Assalamualaikum...
Nampak sangat mood untuk berblog ke laut sejak 2 menjak neh.. tak tahu lah pasal apa.. mungkinkah terkesima..terkesan..terkedu dengan musibah yang menimpa negara sejak akhir2 neh?? ok ini mungkin alasan yang tak kukuh.. alasan yang paling konkrit adalah..malas.. out of mood.. dan juga kekeringan idea.. tak tu nak tulis apa.. sahkan nak post entry.. nak blogwalking pon malas.. haiyooo.. wake up Naniey!!!
Penggal pertama tahun 2014 bukanlah sesuatu yang baik untuk negara Malaysia.. pelbagai musibah, kontroversi dan masalah yang dihadapi yang sedikit sebanyak telah merosakkan imej negara kita di mata dunia..
Tulisan ini adalah apa yang aku fikirkan sahaja yaa.. tiada kaitan untuk menjatuhkan dan memburukkan mana-mana pihak.
MASALAH AIR
Masalah air yang dihadapi di beberapa tempat di Malaysia terutama kawasan Lembah Klang memang tidak dinafikan seringkali terjadi. Tiap-tiap tahun mesti ada berita yang memaparkan kawasan yang terputus bekalan air. Namun begitu, krisis air yang dihadapi oleh Malaysia beberapa minggu lepas boleh dikatakan agak serius. Bukan sahaja di Lembah Klang, beberapa negeri lain turut terlibat dengan masalah ini yang berpunca dari kamarau yang berpanjangan yang telah menyebabkan simpanan air dibeberapa kawasan tadahan air susut sehingga ke paras yang kritikal. Ramai yang menyalahkan kerajaan kerana masalah air yang dihadapi ini tanpa memikirkan dengan lebih rasional bahawa ini adalah musibah yang datangnya dari Allah s.w.t. Pelbagai usaha yang telah dilakukan untuk mengatasi masalah air ini seperti membuat jadual catuan air dan juga membuat proses pembenihan awan untuk turunkan hujan. Alhamdulilah dengan izin Allah s.w.t proses itu dikatakan berjaya apabila dua ke tiga hari ini hujan turun dengan lebat di kebanyakkan tempat di Malaysia.
PEMBAKARAN FLARE OLEH ULTRAS MALAYA
Pembakaran flare oleh UM semasa perlawanan persahabatan antara Harimau Malaya menentang Filipina sedikit sebanyak mencemarkan imej bola sepak negara dan FAM sendiri. Kejadian yang berlaku di Stadium Selayang itu dilakukan sebagai protes terhadap FAM yang dianggap gagal menerajui bola sepak negara dengan baik. Berikutan dengan itu, FIFA dikatakan telah mengenakan denda kepada FAM. Bagi aku protes memang boleh dilakukan untuk menunjukkan rasa tidak puas hati, tapi dengan membakar flare semasa perlawanan antarabangsa mungkin adalah keputusan yang tak berapa bijak kerana boleh menjatuhkan imej negara kita sendiri.
JEREBU
Selain daripada krisis air, Malaysia turut berhadapan dengan masalah jerebu yang teruk kesan dari kemarau yang melampau. Kemarau yang perpanjangan telah menyebabkan kebakaran hutan mudah berlaku dengan sendirinya. Kawasan hutan yang agak teruk terbakar berlaku ialah di KLIA dan Tanjung Malim yang telah mengundang masalah jerebu terutamanya di sekitar Lembah Kelang. Keadaan jerebu yang berpanjangan boleh menjejaskan kesihatan terutamanya yang mengidap penyakit asma dan lelah. Namun begitu, hingga kini, keadaan berjerebu sudah berkurang berikutan hujan telah mula turun di beberapa kawasan yang terlibat.
ISU POLITIK
Rasanya semua sudah sedia maklum dengan isu politik yang telah terjadi di Malaysia kini
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan pihak pendakwaan kes liwat II untuk mengenepikan pembebasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Tinggi dua tahun lalu atas kesalahan meliwat.
Ketua Pembangkang itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas di sebuah kondominium di Damansara.
Dengan keputusan ini, mengikut undang-undang tubuh negeri Selangor, Anwar hilang kelayakan untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dijadualkan berlangsung 23 Mac nanti. - sumber : astro awani
Tapi isu ini seakan-akan tenggelam kerana media lebih tertumpu kepada kes kehilangan MH370.
