Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday 29 June 2014

NUFFNANG : IKEA - JUNE SALE CAMPAIGN



Assalamualaikum...

Nuffnang baru melekat lagi..alhamdulilah.. kali ini dari IKEA...



Sekarang ini IKEA tengah mengadakan Sale Campaign untuk bulan Jun.. aku tekan iklan tadi bermacam2 pelbagai barangan menarik yang di tawarkan dengan harga yang murah... bagi yang suka buat deco rumah..bolehlah berkunjung ke IKEA yaa...

Aku selalu ke IKEA untuk membeli bow kaca..ataupun balang kaca... di sini harga barang tersebut lagi murah berbanding di tempat lain.. selain itu jugak, aku ke selalu ke IKEA sebab ketagih dengan meatballnya yang mabeles... hahahaha..makan je aku ingat...!!!

Pada kawan blogger semua..jika ternampak iklan IKEA sedang berjoget..jangan malu jangan segan yaaa..klik byk2... hiiii

Babaiiii...

Friday 27 June 2014

SELAMAT BERPUASA : KENAGAN KETIKA BERPUASA

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik... 2 hari lagi kita sebagai umat islam akan menyambut kedatangan bulan yang paling mulia iaitu Bulan Ramadhan.. adakah anda semua sudah bersedia??? InsyaAllah semoga kita semua mampu melakukan ibadah sebanyak mungkin dan sentiasa diberi keberkatan dalam melakukan setiap amalan yang kita lakukan amin... 

Bercerita berkenaan dengan Ramadhan... mesti ada pengalaman-pengalaman pahit manis yang dilalui sepanjang menjalankan ibadat puasa pada bulan Ramadhan.. Kalau diimbau kembali kenangan puasa zaman kanak-kanak, mesti akan tersenyum2... yang paling biasa dilakukan adalah minum air paip semasa mandi..haha... Balik sekolah dalam jam 1.30 tengahari..terus terkam bilik air..mandi kononnya...walhal duk telan air paip... pastu mandinya bukan kejap..lama bukan main..haha... 


Thursday 26 June 2014

Giveaway [3]: 1st Anniversary Yana & Dean

:
Dengan ini Yana Pink Blossom melancarkan Giveaway [3] : 1st Anniversary Yana & Dean. Giveaway ni dianjurkan sempena menyambut genap setahun usia perkahwinan Yana & Dean. 



[ Klik Banner Untuk Join ]


SENARAI HADIAH :-

5 buah Al-Quran + DVD (Tafsir + Tajwid) x 5 pemenang (Random.org)
Cash RM20 x 1 pemenang (Top Referral)

Cash RM20 x 1 pemenang (Ucapan Paling Kreatif & Menarik)



UCAPAN UNTUK YANA & DEAN :-

Selamat menyambut ulangtahun yang pertama untuk Yana dan pasangan... Semoga hari2 yang dilalui bersama sentiasa indah dan bahagia... 
"Ya Allah, Tuhan yang menyatukan dua hati ini, Engkau campakkanlah ke dalam hati hambamu berdua ini (Yana dan Suami) perasaan kasih sayang antara satu sama lain sebagaimana engkau satukan hati Nabi Muhammad S.A.W dengan Saidatina Khadijah R.A" Amin....


*Nota : Semoga bloggerista semua sudi support GA ni dan mendoakan yang terbaik buat kami Yana & Dean. Semoga dengan doa-doa daripada kalian, impian Yana & Dean akan tercapai. Insyaallah.


imej Printscreen seperti yang disyaratkan






NUFFNANG : STADIUM ASTRO WORLD CUP & HUAWEI ASCEND P7

Assalamualaikum....

Alhamdulilah...bulan Jun nie Nuffnang baik hati... berduyun-duyun bagi CPUV kat blog kita semua kan... kalau begini tiap2 bulan kan bagus...hehe...

