Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday 26 March 2014

HOLIDAY TIME

Assalamualaikum...

Minggu ini seriou sangat memang tak berapa banyak sangat masa untuk blog.. kerja tak banyak mana pun tapi saja buat2 banyak kerja.. bukak blog baca komen je..then terus log out..komen tak balas.. blog lain pun tak sempat nak melawat...

Petang esok dah nak bertolak balik kg.. 8 hour journey!!uhhh tak ada short cut ke dari KL ke Kelantan, nasib baik En. Suami yang drive..hehe....balik kg melawat ayah kejap..ayah tak berapa sihat... sakit saraf ayah makin teruk, tangan kiri kanan dah kebas... nak pegang pape dah tak kuat... semoga ayah sempat sembuh...

Tidur semalaman di kampung, terus ke Pulau Perhentian.. yippie...!!! percutian ni dah lama aku dan kawan rancang.. 3 hari 2 Malam..hope boleh tenangkan fikiran yang tak berapa nak serabut neh.. hehe

Percutian ini aku yang lead.. tapi aku just booking hotel jelah dan arrange bot dari jeti ke pulau.. yang lain2 seperti aktiviti dan makan semua uruskan di sana.. malas nak serabutkan otak nak booking itu ini awal2.. sebab mesti ada yang tak jadi..

Memandangkan sekarang musim cuti sekolah..hotel haruslah di booking awal.. kalau tak siap sedialah bawa khemah.. tidur di tepi pantai.. ehhh best jugak kan... aku booking hotel pada bulan 12 tahun lepas lagi..hehe excited erk??

ok.. aku booking tiket kat sini http://www.booking.com/

Berurusan dengan booking.com agak menyenangkan..tak cerewet.. kita hanya perlu booking je tanpa bayar apa2.. semua pembayaran di buat di hotel yang kita menginap.. Selain itu juga, sekiranya kita nak batalkan pun boleh..tanpa caj pun tapi sehingga tarikh yang di tetapkanlah.. biasanya 3 hari sebelum tarikh yang kita nak bercuti tu.. lepas dari tu dah kena bayar.

Kalau tak nak guna booking.com.. boleh juga buat tempahan melalui agoda.com.. tapi di agoda ini kena terus buat pembayaran bila buat tempahan..kalau nak batal duit tu terus burn.. tak boleh refund..

Ok dah banyak neh membebel.. babaii..



Cuti-cuti GIVE AWAY


Assalamualaikum...

Hari ni terasa nak join give away sebagai tanda sokongan kepada rakan blogger kita neh..

KLIK SINI untuk join 

Memandangkan hujung minggu ni saya nak ke Perhentian..so saya teka yang Fiza pun akan bercuti ke Pulau Perhentian jugak..akeke...

Selamat Bercuti Fiza... 

Cuti-cuti GIVE AWAY akan berlangsung selama seminggu bermula 21 Mac 2014 sehingga 28 Mac 2014.

Friday 21 March 2014

GA Mac 2014 by Emas Putih

PELAJAR CEMERLANG SPM BERSAMA MENTERI BESAR

Assalamualaikum....

Haloo haaa...

Mungkin belum terlambat lagikan untuk diucapkan tahniah kepada adik2 yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang telah diumumkan semalam. Pada yang kurang bernasib baik tu tak apalah..rezeki ada di mana2..yang penting tetap berusaha..

Semalam memang langsung tak sempat nak buka blog sebab sibuk ambik keputusan SPM jugak..kat Kuala Terengganu pulak tu.. Pagi2 lagi dah terbang bersama Malindo Air ke Kuala Terengganu...

Ucapan tahniah kepada pelajar cemerlang dari Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said...

Tapi janganlah tanya aku dapat berapa yaa...sebab bukan aku yang masuk exam..aku neh dah tua... SPM aku dah ambil tahun 2003 lagi.. hiii...

