Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 11 June 2014

ENJOY YOUR MARRIED LIFE..!!!

Assalamualaikum..

Semasa bujang orang tak kisah pun tentang gaya kehidupan kita.. tak pernah nak tanya di rumah kita buat apa, kalau cuti suka buat apa, kalau di rumah masak ke tak.. cuci baju guna tangan ataupun orang gaji jepun... tapi bila dah kahwin.. macam2 persoalan pula yang ditanya.. terlebih ambil berat.. haha... bukan apa kehidupan masa bujang adalah jauh berbeza dengan selepas berkahwin.. 100%  totally different.. sebab tulah ramai yang nak tahu.. kalau ada yang statik dan tak ada perubahan apa2 itu aku tak tahulah..haha

Soalan yang paling famous yang akan ditanya adalah " You masak ke kat rumah, ataupun makan luar je??
Aku laju je jawab.. i masak... 

Then tanya lagi " you tak penat ke balik kerja masak... dah lah penat kerja..balik rumah kena masak..kalau i memang tak larat... Aku pun jawab lagi..."kalau makan kat luar, suami i cakap baik tak payah kahwin..sebab masa bujang pun dah makan kat luar... so dengan rasa adanya tanggungjawab walaupun tiada paksaan dari suami.. i masak.." Penat macam mana pun i akan masak.. kalau sakit tak boleh bangun tu lainlah.. tak pun kalau hari tu teringan nak makan fast food..so memang tak masak...


Tanggungjawab sebagai pembantu hal ehwal rumah tangga nie memang agak berat... sesiapa yang tak sanggup nak galas..better tak payah nak kawin lagi.. enjoy kehidupan bujang sepuas2nya dulu.. aku kadang-kadang sedikit kurang gemar dengan golongan yang suka up status di laman sosial tentang tugasnya sebagai isteri... "


Pagi pergi kerja, balik kerja ambil anak, sampai rumah masak.. lepas makan tidurkan anak..bila anak tidur mula kemas apa yang patut..basuh pinggan mangkuk..melipat kain.. jam 12 tengah malam baru boleh letak kepala atas bantal.. baru nak lelap anak merengek mintak susu... jam 5 pagi dah kena bangun..siapkan anak.. buat breakfast untuk suami...bla..bla..." 

"Tugas isteri tak pernah habis la... "

"Walaupun penat demi suami dan anak2 gagahkan juga masak apa yang mereka inginkan sebab rasa puas hati bila tengok mereka tersenyum gembira... "

"Biarlah orang nak kata apa pun, yang penting suami dan anak-anak dapat yang terbaik..bukan semua orang sanggup bangun awal pagi untuk sediakan makanan anak dan sarapan suami.. tapi aku rela.. asalkan aku tahu apa yang menjadi darah daging kami sekeluarga"

Kalau pertama kali atau sekali sekali nak luahkan perasaan.. aku tak kisah..boleh je..sebab laman sosial seperti FB, twitter, instagram adalah hak masing2..tapi apabila setiap hari up status macam dia seorang je isteri yang terbaik yang ada di dunia... apa yang anda rasa?? agak annoying sikit kan... kalau dah rasa itu adalah tanggungjawab kita..buat apa nak up status hari-hari berpenat lelah untuk kebahgiaan keluarga.. untuk apa tu?? semua orang tahu tugasan isteri..dan setiap isteri menghadapi situasi yang sama..melainkan isteri orang kaya..semua kerja maid yang bereskan..akeke

aku pun ada jugak luah perasaan tentang kehidupan sebagai isteri... tapi bukan di FB..twitter  atau instagram.. tapi di blog.. Luahan aku tu bukan merungut ke apa..sekadar perkongsi pengalaman baru... hehe... 

Lagi satu aku agak tak gemar bila ada yang bandingkan atau mempersoalkan kelebihan isteri bekerja ataupun isteri suri rumah..bagi akulah..kedua-duanya mempunyai kekurangan dan kelebihan... kelebihan suri rumah, tapi percayalah..tahap penatnya adalah sama sahaja...haha

Oklah, tamat di sini sahaja dulu bebalan hari ini..sebenarnya mengantuk sangat neh..tu yang curi masa buat entry..kalau tak mahu terlengkup muka kat meja.. zzzzzzzz..haha

Ok babaiii...


8 comments:

  1. Pengorbaban seorang isteri sememangnya besar utk keluarga.. semoga sentiasa diberkati hendaknya... aamiin.. :)

    ReplyDelete
  2. alam perkahwinan, memang harus dinikmati.. capai bahagia bersama.. bab pekerjaan isteri tu, ye betul. baik yang jadi suri rumah atau yang berkerjaya, masing-masing ada peranan sendiri.. tak perlu bandingkan..
    p/s: kalau diberikan pilihan, memang Ros nak sangat jadi surirumah.. namun rasanya setakat hari, belum boleh lagi.. ada beberapa kekangan ...

    ReplyDelete
  3. bebalan ke bebelan..eheh...tp stuju la bab tu xpyh la slalu nk luah..mcm merungut pun ade walaupun at the end ckp "sy rela"..huhuuhhu

    ReplyDelete
  4. tugas sebagai suri rumah sepenuh masa atau separuh masa sama je.. yg penting ikhlas dan besar pahalanya...

    ReplyDelete
  5. Tugas isteri kalau hari-hari kita sedar apa yg dibuat akan dibalas di Syurga kelak tentu tak merasa penat. kerana sukanya beramal. Wanita atau isteri sangat dibesarkan sehingga ada surah untuk wanita. Tapi suami tak boleh lepas tangan. Kena consider jugak kepenatan isteri. Bantu sebanyak yang boleh. Sama-sama sharing pahala

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!