Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 6 May 2014

KEKAL BERMOTIVASI UNTUK KERJA



Assalamualaikum....

Entry ni dah berminggu2 tertangguh, tersimpan rapi dalam draft..... sekarang baru ada masa nak touch up sikit2..then publish kat blog......

 Awal2 bulan 4 hari tu aku pernah buat entry tentang diriku yang agak penat untuk terus bekerja... BACA SINI

Masa tu memang rasa agak kepenatan... tak tahu apa puncanya..mungkin dah tak ada motivasi nak kerja... punca tak bermotivasi?? ada sebabnya..tapi tak mahu share kat sini....blog i neh ada silent reader.. skodeng je kerjanya ..tak pasal2 kecoh satu dunia.. tak mau gitu..hehe

Terima kasih juga kepada rakan-rakan blogger yang lain atas pandangan..sokongan..nasihat..cadangan kepada aku supaya terus kekal bermotivasi untuk melakukan kerja..


Salah satu cadangan yang di berikan oleh blogger yang agak menarik perhatian aku adalah seperti yang di bawah neh....


memang ringkas je cadangan beliau tapi aku rasa memang berkesan untuk pulihkan motivasi  untuk kerja... Terima kasih banyak2 wahai pemilik blog Azlan Strider atas cadangan ini..

Dah lama rasanya tak berbelanja untuk keperluan kerja.. baju adalah salah satu faktor pagi2 mood nak datang kerja hilang..bukak almari..tenung baju2... then asyik tanya diri sendiri nak pakai apa... walhal penuh baju 1 almari.... haha..sebenarnya baju yang ada hampir separuh dah tak selesa untuk di pakai dah... biasalah, badan ni makin mengecil pulak sejak akhir-akhir neh.. akekeke!!!!

Kalau bab2 menghabiskan duit memang laju je aku buat... dapat gaji je terus berlari ke butik Top Girl di Semua House... aku memang suka shopping baju kat sana sebab baju-baju kat sana banyak yang bersaiz besar.. senang aku nak pilih... tak adalah nanti terbeli baju yang macam sarung nangka.. ketat je... hiiii


Memang jenis aku kalau suka dan selesa dengan 1 pattern baju... aku tak beli satu... terus rembat sampai dua... pattern dan saiz sama..tapi warna je berbeza... haa senang tak payah nak fitting banyak2 kali kan..hehe.... harga pulak ok... mampu untuk dibeli... 

haaa inilah saguhati untuk aku terus kekal bermotivasi pada bulan ini... bulan depan nak rembat benda lain pulak yaaa.. hiii 

notakakitangan : beli baju murah pun nak kecoh kan..hahaha

2 comments:

  1. Selamat bekerja dgn penuh motivasi.. kdg2 mmg kita kena berikan imbuhan & belai diri kita sendiri.. beri imbuhan dari kita kpd diri kita utk kekal bersemangat.. :) :)

    ReplyDelete
  2. Shopping is my therapy jugak..every week mesti nak shopping..he..he.

    Nway selamat bekerja naniey..jangan hilang semangat k..

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!