Ini adalah merupakan salah satu skop kerja... kumpulkan keputusan peperiksaan untuk semua sekolah yang terlibat dalam program sosial yang dilaksanakan. Tiap kali keputusan peperiksaan nak keluar, samada UPSR..PMR dan SPM..selain daripada PPD..guru sekolah..kami pun turut kalut ribut sama.hii

BTW tahniah sekali lagi..moga kecemerlangan ini diteruskan agar mampu menjadi pelapis kepimpinan negara yang berjaya dan disegani dunia..

keratan akhbar ini tiada kaitan dengan skop kerja kami. Saja aku nak masukkan dalam blog neh sebab tetiba terasa bangga kejap dengan negeri kelahiran aku neh..akekeke.. SEK BUDU MEME BIJOK PANDA... alhamdulilah..hiiiiiii

Wednesday 19 March 2014

RANDOM THOUGHT - MALAYSIAKU... WHY & WHY???

Assalamualaikum...

Nampak sangat mood untuk berblog ke laut sejak 2 menjak neh.. tak tahu lah pasal apa.. mungkinkah terkesima..terkesan..terkedu dengan musibah yang menimpa negara sejak akhir2 neh?? ok ini mungkin alasan yang tak kukuh.. alasan yang paling konkrit adalah..malas.. out of mood.. dan juga kekeringan idea.. tak tu nak tulis apa.. sahkan nak post entry.. nak blogwalking pon malas.. haiyooo.. wake up Naniey!!!

Penggal pertama tahun 2014 bukanlah sesuatu yang baik untuk negara Malaysia.. pelbagai musibah, kontroversi dan masalah yang dihadapi yang sedikit sebanyak telah merosakkan imej negara kita di mata dunia.. 

Tulisan ini adalah apa yang aku fikirkan sahaja yaa.. tiada kaitan untuk menjatuhkan dan memburukkan mana-mana pihak.

MASALAH AIR

Masalah air yang dihadapi di beberapa tempat di Malaysia terutama kawasan Lembah Klang memang tidak dinafikan seringkali terjadi. Tiap-tiap tahun mesti ada berita yang memaparkan kawasan yang terputus bekalan air. Namun begitu, krisis air yang dihadapi oleh Malaysia beberapa minggu lepas boleh dikatakan agak serius. Bukan sahaja di Lembah Klang, beberapa negeri lain turut terlibat dengan masalah ini yang berpunca dari kamarau yang berpanjangan yang telah menyebabkan simpanan air dibeberapa kawasan tadahan air susut sehingga ke paras yang kritikal. Ramai yang menyalahkan kerajaan kerana masalah air yang dihadapi ini tanpa memikirkan dengan lebih rasional bahawa ini adalah musibah yang datangnya dari Allah s.w.t. Pelbagai usaha yang telah dilakukan untuk mengatasi masalah air ini seperti membuat jadual catuan air dan juga membuat proses pembenihan awan untuk turunkan hujan. Alhamdulilah dengan izin Allah s.w.t proses itu dikatakan berjaya apabila dua ke tiga hari ini hujan turun dengan lebat di kebanyakkan tempat di Malaysia. 

PEMBAKARAN FLARE OLEH ULTRAS MALAYA
Pembakaran flare oleh UM semasa perlawanan persahabatan antara Harimau Malaya menentang Filipina sedikit sebanyak mencemarkan imej bola sepak negara dan FAM sendiri. Kejadian yang berlaku di Stadium Selayang itu dilakukan sebagai protes terhadap FAM yang dianggap gagal menerajui bola sepak negara dengan baik. Berikutan dengan itu, FIFA dikatakan telah mengenakan denda kepada FAM. Bagi aku protes memang boleh dilakukan untuk menunjukkan rasa tidak puas hati, tapi dengan membakar flare semasa perlawanan antarabangsa mungkin adalah keputusan yang tak berapa bijak kerana boleh menjatuhkan imej negara kita sendiri. 

JEREBU
Selain daripada krisis air, Malaysia turut berhadapan dengan masalah jerebu yang teruk kesan dari kemarau yang melampau. Kemarau yang perpanjangan telah menyebabkan kebakaran hutan mudah berlaku dengan sendirinya. Kawasan hutan yang agak teruk terbakar berlaku ialah di KLIA dan Tanjung Malim yang telah mengundang masalah jerebu terutamanya di sekitar Lembah Kelang. Keadaan jerebu yang berpanjangan boleh menjejaskan kesihatan terutamanya yang mengidap penyakit asma dan lelah. Namun begitu, hingga kini, keadaan berjerebu sudah berkurang berikutan hujan telah mula turun di beberapa kawasan yang terlibat. 


