Assalamualaikum.....
Ya Allah..sejak 2 menjak ini emosi aku betul2 tak stabil.. beremosi semacam je.. asyik nak marah..benda kecik pun nak marah.. gosok seluar uniform suami pun nak marah...air tak ada pun..haa ini memang wajib marah..tapi marah tak kena tempat..tak pasal2 en.suami yang kena.. walhal bukan salah dia pon tak ada air..actually air ada tapi keruh.. nak basuh muka pun tak ada selera... budak pandang pon rasa nak marah kat budak 2..eh Naniey dah kenapa... mungkin cuaca sekarang kot.. kemarau...panas.. jerebu..air tak ada.. memang stress sangat2.. keadaan ini memang boleh mengurangkan tahap kesabaran dalam diri..
Marah datang dari perasaam atau emosi. Bila kita marah emosi telah menguasai pemikiran kita sehingga aspek pemikiran dan psikomotor (gerak anggota) tidak dapat dikawal lagi. Pada ketika itu gerak geri kita secara automatik akan akur kepada arahan emosi misalnya muka kita jadi merah darah naik kemuka kata orang mata dibeliakkan, bibir digetap atau mulut ternganga dan suara meninggi. Bila marah sudah sampai ke tahap melampau, kaki dan tangan kita juga turut bertindak secara spontan dan agresif seperti menendang atau menyepak, menghempas barang-barang di hadapan mata dll sehingga kita boleh bertindak seperti orang tidak siuman. Maki hamun dan sumpah seranah memang perkara biasadilakukan oleh mereka yang marah secara melampau !
1) Renung Kuku 2 Minit
Ahli psikologi menyarankan bila kita merasa nak marah, cubalah renung kuku ibu jaritangan kita kira-kira 2 minit. Dengan cara itu kita akan dapat mengubah fokus dari emosi ke pemikiran.
2) Membilang 1,2,3,4,5...
Ada pula ahli psikologi yang mencadangkan supaya kita membilang 1,2,3,4,5......sehingga perasaan kita yang tegang itu menjadi kendur.
3) Cuba senyum
Ketika perasaan marah sudah menguasai diri, cubalah bawa tersenyum kerana dengan cara itu emosi kita akan menjadi tenteram. Tentu amat sukar kita hendak mengorak senyuman ketika sedang marah tapi tidak mustahil kita mampu melakukannya jika dicuba.
4) Jika anda beragama Islam perkara di bawah ini mungkin boleh menolong:
- Bawa beristighafar atau mengucapberulang kali.
- Baca mana-mana ayat al-Quran yang kita tahu terutama surah an-Nas
- Ambil wuduk (jika mampu)
- Solat sunat (jika perlu)
Semua cara di atas bertujuan untuk memindahkan fokus kita dari emosi ke pemikiran. Bila pemikiran kita sudah berjaya mengawal emosi, insyaallah perasaan marah kita akan reda dan seterusnya hilang. Biarlah pemikiran (cognitive) menguasai diri kita bukan emosi !!
bagus semua tips ini naniey.. akak pun cepat je marah kadang tu.. menabung london dan inti untuk naniey.. :D
ReplyDeleteJngn marah2.. sabar.. tp klu hilang sabar tu yg nak marah huh.. Menarik perkongsian ni Naniey.. t kasih.. :)
ReplyDeletekenapa naniey..stress ya? Jangan marah-marah selalu tau...Nway menarik tips 1 & 2 tu..tak pernah cuba lagi..
ReplyDelete<333 ya allah kak naniey... betul lah. hhehe. Qila tadi nak marah and nangis tapi senyum paksa terus jadi ok sikit huhuhu.
ReplyDelete<3333
doa lah paling penting kannn
skrg mmg kena banyak bersabarkan.. mcm2 jadi skrg ni.. sy plk minggu ni asyik rasa sensitif je..
ReplyDeletefuyo..slalu sengih or ckp kat dri sndri.."sabar2"
ReplyDeletetgk kuku pun bole ek?
hehe
erk renung kuku...xpenah dgr..eehh...leh try..anyway..sy slalu istighfar je bile rse nk marah..insyaAllah kurang sket emo tu... =)
ReplyDeletethanks for sharing....renung kuku pon boleh redakan marah ye...aaa nnti nak cube lah..hehehe
ReplyDeletekalau marah Fiza akan tarik nafas panjang2.. istighfar banyak2.. renung kuku tu pasnie boleh try jugak la.. 1st time baca..
ReplyDeleteBagus tips ni.Lepas ni tasha klu marah blh la ikot tip ni
ReplyDeletekenapa ni Naniey?.. sabar..sabar..
ReplyDelete