Sekarang ni kan demam piala Dunia... semua nak Ola Bola kan... pergi mana-mana orang akan cerita pasal Brazil..Argentina..Natherland..dll... Malaysia?? InsyaAllah soon..akeke.... 
dan CPUV kali ini pun berkaitan dengan Ola Bola..iaitu 


Walaupun tak berapa layan sangat World Cup di sebabkan tak sanggup berjaga tiap-tiap malam..tambahan lagi esok hari nak kena hadap kerja... tapi aku suka ambil tahu team mana yang menang dan team mana yang kalah..team mana yang balik awal..akeke... datang ofis sebelum buat kerja buka akhbar online... baca keputusan terkini world cup.. bukannya ketinggalan terus... hehe.. Untuk Ola Bola FIFA 2014 aku pilih team ini untuk menang World Cup... 


Kadang-kadang bila hujung minggu..En. Suami selalu mintak teman dia tengok bola... memandangkan esok hari tak kerja so aku setujulah... tapi jangan expect aku fokus 100% pada game tu yaaa.. sudah pasti henfon kat tangan... tengok bola sambil online untuk mengelak dari tertidur... kadang2 langsung tak fokus pada game tu..kalau gol.. tanya suami siapa yang jaringkan... lepas tu sambung online balik... haha..

Masalah sekarang ni nak online pun tak best.. henfon dah sedikit nazak.. selalu sangat "hang" dan asyik2 "forced closed"... sakit hati dibuatnya... siapa2 yang tahu masalahnya tolong bagitau yaaa...

Secara kebetulan pula iklan Huawei Ascend P7 sedang melekat di blog neh..so aku pun perhatikanlah spesifikasi telefon nie.. not bad.. aku suka part kamera je... primary camera 13mp..dan secondr camera 8mp.. yaeayyy boleh selfie tanpa nak fikir gambar kabur ke tak.. hehe... so kalau nak tahu secara lanjut tentang spesifikasi Huawei Ascend P7 nie boleh klik sini yaa tak pun klik je pada iklan Huawei yang berjoget2 di blog ini yaa...


Tapi sekarang ni aku servey jelah dulu, nak beli sekarang memang bajet kelaut... bulan ni nak puasa..nak kena renew roadtax kereta..bulan depan dah raya..memang banyak sangat nak pakai duit... so pejam mata jelah dulu... akekek











Wednesday 25 June 2014

BIG BIG JUNE BIRTHDAY GIVEAWAY BY RARA FARHAN


Assalamualaikum...

Jom join  BIG BIG JUNE BIRTHDAY GIVEAWAY BY RARA FARHAN

BIG BIG JUNE BIRTHDAY GIVEAWAY BY RARA FARHANA



Rara Farhana menjemput anda semua untuk join Big Big June Birthday Giveaway By Rara Farhana! Pelbagai hadiah yang awesome lagi best menanti anda! Jom kita ramai-ramai join bagi memeriahkan lagi giveaway ini. Tekan banner di atas untuk joinnnn :D

TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 20 JULY 2014

Big Big June Birthday Giveaway By Rara Farhana ini ditaja khas oleh Anisyamir Leejo, ANa Ahmad, Fatin Umira, Ismah, Keyranazleen, Sya Nissa dan Syaz. Terima kasih kepada semua penaja. Semoga dimurahkan rezeki anda semua :) 

WW: SELAMAT HARI LAHIR IMAMKU...!!!

Assalamualaikum....

Semalam (24/06/2014), En Suami turns 28.... alhamdulilah... 


Sesuatu yang terindah dalam hidup ini apabila masih lagi diberi kesempatan untuk menjadi suri hidupmu sehingga ke hari ini dan semoga ianya kekal ke akhir hayat usia kita..amin..
Dengan pertambahan usiamu, diharap dirimu lebih matang memacu kehidupan kita supaya lebih bahagia..harmoni dan diredhai olehNya... 
Semoga panjang umur..murah rezeki..di permudahkan segala urusan di dunia dan akhirat..

Inilah imam kita.... 







Tuesday 24 June 2014

ROTI NAN CHEESE RSMY TERBAIK!!!


Assalamualaikum....

Hah ni nak memperkenalkan roti nan cheese paling  best sekitar lembah Klang nie iaitu Roti Nan Cheese dari RSMY Jalan Medan Tuanku KL.

Semalam kawan aku ada hantar wassapp... ajak makan roti nan cheese leleh... aku pun ok jelah... kawan aku tu dari minggu lepas lagi beriya2 kata nan cheese kat sini sedap so aku ikutkan jelah..lagipun dekat dengan pejabat... balik kerja terus berpusing2 cari kedai nie.. ingatkan jauh..rupa2nya betul bertentangan dengan Maju Tower, di Maju Junction... 