ISU POLITIK
Rasanya semua sudah sedia maklum dengan isu politik yang telah terjadi di Malaysia kini 

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan pihak pendakwaan kes liwat II untuk mengenepikan pembebasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Tinggi dua tahun lalu atas kesalahan meliwat.
Ketua Pembangkang itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas di sebuah kondominium di Damansara.

Dengan keputusan ini, mengikut undang-undang tubuh negeri Selangor, Anwar hilang kelayakan untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dijadualkan berlangsung 23 Mac nanti. - sumber : astro awani

Tapi isu ini seakan-akan tenggelam kerana media lebih tertumpu kepada kes kehilangan MH370. 

MISTERI MH370

Pada hari ini sudah masuk hari ke-12 kehilangan kapal terbang milik MAS iaitu MH370, penerbangan daripada KL ke Beijing pada 8 MAC 2014 (sabtu) yang sehingga kini masih belum lagi belum ditemuai. Pelbagai spekualsi yang timbul, pelbagai andaian yang telah di keutarakan dan pelbagai kemungkinan yang telah dibuat terhadap strategi ini. Namun secara jujurnya aku hanya mengikuti perkembangan misi mencari dan menyelamat MH370 ini pada 3 hari sahaja. Hal ini kerana, bukan aku tidak kisah dengan musibah ini, namun  pelbagai spekulasi dan kemungkinan yang timbul telah menyebabkan diri aku neh sedikit "fed up".. pening kepala kerana terlalu banyak sangat pendapat, pandangan dan kemungkinan tapi masih lagi buntu untuk menemui jejak MH370. Hal ini telah menyebabkan waris mangsa dari negara lain tidak berpuas hati dengan kerajaan Malaysia dengan menanggap Malaysia begitu lemah menanggani isu MH370 ini 

Dalam kerunsingan dan ketekunan pelbagai pihak dalam menjejak MH370, sekali lagi Malaysia dimalukan dengan kehadiran bomoh yang melakukan ritual untuk menjejak MH370. Acara itu telah mendapat hentaman dari pelbagai pihak kerana bertentangan dengan ajaran agama islam iaitu agama rasmi di Malaysia. Adakah itu kepercayaan islam yang sebenarnya. Bagi aku, itu terlalu mengarut dan memalukan. 


KONSERT DI BUKIT JALIL.
Belum lagi reda dengan kehilangan MH370 yang dianggap misteri, satu lagi kejadian yang turut mencemarkan imej di Malaysia. Pasti ramai yang sedia maklum dengan satu konsert yang diadakan di Bukit Jalil yang telah mengorbankan 6 orang pengunjung akibat overdose dadah. Sejurus dengan kejadian itu, kerajaan telah membatalkan konsert pada malam terakhir. Pembatalan konsert itu telah mendatangkan kemarahan dan ketidakpuasan hati ramai pengunjung yang kebanyakkannya terdiri dari pengunjung luar negara yang datang ke Malaysia semata-mata untuk menyaksikan konsert itu.  Memang tidak patut negara kita membenarkan konsert sedemikian diadakan di negara kita kerana ianya terang-terangan bertentangan dengan agaama rasmi negara kita. Selain daripada pergaulan bebas, konsert ini juga turut melibatkan arak..dadah.. dan lain-lain lagi. semoga ianya menjadi pengajaran kepada kerajaan supaya tidak lagi meluluskan acara seperti ini di kemudian hari


Kesimpulannya.. acecece bila masa pulak entry aku ada kesimpulan..hihi..
Pendek kata, setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya yang semamngnya telah ditetapkan oleh yang maha Esa. Sama ada sesuatu kejadian itu direka sendiri oleh Manusia namun sekiranya tidak diizinkan oleh Allah s,w,t.. ianya tetap takkan berlaku. Mungkin kita terlalu alpa dengan kehidupan kita yang semakin tersimpang dari ajarannya.. Oleh itu Dia turunkan sedikit musibah sebagai peringatan untuk kita kembali taat kepadaNya.. Wallahualam!!

Tuesday 18 March 2014

Give Away Birthday Akiff


Assalamualaikum...
 http://marqiscareno.blogspot.com/2014/02/give-away-birthday-akiff.html

Ucapan untuk adik Akiff...
Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji, 
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang membahagiakan,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.

Monday 17 March 2014

TERIMA BOOKMARK DARI BLOG GALAHPANJANG!!!

