Assalamualaikum...
Siapa yang pernah bawa anak2.. adik2..anak saudara ataupun sesiapa sahajalah ke KIDZANIA yang terletak di Damansara?? Cuba tanya apa perasaan kanak-kanak tersebut selepas berkunjungi ke sini?? Yang pasti aku rasa hampir semua akan kata seronok dan best...
Pada cuti hujung minggu lepas, aku telah membawa dua buah kumpulan pelajar sekolah rendah KIDZANIA ini yang terdiri daripada pelajar darjah 6 dari sekolah yang terpilih di Daerah Besut dan Rompin. Ini merupakan program CSR tempat kerja aku..hehe...
KIDZANIA adalah tempat yang paling sesuai mempersiapakan diri kanak-kanak untuk mengetahui secara mendalam tentang cita-cita atau siapa mereka pada masa akan datang. Pelbagai jenis pekerjaan yang disediakan dengan memberi gambaran suasana pekerjaan yang sebenar kepada kanak-kanak. Kanak-kanak diberi peluang melakukan sendiri pekerjaan itu dengan gaya sebagai seorang pekerja yang betul... Dari kerja cleaner, posmen, juruteknik, polis, bomba, model, pelakon teater sehinggalah kerja-kerja profesional seperti peguam, doktor pensyarah, arkitek dan lain-lain. dan setiap pekerjaan yang dilakukan akan diberi gaji...
Apa yang menambahkan keterujaan kanak-kanak, sebelum melakukan pekerjaan, kanak-kanak telah diberikan wang KIDZANIA dipanggil KIDZOS bernilai 50 .. .duit tu ala-ala duit Saidina..dan hanya sah melakukan urusan jual beli di dalam sana sahaja. Dengan nilai yang itu, kanak-kanak boleh membeli apa sahaja yang tersedia. Sekiranya ingin menambah lagi jumlah duit yang ada, kanak-kanak boleh melakukan seberapa banyak pekerjaan yang disediakan.. haaaa seronokkan...
Kalau jadi kanak-kanak memang seronok.. kalau jadi ibu bapa, ataupun orang yang membawa kanak-kanak ni memang agak bosan lah. sebab kita yang dewasa tak boleh masuk kawasan kanak-kanak bekerja.. setiap pekerjaan yang dilakukan akan diajar atau dipantau oleh staff KIDZANIA sendiri. So aku nasihatkan ibu bapa bawalah bahan bacaan seperti novel or buku2 motivasi... selain itu juga, sila penuhkan bateri telefon anda supaya anda boleh online sepanjang masa... sebabnya menunggu kanak-kanak bekerja nie agak boring jugalah...hehe...
Kalau sesiapa yang ada anak yang berumur 4 hingga 12 tahun.. boleh lah bawak ke sini, memang banyak pengalaman bekerja yang amat berharga sebagai persiapan untuk memilih kerja pada masa depan... memanglah orang kata, budak2 apalah yang tahu sangat pasal cita-cita.. masa kecik cakap lain..bila dah besar jadi lain... haaa itulah yang silapnya.. dengan mencuba melakukan pelbagai pekerjaan di KIDZANIA ini, kanak-kanak boleh menentukan pekerjaan apa yang best.. sekiranya mereka rasakan menjadi doktor sangat best, mereka akan bersusaha bersungguh-sungguh dan ibu bapa boleh memberi sokongan dengan cara menyediakan pelbagai bahan bacaan untuk membimbing kanak-kanak tersebut untuk mencapai cita-cita menajdi doktor... dan ramai diantara kanak-kanak tak akan suka jadi tukang cuci sebab kerja tersebut memenatkan dan upah yang diterima tidak banyak... oleh itu, mereka juga akan belejar bersungguh2 supaya akan lebih berjaya pada masa hadapan...
Kualiti gambar tersangatlah teruk... dalam tu gelap..memang xbest ambil gambar guna kamera telefon.. ditambah lagi guna telefon cap ayam kan...akeke
Babaiiii...
ya memang best pegi kidzania bawak anak2..tapi saye pegi bawak anak umo 2 tahun mase tu..tak de ape yang die blh join sangat..huh
ReplyDeletebestnye kalau bawa anak nie.. tggu la ada anak nanti.. hehe...
ReplyDeletebagusnyer..tp jauh
ReplyDeleteDah 2 kali anak pergi, sekali tu ikut sekolah, sekali lagi tu mama papa nyer pun nak tengok sendiri keseronokan diorang kat sana... Memang best tuk anak2... :)
ReplyDeletesy jg yg x smpi2 lg ke sini
ReplyDeleteBelum pernah sampai lagi. Lagipun anak baru 1 8 bulan kecik lagi nak ke Kidzania
ReplyDeleteWahh mmg bestlah.. seronok juga klu berjln2 seharian di sana ye.. Thanks sharing Naniey.. :)
ReplyDelete