Kalau ikutkan makanan mamak macam  nie tak berapa lalu kat tekak aku... tapi sekali roti nan cheese tiba di meja.. terus telan air liur... memang tak tahan tengok cheese yang melimpah di celah2 roti yang dipotong... rotinya memang lembut... bergetah je cheese kalau di tarik..haha... memang berbaloi... mesti akan pergi lagi... sampai sekarang teringat2..hahaha.. *lebih2 pulak naniey nie***haha

Sesiapa yang berhajat nak rasai kelazatan roti nan cheese,aku bagi peta dan alamat  yang dicopy dari google..hehe


Alamat :
11 & 13, Jalan Medan Tuanku, Kuala Lumpur,
Malaysia
Telefon : 03-2697 0700

Waktu operasi:
Isnin hingga Jumaat : 11:00 pg – 12:00 mlm
Sabtu: 4:00 ptg - 01:00 pg
Ahad & Cuti Umum: 4:00 ptg – 12:00 mlm

Monday 23 June 2014

KIDZANIA: MEMBERI GAMBARAN PEKERJAAN SEBENAR PADA KANAK-KANAK

Assalamualaikum...

Siapa yang pernah bawa anak2.. adik2..anak saudara ataupun sesiapa sahajalah ke KIDZANIA yang terletak di Damansara?? Cuba tanya apa perasaan kanak-kanak tersebut selepas berkunjungi ke sini?? Yang pasti aku rasa hampir semua akan kata seronok dan best... 


Pada cuti hujung minggu lepas, aku telah membawa dua buah kumpulan pelajar sekolah rendah KIDZANIA ini yang terdiri daripada pelajar darjah 6 dari sekolah yang terpilih di Daerah Besut dan Rompin. Ini merupakan program CSR tempat kerja aku..hehe...

Thursday 19 June 2014

PETUA UNTUK PUTIHKAN PERMUKAAN SETERIKA

Assalamualaikum..

Pernahkah anda mengalami keadaan dimana, ketika menseterika baju, tiba-tiba seterika anda meninggalkan kesan hitam yang akhirnya melekat pada pakaian. Adakah anda pernah tertanya-tanya bagaimana caranya untuk mengatasi masalah bahagian bawah seterika yang hangus. 

Aku selalu hadapi perkara yang sama..kadang2 melekat sampai boleh hangus..dah tak boleh kira dah berapa banyak kain baju aku termasuk dengan kain tudung yang berlubang dek kerana permukaan seterika.. Sekarang nie dah lebih berhati2 setiap kali nak menggosok.. 

Sebenarnya ada petua khas untuk menanggalkan kesan hitam di belakang seterika tu.. Kos pun murah je ataupun boleh dapatkan secara percuma sahaja iaitu dengan menggunakan garam mak kamu yang ada kat dapur... yaaa guna garam je... aku pun baru tahu petua nie..sebab terbaca kat Majalah Impiana Online..akeke

Ok cara-caranya adalah seperti di bawah ini yaaa...

Bahan yang anda perlukan adalah beberapa sudu besar garam. Apa-apa jenis garam boleh digunakan. Caranya ialah dengan hidupkan seterika pada kepanasan sederhana. Apabila seterika mulai menjadi panas, letakkan garam dan gosok sehingga kesan hitam yang melekat pada permukaan seterika itu hilang. Matikan seterika, dan biarkan ia sejuk sepenuhnya, dan lap plat bawah dengan kain lembap.

haaaa menarik bukan...Ok selamat mencuba.. 

Babai


NUFFNANG : BULGOGI BROTHERS KOREAN BURGERS

Assalamualaikum.....

Minggu nie kerap buat enty berkenaan dengan nuffnang..alhamdulilah... ingat nak kumpul banyak-banyak baru buat satu entry tapi dari semalam tunggu tak ada pulak iklan lain yang melekat, ..macamlah nuffnang nak bagi banyak2 kan... haha...


Kali ini iklan dari Bulgogi Brother Korean Burgers...