Assalamualaikum..

Hari sabtu hari tu terima private massage di facebook dari Blog Galahpanjang..beliau tanya khabar tentang bookmark yang beliau telah pos.. tapi mintak maaf banyak2 sebab aku tak dapat balas mesej beliau.. bukan saja tak nak jawab tapi aku tak sure lagi yang bookmark tu dah sampai ke belum.. aku kena cek kat ofis dulu.. sebab guna alamat ofis.. hehe..

Datang ofis hari nie awal2 lagi aku cek peti surat..haa memang ada..tengok tarikh yang di cop di stem 12/03/2014.. ok, maybe dah berhari2 sampai tapi tak ada orang cek box.. aku sendiri pon lupa nak cek.. 


haaaa ini dia..IM BLOGGER!!!.. thank you Blog GalahPanjang... btw aku suka sangat quote kat bookmark tu... ok kawan2 semua..kalau ada kelapangan jom terjah Blog Galahpanjang 

Ok nak sambung buat kerja..petang nanti baru BW ke blog kawan2 yaaa...  




Friday 14 March 2014

Giveaway 2014 by Syira Lokman.

Assalamualaikum...

 http://syiralokman.blogspot.com/2014/03/giveaway-2014-by-syira-lokman.html

Jom join Segmen Giveaway 2014 by Syira Lokman..

Ikut semua syarat yang diberikan...

InsyaAllah kalau ada rezeki dapat cenderahati yang ohsem!!

Segmen ini tamat pada : 25 MAC 2014

GOOD LUCK semua...!!!

MINUMAN MENYIHATKAN TUBUH

Assalamualaikum...

Musim kemarau..jerebu..krisis air yang sedang teruk melanda negara sekarang nie.. mendesak kita untuk menjaga kesihatan dengan baik. salah satu cara untuk mengekalkan keadaan badan sentiasa sihat dan bertenaga ialah dengan minum air yang banyak. sekarang ni pun hidung dan mata dah mula pedih..nak bernafas pon susah.. Doakan semoga bencana ini berakhir dengan cepat yaa.. 

Berikut adalah beberapa jenis minuman sihat kepada tubuh anda. Selamat menjaga kesihatan yaa...!!

1. Teh hijau - Teh hijau merupakan salah satu minuman yang kaya dengan flavanoid, polifenol, antioksidan dan fluorida. Fungsi dari flavanoid, polifeno dan antioksidan adalah melindungi sel-sel pada tubuh anda dari karzinogen (zat penyebab penyakit kanser) serta mengelakkan pertumbuhan tumor. Sedangkan kandungan fluorida dalam teh hijau berfungsi untuk memperkuatkan gigi dan mencegah kerosakan pada gigi anda.

2. Air kelapa - Air kelapa mengandungi banyak kalium, kalsium, natrium, belerang, fosfor dan klorida yang merupakan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh kita. Air kelapa juga membantu melancarkan pengeluaran air kencing.

3. Jus lemon - Segelas jus lemon mengandungi pelbagai vitamin dan antioksidan yang dapat menyegarkan tubuh anda daripada rasa kepenatan.

4. Susu soya - Salah satu minuman yang menyihatkan tubuh anda. Susu soya mengandungi serat larut dan protein soya. Kandungan zat tersebut berfungsi untuk menurunkan kadar kolesterol jahat serta mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

5. Coklat panas - Coklat memiliki kandungan polifenol yang cukup tinggi yang dapat menghindarkan anda daripada serangan jantung dan dapat memberi ketenangan hati.

6. Jus tomato - Tomato merupakan salah satu buah yang banyak mengandung antioksidan lycopene. Fungsi antioksidan lycopene iaitu dapat menurunkan resiko penyakit paru-paru, kanser perut, pankreas, usus besar, mulut, payudara, serta kanser serviks.

7. Air kosong/mineral: berfungsi mgantikan khilangan air dalam badan/ melancarkan proses perkumuhan dll.

SEMOGA BERMANFAAT. Banyakkan minum air masak dalam cuaca panas ini, pesan kepada ibu ayah kita, pasangan suami/isteri dan anak-anak.

sumber: Page Pakar Diari hati

Thursday 13 March 2014

CARA MENGATASI PERASAAN MARAH

Assalamualaikum.....

