Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 17 June 2014

UMPAMA TIN KOSONG

Assalamualaikum...

Pernah tak datang kepada kamu seorang individu yang bercakap tak mahu kalah ataupun suka bermegah-megah ataupun suka melebih-lebihkan apa yang dimiliki dan mampu di miliki walaupun hakikatnya kita sendiri tahu tahap kemampuan beliau?? Individu ini mungkin terdiri daripada saudara mara, sahabat handai, rakan sekerja ataupun sesiapa sahaja di sekeliling anda. 

Pada mulanya melayan jugaklah orang macam nie..saja nak tahu tahap berlagaknya dia sebab aku tahu dia orang yang macam mana.. **abaikan ayat berbelit..hehe... Dari mula kenal, suka sangat dia duk bercerita tentang dia dah beli rumah banglo untuk mak ayah kat kampung..dah beli aparment..dan sekarang tengah proses untuk beli rumah di KL sebab nak kahwin... kalau nak kahwin wajib ada rumah atas tanah (landed house).. kalau nak kawin kena ada bajet sehingga 100k lebih sebab kos perkahwinan mahal.. beli barang kemas untuk girlfriend untuk bersiapa kahwin berbelas ribu... 



Tak cukup angkat diri sendiri, nak angkat lah saudara mara.. bapak saudara orang paling kaya dan berpengaruh, bapak saudara pemilik hotel..pemilik pusat peranginan.. ada duit banyak.. semua saudara mara dia ada pangkat... dah angkat saudara mara ..angkat pulak kawan-kawan...kawan2 kerja jawatan tinggi..orang penting dalam bidang politik.. tu belum lagi aku ceritakan kejayaan kaum2 dia di Malaysia neh.. 

Kalau sekadar nak cakap dan nak megah diri depan kami sahaja oklah.. aku terima je walaupun dalam hati menyampah sangat2..annoying sangat... tapi yang menjadi masalah dan membengkak hati, dia boleh pulak pandang rendah pada kami2 nie yang tak ada banglo..tak ada aparment..yang tak ada kawan yang hebat... kos kahwin 50K pun tak sampai... Setiap kali bercerita, mesti tanya.." you tak beli rumah lagi ke? better beli sekarang...rugi kalau tak beli..i dah beli sebiji lagi..kawan i yang nama Dolah (nama samaran) dah beli semalam..harga 500k... huhhh gila.. "... 

"Majlis kahwin you mesti murah je kan.. i nak kahwin sekurang-kurannya kena ada 100k.. mahal sangat..nak beli berang kemas.. baju sehelai pun 10k... makanan tetamu pun mahal.. pening i tau nak cari duit.. tapi tak apalah..sekali je kahwin... ".. 



Dulu-dulu aku melayan juga..yalah siapalah kita nak judge orang je..so kalau dia nak bermegah aku layankan je.. sebab tak rugi apa-apa pun.. tapi semakin hari semakin berlagak pulak... telinga aku pun dah mula nak pekak..tambah lagi bila di seolah-olah memperkecilkan orang lain... sekarang bila dia nak bercakap je, aku terus buat2 tak tahu..malas dah nak melayan..walaupun aku tahu apa yang dia cakap itu sebenarnya tiada apa-apa..cakap kosong untuk nampak hebat...kadang2 boleh nampak apa yang dia megahkan itu betul2 manampakkan kebodohan sendiri... Umpama sebuah tin kosong, berbunyi bingit namun tiada apa-apa

Siapa dia nak tahu semua tentang perjalanan dan perancangan kehidupan kita..kita beli rumah, beli kereta..kos kahwin berapa takkan nak canang kat semua orang.. itu adalah hak peribadi kita.. kalau tak cakap kat orang tak semestinya kita tak ada apa..tak semestinya kita tak mampu.. adoiiii pening arrr...

P/s: Bagaimana atau apa cara yang anda semua lakukan untuk mengatasi golongan seperti ini??

Babai...




8 comments:

  1. salam sis. hmm sy malas nak layan orang macam ni..macam dia sorang ja yang ada huhuuhu

    tapi sometime..layankan saja la :D

    ReplyDelete
  2. Betu tu naniey. Tasha slalu bjumoa dgn org2 yg mcm tin kosong ni. Hampeh je huhu

    ReplyDelete
  3. Haha... gelihari pulak... ada je Naniey kat opis ni... Kitorang layan antara dengar tak dengar je citer dia... :)

    ReplyDelete
  4. abaikan. hehe. Kalau saya gunakan pendekatan kejam. Pakat kawan ramai-rmai dan hentam abis abisan. Tapi sangat kejam dan boleh memalukan dia. Abaikan juga tips ini

    ReplyDelete
  5. layanzzzzz ajelah nanie..he..he

    ReplyDelete
  6. dengar lepas tu babai.. hehe... mungkin dia kesunyian...

    ReplyDelete
  7. ini golongan feveret lan...especially kalau yang baru kenal..time tu lan boleh brag balik (normally semua tipu) supaya nampak lan lagi gempak dari dia..nak lawan citer sape gempak??bring it on bebeh...hahahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. Mmg ada jumpa dgn org mcm ni... mmg boring dgn org cenggini.. sembang lebih2..

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!