Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday 9 June 2014

MAIN MASAK-MASAK


Aktiviti memasak memang sinonim dengan wanita..kalau ada wanita yang tak reti masak..mesti kita rasa "eh betul ke tak reti masak".. "takkan tak boleh masak.." tapi tak mustahil jugak kan... ramai jugaklah aku jumpa wanita yang nak masak maggi cup pun tak reti..boleh rendam maggi tu guna air sejuk kan... haha.. tak tercapai dek akal aku.... Bagi aku masak ini tak susah... asalkan rajin je..semua akan jadi... sedap ke tak sedap ke lain cerita, yang penting kita mencuba..akeke...

Aku sendiri pulak, nak kata mahir masak tu memang tak lah..tapi aku suka masak, sedap ke tak sedap aku tak kisah..en suami pun telan je..akeke... tak sia-sialah mak tarik aku masuk dapur masa kecil2 dulu untuk tengok mak masak... bila dah besar dah boleh praktikkan sendiri..akeke...

Semalam macam boring sikit duduk kat rumah..so aku ajak kawan baik datang ke rumah... saja2 datang borak2.. pastu cam best pulak kalau aku masak..jemput kawan lunch sekali..waaaa best....lepas tu plan terus on bila kawan aku setuju nak datang.. 

Lepas tu aku pun jenguk dalam peti, tengok apa yang ada... cuma ada ayam n sayur je.. tak mengapalah, esok pagi2 lagi nak pergi beli udang.. baru banyak lauk sikit... tapi plan itu sekadar plan je apabila pagi tu en.somi terpaksa pergi pejabat..hantar barang apa ntah... dah tu, kesudahannya terpaksalah masak apa yang ada je...


Menu utama, ayam masak lemak cili padi..aku tak reti sangat buat masak lemak ini... dan2 je belek buku resepi..akeke... bahan-bahan yang digunakan pun sedikit dan cara membuatnya pun ringkas..main campak je... maka terhasillah ayam masak lemak cili api aku seperti gambar di bawah...


Menu kedua aku masak telur sambal... resepi paling mudah dan paling ramai orang tahu buat..haha


Nak bagi lengkap segala zat dan vitamin..aku masak sayur campur goreng.. dalam menu ni ada sayur kubis, bunga kobis, cendawan dan lobak merah serta cili api..


Dan last sekali..ayam goreng.. sebagai pelengkap hidangan..hehe..


Ini pula adalah tetamu yang aku undang khas.. kawan masa belajar sekolah menengah... Puan Laila dan Keluarga...

Terima kasih La sebab sudi berkunjung ke sarang burung kita neh..jangan serik tau untuk datang lagi..akeke

Babai


5 comments:

  1. alamak....ayam masak lemak cili api + telur sambal tu dah cukup untuk membuatkan saya makan 2 pinggan...nyumm...nyum....

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. sedapnye..terliur ler pulak

    ReplyDelete
  3. dah kira sedap dah lauk2 nie...klu Cik Nur makan mesti kena ada kicap kipas udang...hihi..

    ReplyDelete
  4. banyak nye lauk.. ada tetamu rupenye...

    ReplyDelete
  5. Wahh.. meriah & menyelerakan ni.. :) :)

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!