Ya Allah..sejak 2 menjak ini emosi aku betul2 tak stabil.. beremosi semacam je.. asyik nak marah..benda kecik pun nak marah.. gosok seluar uniform suami pun nak marah...air tak ada pun..haa ini memang wajib marah..tapi marah tak kena tempat..tak pasal2 en.suami yang kena.. walhal bukan salah dia pon tak ada air..actually air ada tapi keruh.. nak basuh muka pun tak ada selera... budak pandang pon rasa nak marah kat budak 2..eh Naniey dah kenapa... mungkin cuaca sekarang kot.. kemarau...panas.. jerebu..air tak ada.. memang stress sangat2.. keadaan ini memang boleh mengurangkan tahap kesabaran dalam diri.. 

Marah datang dari perasaam atau emosi. Bila kita marah emosi telah menguasai pemikiran kita sehingga aspek pemikiran dan psikomotor (gerak anggota) tidak dapat dikawal lagi. Pada ketika itu gerak geri kita secara automatik akan akur kepada arahan emosi misalnya muka kita jadi merah – darah naik kemuka kata orang – mata dibeliakkan, bibir digetap atau mulut ternganga dan suara meninggi. Bila marah sudah sampai ke tahap melampau, kaki dan tangan kita juga turut bertindak secara spontan dan agresif seperti menendang atau menyepak, menghempas barang-barang di hadapan mata dll sehingga kita boleh bertindak seperti orang tidak siuman. Maki hamun dan sumpah seranah memang perkara biasadilakukan oleh mereka yang marah secara melampau !

Ada beberapa cara bagaimana kita boleh mengatasi perasaan marah:

1) Renung Kuku 2 Minit  
Ahli psikologi menyarankan bila kita merasa nak marah, cubalah renung kuku ibu jaritangan kita kira-kira 2 minit. Dengan cara itu kita akan dapat mengubah fokus dari emosi ke pemikiran.

2) Membilang 1,2,3,4,5...
 Ada pula ahli psikologi yang mencadangkan supaya kita membilang 1,2,3,4,5......sehingga perasaan kita yang tegang itu menjadi kendur.

3) Cuba senyum
 Ketika perasaan marah sudah menguasai diri, cubalah bawa tersenyum kerana dengan cara itu emosi kita akan menjadi tenteram. Tentu amat sukar kita hendak mengorak senyuman ketika sedang marah tapi tidak mustahil kita mampu melakukannya jika dicuba.
4) Jika anda beragama Islam perkara di bawah ini mungkin boleh menolong:
  • Bawa beristighafar atau mengucapberulang kali.
  • Baca mana-mana ayat al-Quran yang kita tahu terutama surah an-Nas
  • Ambil wuduk (jika mampu)
  • Solat sunat (jika perlu)
Semua cara di atas bertujuan untuk memindahkan fokus kita dari emosi ke pemikiran. Bila pemikiran kita sudah berjaya mengawal emosi, insyaallah perasaan marah kita akan reda dan seterusnya hilang. Biarlah pemikiran (cognitive) menguasai diri kita –bukan emosi !!

Wednesday 12 March 2014

WW: PRAYFORMH370

Assalamualaikum...

4th DAY...  KEEP ON PRAYING FOR MH370!!!!

 



gambar dari metro online


gambar ihsan google

Monday 10 March 2014

ENTRY PON DELAYED!!!

Assalamualaikum

Sejak kejadian misteri kehilangan aircraft milik MAS iaitu MH370 hilang tanpa jejak sehingga kini.. mood aku untuk berblogging pon turut sama hilang, berblog walking lagi lah tak.. online 24 jam tapi duk search info dan berkembangan terkini berkenaan dengan MH370..

..... tak tau nak gambarkan macam mana perasaan neh..walaupun tiada ahli keluarga terlibat, tapi terasa sedih dan simpati sangat.. dalam fikiran duk terbayang macam mana keadaan semua penumpang dalam aircraft tu saat musibah itu terjadi... 

Spekulasi yang keluar kat media semasa pon bermacam2 versi dan andaian.. haaaiittt pening sangat memikirkannya... dah 3 hari kejadian ini terjadi namun satu tanda..atau klu yang sahih dan di sahkan pon tak jumpa... ya Allah ya Tuhanku.. berilah petunjuk agar dapat mengesan di mana kapal dan semua penumpang berada..tunjukkanlah walaupun dalam keadaan baik mahupun sebaliknya... 