Kepada penggemar makanan dari korea mesti sudah biasa dengan Restoren Bulgogi Brothers ni kan.. Bagi aku pula sudah tentulah pertama kali mendengarnya..sebab aku nie tekak melayu sejati.. Nasi lemak nasi kerabu jugak yang aku cari..hehe

BTW bila terpandang menu yang baru diperkenalkan Bulgogi Brothers ni mesti terdetik di hati nak jejak kaki ke sana... Buat Pertama kalinya, Bulgogi Brothers memperkenalkan burger sebagai menu di restoren mereka dan ianya restoren korea pertama yang berbuat sedemikian.

So kepada penggemar burger semua..silalah kunjungi Bulbogi Brothers... tak salah mencuba sesuatu yang baru.... hihihi

Babai....

Wednesday 18 June 2014

ENTRY DIET PALING POPULAR

Assalamulaikum...

Aku sebenarnya amat jarang untuk mengambil tahu dan mengambil kisah tentang Traffic sources di blog aku ini, sebab aku rasa tak penting sangat pun.. aku memang langsung tak ambil kisah dari mana datangnya dan apa entry yang menjadi tumpuan. Bukan kata tak peduli langsung, adalah jugak klik traffic sources tapi bila tengok, terus close tanpa fikir siapa, bagaimana, dari mana pembaca blog ini datang..haha..

Tapi hari ini tergerak hati nak selongkar bahagian traffic sources..nak tahu jugalah kejadian di belakang tabir..haha..bila dah selongkar traffic sources ini barulah boleh tahu dari mana datangnya pembaca blog yang cikai neh..hehe... dan baru ku sedar bahawa entry berkaitan dengan diet nie di cari hampir setiap hari oleh pembaca.. 

Ramai juga yang berminat untuk diet tanpa makan nasi yaa..hehe... ENTRY DI SINI

Tuesday 17 June 2014

UMPAMA TIN KOSONG

Assalamualaikum...

Pernah tak datang kepada kamu seorang individu yang bercakap tak mahu kalah ataupun suka bermegah-megah ataupun suka melebih-lebihkan apa yang dimiliki dan mampu di miliki walaupun hakikatnya kita sendiri tahu tahap kemampuan beliau?? Individu ini mungkin terdiri daripada saudara mara, sahabat handai, rakan sekerja ataupun sesiapa sahaja di sekeliling anda. 

Pada mulanya melayan jugaklah orang macam nie..saja nak tahu tahap berlagaknya dia sebab aku tahu dia orang yang macam mana.. **abaikan ayat berbelit..hehe... Dari mula kenal, suka sangat dia duk bercerita tentang dia dah beli rumah banglo untuk mak ayah kat kampung..dah beli aparment..dan sekarang tengah proses untuk beli rumah di KL sebab nak kahwin... kalau nak kahwin wajib ada rumah atas tanah (landed house).. kalau nak kawin kena ada bajet sehingga 100k lebih sebab kos perkahwinan mahal.. beli barang kemas untuk girlfriend untuk bersiapa kahwin berbelas ribu... 


Monday 16 June 2014

NUFFNANG: TUNE MONEY & U-MOBILE PREPAID

Assalamualaikum...

Untuk sekalian kalinya..nuffnang melekat lagi..alhamdulilah....
Nuffnang kali ini bermurah hati bagi iklan Tune Money dan u-mobile  untuk bergedik-gedik di blog nie.

.
Berita baik kepada pengguna u-mobile kerana u-mobile bermurah hati untuk memberikan hidangan percuma kepada semua pelanggannya yang menambah nilai dengan kadar yang telah ditetapkan.

* Top up RM 30 - Free Revise Isotonik 500 ml
* Top up RM 50- Free Mamee Express Cup Curry Flavour + Revise Isotonik 500 ml


Selain top up untuk diri sendiri..anda juga boleh topup kepada kawan-kawan.. Langkahnya sila klik Banner di atas... ataupun klik je kalau ada nampak iklan u-mobile di blog ini..oke..hehe

Babaiii.... 

Friday 13 June 2014

WANITA : LEMBUT DI LUAR, KERAS DI DALAM!!

Assalamualaikum....


Tengok caption kat gambar di atas tu..agak-agak tau tak aku nak membebel pasal apa hari ni.. Sila tengok caption je... abaikan gambar tuan punya blog agak berserabut sejak dua menjak nie..akeke...


