Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 19 June 2014

PETUA UNTUK PUTIHKAN PERMUKAAN SETERIKA

Assalamualaikum..

Pernahkah anda mengalami keadaan dimana, ketika menseterika baju, tiba-tiba seterika anda meninggalkan kesan hitam yang akhirnya melekat pada pakaian. Adakah anda pernah tertanya-tanya bagaimana caranya untuk mengatasi masalah bahagian bawah seterika yang hangus. 

Aku selalu hadapi perkara yang sama..kadang2 melekat sampai boleh hangus..dah tak boleh kira dah berapa banyak kain baju aku termasuk dengan kain tudung yang berlubang dek kerana permukaan seterika.. Sekarang nie dah lebih berhati2 setiap kali nak menggosok.. 

Sebenarnya ada petua khas untuk menanggalkan kesan hitam di belakang seterika tu.. Kos pun murah je ataupun boleh dapatkan secara percuma sahaja iaitu dengan menggunakan garam mak kamu yang ada kat dapur... yaaa guna garam je... aku pun baru tahu petua nie..sebab terbaca kat Majalah Impiana Online..akeke

Ok cara-caranya adalah seperti di bawah ini yaaa...

Bahan yang anda perlukan adalah beberapa sudu besar garam. Apa-apa jenis garam boleh digunakan. Caranya ialah dengan hidupkan seterika pada kepanasan sederhana. Apabila seterika mulai menjadi panas, letakkan garam dan gosok sehingga kesan hitam yang melekat pada permukaan seterika itu hilang. Matikan seterika, dan biarkan ia sejuk sepenuhnya, dan lap plat bawah dengan kain lembap.

haaaa menarik bukan...Ok selamat mencuba.. 

Babai


12 comments:

  1. Oh.. ok. Thanks sharing.. :) :)

    ReplyDelete
  2. selalu gak jadi macam nie...nnti nak cuba lah petua nie..trima kasih ^-^

    ReplyDelete
  3. okay, nie balik umah akan dicuba sebab sterika kat umah memang dah ada warna kuning skit..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. ade petuanya.. selalu kalau jadi mcm nie, baju tu jadi kain buruk je la.. terima kasih atas perkongsian tip naniey..

    ReplyDelete
  5. Wah, senang ja sebenarnya ya... Hehe, tak apa nanti rajin saya cuba buat! :D

    ReplyDelete
  6. Akk pon penah kene... sabarjela baju ada kesn hitam.... thanks share

    ReplyDelete
  7. nice share.. selalunya strika kat hostel mesti bahagian bawah tu kaler perang..

    ReplyDelete
  8. ada juga terbaca di fb.. memang berkesan eh?

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!