Kun Fayakun ..ingatlah secanggih mana kita pun.Kuasa Allah Maha teratas. - ا

Lillaahi Wainnaa Ilaihi Raaji'uun, Allaahumma'jurnii Fii Musiibatii Waahliflii Khairan Minha

"Sesungguhnya kita ini milik Allah dan sungguh hanya kepada-Nya kita akan kembali. Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya."

#prayforMH370

Friday 7 March 2014

KHASIAT BROKOLI

Assalamualaikum...

Alhamdulilah selama seminggu amalkan makan brokoli..perut dah selesa..hari2 membuang..sebenarnya tak tahu pon khasiat brokoli neh.. secara kebetulan selitkan dalam menu diet.. hari2 makan sayur dan buah2.. dah seminggu tak sentuh nasi.. apa yang peliknya kebiasaannya kalau tak makan nasi.. perut mesti meragam...susah nak buang.. tapi kali ini oke je.. aku terfikir mesti sebab makan brokoli... then tepat tekaan aku..bila cari maklumat tentang brokoli.. memang banyak khasiatnya... antaranya ialah...
  • Membantu sistem pencernaan - mengandungi serat yang membantu sistem pencernaan yang boleh mengatasi sembelit
  • Meningkatkan kesihatan kulit - kaya dengan vitamin C, beta karoten, vitamin B kompleks dan vitamin E yang terdapat dalam brokoli sangat membantu perkembangan regenarasi jaringan kulit mati
  • Anti Kanser - mengandungi fitokimia yang boleh mencgah kanser seperti kanser payudara, usus dan paru-paru
  • Mengurangkan risiko sakit jantung - mengandungi lutien karotenoid yang dapat mencegah penebalan arteri jantung sehingga boleh menjauhkan kita dari risiko serangan jantung dan strok
  • Mencegah racun masuk dalam badan - mengandungi asid amino sulfur sehingga menjadikan brokoli penawar racun yang sangat baik.
  • Menurunkan kolestrol dan tekanan darah tinggi - kaya dengan serat kromiun dan potasium yang membantu menurunkan kolestrol dan mengontrol tekanan darah
  • Mencegah anemia - Mengandungi besi dan asid folat sehingga boleh membantu mencegah anemia
  • Mengawal diabetis - Kaya dengan kandungan kromium yang boleh mengatur insulin serta mengawal diabetis
  • Membantu mengurangkan risiko menyakit alzheimer
  • Meningkatkan sisitem kekebalan tubuh - sumber vitamin C
  • Memperkuatkan tulang dan mencegah osteoporosis - kaya dengan kalsium, magnesium, seng dan fosfor hingga dapat membantu memelihara tulang
  • Menjaga penglihatan - mengandungi beta karotena dapat melindungi mata mata terhadap serangan degenerasi makula dan mencegah katarak
  • Membantu kehamilan yang sihat - sumber folat membantu mencegah cacat saraf seperti spina bifida pada janin
  • Membantu mengurangkan berat badan - mengandungi kalori yang rendah - amat sesuai sebagai santapan bagi yang diet...
       

Tuesday 4 March 2014

UJIAN OTAK?? BEROTAK KIRI ATAU BEROTAK KANAN??


Assalamualaikum...

Jap tadi buka facebook, ada kawan kongsikan Ujian otak neh...saja suka2..


Hasil ujian otak aku adalah seperti di atas neh... 47% kiri.. 53% kanan... tapi dikategorikan sebagai sama rata.. ujian nie suka je yaa.. jangan nak percaya 100% pulak...!!

Ujian otak adalah permainan yang menyeronokkan dan berwawasan yang membantu kita mengetahui lebih lanjut tentang diri kita dan cara kita berfikir. Tiada jawapan yang betul atau salah, ia semata-mata menguji keseimbangan antara kiri dan otak kanan otak. Ujian otak tidak mengukur pengetahuan seperti permainan latihan otak tidak, dan ia tidak direka untuk perkembangan otak, bagaimanapun ia memberitahu kita banyak perkara mengenai otak kita; hasilnya mendedahkan kepada pengguna berapa banyak mereka menggunakan hemisfera kiri dan kanan otak. Anda hanya perlu melengkapkan kuiz untuk mendapatkan keputusan. Berseronok!