Kadang2 apabila berhadapan dengan sedikit masalah ataupun konlik dengan sesiapa sahaja..itulah salah satu cara aku untuk positifkan diri...up status yang boleh menaikkan balik semangat diri... bukan up status memaki hamun orang balik kat facebook or twitter... hehe..

*kalau aku tetiba bermadah di laman sosial tu, kira boleh tahulah gelodak dalam jiwa nie..haha..mesti ada sesuatu yang terpendam di hati dan juga yang sedang bermain di fikiran...

Kali ini ada salah faham sikit dengan makhluk yang bernama lelaki... aduhaiii..lelaki ni memang susah nak terima yaa kalau wanita lebih lantang dan tegas daripada mereka?? Isteri pula akan dikatakan derhaka pada suami jika terlalu bersuara??.. adeiii... takkan nak biarkan suami memperbodohkan kita... takkan nak biarkan kesalahan yang suami buat... suami pun manusia biasa juga, mesti ada kekhilafan yang akan dan telah dilakukan..bila salah kita perlu tegur... takkan atas sebab akan dianggap derhaka, kita perlu biarkan suami buat apa sahaja... adehhh!!!

Bagi aku, seorang wanita perlu mempunyai sifat yang tegas dalam diri agar tidak mudah dipergunakan oleh mana-mana pihak... berlembut tak salah tapi biarlah bertempat.. Jika terangan orang itu menipu kita..dan kita memang tahu yang kita sedang ditipu.. takkan kita nak diam je kan..mesti akan cari jalan nak bongkarkan penipuan itu kan... dan pada aku, aku takkan berpuas hati sekiranya aku tak dapat tahu perkara yang sebenarnya...

Aku pun tak fahamlah, kenapa wanita sering dipandang lemah dan di anggap tidak tahu apa-apa, walaupun hakikatnya wanita sekarang sudah setanding dengan lelaki dalam apa jua bidang kerja yang dilakukan..







Wednesday 11 June 2014

ENJOY YOUR MARRIED LIFE..!!!

Assalamualaikum..

Semasa bujang orang tak kisah pun tentang gaya kehidupan kita.. tak pernah nak tanya di rumah kita buat apa, kalau cuti suka buat apa, kalau di rumah masak ke tak.. cuci baju guna tangan ataupun orang gaji jepun... tapi bila dah kahwin.. macam2 persoalan pula yang ditanya.. terlebih ambil berat.. haha... bukan apa kehidupan masa bujang adalah jauh berbeza dengan selepas berkahwin.. 100%  totally different.. sebab tulah ramai yang nak tahu.. kalau ada yang statik dan tak ada perubahan apa2 itu aku tak tahulah..haha

Soalan yang paling famous yang akan ditanya adalah " You masak ke kat rumah, ataupun makan luar je??
Aku laju je jawab.. i masak... 

Then tanya lagi " you tak penat ke balik kerja masak... dah lah penat kerja..balik rumah kena masak..kalau i memang tak larat... Aku pun jawab lagi..."kalau makan kat luar, suami i cakap baik tak payah kahwin..sebab masa bujang pun dah makan kat luar... so dengan rasa adanya tanggungjawab walaupun tiada paksaan dari suami.. i masak.." Penat macam mana pun i akan masak.. kalau sakit tak boleh bangun tu lainlah.. tak pun kalau hari tu teringan nak makan fast food..so memang tak masak...

WW: UBAT MIGRAIN dan SAKIT KEPALA







Tuesday 10 June 2014

Radio ERA fm kekal nombor 1 di Malaysia!

Assalamuaalikum...

Tahniah kepada radio Era FM kerana mengekalkan reputasi cemerlang dengan mengekalkan kedudukan Radio No.1 di Malaysia.


Secara jujurnya aku bukanlah pendengar setia radio..sebab aku jarang buka radio.. aku akan dengar radio bila berada di dalam kereta sahaja..di rumah memang tak dengar radio sebab tak ada radio..akekeke..jujur tau...

Kalau pergi kerja memang akan dengar radio.. sumbat handfree di telinga..haaa layanlah gelagat DJ sampai tersengih seseorang.. kalau orang tengok mesti kata gila ke apa budam neh..akeke.. secara jujur dan terus terang, kalau sebelah pagi aku suka dengar radio HOT FM.. AM Krew memang buat aku sengih non-stop.. suka gelagat Fizi, Fara dan AG..kalau nak di bandingkan dengan JOHARA..yang suka buat lawak gelak sendiri itu..akeke...

