Assalamualaikum....
Salam hujung minggu ya semua penduduk bumi.. rasanya masih belum terlambat lagi kan untuk ucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Pahang kerana berjaya mengekalkan takhta juara Piala Malaysia 2014 setelah menumpaskan pasukan dari selatan tanah air dengan sepakan penalti...
Disebabkan eksited tengok bola jugalah aku terlupa yang semalam aku ada exam online untuk Pegawai Tadbir Diplomatik..ujian bermula jam 8.00 malam tapi jam 8.45 baru teringat.. aduhaiiiii.... nak pergi ke cc tapi rasa dah terlambat.. wifi kat rumah tak sambung pun sejak pindah hari tu..
Aku pun usaha lah juga online kat handfon.. kalut duk cari angka giliran yang SPA hantar kat email.. aku memang tak buat persediaan apa2 pun sbb memang dah tau yang jawatan ni susah nak dapat.. tu yang buat endah tak endah sampai terlupa terus..hahaha....
Bila dah masuk angka giliran.. terus soalan matematik keluar.. memang pening2 lalat aku dengan soalan matematik nie.. satu soalan pun aku tak paham..so apa lagi..main tembak2 jelah...hehe..
Bila masa tamat.. kena tunggu pulak untuk jawab soalan seksyen berikutnya.. aku pun tunggulah.. dalam duk tunggu tu aku baru perasan yang soalan berikutnya dari seksyen C.. , soalan matematik tadi dari seksyen B lah kan... so maknanya aku dah terlepas untuk jawab soalan seksyen A..kihkih.. tu lah nyanyuk lagi kan... dah setel jawan seksyen C, aku ingat.. soalan seksyen A akan keluar.. rupanya yang keluar..PEPERIKSAAN SUDAH TAMAT!!
Adehhhhh... maka tamat lah peperiksaan aku tanpa menjawab soalan seksyen A..ermmmmm tak apalah.. tak ada rezeki.. tulah sape suruh awal2 lagi niat tak mau jawab exam kan.. skg betul2 dah terlepas..hihihi....
#pertama kali update entry guna smartphone.
.hooooyeeee...kalau banyak typo harap maaf yaaa... lepas ni duk kat mana2 pun boleh update entry..even dalam LRT sekalipun..hehe...suke suke suke
saya yang jawab complete 3section pun tak tau boleh lepas ka tak sebab section a tu banyak yang saya tak baca. soalan maths pun saya banyak tembak jugak sebab banyak betul soalan kebarangkalian.masa tak cukup. tapi section c tu masa terlebih banyak pulak. ^_^
ReplyDeleteooo ada exam online ya...tak apalah Naniey, tak ada rezeki kali ni..nanti boleh cuba lagi kan...
ReplyDeletealahai.. nak buat macam mana kan dah terlupa... macam mana keputusannya, dah keluar kan?
ReplyDelete