputusan akan diumukan sebelum 15-12-2014


Sekian..




JUST FOLLOW THE RULES!!!!

Assalamualaikum...

Isu hangat sekarang ini adalah tentang abg JPJ yang sedang giat melancarkan operasi menyerang pemilik kereta yang tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Pada mulanya isu tentang cermin gelap... bersepahkan kat atas jalan kereta2 yang cermin gelap... memang kecoh satu Malaysia.. Pemilik2 kereta yang bercermin gelap mula meroyan di media sosial.. marah..maki..hamun JPJ... 

Dah tu ingatkan operasi membanteras cermin gelap je yang dijalankan..rupa2nya operasi ni datang dengan pakej... 

Bermula hari ini, tindakan tegas akan dikenakan kepada pemilik kenderaan yang melanggar peraturan dan spesifikasi kenderaan seperti mengubahsuai nombor plat dan memasang lampu tambahan (lampu strob) dan lampu HID 'head lamp' yang tidak mematuhi standard, lapor Mstar Online. - Sumber Malaysia Insider (1 Nov 2014)

Kalau bab guna lampu yang tidak mematuhi spesifikasi takpelah, memang patut diambil tindakan sebab penggunaan lampu HID yang terlalu kuat boleh mengganggu penglihatan pengguna jalan raya yang lain dan berdepan risiko keselamatan.

Tapi kalau nombor plat tu aku tak pasti lah pulak apa kesan dia kepada keselamatan pengguna jalan raya..menurut apa yang aku baca.. untuk mmengurangkan jumlah kematian akibat kemalangan??aihhh?? apa kaitannya?? no plat bunuh orang ke apa??hihihi....  sebab alasan yang kononnya tak logik lah pemilik kenderaan semakin berang dan hangin.. macam2 yang keluar di media sosial mengutuk dan menghentam pihak tersebut... 

Namun begitu, apa jua yang dilakukan mesti mempunyai sebab2 yang tertentu kepada rakyat dan negara... tapi pihak yang terbabit tu perlulah memberikan alasan yang kukuh mengapa sesuatu peraturan itu perlu dikuatkuasakan... jangan bagi alasan tangkap muat je... rakyat sekarang ni semakin bijak pandai..kebijaksanaan mereka mengalahkan menteri2 kita ni tau... haaa jangan main2... 

bagi aku pulak..kalau malas nak berperang dengan saman2 JPJ ni..ikut je peraturan..bukan susah sangat pun... tak payah lah nak modify itu ini... asalkan boleh bergerak sudehh... tak payahlah nak pening2 fikir kelogikkan tindakan yang dibuat oleh JPJ, kalau mereka senyap..kamu cakap mereka tak buat kerja, makan gaji buta... tapi kalau mereka betul2 buat kerja..kamu bising pulak.. semua tak kena kan..... hahahaha

Saturday 8 November 2014

En. Suami Super Power Rangers


Assalamualaikum... 

Selamat berhujung minggu yaa kawan2 di alam maya semua.....

mesti macam2 aktiviti yang di lakukan bersama keluarga pada hujung minggu ini... 

aku macam biasalah terperap je kat rumah..tambah2 lagi en.suami ke Terengganu hari ini... memang aktiviti makan..tidur tgk tv jelah aku hari ni...akeke

Balik kepada tajuk entri kat atas tu.. suamiku super power rangers..haha.. gelaran yang aku bagi pada en.suami pada minggu ni.... 

kenapa???

Sebab....

minggu ni dia terlampau aktif...

Friday 7 November 2014

TAK MAMPU NAK IKUT TREND..!!

Assalamualaikum..

Kalau bercerita pasal gajet..memang takkan habis..akan ada je y keluaran yang terbaru di pasaran.. kepada yang terlalu fanatik dengan gajet2 ni.. asalkan ada je keluaran yang baru...mesti tak sabar nak milikinya..sampaikan ada yang sanggup beratur berjam2 lamanya di depan kedai semata2 untuk dapatkan gajet idaman.. cehhh!!! memang terasa macam erkkkk sangat.... macamlah gajet tu ada 2 biji je setiap kedai hingga kamu sanggup menunggu depan kedai sampai macam tu sekali... 

Bagi kita ni yang tak updated sangat tentang gajet2 ni.. tunggulah harganya jatuh merudum baru terkedek2 pergi kedai untuk beli... boleh dapat separuh harga dari awal2 gajet tersebut diperkenalkan.. terasa jimat berganda2kan.. tapi kena terima hakikatlah yang kita dah ketinggalan..hihi...

Sama jelah dengan aku... 2 3 minggu lepas.orang tengah eksited untuk dapatkan Note 4 ataupun Iphone 6 yang baru je jengah ke pasaran Malaysia.. tapi aku dengan langkah confidennya pergi kedai... 

Aku : "Tokey, Note 3 ada lagi tak?? berapa harga sekarang??" 

Tokey : ooo Note 3 eh.. ada... tengok sini.. harga RM 1499.00... '" mau ke??... 

Aku : harga ni dah termasuk semua ke??ke kalau nak install apa2 software kena tambah duit lagi??... 

Tokey : Oooo tak..harga ni dah termasuk semua dah... 

Aku : ok, tokey, apa beza Note 3 dengan Note 4?? 