Ikut arahan yaa...

Giveaway [1] : FanPage Publishing by yanapinkblossom.blogspot

Assalamualaikum...

 http://yanapinkblossom.blogspot.com/2014/03/giveaway-1-fanpage-publishing-by.html
Jom ramai2 join segmen GA dari rakan blogger Naniey yang baru neh....

Pelbagai hadiah menarik di tawarkan..

Untuk maklumat lanjut bagi syarat2 dan hadiahnya..silalah ke page beliau dengan KLIK banner di atas...
Good Luck..

DOA-DOA PERLU DI AMALKAN UNTUK BUANG SANTAU DALAM BADAN

Assalamualikum..

SEKADAR PERKONGSIAN

Berikut adalah diantara surah-surah Al-Quran yang sungguh berkesan untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia. Mengeluarkan benda-benda tersebut sangat sukar jika sudah bersarang dalam tubuh badan pesakit. Sebaik-baiknya jika baru terkena sihir, santau atau racun yang ditujukan cepat-cepatlah berubat.

1. Surah Asy Syuaraa' ayat 95 hingga 118.
2. Surah Arrad ayat 30 hingga 34.
3. Surah Fussilat ayat 25 hingga 44.
4. Surah Furqaan ayat 61 hingga 77.
5. Surah Al-Mukminun ayat 105 hingga 118.

Pilihlah mana-mana ayat-ayat diatas dan amalkan dan bacalah kepada ahli keluarga yang terkena santau, sihir seperti diberitahu. Jika nak baca kesemuanya sekali surah-surah tersebut sangat digalakkan.

Cara-caranya:
Sebelum memulakan bacaan:
1. Istighfar 3x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.

Sediakan air kosong, setiap kali habis membaca surah-surah berkenaan, maka ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit dinasihatkan minum air bacaan setiap hari. Mandi dengan air yang telah dibacakan dan minum setiap hari sehingga kesan-kesan sihir atau santau sampai hilang. Jika rasa nak muntah cari kain putih dan tadah muntah tersebut dan lihat apakah jenis racun itu dan hanyutkan bisa dan racun tersebut dan dibuangkan dalam sungai.


Jika ada makhluk halus yang mendiami dalam tubuh badan anda akan meninggalkan buat selamanya sekiranya diamalkan selama 7 hari amalan ini. Boleh dibaca dan ditiupkan pada ubun-ubun kepala pesakit bagi yang kena gangguan makhluk halus. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya dengan izin-Nya.
Read more: http://beritahariann.blogspot.com/2014/03/doa-doa-yang-perlu-diamalkan-untuk.html#ixzz2ux2a565v

notakakitangan: semoga kita semua dilindungi dan dijauhi dari sebarang musibah ini.. dan mohon di jauhi seluruh ahli kerabat keluarga dari terlibat dengan kegiatan syirik ini. amin

Monday 3 March 2014

KEYBOARD WORRIOR FOR FEBRUARY

 Assalamualikum..
1st time aku buat entry berkenaan dengan pengomen setia Blog Naniey..sebelum2 nie tak berapa ada mood nak buat..tapi bila tengok ramai blogger lain buat..aku pon dengan senang hati nak umumkan jugaklah pengomen setia blog neh..sekurang2nya sebagai penghargaan kerana sudi singgah ke Blog Naniey walaupun isi kandungannya merapu2..hehe... terima kasih semuanya...


Kesemua yang tersenarai di atas secara tak langsung akan di senaraikan ke bloglist Blog ini... tapi tak ada beza sangat kot dari yang sedia ada..cuma ada 2 atau 3 blog baru je yang akan di tambah..hiiii

Terima kasih yaa semua kerana sudi jenguk blog ini... 

Babai...

TERIMA KASIH SHAN PUNYA BELOG


Assalamualaikum..

telah selamat sampai...



Cantikkan maxi dress ni..kain cottan lembut..

Rakan-rakan blogger lain kalau free nanti bolehlah jengok Shan Punya Belog yaa... pelbagai pengalaman menarik yang telah dikongsikan oleh Shan dalam blog beliau... best baca...beliau terus success dalam dunia blogging dan dunia realiti... all the best in whatever you doing sis!! btw thank you once again for the maxi dress!!

bye..bye..