Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 8 May 2014

KENAPA ANAK PEMINTA SEDEKAH ASYIK TIDUR!!

Assalamualaikum..

Bila aku taip "peminta sedekah" di google... berlambak-lambak muncul entry berkaitan dengan makluk Allah yang kurang bernasib baik ini. Pelbagai variasi cerita yang dikupas oleh bloger2 dan para aktivis yang melibatkan pelbagai peringkat umur...dan yang paling banyak tentulah peminta sedekah kanak-kanak dan orang tua... adusss memang hati kecilku mudah tersentuh bila melibatkan golongan ini. 


Tempat kerja  di Masjid Jamek, Kuala Lumpur menyebabkan setiap hari aku di hidangkan dengan gelagat golongan ini. Bersila di kaki lima kedai-kedai... stesen LRT, depan bank dan deretan anak kecil yang turut dilibatkan sekali untuk minta simpati adalah pemandangan biasa. ada juga yang menjengah dari meja ke meja di kedai-kedai makan yang sedikit sebanyak boleh mengganggu pelanggan kedai terbabit menjamu selera. 

Kalau sesiapa yang biasa turun di stesen LRT Bandaraya (dekat sogo), mesti anda ada perasan seorang kakak bersama anaknya yang meminta sedekah di situ.. tujuan beliau minta sedekah sebab nak tanggung anaknya yang sedang sakit... yang aku pelik..tiap kali aku lalu di situ setiap petang masa balik dari kerja, anak kakak ini asyik tidur je... jarang aku nampak mata anak dia bukak.. pejam dan kaku... takkan lah budak tu tidur memanjang.. takkan lah tiap kali aku lalu anaknya akan tidur....takpun takkanlah setiap kali nak menimta sedekah, anaknya akan tidur.??  haaaa dah berapa kali "takkan"dah tu...nampak jelas sangat yang aku pelik..dan membuak-buak perasaan ingin tahu..kenapa budak itu asyik tidur... Tiap kali lalu situ, aku positifkan diri..dalam hati duk cakap"oh mungkin anak dia sakit, tak boleh bukak mata... tak  pun mungkin anaknya mengalami koma..dan perlu duit untuk bayar kos perubatan." itulah jelah yang mampu aku fikir..mmmm

Walau apa pun mereka semua adalah makhluk Allah...mungkin sudah ditakdirkan hidup mereka tidak sempurna..namun kuasa Allah s.w.t siapa yang tahu..mungkin satu hari nanti hidup mereka berubah... jangan kita pandang hina pada golongan ini.. malah doakan mereka agar diberikan kehidupan yang sempurna dan murah rezeki. 


8 comments:

  1. owhh...tempat keje naniey tu memang feveret bagi mereka untuk berkumpul..sy kalau dengan golongan unfortunate nie, sy lebih suka membelikan mereka makan daripada memberikan wang sebab tak nak ia jatuh ditangan orang yang salah...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. We are lucky tak perlu meminta untuk sesuap nasikan Naniey...Alhamdulillah..

    p/s: nanati one day naniey tanyalah dia anak dia sakit apa & kenapa tidur sepanjang masa..agak musykil tu..

    ReplyDelete
  3. Setuju dgn entri ni Naniey.. saya pun pernah juga berhadapan dgn situasi mcm tu.. bukan apa, mmg pernah terfikir perkara tu.. pernah dulu geng saya smpai cakap.. "budak tu diberi ubat batuk ke, asyik tidur memanjang?".. tp, mmg betul lah mcm tu... pelik kan...

    ReplyDelete
  4. nur pun ade nampak makcik & anaknya tue..bile tengok kesian rasanya :-(

    ReplyDelete
  5. betui la.. mmg kebetulan kot bila kita lalu anaknya tidur.. paling pelik kat pasar malam.. riuh rendah pun anak dia boleh tidur lagi...

    ReplyDelete
  6. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima...

    ReplyDelete
  7. Aku penah terbaca satu artikel psl menda ni...budak tu bukan anak dia...tapi anak yg diculik...alaa...pemerdagangan orang tu la...budak tu diberi vodka sbb tu dia tido je selalu...n budak tu lama2 akan mati sbb byk telan vodka...sedih kan...?

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!