BTW selera pendengar ni tak samakan.. so mungkin ERA FM ada pendengar setia yang tersendiri yang membolehkan stesen radio itu berdiri teguh sabagai stesen Radio no. 1 di Malaysia.. TAHNIAH ERA FM

KUALA LUMPUR: Astro Radio telah mencatatkan jumlah pendengar tertinggi dalam tempoh masa 9 tahun (Hasil 16 kajian berturut-turut) dengan peningkatan sebanyak 55%.

Gelombang Astro Radio sekali lagi turut mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju kedudukan sebagai stesen radio No.1 Malaysia dengan memperoleh 12.645 juta pendengar setiap minggu.

Keputusan ini diperolehi berdasarkan keputusan kaji selidik yang dikeluarkan oleh Pengukuran Pendengar Radio Nielsen, Liputan 1, 2014 pada minggu ini.

Hasil kajian mengesahkan bahawa stesen radio No.1, No.2 dan No.3 di negara ini adalah kekal milik Astro Radio.

Secara tidak langsung, Astro Radio juga telahpun menguasai industri penyiaran radio apabila berjaya mengekalkan kedudukan ERA fm di kedudukan No.1 dengan mencatatkan jumlah pendengar yang luar biasa iaitu sebanyak 5
.2 juta.

CPUV NUFFNANG : PETRONAS PRIMEX 95


Assalamualaikum.....

Pagi-pagi buka blog, then ternampak ada rakan blogger update berkenaan dengan CPUV Nuffnang.. happy dia bila nuffnang bertenggek lagi..rezeki beliau lah tu..alhamdulilah...

Aku pun terasa gedik nak cek nuffnang aku pulak... mana tahu kot2 rezeki datang lagi... tak mengharap sangat.. tapi dalam hati mintak2 lah ada lekat... haha


Bila dah bukak tu..nampaklah CPUV dari Petronas Primex 95 tengah on-going.. alhamdulilah..rezeki awal pagi.. Terima kasih nuffnang...

Oklah rakan-rakan blogger..seperti biasa..kalau ada nampak iklan Petronas Primex 95 tengah berdansa di page ini..jangan lupa klik byk2 eh... hehe

Babaiii


Monday 9 June 2014

MAIN MASAK-MASAK


Aktiviti memasak memang sinonim dengan wanita..kalau ada wanita yang tak reti masak..mesti kita rasa "eh betul ke tak reti masak".. "takkan tak boleh masak.." tapi tak mustahil jugak kan... ramai jugaklah aku jumpa wanita yang nak masak maggi cup pun tak reti..boleh rendam maggi tu guna air sejuk kan... haha.. tak tercapai dek akal aku.... Bagi aku masak ini tak susah... asalkan rajin je..semua akan jadi... sedap ke tak sedap ke lain cerita, yang penting kita mencuba..akeke...

Aku sendiri pulak, nak kata mahir masak tu memang tak lah..tapi aku suka masak, sedap ke tak sedap aku tak kisah..en suami pun telan je..akeke... tak sia-sialah mak tarik aku masuk dapur masa kecil2 dulu untuk tengok mak masak... bila dah besar dah boleh praktikkan sendiri..akeke...

Semalam macam boring sikit duduk kat rumah..so aku ajak kawan baik datang ke rumah... saja2 datang borak2.. pastu cam best pulak kalau aku masak..jemput kawan lunch sekali..waaaa best....lepas tu plan terus on bila kawan aku setuju nak datang.. 

Lepas tu aku pun jenguk dalam peti, tengok apa yang ada... cuma ada ayam n sayur je.. tak mengapalah, esok pagi2 lagi nak pergi beli udang.. baru banyak lauk sikit... tapi plan itu sekadar plan je apabila pagi tu en.somi terpaksa pergi pejabat..hantar barang apa ntah... dah tu, kesudahannya terpaksalah masak apa yang ada je...

Saturday 7 June 2014

CHICKEN CHOP TAUTAN KASIH

Assalamualaikum...