MISTERI MH370
Pada hari ini sudah masuk hari ke-12 kehilangan kapal terbang milik MAS iaitu MH370, penerbangan daripada KL ke Beijing pada 8 MAC 2014 (sabtu) yang sehingga kini masih belum lagi belum ditemuai. Pelbagai spekualsi yang timbul, pelbagai andaian yang telah di keutarakan dan pelbagai kemungkinan yang telah dibuat terhadap strategi ini. Namun secara jujurnya aku hanya mengikuti perkembangan misi mencari dan menyelamat MH370 ini pada 3 hari sahaja. Hal ini kerana, bukan aku tidak kisah dengan musibah ini, namun pelbagai spekulasi dan kemungkinan yang timbul telah menyebabkan diri aku neh sedikit "fed up".. pening kepala kerana terlalu banyak sangat pendapat, pandangan dan kemungkinan tapi masih lagi buntu untuk menemui jejak MH370. Hal ini telah menyebabkan waris mangsa dari negara lain tidak berpuas hati dengan kerajaan Malaysia dengan menanggap Malaysia begitu lemah menanggani isu MH370 ini
Dalam kerunsingan dan ketekunan pelbagai pihak dalam menjejak MH370, sekali lagi Malaysia dimalukan dengan kehadiran bomoh yang melakukan ritual untuk menjejak MH370. Acara itu telah mendapat hentaman dari pelbagai pihak kerana bertentangan dengan ajaran agama islam iaitu agama rasmi di Malaysia. Adakah itu kepercayaan islam yang sebenarnya. Bagi aku, itu terlalu mengarut dan memalukan.
KONSERT DI BUKIT JALIL.
Belum lagi reda dengan kehilangan MH370 yang dianggap misteri, satu lagi kejadian yang turut mencemarkan imej di Malaysia. Pasti ramai yang sedia maklum dengan satu konsert yang diadakan di Bukit Jalil yang telah mengorbankan 6 orang pengunjung akibat overdose dadah. Sejurus dengan kejadian itu, kerajaan telah membatalkan konsert pada malam terakhir. Pembatalan konsert itu telah mendatangkan kemarahan dan ketidakpuasan hati ramai pengunjung yang kebanyakkannya terdiri dari pengunjung luar negara yang datang ke Malaysia semata-mata untuk menyaksikan konsert itu. Memang tidak patut negara kita membenarkan konsert sedemikian diadakan di negara kita kerana ianya terang-terangan bertentangan dengan agaama rasmi negara kita. Selain daripada pergaulan bebas, konsert ini juga turut melibatkan arak..dadah.. dan lain-lain lagi. semoga ianya menjadi pengajaran kepada kerajaan supaya tidak lagi meluluskan acara seperti ini di kemudian hari
Kesimpulannya.. acecece bila masa pulak entry aku ada kesimpulan..hihi..
Pendek kata, setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya yang semamngnya telah ditetapkan oleh yang maha Esa. Sama ada sesuatu kejadian itu direka sendiri oleh Manusia namun sekiranya tidak diizinkan oleh Allah s,w,t.. ianya tetap takkan berlaku. Mungkin kita terlalu alpa dengan kehidupan kita yang semakin tersimpang dari ajarannya.. Oleh itu Dia turunkan sedikit musibah sebagai peringatan untuk kita kembali taat kepadaNya.. Wallahualam!!
Semoga Allah ampunkan segala dosa2 kita & selamatkan negara kita ini dari sebarang musibah yg lebih memburukkan... aamiin...
ReplyDeletesemoga negara kita bebas dari segala musibah yg memburuk..amin
ReplyDeleteBtol2....banyak btol dugaan di tahun 2014 ni.
ReplyDeleteSama2 lah kita doakan yang terbaik buat negara kita... Huhuhu~
#prayforMH370
Musibah & Ujian dari Allah. Semoga kita semua tak tersasar...
ReplyDelete
ReplyDeleteselamat malam
.. doa !
semoga kita mengambil ikhtibar dari apa yang berlaku.. pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.. terus berdoa agar kita semua tabah menghadapi segala ujian ini.. menabung inti dan digi untuk naniey.. :D
ReplyDeleterangkuman isu2 semasa suku pertama 2014... hmm... dugaan dan cabaran kepada rakyat malaysia.... semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan-Nya... Amin
ReplyDeletedoakan yang terbaik untuk Malaysia.
ReplyDeleteInsyaAllah.
Salam.
ReplyDeleteMungkin ini yang dimaksud oleh dialog dalam filem Ayat-ayat Cinta.
"Allah sedang berbicara denganmu."
"Allah sedang berbicara denganmu tentang sabar dan ikhlas"
macam-macam yang berlaku.. Doakan yang terbaik untuk semua...
ReplyDelete