Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 13 June 2014

WANITA : LEMBUT DI LUAR, KERAS DI DALAM!!

Assalamualaikum....


Tengok caption kat gambar di atas tu..agak-agak tau tak aku nak membebel pasal apa hari ni.. Sila tengok caption je... abaikan gambar tuan punya blog agak berserabut sejak dua menjak nie..akeke...


Kadang2 apabila berhadapan dengan sedikit masalah ataupun konlik dengan sesiapa sahaja..itulah salah satu cara aku untuk positifkan diri...up status yang boleh menaikkan balik semangat diri... bukan up status memaki hamun orang balik kat facebook or twitter... hehe..

*kalau aku tetiba bermadah di laman sosial tu, kira boleh tahulah gelodak dalam jiwa nie..haha..mesti ada sesuatu yang terpendam di hati dan juga yang sedang bermain di fikiran...

Kali ini ada salah faham sikit dengan makhluk yang bernama lelaki... aduhaiii..lelaki ni memang susah nak terima yaa kalau wanita lebih lantang dan tegas daripada mereka?? Isteri pula akan dikatakan derhaka pada suami jika terlalu bersuara??.. adeiii... takkan nak biarkan suami memperbodohkan kita... takkan nak biarkan kesalahan yang suami buat... suami pun manusia biasa juga, mesti ada kekhilafan yang akan dan telah dilakukan..bila salah kita perlu tegur... takkan atas sebab akan dianggap derhaka, kita perlu biarkan suami buat apa sahaja... adehhh!!!

Bagi aku, seorang wanita perlu mempunyai sifat yang tegas dalam diri agar tidak mudah dipergunakan oleh mana-mana pihak... berlembut tak salah tapi biarlah bertempat.. Jika terangan orang itu menipu kita..dan kita memang tahu yang kita sedang ditipu.. takkan kita nak diam je kan..mesti akan cari jalan nak bongkarkan penipuan itu kan... dan pada aku, aku takkan berpuas hati sekiranya aku tak dapat tahu perkara yang sebenarnya...

Aku pun tak fahamlah, kenapa wanita sering dipandang lemah dan di anggap tidak tahu apa-apa, walaupun hakikatnya wanita sekarang sudah setanding dengan lelaki dalam apa jua bidang kerja yang dilakukan..







10 comments:

  1. setuju... keras di dalam dan lembut diluar... semoga bahagia bersama suami hingga akhir hayat, In Shaa Allah

    ReplyDelete
  2. Perlunya ketegasan kena pada tempatnya...

    ReplyDelete
  3. Cik Nur kalau ada gelodak dalam jiwa pun selalu post kat wall fb gambar kata-kata semangat...pujuk diri sendiri..hihihi...
    wanita perlu tegas dalam mempertahankan kebenaran :-)

    ReplyDelete
  4. Wanita sepatutnya jadi lawyer

    ReplyDelete
  5. ape yg dikatakan lemah wanita dlm islam ialah dr segi daya fikiran & emosinya jika dibanding lelaki...eheh...sbb tu lelaki dijadikan ketua keluarga...ape pun...lebih elok jika sesame kita saling menegur & bole terima teguran...sbb xsmstinya ketua keluarga tu sempurna...stiap manusia ade lemahnya...tegas tu mmg perlu...just my two cents =)

    ReplyDelete
  6. yup, jangan direndah-rendahkan golongan wanita..

    ReplyDelete
  7. wanita mmg lemah dari segi fizikal tetapi bukan dr segi mental..

    ReplyDelete
  8. betul tu...wanita yang tegas sebenarnya nampak lebih menarik dari wanita yang tergedik-gedik..tapi dalam ketegasan itu harus berhati-hati (especially isteri) supaya tak dianggap sebagai menderhaka kepada suami...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. Bagi pendapat saya. Betul perlu ketegasan. Tapi jangan sampai derhaka seperti meninggikan suara. Bukankah wanita itu dari rusuk lelaki? itu bermaksud wanita sweet bila berlemah lembut. Api dengan api tak mungkin boleh dipadam. Tapi api dengan air akan terpadam. Maaf ini pandangan saya saja. Suka tgk wanita yang berlemah lembut.

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!