Hari ini aku nak share resepi chicken chop yang aku buat untuk dinner anniversary aku semalam... alhamdulilah cara pembuatannya senang sahaja.. bahan2 yang digunakan pun mudah diperolehi dan memang dah ada kat dapur..tak perlu nak ke pasaraya bagai..hehe

Aku rujuk resepi asal di blog Puan Lina   tapi tak ikut sukatan pun..main campak je...tapi rasanya awesome sangat..

CHICKEN CHOP
Bahan - Bahan:
4 keping whole leg (debone)
1/2 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1cm halia(tumbuk kasar)
Lada hitam, lada sulah
Sedikit olive oil (kat rumah tak ada..so tak masukkan pun)

Cara membuatnya
1. Cucuk sedikit bahagian yg ada isi dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.
2. Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah
3. Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
4. Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
5. Letakkan sedikit olive oil supaya daging tak kering
6. Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam daging...memang best
7. Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus

SOS BLACK PEPPER
Bahan-Bahan:
1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
4 sb (rata) tepung gandum
1 kiub ayam
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
4 sb sos lada hitam (lina pg gn brand life)
2 sb lada hitam ditumbuk kasar
3 cawan air (atau lebih)
Sedikit oregano
2 sb mentega

Cara membuatnya
1. Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak)
2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
3. Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
4. Masukkan air.Kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau).Masukkan kiub ayam
5. Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.Masukkan oregano.Renehkan sebentar
6. Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap

tada..inilah hasilnya...
\
Aku namakan resepi aku nie Chicken Chop Tautan Kasih sempena pertama kali aku cuba masak menu ini semata-mata untuk dinner anniversary..haa gtu...

Friday 6 June 2014

ROAD TAX + INSURANS KERETA PERLU RENEW oitttt

Assalamualaikum...

Orang kata nak berjaya kena berusaha... nak cantik kena mekap... nak ketenangan kena sembahyang/baca Quran..nak makan kena masak/beli kedai pon boleh... nak pakai kereta..kenalah tanggung maintenance...

Dan aku pasti sangat sesiapa yang miliki kereta mesti akan terasa sedikit pening bila tiba masanya roadtax dan insuran perlu diperbaharui... tu belum major service lagi kan..akeke...

Nasib aku tahun ni agak kurang baik sikit... roadtax boyfren aku tu akan tamat pada 30hb Julai 2014... iaitu selepas 3 atau 4 hari Hari Raya Aidilfitri... dah sah2 raya perlukan bajet yang agak besar... kalau nak gabungkan semuanya, memang tak cukup gaji sebulan... duit simpanan memang ada.. tapi kalau boleh aku tak nak keluarkan duit yang disimpan..sebab memang payah nak ganti balik..akeke... 

Nasib baik ada main kutu dengan kawan-kawan... bolehlah cover sikit perbelanjaan selepas raya tu.. yalah duit gaji dah licin..hehe...

Aku nak bagi sedikit tip di sini.. aku dah amalkan dah nie tapi apakan daya, tarikh roadtax aku kena perbaharui tidak tepat dengan tarikh yang aku dapat duit kutu... so terpaksalah guna duit gaji dulu untuk uruskan semua...

Kepada yang sentiasa pening dan resah setiap kali nak bayar roadtax kereta..cuba buat simpanan sedikit demi sedikit yang memang khas untuk kereta sahaja... Simpanan boleh dibuat dengan pelbagai cara seperti simpan di bank.. ataupun asing je RM 100 sebulan dan dimasukkan dalam sampul, simpan dalam laci... tapi bagi aku tak secure macam tu..aku nie kalau duit ada di tangan, sekelip mata je boleh habis... sebab tu aku amalkan sistem kutu untuk simpan duit... 

D.I.Y : ANNIVERSARY DINNER!!!

Assalamualaikum.....

Alhamdulilah projek pikat suami sempena Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan Kami Kedua
berjalan dengan lancar..walaupun ala kadar je tapi puas hati... semua buat sendiri.. D.I.Y... !!


