Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 2 May 2014

JIKA BERMINAT SILA "PM" SAYA!!

Assalamualaikum...


Wahhh tajuk entry dah macam nak berniaga online pulak Naniey yaa... Tapi jangan salah faham, aku tak berniaga online pun.. minat nak berniaga ada..tapi tak tau nak mula dari mana... hehe... kadang2 cemburu juga dengan kawan2 yang dah berjaya dalam bidang ni... hiiiiii

Sejak dua menjak ni bisness online semakin berkembang.. pelbagai jenis produk yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan untuk meraih pelanggan... kawan2 terdekat pun ramai yang sudah menceburi bidang ini. Bagi aku bisnes macam ni memang memudahkan kaki-kaki shopping untuk mendapatkan barangan yang diperlukan tanpa mengerah tenaga berjalan di shopping complex dari pagi sampai malam... stay on depan PC..main2 klik..3 days later.. barang sampai depan rumah... 


Aku pun tidak terlepas dari terjebak dengan shopping online... tapi buat masa sekarang ni aku lebih senang membuat sebarang urusan pembelian online dengan kawan2 je.. more secure for me... peluang untuk kena tipu nipis... antara produk yang aku beli melalui online adalah produk kecantikkan... pakaian memang aku tolak awal2 sebab takut tak kena dengan saiz badan aku...hehe

Kadang-kadang mood untuk shopping online terus terbantut apabila tengok kat bawah gambar tu.. "sila PM jika berminat"... kita bukan main lagi suka dan berminat dengan barangan tersebut, tapi bila cari harga tak jumpa..rupa2nya kena PM atau "private message" dulu untuk tahu harga dan butiran lain... adoiiii frustnya... tak pasal2 dari berminat..aku terus klik icon "x"..tutup terus.. spoil betul...

Kepada yang berniaga online..boleh bagi sedikit pencerahan tak kenapa perlu "PM" untuk tahu harga.. tak boleh ke harga tu dipaparkan terus di bawah barang yang dipamerkan? Ke dalama bisnes ini ada politik juga.. Yalah, kalau dengan kawan2 jual harga lain.. dengan orang luar yang tak kenal batang hidung boleh up harga sikit.. macam tu ke??

Rasanya tak patutlah kena PM baru dapat tahu harga... pelanggan tetap akan beli produk yang kita jual sekiranya mereka betul2 berminat walau berapa pun harga yang kita letak... Bagi aku, kalau produk yang dipamerkan tiada harga..memang aku abaikan terus... malas nak buang masa...hiii

Mungkin tak ramai yang tak ada masalah jika peniaga tak pamerkan harga.. mereka suka bertanya.. dan kalau rasa harga mahal pun mereka tak segan untuk tak beli... tapi aku neh lain sikit.. yang ni betul2 kelemahan aku... kalau aku dah start tanya..aku dah tak boleh untuk katakan "takpe..saya tak nak lah".. bagi aku, bila aku dah start bertanya.. aku seolah2 dah beri harapan kepada peniaga tersebut untuk beli barang beliau... walaupun hakikat sebenar peniaga tu tak ada perasaan sebegitu... hehehe...

Notatangankaki......Pengalaman saya sendiri pernah terkena dengan peniaga online..harga yang diberikan tidak sama... saya dan kawan beli produk yang sama...peniaga yang sama... tapi harga berbeza... dalam RM 30 bezanya... rasa tertipu... sebab tu sampai sekarang tak suka beli barang yang tak pamer harga..


7 comments:

  1. sy pon da mule brjinak2 jual online...nour ain skin care n shawl...;) sronok...n satu je kite x blh malu...=)

    ReplyDelete
  2. betul tu betul. setuju sangat lah. kalau dorang tak letakkan hrga then suruh wassap la ape la...mcm leceh je..menyusahkan la nk wassap dia..pastu nk tggu dia balas.. letak je le harga tu terus..bukannya rugi pun..heee *emo lak*

    ReplyDelete
  3. Betul2.. Saye pon x suke kalau jenis nak suruh pm bagai.. Nak jual expose jela rega.. Senang nak survey harga.. Hehe

    ReplyDelete
  4. Jual baju kurung and dress sekarang lama-lama dh tau kenapa sellers suruh PM. Sebab katanya takut orang yang jual barang sama dengan dia nak stalk harga.

    Tapi bila dia suruh personal message, maknanya kita kena one to one dengan dia. Once dia dah bagitau harga, kita takkan nak biar senyap macam tu je kan. Dah tk pepasal kena cakap "oh yeke k tkpe la thanks".

    Kalau dapat peniaga yang berbudiman, dia akan cakap "takpe". Tapi kalau dpt yang sebaliknya, nanti dimakinya kita bukan serious buyer walhal kita pm dia sebab nak tanya harga je. Haih

    ReplyDelete
  5. Fiza pun terpikir kenapa perlu nak pm bagai.. rasa bersalah kan bila kita dah tanya harga pastu tak beli..

    ReplyDelete
  6. Saya belum berminat nak beli barangan online lagi... minat tngok iklan je, klu berminat cuba cari kat luar... klu tak de & minat jugak, barulah beli online.. tp so far tak smpai mcm tu lagi...

    ReplyDelete
  7. Agreed Nanie..nak jual kena be transparent kan..memudahkan pengguna. marketing skill kena belajar ni..

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!