Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 28 May 2014

KENAPA MARAH??

Assalamualaikum...

Aku marah bila di tipu dan di suruh untuk menipu.. 


Dalam kehidupan seharian kita nie..memang menipulah kalau kita tak pernah menipu... penipuan di tempat kerja melambak-lambak.. pergi kerja duk online facebook...  bergosip.. keluar makan sampai 2 jam, buat overtime..tapi tak buat kerja, sambung bergosip... buat claim yang entah apa-apa.. running program habis 10k tapi claim dengan finance 15k.. 5k masuk poket... jangan tak nak mengaku..dan aku sendiri ada melakukan perkara yang aku cakap di atas... seperti melayan facebook di waktu kerja.. berwasap... blogging...tapi tak melampau..kerja yang diberi aku siapkan..itu yang penting... 

DAH TERBUKTI MENIPU TAPI TETAP MENAFIKAN
Memang tak dinafikan ada penipuan yang boleh di terima dan ada juga perkara yang tak boleh diterima.. Aku akan marah dan sakit hati serta tak boleh nak terima bila perkara yang ditipu itu terkantoi dan dengan muka tak bersalah tak mengaku yang menipu,... dah kantoi tu mengaku sahajalah..tak perlu nak menafikan...  sekeras-kerasnya tak mau mengaku walhal dah terang serta cukup bukti yang dia menipu....dah  tu salahkan kita balik..hadoiii sakit hati sangat2... 

TAK TEPATI MASA
Aku juga akan marah bila janji tak ditepati janji.. ramai manusia tak pernah nak tepati janji... jika berjanji jarang sangat nak tepati... sebagai contoh, berjanji nak jumpa di suatu tempat pada jam 10 pagi... tunggu punya tunggu jam 11.30 baru sampai.. dah lah lambat..dengan muka tak bersalah buat2 tak tahu je yang kita dah lama menunggu.. kalau lewat 10 minit oklah, boleh di terima.. diri sendiri pun kadang2 ada tak tepati masa juga..tapi tak pernahlah buat orang menunggu sampai sejam lebih... kalau kita sakit hati kena tunggu orang lama-lama..tolonglah jangan buat orang tunggu kita sampai berasap punggung... 

Perasaan marah akan memakan diri jika kita tak cuba mengatasinya..aku punyai cara yang tersendiri untuk mengatasi masalah marah.

BERDIAM DIRI
Untuk atasi perasaan marah tu..aku akan berdiam diri... cakap banyak pun tak guna..makin sakit hati kita adalah... aku akan ambik masa yang agak lama untuk hilangkan perasaan marah.. kadang2 sampai sehari suntuk.. kalau aku tiba-tiba tak bercakap dengan sesiapa tu..maknanya aku tengah marah... 

MEMBEBEL
Perkara ini aku akan lakukan dengan orang-orang yang terdekat dengan aku sahaja, seperti suami..adik-beradik dan juga anak saudara.. dengan mereka semua ini memang aku akan membebel.. bukan apa, untuk kebaikan bersama juga.. kesian suami kita, hari-hari dengar kita membebel kan..hehehe.. siapa suruh buat kita marah kan...

MENANGIS
Yang ni secara automatik akan berlaku sekiranya aku langsung tak dapat nak kawal perasaan marah.. bila aku dah lepas segala kemarahan..tetiba masuk toilet air mata laju je keluar... tapi aku tak suka tunjuk depan orang yang aku menangis.. aku tak suka orang kesiankan aku...aku nak orang nampak aku kuat secara luarannya...

BACA AL-QURAN
Kalau dah marah sampai tak boleh tidur malam..aku akan bangun dari katil..ambil air sembahyang..baca surah YASIN atau kalau malas nak bangun dari katil..aku akan capai telefon..dan buka bacaan YASIN di MP3 telefon... bacaan itu akan diulang-ulang sehingga aku tertidur..bangun esok kemudian baru off... kalau tak pun akan senyap dengan sendiri bila telefon dah habis bateri..hehe..


ok itu sahaja pembelajaran kita pada hari ini.. kenapa tetiba aku buat entry pasal marah??sebab aku tengah marah hari ni..hehe

Babaiii...


9 comments:

  1. Betul tu. nice info.guhuhuhu jgn mrh2 ye chilll

    ReplyDelete
  2. salam. sy biasanya kalau marah akan menangis hehhehe

    nice sharing sis :))

    ReplyDelete
  3. sabo2.. mehehhe.. Zara datang ziarah smbil menabung.. =D

    ReplyDelete
  4. amek wuduk dan istighfar byk.... kita ni org zaman skang senang nak marah

    ReplyDelete
  5. Mmg kdg2 bnyk perkara yg buat kita marah.. tp sabar je lah... berdoa utk kebaikan...

    ReplyDelete
  6. bile dah marah-marah tue mesti kita jadi penat kan..hihi..

    ReplyDelete
  7. bagus naniey nie, tgh marah sambil menasihati yang lain..hehehe..tapi kalau kena tunggu over an hour tanpa valid reason tu memang melampau..anda layak untuk mengamuk dengan orang tu..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. Marah mmg automatik akan membebel atau akan terus senyap.. itu kalau Fiza.. huhu

    ReplyDelete
  9. Thank you teacher atas pembelajaran inihehehe

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!