Tokey : haiyaaa bezanya cuma harga lorr..semuanya sama saja, bazir duit je... pakai note 3 dah ok, macam i ni... (sambil keluarkan note 3 dalam poketnya) 

Aku : haaa ehhh... u takpe dah tokey....sat aku u boleh pakai ipong 6... 

Tokey : haiya mana ada tokey... i tak minat ipong.. 

Aku : haaa oklah.. i ambik yang note 3 lah... 

Tengok, tokey kedai pun kata membazir je kalau ikut teknologi... aku ni jenis sayang duit..dahlah duit tak banyak..nak dapat pun bukan main susah lagi... so tak payahlah nak ikut tren sangat.. beli je apa yang mampu..hihihi..*ayat orang tak cukup bajet nak ikut trend memang macam ini*haha

Sekarang ni Note 3 menjadi peneman setia aku..orang lain terlompat2 pakai Note 4..tapi ada aku kisah..aku tetap senyum2 kambing sambil buat muka kembang semangkuk dapat guna note 3...

Suka sangat sekarang ni bila2 masa dimana jua boleh update blog..baca story kawan2... dan jugak blogwalking... 

Disamping tu boleh belajar melukis... 

Tapi sakit hati sikit sebab bateri note 3 cepat habis..dalam sehari 2 or 3 kali kena caj..walhal aku tak main game pun, takdelah hardcore online..lagi satu, ianya cepat panas..tengok satu video pun dah mula rasa panas.. uhhh!!!!

Monday 3 November 2014

CPUV NUFFNANG : TRANSITIONS OPTICAL, BRITISH COUNCIL - EDUCATION, JIMAT2 McDONALD'S DAN DIGI DEVICSE CAMPAIGN

Assalamualaikum...

Pengakhiran bulan oktober yang baik.. alhamdulilah... sekaramg dalam sebulan, 2 or 3 kali akan update entry CPUV Nuffnang ni... kalau dulu bukan main payah lagi ia nak melekat... 


Terima Kasih kepada En. Nuffnang yang baik hati lagi pemurah.... 

Sunday 2 November 2014

AF SERAP????

Assalamualaikum.....

Siapa tengok AF jap tadi.. konsert kali ini telah memilih 5 orang pelajar untuk bertanding di peringkat akhir pada minggu hadapan.. tahniah kepada Ewal..Nuha..Firman..dan Aman..

Pada malam ini juga telah membuat kejutan apabila telah mengadakan AFSERAP..hahhhh AFSERAP???? yaaaa... iaitu seorang pelajar yang telah tersingkir akan di serap masuk untuk sama2 bertanding di peringkat akhir..dan pelajar yang bertuah itu adalah ADEL.. tahniah Adel...

Haiya...untunglah tersingkir awal..tak payah buat tugasan mingguan...dah tak payah buat konsert tiap2 minggu.. tup2 boleh masuk final secara automatik...best kan...tapi tak apalah..inilah yang di katakan rezeki...

Ermmm pape jelah...bukan aku kisah sangat pun siapa masuk final...siapa tersingkir dan siapa yang di serap masuk..bukan aku undi pon..keh2.... 

terlupa exam online PTD

Assalamualaikum....

Salam hujung minggu ya semua penduduk bumi.. rasanya masih belum terlambat lagi kan untuk ucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Pahang kerana berjaya mengekalkan takhta juara Piala Malaysia 2014 setelah menumpaskan pasukan dari selatan tanah air dengan sepakan penalti...

Disebabkan eksited tengok bola jugalah aku terlupa yang semalam aku ada exam online untuk Pegawai Tadbir Diplomatik..ujian bermula jam 8.00 malam tapi jam 8.45 baru teringat.. aduhaiiiii.... nak pergi ke cc tapi rasa dah terlambat.. wifi kat rumah tak sambung pun sejak pindah hari tu..

Aku pun usaha lah juga online kat handfon.. kalut duk cari angka giliran yang SPA hantar kat email.. aku memang tak buat persediaan apa2 pun sbb memang dah tau yang jawatan ni susah nak dapat.. tu yang buat endah tak endah sampai terlupa terus..hahaha....

Bila dah masuk angka giliran.. terus soalan matematik keluar.. memang pening2 lalat aku dengan soalan matematik nie.. satu soalan pun aku tak paham..so apa lagi..main tembak2 jelah...hehe..

Bila masa tamat.. kena tunggu pulak untuk jawab soalan seksyen berikutnya.. aku pun tunggulah.. dalam duk tunggu tu aku baru perasan yang soalan berikutnya dari seksyen C.. , soalan matematik tadi dari seksyen B lah kan... so maknanya aku dah terlepas untuk jawab soalan seksyen A..kihkih.. tu lah nyanyuk lagi kan... dah setel jawan seksyen C, aku ingat.. soalan seksyen A akan keluar.. rupanya yang keluar..PEPERIKSAAN SUDAH TAMAT!!

Adehhhhh... maka tamat lah peperiksaan aku tanpa menjawab soalan seksyen A..ermmmmm tak apalah.. tak ada rezeki.. tulah sape suruh awal2 lagi niat tak mau jawab exam kan.. skg betul2 dah terlepas..hihihi....

#pertama kali update entry guna smartphone.
.hooooyeeee...kalau banyak typo harap maaf yaaa... lepas ni duk kat mana2 pun boleh update entry..even dalam LRT sekalipun..hehe...suke suke suke