Sudah empat hari ulangtahun perkahwinan ke-2 kami berlalu..tapi semalam bari sempat nak celebrate... kebetulan tarikh ulangtahun pada 2hb Jun hari tu en.Somi ada kursus.. so acara sambutan terpaksa ditangguhkan... macam buat majlis besar je..padahal makan malam untuk berdua je..akeke



Inilah yang aku sediakan untuk suami... memang simple je... love shape yang berbunga rose ada gambar tu aku D.I.Y.. cantikkan... perasan eh..hehe.... untuk makan aku sediakan chicken chop homemade.. masak sendiri..cuma air je guna bantuan Marigold Peel Fresh..hahaha... resepi akan di kongsikan di entry lain yaa... 


 The lovely moment of the past... the gold time of the present..be the cherished memory for the future..we've been into many ups and down..but we've managed to get through with them..your love blossomed and grew throughout the trails of life.. Happy 2nd Anniversary En. Suami... LOve U damn much!!!

notakakitangan: memandangkan sambut anniversary berdua je..so tak ada orang nak tolong ambil gambar kami berdua... en.somi pulak tak suka bergambar..maka dengan gaya anggunnya..aku campakkan muka aku seorang je di sini..akeke

Babai...

Monday 2 June 2014

PENGOMEN MELETOP MEI!!!

Assalamualaikum....


Ok kita dah tangkap 10 orang blogger yang suka jenguk dan suka conteng ruangan komen blog kita..akeke... terima kasih banyak2 ya kerana sudi singgah di blog yang hidup segan mati tak mahu nie... hehe... 


Mereka semua nie tidak asing lagi dalam dunia komen mengomen nie.. kalau BW ke blog lain pun..mesti nama mereka tersenarai sebagai top komentor.. memang berkomitmen sangat2 mereka nie..bilalah saya nak jadi rajin macam mereka pun tak tahu..hehe..

terima kasih juga kepada silent reader yang baca tapi segan silu malu2 kucing nak tinggalkan komen... aku hargai sangat-sangat..disebabkan kerajinan kamu semua terjah ke blog ini menaikkan pageview dan secara tak langsung membuka peluang untuk nuffnang singgah..hehe

Sekian terima kasih

CUTI SEKOLAH vs KENDURI KAHWIN


Assalamualaikum....

Musim cuti sekolah memang amat sinonim dengan majlis perkahwinan..asal cuti sekolah je..berderet2 jemputan yang diterima.. sampaikan dalam satu hari kena hadir 3 hingga 4 buah rumah..

ini cuti sekolah kali ini banyak jugak jemputan yang aku terima dari kawan, samada kawan sekolah ataupun semasa belajar di U..alhamdulilah jodoh kawan dah sampai... 


Ini antara jemputan yang aku terima dari facebook... tapi maaf sangat2 sebab tak dapat hadir kesemuanya..tengoklah tarikh dan lokasinya... tarikh sama tapi lokasi berbeza.. berbezanya tak jauh dan tak dekat sangatlah..antara negeri je... KELANTAN, PAHANG, NEGERI SEMBILAn, JOHOR... haaa macam mana nak pergi kesemuanya..akeke..


Walau apapun, aku ucapkan tahniah kepada kawan-kawan yang bergelar raja sehari... semoga berbahagia selalu sehingga ke akhir usia..amin.... 

Berkenaan dengan kenduri jugak..hari sabtu lepas sempat ke Majlis Perkahwinan kawan sekolah menengah yang diadakan di MARDI serdang!!!aku tak kenal sangat pun kawan ni..cuma satu sekolah dan bukan satu kelas..dan aku yakin dia pun tak ingat aku..tapi disebabkan ada rakan2 yang lain..so aku pun tergedik ikut sekali..hehe




 Last jumpa budak2 laki 3 ketul ni masa tingkatan 3 (2001).. selepas 13 tahun berjumpa di sini... sekali pandang memang tak dapat cam..dah tenung lama2..baru memori clear... haha... walaupun tak kenal sangat dengan pengantin, aku buat muka tak malu datang jugak ke majlis ini sebab nak jumpa kawan2 lama ini... hehe boleh gitu??


 Oklah.. sebagai penutup, sekali lagi aku ucapkan selamat pengantin baru kepada kawan2 yang baru dan bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat ini..semoga bahagia hingga ke Syurga...

tak lupa juga nak ucapkan tahniah kepada  BFF yang melangsungkan pertunangan pada haru sabtu lepas... semoga tenang tempuhi alam pertunangan yang penuh dugaan yaa...

ini BFF kita yang bertunang tu...

BABAI>>>>